You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

Nama : SITI NURSHAHIRAH BINTI HANAFFI

No K/P : 050912-01-0080

Angka Giliran : 2023122310066

Program : PPISMP

Ambilan : JUN 2023

Unit : PENDIDIKAN JASMANI

Kod : GPIM 1022

Nama Pensyarah : HANIZAD BIN RAMLAN

Tajuk Tugasan : PENULISAN

Tarikh Hantar : 26 SEPTEMBER 2023

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatan Tandatangan
gan
Cop
Cop
Tarikh Tarikh
1.0 PENGENALAN
Kitab al-Quran merupakan panduan utama bagi umat islam agar dapat
dirujuk oleh umat islam agar memenuhi syariat islam. Kitab al-Quran diturunkan
oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW sebagai utusan terakhir melalui malaikat
Jibril AS. Penurunan al-Quran kepada Rasulullah SAW secara berperingkat
dalam bentuk penerangan dan menjawab persoalan yang terbelenggu di dalam
fikiran orang zaman dahulu (zaman Rasulullah SAW seperti para sahabat)
dalam sesuatu peristiwa yang berlaku, galakan amalan kebaikan atau peringatan
dalam bentuk larangan terhadap sesuatu perkara. Ayat pertama yang diturunkan
oleh Allah SWT di dalam surah al-Alaq ialah :

۱ َ‫ٱ ْﻗ َرأْ ِﺑﭑﺳ ِْم َر ِّﺑكَ ٱﻟﱠذِى َﺧ َﻠﻖ‬


Maksudnya : “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan (sekalian makhluk)”
( Surah al-Alaq: 1)

Berdasarkan ayat tersebut, kita dapat fahami bahawa Allah telah


memerintahkan untuk membaca kerana tanpa ilmu membaca kita tidak akan dapat
membaca dan memahami apa yang diperintahkan oleh Allah di dalam kitabnya.
Manakala al-Sunnah pula bermaksud segala yang disandarkan kepada
Rasulullah SAW dari aspek perkataan, perbuatan, takrir dan sifat baginda SAW
sama ada sebelum dilantik menjadi rasul atau selepas kebangkitan. Berikut
merupakan contoh al-Sunnah :
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda: “Barangsiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian berjalan ke masjid
untuk mendirikan solat fardhu yang diwajibkan oleh Allah SWT, maka langkahan
pertama menghapuskan dosanya, dan langkahan kedua mengangkat darjatnya.”

[Riwayat Muslim (666)]

Hadis ini ialah berunsur perbuatan Rasulullah SAW yang dapat dicontohi
oleh baginda SAW agar umat islam mengetahui amalan yang dapat
menambahkan pahala seseorang muslim.
2.0 PERANAN DAN KEPENTINGAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Kitab al-Quran sentiasa dibaca oleh para muslimin dan ditadabur serta
dihayati setiap tafsirannya kerana ia merupakan peranan al-Quran untuk
menjadikan pembaca lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Al-Sunnah
pula perlu dipelajari kerana sabda baginda SAW sangat membantu umatnya untuk
beribadah dan tidak melakukan larangan Allah SWT. Seperti hadis di bawah :

Daripada Malik bin Huwairith RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.”

[Riwayat al-Syafie (1/55),(1658)]

Di dalam kehidupan di dunia ini, kita dapat menetap di negara yang


harmoni, menjumpai ramai manusia di dunia serta dapat mencuba dan
mempelajari pelbagai perkara yang mampu memberi manfaat di dunia dan akhirat.
Oleh itu, terdapat pelbagai lagi peranan al-Quran untuk dijadikan panduan seperti
dari bidang ekonomi, politik, sosial, kebajikan dan pendidikan.

Peranan al-Quran dari segi ekonomi yang telah disebutkan di dalam buku
Pendidikan Islam Zarihan Abdul Rahman (2023), ekonomi merupakan peraturan
dalam menyelenggarakan keperluan hidup. Tanpa peraturan tersebut, ia tidak
dapat mempertahankan hidup secara individu, masyarakat dan negara. Pemimpin
yang bertanggungjawab ke atas ekonomi sesebuah negara perlulah berlaku adil
tanpa menindas golongan yang kurang berkemampuan seperti firman Allah dalam
kitab al-Quran dan hadis dari Nabi SAW :

‫ض ۖ ﻗُ ِل ٱ ﱠ�ُ ۖ َوإِ ﱠﻧﺎ ٓ أَ ْو إِﯾﱠﺎ ُﻛ ْم ﻟَﻌَﻠَ ٰﻰ ُھدًى أ َ ْو‬ ِ ‫ت َوٱ ْﻷ َ ْر‬ ‫۞ ﻗُ ْل َﻣن َﯾ ْر ُزﻗُ ُﻛم ِّﻣنَ ٱﻟ ﱠ‬
ِ ‫ﺳ َﻣ ٰـ ٰ َو‬
۲٤ ‫ﯾن‬ ٍ ۢ ‫ﺿﻠَ ٰـ ۢ ٍل ﱡﻣ ِﺑ‬
َ ‫ﻓِﻰ‬
Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang
memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya:
"Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan
kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu
dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya
dalam kesesatan yang jelas nyata ".

