You are on page 1of 22

Peringkat-peringkat Kemahiran Bertutur.

Untuk mencapai objektif kemahiran bertutur, iaitu bertutur


dengan fasih dan dapat mengeluarkan bahasa dengan tepat
dan sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan di sekolah
dan masyarakat, kemahiran bertutur perlu dipelajari
berperingkat-peringkat. Peringkat kemahiran bertutur
terbahagi kepada tiga seperti yang ditunjukkan pada rajah
berikut :
1. Peringkat Awal.
Pada peringkat awal, pertuturan biasanya berlaku dengan
bertanya tentang hal-hal yang berkaitan dengan diri serta
pengalaman murid-murid. Contohnya seperti bertanya
khabar serta tentang kehidupan seharian yang dilalui oleh
murid tersebut. Seseorang guru pula haruslah bertutur
dengan pelajar mereka menggunakan perkataan yang sopan
dan bertatasusila. Pada peringkat ini juga, seseorang guru
haruslah bercakap dengan terus terang dan ikhlas terhadap
pelajar mereka tentang sesuatu perkara.
2. Peringkat Pertengahan.
Pada peringkat pertengahan, murid-murid diajar untuk
membuat deskripsi tentang sesuatu objek dan gambar.
Kemudian guru akan bercerita berdasarkan satu siri gambar
atau gambar-gambar bersiri kepada murid-murid tersebut.
Selain itu, pada peringkat ini juga guru akan mendeskripsikan
pengalaman atau sesuatu peristiwa kepada murid-murid
tersebut.
Pelajar juga diajar untuk membuat ucapan pendek dan
ringkas serta mengambil bahagian dalam aktiviti perbualan
yang mudah. Kemudian, pelajar yang lain akan memberi
komen secara mudah serta membuat ulasan, memberi
pendapat atau pandangan terhadap sesebuah aktiviti yang
dijalankan di dalam kelas.
3. Peringkat Maju.
Pada peringkat maju pula, proses pertuturan biasanya
berlaku untuk membuat analisis atau inferens, ramalan,
pandangan, dan justifikasi seperti mengemukakan pendapat
atau cadangan serta berunding secara santun untuk
mendapat persetujuan dan kata sepakat.
Hal ini dapat kita perhatikan dalam mesyuarat sosial
seharian, perbincangan untuk mendapatkan kata sepakat
merupakan contoh pertuturan peringkat maju. Selain itu,
pada peringkat ini pelajar diajar untuk membuat
pertimbangan untuk mencapai sesuatu keputusan
keputusan. Keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan
pertimbangan yang dibuat. Pelajar juga diajar untuk
menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu serta dapat
memberi respon peribadi tentang karya sastera ataupun
tentang sesuatu perkara

Peringkat Kemahiran Mendengar


Siti Hajar Abdul Aziz (2011) menyatakan bahawa terdapat
tiga peringkat kemahiran mendengar iaitu:
Peringkat Awal
Pada peringkat awal kemahiran mendengar, murid akan
diajar untuk mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.
Mereka juga diajar untuk mendengar dan mengecam makna
perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat dalam petikan. Pada
peringkat ini juga, murid akan melakukan perkara dan aktiviti
yang diarahkan oleh guru. Sebagai contoh, guru
mengarahkan muridnya menggayakan gaya seekor kucing,
maka murid tersebut akan bertindak balas dengan
menggayakan aksi seekor kucing mengikut kekreatifan
masing-masing. Selain itu, pada peringkat awal ini, murid
cepat bertindak terhadap soalan yang mudah. Para murid
juga dapat mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-
ayat mudah dengan tepat.

Peringkat Pertengahan
Pada peringkat kedua atau peringkat pertengahan dalam
kemahiran mendengar ini, murid didedahkan untuk
mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan
terperinci. Murid juga diajar untuk mengenal informasi-
informasi spesifik atau maklumat khusus. Sebagai contoh,
guru memberitahu murid tentang sebuah kemalangan yang
terjadi baru-baru ini. Hal ini dapat meningkatkan
pengetahuan murid serta murid dapat mengetahui cara-cara
untuk mengelakkan kemalangan itu. Pada peringkat ini juga,
murid didedahkan untuk mengenali sebab dan akibat sesuatu
tindakan yang dibuat. Selain itu, murid ini akan diajar untuk
mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi dalam
kehidupan sosial serta diterapkan ilmu dalam aspek
mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap. Mereka
akan dipupuk untuk menjadi seorang pendengar yang baik
dengan sentiasa menumpukan perhatian terhadap
penyampai. Hal ini adalah untuk memastikan murid tersebut
menjaga perasaan penyampai serta ilmu dan maklumat yang
disampaikan itu dapat memberi manfaat kepada murid
terbabit.

