You are on page 1of 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

WAJ 3114

BINA INSAN GURU ( BIG )


KERTAS KERJA:

“SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA”


PENSYARAH:

ENCIK VARUGHEESE A/L P.V CHACKO


Unit Kokurikulum

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

DISEDIAKAN OLEH:

HASNIZIA BT ABDUL HAMI


( 810902-02-5886 )

Program Pensiswazahan Guru ( PPG )

Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian


1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam


memenuhi matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang
berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran
dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi
perlaksanaan matlamat tersebut.

Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab


yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran
Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui
pertandingan 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan
efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K


(Keselamatan, kesihatan dan kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan
satu aktiviti gotong-royong perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat
yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan
dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa
pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.Di
samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam
diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek
pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan
kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes .

Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SK Bukit
Bandaraya akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi
serta mencapai matlamatnya. Program ini telah memberi impak yang besar terhadap
pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Sekolah-
sekolah lebih ceria dan ia selaras dengan tema “Sayangi Kawasan Sekolah Anda”.
Program ini diharap dapat mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat
setempat kepada budaya yang lebih baik. Kerja berpasukan dalam kalangan warga
kerja sekolah dan kerjasama yang diberikan oleh warga SK Bukit Bandaraya serta
kepimpinan Guru Besar akan membuahkan hasil yang diharapkan.

Program gotong-royong yang dicadangkan ini adalah meliputi kegiatan serta


aktiviti yang telah dirancang untuk menyemai nilai murni yang tinggi melalui
kesedaran kebersihan dan kesihatan diri kerana apa yang pasti dengan adanya
tahap kesihatan yang tinggi ianya akan menjamin keharmonian seseorang dan
memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melalui kesedaran
kesihatan, program ini juga menekankan aspek kebersihan dari segi fizikal dan
persekitaran. Untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu sentiasa berada
dalam situasi yang bersih dan menjaga kebersihan diri atau tempat
pembelajarannya supaya rasa selesa dan tenang ketika menjalani aktiviti-aktiviti di
sekolah. . Disamping itu, penekanan utama juga diberikan kepada kesihatan diri .
Untuk mendapat kesihatan yang optimum maka perlulah seseorang itu
mengamalkan cara hidup yang sihat, sama ada dari segi pemakanan ataupun aktiviti
harian yang lain.

2.0Tujuan
Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan
persekitaran sekolah dan seterusnya menanamkan sikap menyayangi kawasan
sekolah terhadap semua warga sekolah. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk
keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar
dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat
menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.

Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk
memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih
selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak
sekolah yang melibatkan ibu bapa. Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk
menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti
dalam suasana yang selamat dan ceria.

3.0 Nama Program


“ KECERIAAN SEKOLAH”
4.0 Tema Program

“ SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA”

5.0 Matlamat

Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar


kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan
kebersihan dan keceriaan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat
pendedahan yang sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan
mengabaikan amalan kebersihan di persekitaran sekolah berbanding di rumah .
Namun demikian sebenarnya cara amalan kebersihan ini mempunyai ciri-ciri yang
khusus dan piawaian yang sempurna. Murid kurang memahami maksud sebenar
ceria , indah , wangi , bersih , berfungsi dan selamat.

Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh ,meningkatkan rasa
tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti
membersihkan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah
untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kebersihan dan
keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka terhadap persekitaran yang
selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

Selain itu, memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang
ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. Ibubapa dapat
bekerjasama dengan kakitangan sekolah iaituguru-guru dan pekerja serta wakil
PIBG untuk menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih
serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu
pagi dan petang.Kawasan yang menjadi tumpuan ialah tempat rehat wakaf dan
kawasan belakang sekolah yang terbiar agar boleh memberi tempat untuk murid
membaca, berbincang dan mengulangkaji di tempat yang selesa dan ceria.

6. 0 Objektif

Objektif program ini adalah:


i. Mewujudkan kawasan tempat rehat wakaf dan taman sekolah yang lebih
ceria dan harmonis. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah
penting bagi meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah
yang ceria, tenang dan selesa penting untuk mencapai visi dan misi
sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
ii. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi
yang bersih, indah, selamat dan ceria.
iii. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan maksimum.
iv. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama erat antara pendidik,
warga sekolah dan ibu bapa dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan
dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
v. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa
terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai
kemudahan yang disediakan.
vi. Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan
keberkesanan aktiviti.

