You are on page 1of 11

BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH

SOALAN OBJEKTIF

1. Keruntuhan empayar Rom menyebabkan golongan Baron menjadi sangat


berkuasa terhadap para petani. Mengapakah wujud keadaan sedemikian?
(ms. 215)

A. Golongan baron memberi petani modal pertanian


B. Golongan baron merupakan wakil penasihat petani
C. Golongan baron memberi petani perlindungan
D. Golongan baron merampas tanah petani

2. Apakah peranan golongan Baron di Eropah pada Zaman Gelap? (ms. 215)
A. Memberi perlindungan kepada petani
B. Menjadi penaung kepada artisan
C. Menguasai institusi gereja
D. Mengetuai sistem feudal

3.
Pada Zaman gelap, kuasa pusat di Rom yang mentadbir wilayah-
wilayah telah musnah. Keadaan ini telah membawa kepada
kewujudan tuan tanah.

Apakah implikasi daripada keadaan di atas? (ms. 215)

I Mereka menggadaikankan tanah kepada tuan tanah


II Mereka membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
III Mereka mencari perlindungan daripada tuan tanah
IV Mereka mencari pekerjaan lain
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

4. Bagaimanakah bentuk tanggungjawab dan hubungan hubungan timbal balas


yang diamalkan dalam struktur masyarakat feudal di Eropah? (ms. 215)

I Tuan tanah berkongsi kuasa dengan petani


II Tuan tanah mendapat perlindungan raja
III Tuan tanah membayar cukai kepada raja
IV Tuan tanah mendapat khidmat dari petani
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

5. Aktiviti perdagangan di Itali telah membawa kepada kemunculan pedagang


kaya

Apakah peranan utama golongan tersebut? (ms. 218)


A. Menyediakan modal pembangunan ekonomi
B. Menjadikan Itali pusat perdagangan antarabangsa
C. Menggalakkan pelayaran awal di kalangan orang Eropah
D. Menjadi penaung kepada pelukis, sains, penulis dan pemuzik

6. Dialog berikut menggambarkan kegiatan ekonomi di Eropah pada Zaman


Gelap. (ms.216)

Orang Eropah Kami sering diancam oleh orang gasar diperairan pantai
A utara dan barat

Orang Eropah Orang Viking juga menyebabkan kami kerugian besar.


B

Apakah yang dikaitakan dengan dialog tersebut?

A. Sistem feudal terhapus


B. Perdagangan antarabangsa merosot
C. Revolusi pertanian tercetus
D. Pelabuhan baru dibina

7.

Masyarakat rajah di atas, apakah yang menyebabkan seseorang petani


Berdasarkan
Feudal Bangsawan Petani Hamba
menjadi hamba pada zaman pertengahan? (ms. 215)

A. Berkelakuan buruk terhadap majikan


B. Tidak mampu membayar cukai kepada baron
C. Tidak mempelajari ilmu amalan keagamaan
D. Berupaya menderhaka kepada raja
8. Pada Zaman Pertengahan di Eropah, Gereja katolik merupakan institusi yang
amat berkuasa dan memiliki hartanah yang banyak.
Apakah fokus kegiatan institusi tersebut? (ms. 216)

A. Kegiatan pembelajaran ilmu keduniaan


B. Kegiatan politik pemerintahan
C. Kegiatan amalan keagamaan
D. Kegiatan perdagangan

9. Antara berikut yang manakah merujuk tentang ciri-ciri zaman gelap di


Eropah?
(ms. 216)

I Kegiatan ekonomi yang meluas


II Kuasa pemerintahan yang berkesan
III Kegiatan masyarakat dikongkong gereja
IV Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

10. Apakah perubahan politik yang berlaku pada zaman kemuncak pertengahan?
(ms. 216)

A. Parlimen mula diwujudkan


B. Pembesar berkuasa mutlak
C. Pentadbiran dikuasai oleh raja
D. Pusat pentadbiran dimansuhkan

11. Pada Zaman Kemuncak Pertengahan, perubahan ekonomi sangat ketara


disebabkan oleh…. (ms. 216)

A. Penggunaan sistem barter


B. Pembelajaran ilmu keakhiratan
C. Peranan serangan orang gasar
D. Pertambahan bilangan penduduk

12. Renaissance berasal dari perkataan “renisciment” yang bermaksud (ms. 217)

A. Perubahan ketamadunan
B. Kegelapan manusia
C. Kelahiran semula
D. Peralihan masa

13. Antara berikut, apakah faktor yang mendorong berlakunya gerakan


Renaissance di Eropah? (ms:217)

