You are on page 1of 20

NAMA: FIRDAUS HAFIY HAZIQ BIN HASRUL NIZAM

KELAS: DCS1A

SUBJEK: ELECTRICITY SUPPLY ACT AND


REGULATIONS

NAMA PENSYARAH: PUAN ZALIANA BINTI YAHYA

1
ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT


1. PENGENALAN 3
2. PENGHARGAAN 4
3. OBJEKTIF 5
4. SOALAN & JAWAPAN TUGASAN 6 - 18
5. RUMUSAN TUGASAN 19
6. RUJUKAN 20

2
PENGENALAN
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan industri
pembekalan elektrik, pembekalan elektrik pada harga yang munasabah,
pelesenan mana-mana pepasangan, loji dan kelengkapan elektrik
berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan keselamatan orang
dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan
dengannya.

[GAN. AKTA A1116/2001]

[1 September 1990.P.U. (B) 494/1990]

3
PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan syukur kepada tuhan kerana dengan izinnya ,


tugasan dapatdisiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan
tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai
pihak.

Pertamaanya saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-


tingginya kepada pensyarah saya iaitu Puan ZALIANA BINTI YAHYA
kerana telah memberi bimbingan dan teguran yang sangat berharga
semasa saya membuat tugasan ini.

Tidak lupa ketinggalan juga penhargaan untuk rakan-rakan yang turut


sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha
untuk menyiapkan tugasan ini seperti yang telah ditetapkan.

Saya juga amat terhutang budi kepada kedua ibu bapa saya yang telah
memeberikan bantuan daripada segi kewangan dan buah fikiran kepada
saya apabila saya memerlukan mereka.

4
OBJEKTIF

⚫ Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-


orang yang sedang bekerja.
⚫ Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja.
⚫ Untuk mengadakan sistem perundangan yang berasas daripada
peraturan-peraturan dan tata amalan industri disamping peruntukan
Akta.
⚫ Untuk mengalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuain.

5
SOALAN 1.

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990,BAHAGIAN 1 PERMULAAN, cerita


kan tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan permakaian serta
senaraikan 5 tafsiran bagi Akta bekalan Elektrik 1990 dan 5 tafsiran bagi
peraturan-peranturan Elektrik 1994.

JAWAPAN:

Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian.

1.(1) Akt aini boleh dinamakan Akta Bekalan Elektrik 1990.

*(2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia, walau


bagaimanapun Menteri boleh melalui perintah menggantung
penguatkuasaan keseluruh atau mana-mana peruntukan Akt aini mana-
mana negeri.

TAFSIRAN

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang


lain-

“ bahaya” ertinya bahaya kepada kesihatan atau kepada nyawa atau


anggota badan manusia kerana renjatan,terbakar, atau kecederaan lain
dan termasuklah bahaya kepada harta, pepasangan atau kelengkapan
yang diakibatkan oleh penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan atau
penggunaan elektrik;

“cedera parah” dan “cedera” masing-masingnya mempunyai erti yang


diberikan kepadanya dalam keseksaan [Akta 574];

“dengan curang” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam


kanun keseksaan;

“ditebat” ertinya disaluti atau dilindungi dengan bahan penebat;

“ditetapkan”, melainkan jika dinyatakan selainnya , ertinya ditetapkan


melalui peraturan-peraturan yg dibuat di bawah seksyen 53;

6
“elektrik” ertinya tenaga elektrik atau kuasa elektrik apabila dijana,
dikeluarkan, dihantar, diagihkan, dibekalkan atau digunakan bagi apa-apa
maksud kecuali bagi maksud penghantaran apa-apa komunikasi atau
isyarat;

[Gan.Akta A1116/2001]

7
SOALAN 2.

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990, BAHAGIAN |||, FUNGSI, TUGAS


DAN KUASA SURUHANJAYA, Anda dikehendaki umtuk menyatakan
secara terperinci tentang kuasa Menteri dalam membuat peraturan-
peraturan berkenaan dengan mana-mana perkara yang ditetapkan
dibawah Akta ini.

