You are on page 1of 3

001005-04-0314

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir
sekolah SMK Darul Ehsan khasnya Puan Pengetua Noraizan Binti Brahim dan
Penolong Kanan Tingkatan Enam, Puan Sharifah Binti Hassan kerana memberi
sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada Puan Rozita Binti Yusof selaku guru Pengajian Perniagaan
saya. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan
membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga
berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada
saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

Khas untuk penjaga saya yang tercinta, iaitu Encik Dahlan Bin Abd Rahim
dan Zainab Binti Patmur jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan
moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa.

Penghargaan kepada kakak angkat saya iaitu Muallifah Binti Dahlan dan
semua rakan lain atas kesudian membantu dan memberi segala nasihat. Tidak lupa
juga, terima kasih kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa
menjawab soal selidik dan temu bual.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus
ini.

i
001005-04-0314

SENARAI KANDUNGAN

Bil. Butiran Muka Surat

Penghargaan i

Senarai Kandungan ii

Tajuk dan Abstrak iii

1.0 Pengenalan 1

2.0 Objektif 2

3.0 Latar Belakang Kajian 3-9

4.0 Kaedah Kajian 10-12

5.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan 13-52

6.0 Rumusan 53-56

7.0 Rujukan 57-58

8.0 Lampiran 59-79

ANALISIS PROSES PENGELUARAN, PERANCANGAN PENGELUARAN,


PERSEKITARAN UMUM, PERSEKITARAN TUGAS DAN CAMPURAN
PEMASARAN BAGI PRODUK ROTI GARDENIA BAKERIES (KL) SDN
BHD

ii
001005-04-0314

ABSTRAK

Kajian ini bertajuk “analisis proses pengeluaran, perancangan pengeluaran,


persekitaran umum, persekitaran tugas dan campuran pemasaran bagi produk roti
Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd”. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk
menghuraikan proses pengeluaran produk roti Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd,
membincangkan perancangan pengeluaran yang merangkumi aspek jenis pengeluaran
dan susun atur pengeluaran, mengkaji dua persekitaran umum yang merangkumi
persekitaran antarabangsa dan persekitaran teknologi dan dua persekitaran tugas yang
merangkumi kerajaan dan masyarakat dalam mempengaruhi pengeluaran produk roti
yang dijalankan oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd serta menganalisis dua elemen
campuran pemasaran bagi pengeluaran produk roti yang dijalankan oleh Gardenia
Bakeries (Kl) Sdn Bhd iaitu produk dan promosi. Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif melalui rujukan terhadap buku dan melayari laman sesawang untuk mencari
maklumat mengenai empat objektif yang telah ditetapkan dalam kajian ini. Proses
pengeluaran produk syarikat ini melalui lima belas peringkat pengeluaran. Kajian juga
telah mendapati bahawa Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd menggunakan jenis
pengeluaran secara massa dan susun atur secara produk dalam pengeluaran rotinya.
Pengeluaran produk roti yang dijalankan oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd juga
dipengaruhi secara tidak langsung oleh persekitaran umum seperti persekitaran
antarabangsa dan persekitaran teknologi. Pengeluaran produk roti yang dijalankan
oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd juga dipengaruhi secara langsung oleh
persekitaran tugas seperti kerajaan dan masyarakat. Elemen campuran pemasaran
yang digunakan bagi pengeluaran produk roti yang dijalankan oleh Gardenia Bakeries
(Kl) Sdn Bhd iaitu produk dan promosi. Terdapat beberapa cadangan yang telah
dikemukakan oleh pengkaji agar Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd mampu
meningkatkan lagi penguasaannya terhadap pengeluaran produk roti dalam pasaran.
Pengkaji bercadang agar Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd memperbaharui corak
pembungkusan setiap dua tahun sekali supaya pelanggan lebih tertarik untuk membeli
roti Gardenia. Selain itu, pengkaji juga bercadang agar Gardenia Bakeries (Kl) Sdn
Bhd mempelbagaikan lagi perisa yang bersesuaian dengan cita rasa yang menjadi
kegemaran rakyat Malaysia seperti contoh roti keping berperisa durian. Akhir sekali,
Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd hendaklah membuat promosi kepada pembeli untuk
mendapatkan galakan pembelian secara pukal sebagai contoh, beli dua buku roti
percuma jem seri kaya. Dengan ini, Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd dapat
meningkatkan pengaruhnya dalam pasaran.

iii

You might also like