I Perkembangan intelektual
II Perkembangan semangat inkuiri
III Perkembangan perdagangan
IV Perkembangan bandar baru
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV
14.
Kegemilangan tamadun Yunani dan Rom muncul kembali
pada zaman Renaissance antara kurun ke 14 hingga
kurun ke 17.
Antara berikut, manakah yang dapat dikaitkan dengan zaman Renaissance?
(ms 217)
I Pengenalan unsur humanisme
II Penumpuan penghargaan semula ilmu
III Keupayaan mencari penyelesaian masalah
IV Kemunculan institusi Gereja sebagai institusi yang universal
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

15.
 Pemusatan kuasa raja
 Perkembangan bandar
 Pertumbuhan ekonomi

Maklumat di atas menjelaskan sesuatu keadaan yang pernah berlaku di


Eropah. Maklumat tersebut menunjukkan…….. (ms. 219)
A. Kemerosotan sistem feudal
B. Perpecahan agama kristian
C. Perkembangan intelektual rakyat
D. Kemerosotan perpaduan masyarakat Eropah
16. Apakah perubahan yang telah dialami oleh masyarakat Eropah dalam bidang
ekonomi akibat zaman Renaissance? (ms:219)

A. Kemunculan golongan baron


B. Kegiatan ekonomi sara diri semakin pupus
C. Kekuasaan raja terhadap ekonomi
D. Kemerosotan ekonomi dagangan antarabangsa

17. Apakah kesan dari pencapaian Renaissance yang didorong oleh kesediaan
masyarakat meneroka bidang baru? (ms.219)

I Perkembangan kemahiran
II Perkembangan kegiatan penjelajahan
III Perkembangan perdagangan
IV Perkembangan agama

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

18. Pada zaman Renaissance masyarakat Eropah menjadi masyarakat berfikir


dan bersedia untuk meneroka bidang-bidang baru….
Mengapakah dikatakan sedemikian ? ( ms 220)
A. Kebebasan menulis karya
B. Kekuasaan raja mulai berkurangan
C. Kemunculan pengajar berkebolehan
D. Kewangan negara bertambah kukuh

19.

Antara berikut yang manakah merupakan kritikan beliau ? (ms 221)

Martin Luther, seorang profesor ilmu teologi, telah


mengkritik amalan dan penyelewengan mazhab Katolik
A. Penggunaan Bible
B. Perlaksanaan cukai
C. Penyalahgunaan kuasa oleh Paus
D. Penyelewengan oleh Counter Reformation

20. Agama Kristian terpecah dua akibat gerakan Reformation. Mengapakah hal ini
berlaku? (ms 222)
A. Kepincangan dalam pentadbiran gereja katolik
B. Kegagalan paderi menghapuskan penyembahan berhala
C. Penjualan indulgences secara terbuka kepada orang bukan kristian
D. Pengamalan riba dalam perniagaan

21. Gerakan Reformation di Jerman berpunca daripada …….. (ms 221)


A. Perkembangan universiti
B. Perkembangan inkuiri
C. Perkembangan ekonomi
D. Perkembangan mesin cetak

22.

Berdasarkan nama-nama tokoh di atas, apakah yang diperjuangkan oleh


mereka? (ms. 222)
 John Calvin
 Zwingli
A. Kebajikan rakyat
B. Kekuasaan raja
C. Kewibawaan gereja
D. Kesatuan sekerja

23. Mengapakah masyarakat di Eropah mengkritik Gereja Katolik semasa


Gerakan Reformasi? (ms.221)
A. Kefahaman agama bercanggah
B. Perpecahan dikalangan pengikut
C. Pembaharuan ditentang penganutnya
D. Kepincangan amalan penguasa Gereja

24. Rajah berikut menunjukkan Gerakan Reformation yang bermula di Jerman


kemudian ke negara Eropah yang lain.
Jerman

Eropah
Mengapakah berlakukah sedemikian? (ms.221)
A. Penemuan teknik percetakan
B. Penubuhan institusi pendidikan
C. Perkembangan bidang ekonomi
D. Perkembangan semangat inkuiri

25. Apakah yang disarankan oleh Martin Luther dalam gerakan reformation? (ms.
221)
A. Amalan bergantung pada kekuatan rohani
B. Amalan riba digalakkan jika berpatutan
C. Mengamalkan gaya hidup pemerintah
D. Merujuk bible sebagai ajaran mutlak
26. Pada tahun 1453, Istanbul telah jatuh ke tangan kuasa Islam Turki. Apakah
implikasinya terhadap orang Eropah? (ms 223)
A. Hubungan perdagangan orang Islam dengan saudagar Islam terputus
B. Kuasa-kuasa Eropah mulai bersatu padu untuk menentang kerajaan
Turki
C. Mereka terpaksa mencari jalan laut ke timur kerana jalan melalui
Istanbul tidak selamat bagi mereka
D. Orang Eropah terpaksa membeli barang dagangan daripada Kerajaan
Turki dengan harga yang tinggi

27. Mengapakah para tuan tanah mendesak parlimen Inggeris meluluskan akta
untuk memudahkan pemagaran tanah awam? (ms. 228)

A. Para petani dapat memiliki tanah


B. Para petani boleh menyewa tanah
C. Pemilikan tanah awam dapat dijual beli
D. Pertanian dapat dijalankan bagi tujuan perdagangan

28.