Peringkat Maju
Peringkat ketiga pula ialah peringkat maju dalam kemahiran
mendengar. Pada peringkat ini, murid dilatih untuk mengenal
isi-isi penting. Sebagai contoh, dalam sebuah karangan, guru
akan mengajar bagaimana untuk mencari isi-isi utama dalam
karangan tersebut. murid akan dapat mengenal peranan dan
perhubungan orang yang bercakap. Selain itu, murid akan
diajar untuk mentafsirkan maksud orang yang bercakap.
Murid tersebut juga dapat membezakan tekanan dan
intonasi dalam sesebuah pertuturan. Pada peringkat ini juga,
murid akan dididik untuk mengikut aliran dalam dialog atau
perbualan serta mereka dapat menafsirkan tujuan penutur
menggunakan pelbagai bentuk struktur nahu
PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA
1. Kesediaan Membaca

Apabila murid baru masuk ke tahun satu, guru hendaklah


mengenal pasti kebolehan dan keupayaan murid dalam
kemahiran membaca. Guru perlu membuat ujian atau
penilaian untuk menentukan tahap kebolehan membaca
dalam kalangan murid berkenaan. Guru harus menyedari
bahawa murid yang memasuki tahun satu terdiri daripada
murid yang datangnya daripada latar belakang keluarga serta
sosioekonomi yang berbeza. Oleh itu, kebolehan dan
kemahiran membaca dalam kalangan mereka kemungkinan
tidak sama.
Sebahagian besar murid khususnya yang tinggal di bandar
telah memasuki tadika dan boleh membaca dengan baik.
Walau bagaimanapun, bagi murid yang tinggal di luar bandar,
kebanyakannya tidak memasuki tadika. Murid ini biasanya
akan menghadapi masalah membaca apabila mereka berada
di sekolah. Bagi mengatasi masalah kemahiran membaca,
guru hendaklah memberi perhatian kepada dua perkara yang
berikut;

(a) perasaan murid


(b) bahasa murid
Guru hendaklah memberikan pengalaman kepada murid
supaya mereka bersedia untuk membaca. Oleh itu, peringkat
kesediaan murid ini penting bagi mencapai tujuan yang
berikut;
1. Untuk memberi peluang kepada murid merapatkan
dirinya dengan guru. Ini boleh menimbulkan keyakinan
mereka.
2. Supaya dapat menimbulkan kemahiran dan keinginan
murid untuk meluaskan lagi pengalamannya yang sedia
ada.
3. Untuk membina tabiat gemar membaca dan menghargai
apa yang dibaca.
4. Melatih murid supaya boleh memerhati sesuatu dengan
baik dan cuba mengecamnya.
Untuk mencapai tujuan ini langkah-langkah yang boleh
diambil oleh guru ialah:
1. Adakan aktiviti yang melibatkan murid seperti menyanyi,
berlakon, bercerita dan sebagainya yang menarik hati.
2. Banyakkan bermain-main dengan murid misalnya
berbual-bual, bersoal jawab dengan cara yang tidak
formal.
3. Perbendaharaan kata yang difikirkan perlu hendaklah
ditambah dari semasa ke semasa secara tidak langsung.
4. Bina asas bahasa murid melalui pertuturan. Beri galakan
dan pimpinan yang sepatutnya supaya murid mahu
bertutur.
Pada peringkat kesediaan ini, guru hendaklah memerhati
kesediaan murid sama ada murid telah bersedia untuk
membaca atau sebaliknya. Oleh itu, beberapa perkara yang
perlu diberi perhatian oleh guru bagi menentukan sama ada
murid telah bersedia atau belum ialah dengan menjawab
soalan-soalan yang berikut;
1. Bolehkah dia mengecam gambar-gambar atau warna-
warna asas serta membezakannya?
2. Bolehkah murid itu faham atau dapat mengikuti
percakapan orang lain terutama gurunya
3. Dapatkah dia melihat dengan baik? Kenalkah dia
bentuk-bentuk seperti garisan, bulatan dan lain-lain.
4. Dapatkah dia melahirkan perasaan atau fikirannya?
5. Bagaimana dengan kesihatannya? Dapatkah dia belajar
dengan baik?
6. Tahukah dia memegang alat baca dan tulis seperti buku,
pensel dan sebagainya?
7. Bagaimana dengan latar belakang keluarganya?
Beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca

1. Keadaan fizikal
 penglihatan
 pendengaran
 pertuturan
 umur
 jantina
2. Pengalaman dan persekitaran
 pendedahan bahan bacaan di rumah
3. Emosi dan motivasi
 adakah kanak-kanak menghadapi masalah emosi?
 adakah kanak-kanak bersikap negatif terhadap buku?
 adakah kanak-kanak menghadapi masalah sosial?
 adakah kanak-kanak mempunyai minat tertentu?
4. Kecerdasan dan perkembangan kognitif
 daya kecerdasan
 kebolehan mental secara keseluruhan
 adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara
perkataan dengan gambar?
 adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara
huruf dengan perkataan?