7.0 Format Pelaksanaan

Manual Pelaksanaan Program

BIL PELAKSANAAN TUGAS TINDAKAN

1 Penyediaan kertas kerja program : Setiausaha


- Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan Program

persetujuan dari pihak-pihak penganjur dan pelaksanaan


program melalui mesyuarat dan bersemuka.
- Mesyuarat kali pertama.

2 Pelantikan AJK Program secara rasmi. Setiausaha


Program
Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan kerja-
3 kerja asas Setiausaha
program : Program

Cadangan : bilik mesyuarat sekolah.

4 Mesyuarat AJK Program kali ke 2. Setiausaha


Program

Menjalankan kerja-kerja penyediaan , percetakan dan


5 mengirim surat menyurat , kad dan surat jemputan. Setiausaha
Program

Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat


6 pos laju , e-mel, mesin faksimili atau pertemuan peribadi Setiausaha
(kepada agensi-agensi dan individu yang terlibat ) Program

Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-


7 peralatan yang perlu digunakan untuk gotong royong AJK Peralatan

8 Menyediakan hadiah dan cenderahati AJK Hadiah

9 Tempahan makanan untuk jamuan. AJK Jamuan

Menyediakan dewan untuk kegunaan Ucapan Perasmian AJK Persiapan


10 dan Tempat
Pelancaran.
11 Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong royong. Semua AJK dan
peserta.

8.0 PENGANJUR

Program ini dianjurkan oleh unit 3K dengan kerjasama Unit Hal-Ehwal-Murid dan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

9.0 CADANGAN TARIKH

10 Mei 2014 ( Sabtu )

10.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya , Jalan Bangkung, Bangsar 59100 K. Lumpur

11.0 FOKUS KAWASAN

Kawasan yang menjadi fokus program gotong royong ini adalah bilik-bilik darjah,
bilik-bilik khas seperti dewan sekolah, Taman Herba, kantin dan kawasan riadah /
wakaf / rehat sekitar sekolah. Matlamatnya supayakawasan ini lebih bersih, indah
dan ceria serta dapat memberi manfaat kepada murid serta warga sekolah.

i. Kawasan Rehat / Wakaf / Riadah :


Meletakkan “pavement” dari bangunan sekolah ke wakaf dan
antara wakaf.
Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan
ianya adalah tempat tumpuan pelajar.
Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.
Memperbanyakkan tanaman hiasan

ii. Kawasan Sekitar Sekolah :


Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.
Memperbanyakkan tanaman hiasan
Memperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajar
Meletakkan buku-buku bacaan di wakaf/ sudut bacaan tersebut
Menanam pokok sebagai teduhan

iii. Taman Herba


Menanam pelbagai jenis tanaman herba untuk pengetahuan
murid-murid.
Membersihkan dan membuang rumput-rumput yang tumbuh.
Menanam tanaman hiasan untuk kawasan sekolah.

iv. Dewan sekolah dan kantin


Memasang kipas untuk keselesaan murid semasa waktu rehat.
Menambah jumlah kipas sedia ada di dalam dewan.

Tempat Rehat Wakaf yang ceria boleh dijadikan tempat yang menarik dan
boleh menarik minat murid untuk belajar , berbincang dan melakukan pelbagai
aktiviti terutama sekali ketika menjalankan aktiviti kokurikulum kerana sekolah ini
terdapat dua sesi persekolahan. Maka amat sesuai sekali kawasan rehat wakaf yang
ceria, menarik dan selesa dijadikan salah satu tempat untuk menjalankan aktiviti.
Kawasan ini juga sesuai Pengajaran dan Pembelajaran dilakukan. Kawasan
tersebut boleh di ubahsuai menjadi kawasan istirehat murid-murid ketika rehat dan
juga menjadi tempat perbincangan dan belajar semasa proses P&P dijalankan.

12.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN:


Seluruh warga SK Bukit Bandaraya iaitu guru-guru, pekerja sekolah serta AJK
PIBG.

