You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tel : 07-8831012

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi 07-8833201


Jabatan Pendidikan Negeri Johor Fax : 07-8834008
PTB 1165, Jalan Bukit Seri Lalang e-mail : ppd_kotatinggi.moe@gov.my
81900 Kota Tinggi, Johor Darul Ta’zim laman web:www.ppd.kotatinggi.edu.my

Ruj.Kami : PPDKTG.PBM. 700 – 5/1/1 ( )


Tarikh : 14 JUN 2022
Guru Besar
Sekolah-sekolah MSSD Kota Tinggi
81900 Kota Tinggi, Johor Darul Ta’zim.

Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI KEJOHANAN BOLA SEPAK ( L ) BAWAH 12 TAHUN


MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2022

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk dan berkaitan.

2. Untuk pengetahuan tuan, Urusetia Sukan dan Permainan, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi telah
memberi kepercayaan kepada Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Kota Tinggi untuk mengelolakan Kejohanan
Bola Sepak (L) Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Daerah Kota Tinggi seperti ketetapan di bawah;

Tarikh : 13 dan 14 Julai 2022


Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : SK Laksamana dan SK LKTP Sungai Mas.

3. Sehubungan dengan itu, Pasukan Bola Sepak (L) Bawah 12 Tahun sekolah tuan dijemput untuk menyertai
kejohanan di atas. Merujuk keputusan mesyuarat Pengurus Pasukan dan Pengelolaan pada 31 MEI 2022, setiap
penyertaan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM200.00 sepasukan. Bayaran boleh dibuat secara
TUNAI atau CEK. Sekiranya pembayaran melalui CEK hendaklah dibuat atas nama GURU BESAR SEKOLAH
RENDAH AGAMA BERSEPADU KOTA TINGGI. Semua bayaran pendaftaran hendaklah dijelaskan pada atau
sebelum 6 JULAI 2022 dan tertakluk kepada Surat Kelulusan Kutipan Yuran Pendaftaran/ Penyertaan
Rujukan: JPNJ.AKN.400-1/2/5 Jld.2 (66) bertarikh 30 Mei 2022 yang jelas menerangkan maksud dan
kegunaannya.

4. Makan, minum, pengangkutan pegawai dan pemain pasukan sekolah tuan adalah di bawah tanggungan
pihak sekolah. Sila bawa bersama dan pastikan Borang R01 & R02 lengkap diisi sebelum diserahkan kepada
Urusetia Pendaftaran pada hari pertandingan.

5. Sila pastikan segala langkah-langkah keselamatan membawa pelajar keluar dari kawasan sekolah
sentiasa dipatuhi dan diberi keutamaan. Jika timbul sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Shahrul Azhar bin
Marsan (019-7167803), GPK Kokurikulum SRAB atau En. Nor Azan bin Hamin (019-6553745) Penolong PPD
Pembangunan Bakat Murid , Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi.

6. Semoga di dalam perhatian dan tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI MOHAMAD FADIL BIN ISHAK )


Pegawai Pendidikan Daerah
Kota Tinggi

s.k: i.Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi


ii.Pengetua SMK Lokman Hakim

NAH/nah/pengurusansukanmssdkt/12062022

You might also like