2. Prabacaan

Minat membaca sebenarnya bermula sejak kita dilahirkan.


Bayi baru lahir belajar mengenai dunia sekeliling mereka
dengan mendengar bunyi, nada bunyi dan bahasa
percakapan. Ini merupakan persediaan awal untuk mereka
belajar mengenali perkataan dan tulisan. Beberapa cara
untuk memupuk minat membaca boleh dilaksanakan bagi
bayi sejak mereka dilahirkan. Antaranya,
 Jadikan aktiviti bercerita sebagai aktiviti harian bayi.
Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini adalah
selepas memandikan bayi pada waktu pagi dan semasa
waktu makan.
 Bercerita menggunakan rima semasa menyusukan bayi.
Bayi suka mendengar suara anda semasa menyusu dan
ini dapat menanamkan semangat mendengar cerita.
Selain daripada bercerita, bayi juga boleh diperdengar
lagu-lagu yang mempunyai rima yang sama.

3. Aktiviti prabacaan

Contoh aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan di sekolah


ialah;
1. mengenal gambar yang berlainan
2. mengenal bentuk yang berlainan.
Pengalaman bayi melakukan aktiviti prabacaan merupakan
proses untuk menyediakan seseorang kanak-kanak kepada
peringkat pramembaca. Oleh itu, tahap ini merupakan satu
tempoh masa menyediakan murid untuk membaca.
Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman,
iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf itu.
Pada tahap ini murid perlu didedahkan kepada aktiviti yang
boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman
penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi
kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk
kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan
dari atas ke bawah.

4. Mekanis

Pada peringkat ini murid sudah boleh membunyikan huruf,


suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka
juga boleh membatang perkataan yang mengandungi suku
kata terbuka dan tertutup. Murid membaca secara kuat
dengan menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan
terang.

Tujuan bacaan mekanis ialah;


1. Membolehkan murid membaca dengan cekap dan
pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
jelas.
2. Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda
baca serta tahu pula berhenti pada tempat berhenti
yang betul.
3. Membolehkan murid membaca dengan irama membaca
yang betul.
4. Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata
muridan yang lain.
5. Untuk membolehkan murid mencapai kemahiran dan
kecekapan membaca secara kuat.
Pada peringkat bacaan mekanis ini, guru boleh melaksanakan
langkah-langkah yang berikut;
1. Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas
untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur
murid.
2. Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan
dan rangkai katra yang susah sama ada dari segi sebutan
atau makna perkataan itu.
3. Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak
bacaan guru.
4. Guru membaca dan murid mengikut. Boleh dilakukan
secara kelas atau kumpulan.
5. Guru membimbing murid membaca secara individu dan
bergilir-gilir.
6. Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid
tentang isi bacaan untuk menguji kefahaman mereka.
Contoh aktiviti
Aktiviti yang boleh dijalankan dalam bacaan mekanis ialah
bacaan kuat dengan menggunakan kad imbasan yang
mengandungi huruf, suku kata, frasa dan ayat. Contoh kad
adalah seperti yang di bawah;
1. Kad huruf
Kad Huruf
2. Kad Suku Kata
Kad Suku Kata
3. Kad Perkataan
Kad Perkataan
4. Kad Frasa
Kad Frasa
5. Kad Ayat
Kad Ayat
5. Membaca dan Memahami

Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya


mempunyai keupayaan untuk;
(a) mengumpul maklumat dan makna daripada bahan yang
dibaca.
(b) Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya
tentang bahan yang dibaca.