JAWAPAN:

Fungsi dan tugas

4. Suruhanjaya hendaklah menjalankan fungsi dan tugas seperti yg


berikut:

[pin .Akta A1116/2001]

(a) Untuk mengeluarkan lesen di bawah seksyen 9 Akta ini;


(b) Untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan
perkhidmatan mengadakan elektrik oleh pemegang lesen
termasuk menentukan standart pembekalan dan perkhidmatan,
standart prestasi dan standart kemudahan dan perkhidmatan
dan penguatkuasaan;
[pin. Akta A1501/2015]
(c) Untuk menggalakkan persaingan dalam penjanakuasaan dan
pembekalan elektrik untuk, antara lainnya, memastikan
pembekalan optimum elektrik pada harga yang munasabah;
(d) Untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan
kepentingan pengguna dan penguatkuasaan berkenaan
dengan-
[pin.Akta A1501/2015]
i. Harga yang akan dikenakan dan syarat lain bagi bekalan
eletrik;
ii. Keberterusan bekalan elektrik;
iii. Kualiti perkhidmatan bekalan elektrik yang disediakan;dan
iv. Kualiti bekalan elektrik yang termasuklah
kebolehpercayaan dan kualiti kuasa;

[pin.Akta A1501/2015]

8
(e) Untuk memastikan bahawa segala tuntutan yang munasabah
untuk elektrik dipenuhi;

(ea) untuk mengawal selia aktiviti pemegang lesen supaya semua


permintaan yang munasabah bagi elektrik dipenuhi;

[Mas.Akta A1501/2015]
(f) Untuk memastikan bahawa pemegang lesen dapat membiayai
penjalanan aktiviti yang dibenarkan oleh lesen mereka untuk
dijalankan;
(g) Untuk menggalakkan dan menggiatkan penjanakuasaan elektrik
bagi tujuan kemajuan ekonomi Malaysia;

(ga) untuk menggalakan pembangunan dan penyenggaraan system yang


selamat dan berkesan bagi penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan
dan pembekalan elektrik kepada pengguna dan penambahbaikkan
kehendak keselamatan yang berterusan;

(gb) untuk menguatkuasakan standart bagi pepasangan elektrik dan


infrastruktur bekalan elektrik pemegang lesen, produk elektrik dan
kelengkapan elektrik penggunaan;

[Mas.Akta A1501/2015]

(h) Untuk mengawal selia lat tempoh dan cara bagaimana apa-apa
pepasangan atau kelengkapan elektrik hendaklah diperiksa ;
(i) Untuk mencipta jenis ujian yang akan digunakan dan untuk
menetapkan kelayakan dan pengalaman praktik yang minimum
bagi apa-apa maksud menurut Akt aini;
(j) Untuk menyiasat apa-apa kemalangan atau kebakaran yang
melibatkan apa-apa pepasangan elektrik;
(k) Untuk mengadakan peruntukan, jika perlu, bagi pendaftaran apa-
apa pepasangan, orang yang memberikan perkhidmatan yang
berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap, unit
pendawaian persendirian, kontraktor perkhidmatan elektrik,
kontraktor pembaikan elektrik, pengilangan dan pengimport,
pusat atau institusi Latihan dan peperiksaan, badan penilaian
pematuhan dan mana-mana orang yang kompeten,
sebagaimana yang ditetapkan;

9
[Gan.Akta A1501/2015]
(l) Untuk menetapkan standart dan spesifikasi minimum dan
menafsirkan serta meluluskan, jika perlu, apa-apa pepasangan
atau kelengkapan elektrik;

(la) untuk menggalakkan penggunaan elektrik dengan cekap’

[Mas.Akta A1116/2001]

(lb) untuk mengkaji semula atau mengaudit apa-apa maklumat yang


dikehendaki untuk diberikan oleh pemegang lesem kepada
suruhanjaya;

(lc) untuk mengaudit atau menyebabkan supaya diaudit aktiviti mana-


mana pemegang lesen atau mana-mana orang yang ditentukan oleh
suruhanjaya;dan

[Mas.Akta A1501/2015]
(m) Untuk menjalankan segala aktiviti lain sebagaimana yang
ternyata kapada suruhanjaya adalah dikehendaki,berfaedah
atau mudah bagi maksud menjalankan atau berkaitan dengan
pelaksanaan fungsi dan tugasnya di bawah akta ini.
[pin.Akta A1116/2001]

10
SOALAN 3
Di dalam PERATURAN ELEKTRIK 1994, BAHAGIAN ||
PEPASANGAN , berkaitan pendaftaran, lesen bagi pepasangan
dan penyeliaan dan ujian pepasangan.

JAWAPAN:

Permohonan bagi pendaftaran pepasangan.