(Surah Saba : 24)

Rasulullah SAW ada bersabda di dalam sebuah hadis yang


berbunyi:“Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang bekerja dan berusaha.
Barangsiapa bersusah-payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa
dengan seorang mujahid di jalan Allah ‘azza wajalla.”

(Riwayat Ahmad)
Peranan al-Quran dari segi politik pula ialah berdasarkan buku Pendidkan
Islam Zarihan Abdul Rahman (2023), menurut imam al-Ghazali, konsep
kenegaraan merupakan suatu yang sangat penting bagi memastikan sesuatu yang
sangat penting bagi memastikan keharmonian hidup manusia. Jika seseorang
memegang amanah sebagai pemimpin negara, ia bertanggungjawab ke atas
setiap rakyatnya. Jika seseorang itu, bergelar ayah, ia bertanggungjawab ke atas
ahli keluarganya. Jika seorang seseorang itu bergelar pekerja, ia
bertanggungjawab ke atas kerja yang dilakukannya. Setiap manusia mempunyai
tanggungjawab khas masing-masing dan perlu melaksanakannya dengan ikhlas,
jujur dan adil dan Allah telah berfirman di dalam al-Quran dan hadis dari Nabi SAW
:

۲۰ َ‫ﻻ أَ َرى ْٱﻟ ُﮭ ْد ُھ َد أ َ ْم َﻛﺎنَ ِﻣنَ ْٱﻟﻐَﺎ ٓ ِﺋ ِﺑﯾن‬


َٓ ‫ﻰ‬ ‫َوﺗَﻔَﻘﱠ َد ﱠ‬
َ ‫ٱﻟطﯾ َْر ﻓَﻘَﺎ َل َﻣﺎ ِﻟ‬
Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta
dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk?
Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?”

(Surah An-Naml : 20)

Dari Ibnu Umar RA dari Nabi SAW, bahawa baginda bersabda: “Ketahuilah, setiap
kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian bertanggung jawab atas apa yang
dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin rakyat akan bertanggung jawab
atas rakyatnya, seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya, dan dia
bertanggung jawab atas mereka semua, seorang wanita juga pemimpin atas
rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia bertanggung jawab atas mereka
semua, seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya, dan dia bertanggung
jawab atas harta tersebut. Setiap kalian adalah pemimpin dan akan bertanggung
jawab atas kepemimpinannya.”

(Riwayat Muslim : 3408)


Seterusnya, dari segi sosial, al-Quran turut mengandungi ilmu berkaitan
persaudaraan. Al-Quran juga merupakan asas kesatuan ummah seperti para
sahabat saling menolongi Rasulullah SAW dalam proses pengumpulan dan
penulisan al-Quran. Proses itu mejadi bukti bahawa kitab al-Quran menguatkan
lagi tali persaudaraan antara umat islam. Selain itu, dalam proses pembelajaran
dan pengajaran ilmu al-Quran dan al-Sunnah, ia dapat merapatkan ukhwah antar
guru dan pelajar. Di dalam kitab al-Quran dan hadis dari Nabi SAW :

۱۰ َ‫ٱ� ﻟَ َﻌﻠﱠ ُﻛ ْم ﺗ ُ ْر َﺣ ُﻣون‬ ۟ ُ‫وا َﺑﯾْنَ أَﺧ ََو ْﯾ ُﻛ ْم ۚ َوٱﺗﱠﻘ‬


َ ‫وا ﱠ‬ ۟ ‫ﺻ ِﻠ ُﺣ‬
ْ َ ‫ِإ ﱠﻧ َﻣﺎ ْٱﻟ ُﻣؤْ ِﻣﻧُونَ ِإ ْﺧ َو ۭة ٌ ﻓَﺄ‬
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka
damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

(Surah Al-Hujurat : 10)

“Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: jangan putus-memutus hubungan


dan jangan belakang-membelakangi dan jangan benci-membenci, dan jangan
hasud-menghasud dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara, dan tidak
dihalalkan bagi seorang muslim memboikot saudaranya sesama muslim lebih
dari tiga hari.”

(Riwayat Bukhari Muslim).

Peranan al-Quran juga turut membantu manusia dalam kebajikan manusia.


Segala rezeki di dunia ini adalah milik Allah SWT dan Allah SWT menciptakannya
untuk kebaikan manusia sepenuhnya. Dalam rezeki kita juga terkandung juga
rezeki orang lain. Oleh itu, kita perlu berkongsi rezeki yang dikurniakan oleh Allah
SWT bersama makhluk lain serta menjaga dan berbuat baik kepada semua
ciptaan Allah SWT di atas muka bumi ini seperti firman Allah dalam surah al-
Maidah dan hadis dari Nabi SAW.

