You are on page 1of 4

AMALI 1

NAMA DAN KOD KURSUS USC1112 KIMIA TAK ORGANIK


SEMESTER SEMESTER 1

TAJUK 2.0 UNSUR JADUAL BERKALA

SUBTOPIK 2.2 Sifat fizik dan kimia unsur apabila merentasi kala dan menuruni kumpulan

Markah Markah
HASIL PEMBELAJARAN %
Penuh diperolehi
Mengikuti eksperimen yang meliputi prinsip dan tindak
CLO2 20
balas asas kimia. (P3, PLO2, LD3a)

Mengaplikasikan kemahiran saintifik yang bersesuaian


CLO3 untuk menyelesaikan masalah berkaitan konsep asas 15
kimia. (C3, PLO3, LD2)

NAMA PELAJAR

PROGRAM

NO. KAD PENGENALAN

TARIKH

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

_____________________________________ _____________________________________
( ) ( )

Tarikh : Tarikh :

Arahan :
1
1. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk mengkaji sifat kimia Unsur Kumpulan 1 melalui tindak
balas dengan air.
2. Lengkapkan laporan amali yang disediakan.

EKSPERIMEN 2.3 : SIFAT KIMIA UNSUR KUMPULAN 1 (JADUAL BERKALA)

Tajuk Sifat kimia unsur kumpulan 1

Pengenalan/Teori  Unsur Kumpulan 1 juga dikenali sebagai logam alkali.


 Logam alkali adalah sangat reaktif dan mudah bertindak balas dengan bahan seperti air, gas
oksigen dan gas klorin.
 Unsur Kumpulan 1 bertindak balas cergas dengan air untuk menghasilkan larutan hidroksida
logam yang bersifat alkali dan gas hidrogen.
 Semua logam alkali mempunyai sifat kimia yang sama apabila bertindak balas dengan
bahan tertentu kerana mempunyai bilangan elektron valens yang sama.

Pernyataan Bagaimanakah kereaktifan unsur-unsur Kumpulan 1 berubah apabila bertindak balas dengan
Masalah air?

Tujuan Untuk mengkaji sifat kimia unsur kumpulan 1 melalui tindak balas unsur-unsur dengan air

Hipotesis Apabila menuruni Kumpulan1, kereaktifan tindak balas logam alkali dengan air meningkat.
[2 markah]

Pemboleh ubah a) Dimanipulasikan


Jenis logam alkali [1 markah]

b) Bergerak balas
Kereaktifan tindak balas logam alkali dengan air [1 markah]

c) Dimalarkan
Saiz kepingan logam-logam alkali, air suling [1 markah]

Bahan Logam litium, natrium, kalium, air suling, kertas turas dan kertas litmus merah

Radas Besen, forseps, pisau kecil dan jubin putih.

2
Susunan radas

Prosedur 1. Kepingan kecil litium dipotong menggunakan pisau kecil dan litium itu dikeringkan
dengan kertas turas.
2. Besen diisi dengan air sehingga separuh.
3. Kepingan kecil litium diletakkan secara perlahan pada permukaan air dengan
menggunakan forseps.
4. Kecergasan tindak balas litium dengan air diperhatikan dan pemerhatian direkodkan.
5. Apabila tindak balas telah lengkap, Kertas litmus merah dicelupkan ke dalam larutan
yang terbentuk.
6. Langkah 1 hingga 5 diulang menggunakan natrium dan kalium bagi menggantikan
litium.

Pemerhatian Logam Pemerhatian

Litium bergerak perlahan. Bunyi ‘hiss’ terhasil. Larutan


Litium
menukarkan kertas litmus merah ke biru.

Natrium bergerak cepat, bunyi ‘hiss’ terhasil. Larutan


Natrium
menukarkan litmus merah ke biru.

Kalium bergerak sangat laju dan rawak. Bunyi ‘hiss’ terhasil dan
Kalium kalium terbakar dengan nyalaan ungu. Larutan menukarkan
kertas litmus merah ke biru.

FFF

3
Perbincangan 1. Mengapakah logam alkali bersaiz kecil digunakan dalam eksperimen?
Kerana saiz logam alkali yang besar akan menghasilkan gas hidrogen yang banyak dan
letupan gas hidrogen akan menyebabkan kecederaan.
.............................................................................................................................
[1 markah]
2. Susun unsur-unsur kumpulan 1 tersebut mengikut kereaktifan yang menaik.
Litium, Natrium, Kalium
.............................................................................................................................
[2 markah]
3. Mengapakah kertas litmus berubah warna dalam eksperimen ini?
Menunjukkan larutan alkali terbentuk daripada tindak balas tersebut.
.............................................................................................................................
[1 markah]

4. Kertas turas digunakan untuk menyingkirkan minyak parafin pada permukaan logam alkali.
Mengapakah minyak parafin digunakan untuk menyimpan logam kumpulan 1?
Supaya logam alkali tidak bertindak balas dengan udara.
.............................................................................................................................
[1 markah]

5. Adakah litium, natrium dan kalium menunjukkan sifat-sifat kimia yang sama?. Berikan sebab
bagi jawapan anda.
Ya. Kerana atom bagi ketiga-tiga unsur ini mempunyai elektron valens yang sama, iaitu
.............................................................................................................................
satu elektron valens.
.............................................................................................................................
[2 markah]
6. Ramalkan tindak balas yang akan berlaku jika logam rubidium digunakan dalam eksperimen
ini.
Rubidium bertindak balas dengan sangat cergas dan kuat.
.............................................................................................................................
[1 markah]

Kesimpulan Kereaktifan bertambah apabila menuruni Kumpulan 1, dari Litium → Natrium → Kalium.

Hipotesis diterima.

[2 markah]

You might also like