3. (1) Melainkan jika dikecualikan oleh menteri, permohonanan
bagi pendaftaran pepasangan hendaklah dalam borang A yang
ditetapkan dalam jadual pertama.
(2) Perakuan pendaftaran hendaklah dalam borang B yang
ditetapkan dalam jadual pertama.
(3) Perakuan pendaftaran hendaklah sah bagi tempoh tidak
kurang daripada satu tahundan tidak lebih daripada lima
tahun dari tarikh ia dikeluarkan.

Fee bagi pendaftaran pepasangan.


4. Fee hendaklah dibayar bagi pengeluaran perakuan
pendaftaran mana-mana pepasangan pada kadar yang ditetapkan
dalam Bahagian | jadual kedua.

Pemeriksaan dan ujian pepasangan.


5. (1) pemeriksaan dan ujian suatu pepasangan baru bagi
tujuan pendaftaran hendaklah dibuat tidak lewat daripada dua
puluh satu hari selepas diterima borang A yang disebut dalam
peraturan 3 dan notis munasabah bagi pemeriksaan dan ujian itu
hendaklah diberikan secara bertulis kepada pemunya atau
pengurusan pepasangan itu, mengikut mana-mana yang
berkenaan.
(2) Apabila menerima notis yang dikeluarkan dibawah
subperaturan (1), pemunya atau pengurusan pepasangan
hendaklah menyebabkan persediaan bagi pemeriksaan dan
ujian itu dibuat dan hendaklah hadir pada masa
pemeriksaan dan ujian itu.
(3) Notis pemeriksan dan ujian permulaan dan susulan
hendaklah dibuat masing-masing dalam borang D dan E
yang ditetapkan dalam jadual pertama dan hendaklah
disampaikan sama ada secara sendiri kepada orang yang

11
notis itu dialamatkan atau mengirimkan kepadanya secara
pos berdaftar atau ditampalkan dengan jelas di bangunan di
mana pepasangan yang hendak di periksa atau diuji itu
terletak.

Fee bagi pemeriksaan dan ujian pepasangan.


6. Fee hendaklah dikenakan bagi pemeriksaan dan ujian mana-
mana pepasangan pada kadar yang ditetapkan dalam bahagian ||
jadual kedua.

Daftar
6A. (1) suruhanjaya hendaklah menyimpan suatu daftar yang
dalamnya hendaklah dimasukan nama dan butir-butir lain bagi tiap-
tiap orang yang perakuan pendaftarannya dikeluarkan di bawah
peraturan 4.
(2) Maka hendaklah dikeluarkan daripada daftar nama dan butir-
butir lain bagi tiap-tiap orang yang perakuan pendaftarannya telah
dibatalkan dibawah peraturan 7.

Pembatalan perakuan pendaftaran pepasangan.


7. (1) seorang suruhanjaya boleh membatalkan perakuan
pendaftaran pepasangan yang dikeluarkan di bawah peraturan-
peraturan ini jika-
(a) Pepasangan itu tidak lagi dikehendaki untuk
digunakan;
(b) Pepasangan itu didapati tidak selamat untuk
digunakan;
(c) Orang yang padanya perakuan itu dikeluarkan
menggunakannya bagi tujuan yang berlainan dengan
tujuan Perakuan itu dikeluarkan; atau
(d) Orang itu telah melanggar atau tidak mematuhi mana-
mana peruntukan Akta atau peraturan-peraturan ini;

(2) Apabila Perakuan Pendaftaran suatu pepasangan dibatalkan


oleh suruhanjaya menurut subperaturan (1) orang yang kepadanya
perakuan itu telah dikeluarkan hendaklah memulangkannya kepada
pengarah dalam masa empat belas hari selepas diberitahu secara
bertulis tentang pembatalan itu.

12
Lesen bagi pepasangan awam.
8. Suatu lesen bagi pepasangan awam hendaklah dalam
borang yang suruhanjaya fikirkan patut dan sesuai bagi
pepasangan awam.

Lesen bagi pepasangan persendirian.


9. Suatu lesen bagi pepasangan persendirian hendaklah dalam
borang F yang ditetapkan dalam jadual pertama.

Fee bagi pepasangan awam atau persendirian.


