You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

PENTERNAKAN PUYUH

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


(BERMASALAH PEMBELAJARAN)

SK LKTP KERATONG SATU,26900 BANDAR


TUN RAZAK
PAHANG DARUL MAKMUR.
PENTERNAKAN PUYUH

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

(BERMASALAH PEMBELAJARAN)

SK LKTP KERATONG SATU,26900 BANDAR TUN RAZAK

PAHANG DARUL MAKMUR.

1.1PENGENALAN
Sektor penternakan merupakan salah satu daripada cabang-cabang pertanian
selain tanaman makanan asas, buah-buahan, perikanan dan juga akuakultur. Semua
cabang dalam tersenarai dalam bidang pertanian ini secara umumnya banyak
menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas
merdeka dengan peningkatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
negara.
Perubahan drastik kerajaan kearah menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara pengeluar makanan halal utama di dunia serta pelaksanaan terhadap jaminan
sekuriti makanan dalam negara, menggalakkan lebih pengeluar makanan dalam
negara yang berasaskan ternakan memaksimumkan pengeluaran mereka. Selaras
dengan itu, berkembanglah usahawan-usahawan kecil dan sederhana yang
memulakan ‘langkah pertama’ untuk menjalankan apa jua bentuk perniagaan di
samping meningkatkan kemahiran dan taraf hidup khususnya bagi mereka yang
berpendapatan rendah.
Bidang pertanian khususnya penternakan tidak tertumpu kepada golongan
petani sahaja tambahan pula bidang ini tidak menghadkan kepada sesiapa pun
termasuklah golongan oku (orang kelainan upaya) oleh kerana itu pihak sekolah sk lktp
keratong satu telah merancang satu aktiviti penternakan puyuh di sekolah untuk murid
pendidikan khas.Aktuviti ini untuk membentuk sifat berdaya maju murid apabila dewasa
kelak dan dapat menyumbang kepada pembanggunan Negara kita.
1.2 TUJUAN

Sekadar meminati bidang penternakan sahaja tidak


mencukupi tetapi hendaklah merealisasikannya dengan tindakan selanjutnya
sehingga tercapainya matlamat pengusaha untuk mendapatkan keuntungan dan
menyahut seruan kerajaan. Maka dengan itu, kami memilih bidang ini sebagai
matlamat projek kami kerana bidang ini dilihat berdasarkan pengalaman
kebanyakan usahawan, mempunyai potensi yang tinggi untuk meningkatkan taraf
hidup di samping dapat menjalankan perniagaan sendiri.
Untuk mendalami bidang ini dengan lebih terperinci dan mencapai
matlamat perniagaan, murid haruslah mempunyai
pengetahuan asas dalam bidang yang mereka ceburi. Tanpa pengetahuan asas,
segala perjalanan proses penternakan akan menemui jalan buntu lantaran
mengundang risiko kerugian yang besar dan ini adalah amat buruk dan patut
dielakkan.Murid akan didedahkan dengan penternakan dari mula sehingga
penjualan.Bermula dari mengeram telur puyuh,penjagaan anak puyuh,penjagaan
puyuh,memunggut telur dan jualan.Murid akan terdedah dengan keusahawanan dari
awal dan akan dapat membantu murid apabila dewasa kelak.

I.3 OBJEKTIF

i Murid dapat merasai sendiri memelihara haiwan secara penternakan.


II. Menambah pengetahuan murid tentang teknik penjagaan dan penternakan
haiwan.
III. Membina pengetahuan tentang konsep perniagaan dan keuhawanan.
IV. Menghasilkan sendiri baka untuk diternak bagi menjimatkan kos.
V. Dapat menjual anak puyuh kepada masyarakat sekeliling.
VI. Dapat menyumbang benih puyuh kepada PDK ( pusat dalam komuniti) keratong
3 dn sekolah2 pendidikan khas sekitar.
1.4 SASARAN

