You are on page 1of 2

Peranan Remaja Dalam Memupuk Perpaduan Kaum

Pengenalan
Remaja merupakan aset negara yang amat penting.
– kesinambungan kepada wawasan dan kecemerlangan negara
– menjadi pemacu supaya negara mampu bersaing dengan negara-negara lain
– menjadi ’role model’ kepada adik-adik mereka
– penyumbang kepada perpaduan kaum di negara kita

Idea-idea utama
Para remaja di Malaysia mestilah bersikap perkauman.
– mampu bercampur gaul dengan pelbagai bangsa
– boleh belajar bersama-sama, melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama dan pelbagai lagi
– tidak hanya tertumpu kepada bangsa mereka sahaja
– situasi ini pasti akan mengukuhkan perpaduan antara kaum

Remaja di negara kita juga mestilah menghormati kaum yang lain


– menghormati agama, budaya dan cara hidup mereka
– tidak mempersendakan atau melakukan sesuatu perkara yang boleh menyentuh sensitiviti
mereka
– digalakkan untuk mempelajari budaya kaum di Malaysia
– tali persahabatan pasti bertambah erat dan perpaduan turut meningkat

Golongan remaja perlu aktif dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan.


– menyertai perkhemahan ataupun sebarang ekspedisi di sekolah
– antaranya perkhemahan pengakap, ekspedisi mendaki gunung dan pelbagai lagi
– sikap bekerjasama, permuafakatan dan nilai murni yang lain dapat diterapkan
– perpaduan yang diterapkan dalam diri mereka pasti dapat dikekalkan

Remaja juga wajar bercampur gaul dalam kalangan masyarakat.


– elakkan untuk berasa kekok walaupun berada dalam masyarakat yang pelbagai kaum
– ringankan tulang dalam aktiviti bergotong royong mahupun majlis-majlis tertentu
– masyarakat bertambah padu dan hidup dalam suasana yang harmoni
– pasti berterusan jika diamalkan sejak usia muda lagi

Para remaja tanpa mengira bangsa perlu peka akan kebajikan dalam masyarakat.
– menolong golongan tanpa mengira bangsa jika dilanda kesusahan
– bekerjasama dalam apa-apa jua perkara
– contohnya memnbantu masyarakat yang dilanda banjir besar baru-baru ini
– menghulurkan bantuan tanpa mengira wang ringgit mahupun tenaga

Penutup
Intihanya, jika sesuatu perkara dilakukan sejak usia muda pasti akan berkekalan.
– perpaduan yang stabil dan kukuh perlu dibentuk sejak tunas lagi
– bangsa yang kuat pasti menjadikan negara kita bertambah hebat
– peranan remaja ke arah ini tidak perlu dipertikaikan lagi
– apa yang pasti pelbagai kaum akan hidup dalam suasana yang bahagia buat selama-lamanya

You might also like