‫ٱ� ۖ إِ ﱠن ﱠ‬
َ�‫ٱ‬ ۟ ُ‫ٱﻹ ْﺛ ِم َو ْٱﻟﻌُد ٰ َْو ِن ۚ َوٱﺗﱠﻘ‬
َ ‫وا ﱠ‬ ِ ْ ‫ﻋﻠَﻰ‬
َ ‫وا‬ ۟ ُ‫ﻋﻠَﻰ ْٱﻟ ِﺑ ِ ّر َوٱﻟﺗﱠ ْﻘ َو ٰى ۖ َو َﻻ ﺗَﻌَ َﺎوﻧ‬ ۟ ُ‫َ◌ﺗَﻌَ َﺎوﻧ‬
َ ‫وا‬
ِ ‫ﺷدِﯾ ُد ْٱﻟ ِﻌﻘَﺎ‬
‫ب‬ َ
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan
bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar
perintahNya).

(Surah Al-Maidah : 2)

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah


akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(Riwayat Muslim)
Sesungguhnya, dengan adanya al-Quran dan hadis kita dapat mempelajari
segala ilmu yang mulia di dunia dan akhirat. Ia sangat berperanan dalam bidang
pendidikan kerana tanpa ilmu manusia akan bertindak sesuka hati di dunia seperti
merosakkan harta benda, memakan makanan yang haram, tidak menjaga
kebersihan dan sebagainya. Seperti firman Allah di dalam kitab al-Quran dan hadis
dari Nabi SAW di bawah :

‫ٱ�ُ ﻟَ ُﻛ ْم ۖ َو ِإذَا‬
‫ﺢ ﱠ‬ ۟ ‫ﺳ ُﺣ‬
َ ‫وا َﯾ ْﻔ‬ َ ‫وا ِﻓﻰ ْٱﻟ َﻣ َﺟ ٰـ ِﻠ ِس ﻓَﭑ ْﻓ‬ ۟ ‫ﺳ ُﺣ‬
‫َﯾ ٰـٓﺄ َ ﱡﯾ َﮭﺎ ﱠٱﻟذِﯾنَ َءا َﻣﻧُ ٓو ۟ا ِإذَا ِﻗﯾ َل ﻟَ ُﻛ ْم ﺗَﻔَ ﱠ‬
ِ ‫ﺳ‬
ُ�‫ٱ‬
‫ت ۚ َو ﱠ‬ ۟ ُ‫وا ِﻣﻧ ُﻛ ْم َوٱﻟﱠذِﯾنَ أُوﺗ‬
ٍ ۢ ‫وا ْٱﻟ ِﻌ ْﻠ َم َد َر َﺟ ٰـ‬ ۟ ُ‫ٱ�ُ ٱﻟﱠذِﯾنَ َءا َﻣﻧ‬ ‫وا َﯾ ْرﻓَ ِﻊ ﱠ‬۟ ‫ﺷ ُز‬ ۟ ‫ﺷ ُز‬
ُ ‫وا ﻓَﭑﻧ‬ ُ ‫ِﻗﯾ َل ٱﻧ‬
۱۱ ‫ﯾر‬ ٌ ۭ ‫ِﺑ َﻣﺎ ﺗَ ْﻌ َﻣﻠُونَ َﺧ ِﺑ‬
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang
dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya
supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta
kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang
yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha
Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
(Surah Al-Mujadilah : 11)
Sebagaimana hadis Abu Hurairah Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa
menelusuri jalan untuk mencari ilmu padanya, Allah akan memudahkan baginya
jalan menuju syurga."
(Riwayat Muslim).

3.0 PENUTUP

Jelaslah disini bahawa penurunan al-Quran sangat bermanfaat untuk


manusia. Dengan itu, kita dapat melaksanakan perintah dan larangan Allah.
Penting untuk kita meneladani setiap kalam Allah yang begitu mulia dan tiada
tandingannya oleh sesiapapun kerana Allah maha agung. Begitu juga pentingnya
al-Sunnah kepada kita kerana kebanyakan hadis dikeluarkan oleh isi hati
Rasulullah SAW sendiri kerana lebih menekankan kita untuk berbuat kebaikan
serta manfaatnya ke atas diri kita. Oleh itu, hendaklah kita mempelajari lebih lagi
tentang ilmu yang terkandung di dalam al-Quran serta al-Sunnah dan bersyukur
atas segala nikmat Allah SWT.
Rujukan

Al-Quran al-Karim Rasam Uthmani

Buku Teks Pendidikan Islam (2023)

https://www.ikim.gov.my/index.php/2000/01/01/islam-dan-ekonomi-saling-
memerlukan/
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

PEMERIKSA
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

MODERATOR
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :

Tarikh : Tarikh :

Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah :

Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh pensyarah

Tanda tangan pelajar

..................................................................................
( )

Tarikh :
* Sila potong yang tidak tidak berkenaan

You might also like