1.4.1 Murid-murid pendidikan khas sk lktp keratong satu.


1.4.2 Guru-guru pendidikan khas sk lktp keratong satu.
1.4.3 Murid-murid, dan guru-guru di sk lktp keratong satu.

1.5 MAKLUMAT PROGRAM

1.5.1.Tapak penternakan : Belakang kelas pendidikan khas


1.5.2 Jumlah sangkar : 5 reban
1.5.3 Jumlah puyuh : 300 ekor setiap satu reban
1.5.4 keluasan reban : 10 kaki panjang X 3 kaki lebar

1.6 ANGGARAN KOS

BIL KUANTITI JENIS BARANG HARGA JUMLAH


1 10 Simen RM 20 RM 200
2 1 Lori Pasir RM 100 RM 100
3 20 Zink RM 2.50 RM 500
10 Kaki 2.50X10X20 Sekaki
4 140 Kaki Jaring besi RM 3.50 RM 490
3.50X140 Sekaki
5 40 Kayu 2-3X10 RM 1.80 RM 720
1.80X18 Sekaki
18X40
6 50 Kayu 1X2X10 RM 0.50 RM 250
5X10=50 Sekaki
50X 5
7 50 Kayu spin RM 0.40 RM 200
0.40X10X50 Sekaki
8 15 Paip PVC RM 1.00 RM 75
1.OOX15X5 Sekaki
9 3 KG Paku zink RM 5 RM 15
10 5 KG Paku Plywood RM 8 RM 40
11 8 KG Paku 2 setengah inci dan 2 inci RM 5 RM 40
12 5 Lampu RM 30 RM 150
13 5 Telaga Kumbahan RM 30 RM 150
14 1500 Burung Puyuh RM 2.80 RM 4200
15 3 Mesen Penetas Telur untuk 60 RM 380 RM 1140
biji telur
16 50 Kayu 2X2X12 RM 1.00 RM 600
12X10X5 Sekaki
17 30 Bekas makanan dan minuman RM 3.00 RM 90

18 2 GUNI Makanan burung RM 100 RM 200


Anggaran 2 guni sebulan seguni
19 126 KAKI Pagar luar RM 5.00 RM 630
20 2000 BIJI Batu bata RM 30 RM 600
30X20 100 Biji
JUMLAH RM 10390
1.7 PLAN TAPAK REBAN

10 kaki

3 kaki

10 kaki 3 kaki

3 kaki

10 kaki 3 kaki

Kumbahan
3 kaki najis puyuh

10 kaki 3 kaki

3 kaki

10 kaki 3 kaki

3 kaki
1.8 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi
Guru Besar SK LKTP Keratong Satu
Naib pengerusi
Hajah Manis bt Abu Yazid
Penolong Kanan Kurikulum SK LKTP Keratong Satu

Penyelaras Projek
En Mohd Khairul Azwadi Bin Mamat
Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran)

SK LKTP Keratong Satu

Setiausaha Projek

Cik Siti Aishah Bt Tapit

Bendahari

En Zalmanuddin Bin Othman

Ahli Jawatankuasa Kerja

En Mohd Khairul Azwadi Bin Mamat

En Zalmanuddin Bin Othman

En Shahiddin Bin Saad

Cik Siti Aishah Bt Tapit

Pn Zuraida Bt Abdullah

Pn Norita Bt Rahim
En Ahmad Sharbini Bin Ahmad

Pn Khuzaimah Bt Mohd Daud

Pn Rosnah Bt Ibrahim

Pn Nor Aziziah Bt Abd Satar

En Anwar Arsyad Bin Hamdan

Nor Azura Bt Mohamad Rosly

1.9 KESIMPULAN

Projek penternakan ini dirangka khusus untuk murid-murid istemewa Program


Pendidikan Khas Integrasi( Bermasalah Pembelajaran)untuk memberi sesuatu yang
bermafaat dalam kehidupan murid-murid supaya mereka dapat meningkatkan
kemahiran dan keyakinan mereka untuk barsaing dalam kehidupan seharian.Program
ini diharapkan dapat membantu murid mendapat pendedahan awal dalam bidang
penternakan dan keusahawanan.Di samping itu,murid juga dapat belajar teknik
penjagaan dan memelihara haiwan dan mempunyai sifat bertanggungjawab pada apa
yang mereka miliki.

You might also like