1) (1) Fee yang kene dibayar bagi pengeluaran lesen bagi
pepasangan awam, selain penjanaan yang disebut dalam
subperaturan (2), hendaklah kadar tahunan dan hendaklah pada
kadar yang ditetapkan dalam bahagian ||| jadual kedua.
(2)Fee yang kene dibayar bagi pengeluaran lesen bagi
pepasangan awam untuk penjanaan elektrik menggunakan tenaga
biojisim, biogas, kuasa hidro, kuasa suria, kuasa haba bumi, kuasa
angin, sumber ombak dan air pasang surut dengan kuasa agregat
tidak melebihi 5 MW hendaklah dibayar secara tahunan dan
hendaklah pada kadar yang ditetapkan dalam bahagian |||A jadual
kedua.
(3) Fee yang kene dibayar bagi pengeluaran lesen bagi
pepasangan persendirian hendaklah dibayar secara penuh
mengikut tempoh sah sesuatu lesen dan hendaklah pada kadar
yang ditetapkan dalam bahagian |A jadual kedua.
(4) Semua fee yang kena dibayar di bawah subperaturan (1), (2) dan
(3) hendaklah dibayar pada permulaan tahun setiap lesen.
(5) Apa-apa fee yang telah dibayar sebelum berkuatkuasanya
Bahagian |A, ||| dan |||A jadual kedua tidak boleh dibayar balik.

13
Penyeliaan dan ujian pepasangan.

Kelulusan bagi memulakan pendawaian.


11 . (1) Tiada pendawaian atau pendawaian semula sesuatu
pepasangan atau tambahan pada pepasangan yang sedia ada
boleh dijalankan oleh kontraktor Elektrik atau unit pendawaian
persendirian tanpa mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu
daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan, mengikut
mana-mana yang berkenaan;

Dengan syarat bahawa tiada kelulusan diperlukan bagi


tambahan pada pendawaian yang sedia ada bagi pemasangan
domestik jika jumlah arus yang digunakan pada satu-satu masa
oleh pepasangan itu, sidabakan tambahan itu, tidak melebihi
permintaan arus maksimum seperti dipersetujui dalam kontrak
bekalan antara pemunya dengan pemegang lesen atau pihak
berkuasa bekalan.
(2) Cara mengitung permintaan arus maksimum bagi
pepasangan domestik dalam subperaturan (1) hendaklah
seperti ditetapkan dalam jadual ketiga.

12. (1) Mana-mana pendawaian elektrik dalam sesuatu


pepasangan yang menerima bekalan fasa tunggal darpada
pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-
mana yang berkenaan, hendaklah di bawah penyeliaan langsung
pendawaian dengan sekatan Fasa tunggal atau sekatan Fasa
tiga,dan apabila siap pepasangan itu, pendawaian tersebut
hendaklah memperakukan suatu perakuan penyeliaan dan
penyiapan.
(2)Mana-mana pendawaian elektrik dalam sesuatu
pepasangan, dikendalikan pada voltan rendah yang
menerima bekalan tiga fasa daripada pemegang lesen atau
pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang
berkenaan, hendaklah di bawah penyeliaan langsung
pendawaian dengan sekatan Fasa tiga, apabila siap
pepasangan itu, pendawaian itu hendaklah memperakukan
perakuan penyeliaan dan penyiapan.

14
(3) Bagi maksud peraturan ini dan subperaturan 13(1) dan
(2), pendawaian dengan sekatan Fasa tunggal atau sekatan
Fasa Tiga, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah
diambil kerja sepenuh masa oleh kontraktor Elektrik atau unit
pendawaian persendirian.

Ujian pepasangan
13. (1) Apabila siap pendawaian atau pendawaian semula sesuatu
pepasangan atau tambahan pada pepasangan yang sedia ada
seperti dalam subperaturan 12 (1) itu, pepasangan itu hendaklah
diuji oleh pendawaian dengan sekatan fasa tunggal atau oleh
pendawaian dengan sekatan fasa tiga yang diberi kuasa untuk
menguji mana-mana pepasangan, dan yang hendaklah
mengesahkan perkuan ujian bagi pepasangan itu.
(2) Apabila siap pendawaian atau pendawaian semula
pepasangan atau tambahan kepada pepasangan yang sedia
ada seperti dalam subperaturan 12(2),pepasangan itu
hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga
yang diberi kuasa untuk menguji mana-mana pepasangan,
dan yang hendaklah memperakukan Perakuan Ujian bagi
pepasangan itu.
(3) Apabila siap pepasangan atau tambahan kepada
pepasangan yang sedia ada yang dikendalikan pada voltan
yang lebih tinggi daripada voltan rendah itu,pepasangan itu
hendaklah diuji oleh Jurutera Perkhidmatan Elektrik, yang
diambil kerja sepenuh masa oleh Kontraktor Perkhidmatan
Elektrik dan yang hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian
bagi pepasangan itu.