Penguasaan kosa kata boleh membantu murid memahami


kandungan dan mesej yang hendak disampaikan melalui
bacaan. Tanggungjawab utama guru dalam mengajarkan
bacaan dan kefahaman adalah untuk membantu murid
menambah dan meluaskan kosa kata. Pengajaran kosa kata
seharusnya dapat membantu murid dalam hal yang berikut;
1. Mengaitkan perkataan baru dengan pengalaman sedia
ada. Dengan cara ini murid akan dapat memahami
makna perkataan baru dengan lebih cepat dan berkesan
serta mengekalkan makna perkataan itu dengan lebih
lama.
2. Mengkaji perkataan untuk melihat persamaan dsan
perbezaannya, meneliti pertalian antara perkataan dan
menggunakannya dalam konteks.
3. Membina pengetahuan tentang makna perkataan
dengan luas dan rapi.
4. Membina strategi pembelajaran yang berkaitan dengan
perkataan dan konsep secara bebas. Ini membolehkan
murid berusaha sendiri tanpa sentiasa dibimbing atau
dibantu oleh guru.
5. Menggalakkan penglibatan secara aktif. Murid akan
memberi tindak balas melalui perbincangan, soal jawab
atau menggunakan perkataan dalam ayat.
Peringkat membaca dan memahami juga hendaklah sesuai
dengan peringkat umur dan kecenderungan murid. Guru
janganlah hanya mementingkan sebuatan suara dan
kelancaran sahaja tetapi mestilah juga sekaligus
menyediakan soalan-soalan yang mudah untuk kefahaman.
Dalam hal ini bacaan senyap hendaklah juga digalakkan
supaya murid dapat melatih diri sendiri untuk menangkap
maksud isi muridan yang dibaca. Guru hendaklah memberi
perhatian kepada perkara-perkara yang berikut;
1. Memulakan membaca setelah murid dapat membaca
ayat-ayat ringkas dan boleh mengecam perkataan, suku
kata dan huruf.
2. Banyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk
menguji kefahaman murid selepas membaca.
3. Beri murid peluang membaca dan memaham dalam
mata muridan lain seperti Sejarah, Geografi, Sains dan
sebagainya.
4. Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut
prinsip-prinsip yang betul.
5. Aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan
untuk latihan kemahiran membaca.
Kategori kefahaman bacaan

Kefahaman bacaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori


iaitu kefahaman literal, kefahaman inferensi dan kefahaman
kritikal.

1. Kefahaman literal
 makna perkataan
 makna ayat
 huraian isi
 idea utama
 urutan idea
 perbandingan
 hubungan sebab dan akibat
2. Kefahaman inferensi
 membuat kesimpulan
 mengeluarkan idea utama
 membuat perbandingan
 menunjukkan hubungan sebab dan akibat
 membuat jangkaan
 memahami dan menghuraikan bahasa kiasan
3. Kefahaman kritikal
 membezakan kenyataan daripada fantasi
 membezakan fakta daripada pendapat
 menentukan kecenderungan dan gaya bahasa penulis
 menentukan kecekapan penulis dalam sesuatu bidang
 menentukan tujuan penulis
Pada peringkat membaca dan memahami, seseorang
pembaca perlu menjadi pembaca yang aktif. Konsep
pembaca aktif berasaskan interaksi antara sesuatu teks dan
seorang pembaca. Kita merupakan pembaca aktif apabila kita
membaca untuk kefahaman dan maksud. Hal ini berbeza
dengan pembaca hafalan kerana pembaca hafalan hanya
membaca untuk mengingati dan mengulang.
Mereka tidak berusaha untuk memahami apa yang ditulis.
Kita berkata sesorang membaca dengan aktif kerana
sebahagian daripada teks adalah bergantung kepada input
pembaca. Misalnya, kita memahami tentang dunia tempat
kita tinggal melalui pengetahuan kita mengenainya. Oleh
yang demikian, jika kita mempunyai perbendaharaan kata
yang lebih untuk menerangkan objek, manusia dan
situasi,maka interpretasi kepada apa yang kita baca adalah
berbeza, berbanding dengan sesorang yang mempunyai
perbendaharaan kata yang terhad.

Seterusnya, kita memahami tentang hidup dengan


bergantung kepada kecekapan bahasa kita serta
pengetahuan kita mengenai dunia. Jika kita tidak biasa
dengan sesuatu situasi, kita tidak akan dapat
memahaminya. Biasanya, kita cuba memahami sesuatu
situasi baru dengan menggambarkan pengalaman masa
lampau kita. Kita menggunakan pengetahuan masa lampau
kita untuk memahami masa sekarang. Jika situasi itu sama
dengan pengalaman masa lampau kita maka kita fikir kita
telah tahu mengenainya. Akhirnya kita akan membuat
kesimpulan.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesimpulan pertama


yang kita buat mungkin salah. Ini mungkin disebabkan oleh
beberapa faktor. Perbezaan budaya dan beberapa perkara
yang bergantung kepada aspek yang diketahui, boleh
menyebabkan kita membuat kesimpulan yang salah. Jadi, kita
mesti menilai semula atau memikir semula konteks situasi
berkenaan.

Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis.