Revolusi Pertanian

Peralatan di atas banyak membantu dalam bidang pertanian. Apakah


keistimewaannya ?
(ms. 229)
A. Membolehkan penanaman bijih benih dilakukan dengan pantas
B. Membolehkan tanah digunakan secara maksimum
C. Mengelakkan pembaziran tanah
D. Menjadikan tanaman lebih subur

29. Faktor utama orang Eropah memulakan penjelajahan ke Timur adalah untuk
…… (ms 223)
A. Menyebarkan agama Kristian
B. Menghapuskan agama Islam
C. Meluaskan kawasan taklukan
D. Mendapatkan barangan rempah ratus

30. Apakah sebab negara Portugal dan Sepanyol menjadi negara terawal
melibatkan diri dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan dunia baru? (ms
223)
A. Mendapat galakan daripada pemerintah
B. Mempunyai bilangan tentera laut yang ramai
C. Mempunyai kapal yang tahan angin monsun
D. Adanya ahli pelayaran yang berwibawa

31. Mengapakah orang Eropah hanya berjaya keluar dari benua Eropah selepas
kurun ke 15?
(ms . 223)
A. Galakan kerajaan
B. Kemajuan perkapalan
C. Peningkatan ilmu geografi
D. Peningkatan semangat inkuiri

32.
o Sepanyol
o Portugal

Faktor manakah yang mendorong penjelajahan oleh kuasa-kuasa Eropah di


atas? (ms 223)
I Kestabilan politik
II Semangat pelayar Islam
III Semangat inkuiri yang meningkat
IV Keadaan ekonomi yang berkembang
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV
33. Rajah berikut menunjukkan perjanjian yang ditandatangani oleh Portugal dan
Perancis.
Tahun Perjanjian
1494 Tordesillas
Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani? (ms ..224)
A. Mengelakkan peperangan
B. Menguasai laluan perdagangan
C. Memonopoli perdagangan rempah
D. Meluaskan penyebaran agama Kristian

34 Akta anti penggabungan diperkenalkan bagi menghalang para pekerja ( ms .


236)

A. Bermuafakat dalam tuntutan gaji


B. Bergabung dalam pengeluaran modal
C. Berganding bahu dalam bidang pertanian
D. Bekerjasama dalam penghasilan barangan

35.
 The white Man’s burden –Inggeris
 Mission civilisatrice – Peranchis
 The blessings of anglo-saxon protection - Amerika

Kuasa-kuasa barat menggunakan slogan di atas sebagai alasan untuk….( ms


. 238)

A. Meluaskan tanah jajahan


B. Memperadabkan masyarakat Asia
C. Membangunkan negara-negara asia
D. Menyebarkan ilmu pengetahuan
36. SLOGAN KUASA
Beban Orang Putih British
X Perancis

X ialah (ms . 238)

A. Asia untuk orang Asia


B. Kawasan kesemakmuran Asia
C. Tugas menyebarkan tamadun
D. Menyebarkan ilmu pengetahuan

37. Mengapakah Asia Tenggara menjadi sasaran kuasa-kuasa Eropah untuk


menguasainya pada kurun ke 19? (ms . 239)
A. Kekayaan bahan mentah
B. Keramaian tenaga buruh
C. Kemunduran sebilangan besar penduduk
D. Ketamadunan yang dicapai oleh masyarakatnya

38. Apakah yang telah dilakukan oleh kuasa barat bagi mengatasi masalah
kekurangan tenaga pekerja di negara yang dijajah? (ms . 239)
A. Menaikkan gaji pekerja
B. Menggunakan lebih banyak mesin
C. Memperbaiki keadaan hidup pekerja
D. Mengimport buruh dari negara lain

39. Mengapakah kegiatan penanaman getah di Tanah Melayu dikomersialkan


semasa penjajahan British? (ms . 239)
A. Memberi pekerjaan kepada penduduk asing
B. Membantu kilang tempatan berkembang
C. Mengatasi masalah pengimportan buruh
D. Memenuhi keperluan industri di Britain

40. Pada masa penjajahan barat di Tanah Melayu, sistem pendidikan Inggeris
adalah bertujuan untuk….. (ms. 239)

A. Melatih pentadbir rendahan untuk pentadbiran


B. Memajukan ekonomi negara yang dijajah
C. Memberi pendidikan kepada semua rakyat
D. Memberi latihan ke arah bekerajaan sendiri

You might also like