15
Perakuan penyeliaan dan penyiapan dan perkuan ujian.

14. (1) Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan UJian


dalam peraturan 12 dan 13 hendaklah masing -masing dalam
Borang G dan H yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

(2) Tiada pepasangan, selain daripada dalam peraturan 11,


boleh menerima bekalan elektrik daripada atau diberi
bekalan elektrik oleh pemegang lesen atau pihak berkuasa
bekalan sehingga Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan
Perakuan Ujian dikemukakan oleh pemunya atau
pengurusan pepasangan itu kepada pemegang lesen atau
pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang
berkenaan.

SOALAN 4.
PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994, BAHAGIAN |||
PENGENDALIAN,terangkan secara terperinci tentang syarat
kelayakan untuk ujian,Fi,sekatan, serta borang-borang untuk
menjadi orang kompeten.

JAWAPAN:

Fi bagi memproses permohonan peperiksaan,


peperiksaan, pengendorsan, penggantian dan
pengeluaran semula perakuan kekompetenan.

54. Fee yang dinyatakan dalam bahagian IV jadual kedua


hendaklah dikenakan bagi-
(a) Memproses suatu permohonan peperiksaan bagi Perakuan
Kekompetenan
(b) Suatu peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan;
(c) Pengendorsan Perakuan Kekompetenan;
(d) Penggantian Perakuan Kekompetenan;dan
(e) Pengeluaran semula Perakuan Kekompetenan.

16
Sekatan atau pengendorsan perakuan kekompetenan.

55. (1) suruhanjaya boleh mengikut budi bicaranya-

(a) Menyekat penggunaan Perakuan Kekompetenan mana-


mana Jurutera Perkhidmatan Elektrik,Jurutera Elektrik
Kompeten,Penyelia Elektrik,Penjaga Jentera,Pendawai atau
Pencantum Kabel bagi mana-mana jenis, kelas, tempoh atau
tempat pepasangan;
(b) Mengendors Perakuan Kekompetenan bagi seseorang
Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau Pendawai
dengan Sekatan Fasa Tiga untuk membenarkannya menguji
dan mengesahkan pendawaian mana-mana pepasangan
Fasa Tunggal atau Fasa Tiga, yang masing-masingnya,
dikendalikan pada voltan rendah dengan syarat bahawa
Pendawai itu telah menunjukkan dia mempunyai
pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi dalam
menjalankan kerja itu sehingga memuaskan hati
Suruhanjaya; atau
(c) Mengendors Perakuan Kekompetenan bagi seseorang
Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga untuk
membenarkannya memasang apa-apa pepasangan papan
tanda elektrik dengan syarat bahawa Pendawai itu telah
menunjukkan dia mempunyai pengetahuan dan pengalaman
yang mencukupi dalam menjalankan kerja itu sehingga
memuaskan hati Suruhanjaya.

(2)Suruhanjaya boleh membuat apa-apa pengendorsan lain


pada mana-mana perakuan kekompetenan yang dikeluarkan
di bawah peraturan-peraturan ini yang suruhanjaya fikirkan
perlu.

17
Borang perakuan kekompetenan.

56. Perakuan kekompetenan sebagai jurutera perkhidmatan


elektrik, jurutera Elektrik kompetan, penyelia Elektrik, penjaga
jentera, pendawai dan pencantum kabel hendaklah masing-
masing dalam borang J, K, L, M, N dan O yang ditetapkan dalam
jadual pertama.

18
RUMUSAN.

Setelah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru ini, aiitu tugasan yang
berkaitan Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) dan peraturan-peraturan bagi
pemasangan Elektrik .Saya mendapati terdapat pelbagai Akta serta peraturan
yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk kita patuhi. Akta dan
peraturan ini janganlah sesekali kita abaikan supaya kita dapat menglakkan
keselamatan pekerja serta pengguna terjejas.

19
RUJUKAN

⚫ https://www.slideshare.net/tengkurex/akta-keselamatan-dan-kesihatan-
perkerjaan-1994-40596443
⚫ Buku Akta Bekalan Elektrik (MDC PUBLISHERS SDN BHD)

20

You might also like