Kemahiran menulis sememangnya perlu diajar kepada kanak-
kanak mengikut peringkat-peringkat tertentu supaya proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif iaitu :
1. Peringkat Pramenulis (Persediaan)
Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid
disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka
dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Ketika
tempoh ini, latihan otot-otot, tangan, dan jari serta
koordinasi tangan dan mata diber pendedahan kepada
murid-murid sejak dari awal lagi.
Berdasarkan kajian Wilma dan Davidebbitt (1978), konsep
peringkat pramenulis adalah berdasarkan aspek berikut :
i. Melampiaskan otak isi atau idea sesuatu tajuk.
ii. Perbincangan.
iii. Membuat pembacaan dan rujukan.
iv. Membuat rangka dasar.
v. Mencari pendekatan yang sesuai.
Bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran
membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas,
pelajaran tulisan yang dirancangkan mestilah sistematik,
bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis yang
berbentuk bebas.
Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara
berikut :
a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.
b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis
dengan selesa dan sempurna.
c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
d) Melakukan latihan-latihan koordinasi tangan dan mata.
Aktiviti-aktiviti Latihan Pramenulis :

a. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari


kiri ke kanan. Ini adalah latihan menulis dari kiri ke kanan.

---------- ---------- ---------- ---------- ---------- ---------- ----------


b. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke
kiri.
c.Latihan membentuk bulatan di udara, meja, lantai, atas
pasir dan rumput tanpa menggunakan alat tulis. (bulatan
besar – bulatan kecil).
d. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan
jari, menekan-nekankan jari, menggoyangkan tangan,
meramas-ramas jari dan sebagainya.
e. Latihan-latihan membentuk garisan lurus.
f. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan
garisan lurus. Dilakukan secara bebas
g. Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi
garisan-garisan lurus dan bulat.
2. Peringkat Asas Menulis (Mekanis).
Selepas murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham
dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara
yang betul, seterusnya mereka boleh dilatih membentuk
lambang-lambang tulisan.
Peringkat ini dijalankan secara serentak dengan pengajaran
bacaan murid-murid. Mereka diperkenalkan dengan
lambang-lambang huruf yang bersesuaian dengan gambar
dan seterusnya menulis ayat pendek. Semasa menulis,
pelajar digalakkan menyebut huruf dan membaca perkataan
tersebut.
Pada peringkat awal, dicadangkan agar murid-murid
membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak
mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan,
barulah mereka dilatih membentuk huruf pada halaman yang
bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada
kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan yang harus
bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran
satu garis.
Berikut adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke
lembaran satu garis itu :
i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan
yang terkawal.
ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.
___________________________________________
___________________________________________
___________________________________________
___________________________________________
iii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.
___________________________________________
___________________________________________
iv. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang
betul untuk mendapatkan keseragaman cara menulis bagi
menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah dibaca.
___________________________________________
___________________________________________
___________________________________________
Semasa menyampaikan kemahiran-kemahiran yang telah
dinyatakan di atas, guru haruslah memberi perhatian
terhadap beberapa perkara iaitu :
i. Kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-
lambang huruf-huruf dengan menggunakan gambar.
ii. Sebelum dilatih menulis, baik juga diberi latihan bebas
untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak.
iii. Kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebut
nama-nama huruf.
iv. Menggunakan kertas, mula-mula tidak bergaris kemudian
barulah menggunakan buku yang bergaris.
v. Setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan
baik, seterusnya mereka boleh dilatih menggunakan buku
dan alat-alat lain yang sesuai.
Aktiviti-aktiviti yang perlu ditekankan dalam melatih murid-
murid semasa peringkat asas menulis adalah seperti :
a. Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
b. Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
c. Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi
perkataan yang bermakna.
d. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang
dikosongkan.
e. Menyalin ayat-ayat mudah dan sebagainya.

3. Peringkat Menulis untuk Pelahiran.


Setelah peringkat asas menulis telah dikuasai oleh murid-
murid, mereka seharusnya digalakkan melahirkan fikiran
mereka secara bertulis. Kaedah-kaedah yang dicadangkan
adalah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan
gambar-gambar dan perkataan, megisi tempat kosong,
melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-
murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.
Contoh-contoh aktiviti yang sesuai dijalankan adalah seperti
berikut :
i. Mengisi silang kata.
ii. Mengisi tempat kosong dalam ayat.
iii. Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata
yang sesuai.
iv. Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang
diberi.
v. Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata
yang sesuai.
vi. Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita.
vii. Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan.
viii. Menulis jawapan-jawapan kefahaman.
ix. Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan.
x. Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan dan
sebagainya. (rujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah di bahagian lampiran).

You might also like