12.0 Carta Organisasi


Organisasi pelaksanaan program
JAWATANKUASA INDUK

Penasihat

Puan Habshah Bt Haji. Taib (Guru Besar)

Pengerusi
Mr. Lam Kam Poy (Guru Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi I
Encik Azmi Bin Salleh(Guru Penolong Kanan Kurikulum)

Naib Pengerusi II
Puan Suhaila Bt Omar
(Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Setiausaha
Puan Fauziah Bt Ahmad (Guru Penyelaras 3K)
Naib Setiausaha
Cik Hasnizia Bt Abdul Hamid
( Penyelaras 3K)

Bendahari

Puan Das Maniar binti Hasan

Ahli Jawatankuasa

Datuk Raja a/l Rajasamy (YDP PIBG)

Encik Ramhuzaimi binti Abdul Rahman

Puan Nor Aisyah binti Othman

Puan Hanisah binti Ishak


AJK PELAKSANA

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA

PENYAMBUT TETAMU PERALATAN


Encik Darus bin Wahab Encik Omar bin Ramli
Puan Subiyanti binti Sulaiman Encik Rizal bin Harun
Puan Roslawati binti Baharum En. Mohamed bin Mahmud
Puan Faezah binti Mohd Sedir Encik Asiff bin Mokhtar
CENDERAHATI DOKUMENTASI JAMUAN

Pn. Sharmilla bt Mat Puan Suryati binti Man


Pn. Kamalia bt Sidik Puan Nurin binti Mazla

PENGERUSI MAJLIS BUKU PROGRAM


Puan Faridah binti Mustafa Pn Zarina binti Hassan

BACAAN DOA PERSIAPAN TEMPAT


Ustaz Suhaimi bin A Rahman Encik Yasim bin Jusoh

SIARANRAYA DOKUMENTASI
Encik Nawi bin Pungut Cik Murugamah

13.0 Tentatif Program

1. Semua guru,pekerja dan ibu bapa berkumpul di di kantin sekolah.


2. Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya.
3. Ucapan aluan YDP PIBG Sk Bukit Bandaraya
4. Semua yang hadir dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut tempat-
tempat yang telah ditetapkan
5. Aktiviti- aktiviti :
a. Meletakkan “pavement” di tempat-tempat yang tertentu. Menyediakan
tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat
tumpuan pelajar.
b. Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.
c. Menghias kelas dan bilik-bilik khas
d. Memperbanyakkan tanaman hiasan
e. Memasang kipas
f. Meletakkan buku-buku bacaan di pondok/ wakaf bacaan.
g. Membuat mural di dalam kelas-kelas tahun 1 dan 2

14.0 Anggaran perbelanjaan


Cadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang
dengan baik agar program ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar.
Kebanyakkan sumber yang digunakan untuk menjayakan aktiviti ini disumbangkan
oleh ibu bapa, pihak kantin, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.. Berikut disenaraikan
anggaran perbelanjaan untuk aktiviti ini :

BIL PERKARA PERBELANJAAN

1 Perbelanjaan cetakan
1. Buku Program RM 0.50 X 10 RM 5.00
2. Surat-menyurat RM 0.50 X 4 RM 2.00

JUMLAH PERBELANJAAN CETAKAN

2Peralatan:
1.Tin cat RM 25.00 X 3
2.Berus cat RM 2.50 X 10
3.Cangkul RM 6.00 X 5
4.Plastik Sampah RM 1.00 X 2
5.Tong Sampah RM 50.00 X 10
6.Paku RM 25.00 X 1

RM 75.00 RM 25.00 RM 30.00 RM 2.00 RM 500.00 RM 25.00

150.0
7.Kipas RM 0X 20RM3000.00

8. Kayu / papan RM 8.00X 30RM240.00

JUMLAH PERBELANJAAN PERALATAN RM 547.00

3 Jamuan makan tengah hari RM 2.00 X 100 RM 200.00


JUMLAH PERBELANJAAN JAMUAN RM 200.00

4 Hadiah dan Cenderahati RM 10.00 X1 RM 10.00

JUMLAH PERBELANJAAN HADIAH RM 10.00

5 Lain-lain perbelanjaan RM 100.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 3637.00

15.0 Penutup
Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Perdana 1 Malaysia ini akan dapat
menghasilkan satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta
dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah
selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah
sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat serta tempat yang
dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga sekolah khasnya dan ibu bapa
dan masyarakat setempat Dalam menjalankan aktiviti gotong royong perdana
muhibbah ini, dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra
antara masyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua
pihak untuk saling bekerjasama antara satu sama lain.
Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua
pihak yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam
menghadapi kehidupan harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik
ibu bapa yang sama menjayakan program ini diberkati dan dirahmati.

Disediakan oleh:

………………………………………….

( PN. FAUZIAH BT AHMAD )

Setiausaha Program
SK Bukit Bandaraya
Jalan Bangkung, Bangsar
59100 Kuala Lumpur
Setelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
di atassebab-sebab berikut:

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………….

You might also like