You are on page 1of 1

1.

0 Pengenalan

Menurut laman web http://www.mdb.terengganu.gov.my daerah besut merupakan salah satu


daerah daripada 7 daerah di dalam Negeri Terengganu. Ianya merupakan pintu masuk ke
Negeri Terengganu bersempadan dengan negeri Kelantan Darul Naim. Daerah ini mempunyai
keluasan 123,367.8 hektar. Daerah ini dikelilingi Laut Cina Selatan di sepanjang pantai timur
lautnya dan ditunjangi Banjaran Titiwangsa di bahagian baratnya. Kawasan Dewan
Undangan Negeri ( DUN ) pula dibahagikan kepada 5 kawasan mengikut sempadan
pilihanraya. Jumlah penduduknya ialah seramai 230,058 orang yang terdiri daripada pelbagai
bangsa dengan majoritinya bangsa Melayu, diikuti bangsa cina dan lain-lain bangsa. Kegiatan
ekonomi yang paling utama di daerah besut ialah pertanian dan perikanan.

Di daerah besut terdapat berbagai ciri fizikal antaranya ialah bentuk muka bumi, hutan ,
sungai dan sebagainya. Menurut laman web http://www.tourism.terengganu.gov.my Di besut
kurang lebih 50% masih dilitupi oleh hutan semulajadi iaitu di Lata Tembakah dan air panas
Kampung La. Bahagian timur daerah ini adalah Laut China Selatan dengan dikelilingi oleh
persisiran pantai berpasir dan landai dan hutan pantai seperti pohon rhu, nipah dan hutan
bakau. Terdapat juga beberapa buah pulau iaitu Pulau Perhentian, Pulau Rhu, Pulau Rawa dan
Pulau Redang. Di daerah besut terdapat banyak saliran-saliran atau sungai yang berhubung
kepada beberapa kawasan antaranya sungai Jerteh dan sungai Besut dan di daerah ini terdapat
2 lembangan saliran iaitu lembangan sungai Semerak dan sungai Setiu. Terdapat kawasan
dataran tanah pamah dan gambut yang luas di sebelah timur daerah ini, kebanyakkannya telah
telah ditebus guna untuk aktiviti pertanian komersial.

Selain itu, di daerah besut ini juga terdapat beberapa ciri budaya antaranya ialah ciri budaya
dari segi penduduk di daerah ini. Pada 2020 seramai 230,058 orang yang menetap di daerah
besut ini . Ciri budaya yang seterusnya ialah kegiatan ekonomi yang utama yang dijalankan
oleh penduduk daerah besut ini ialah pertanian dan perikanan yang boleh memberi peluang
pekerjaan yang luas kepada penduduk dan mampu menambah pendapatan keluarga mereka.
Sebanyak 30% lembangan saliran di sungai besut telah diekploitasi sebagai kawasan
penanaman padi sawah sebanyak 15%, kelapa sawit sebanyak 8%, getah sebanyak 5% dan
selebihnya ialah penanaman kelapa. Di daerah besut terdapat 3 buah bandar utama dan 4
buah pusat petempatan yang memainkan peranan penting dalam menawarkan barangan,
perkhidmatan dan pentadbiran. Antara bandar tersebut ialah Jerteh, Kampong Raja dan Kuala
Besut manakala pusat petempatan pula terdiri daripada Pasir Akar, Jabi, Apal dan Alor
Lintang. Antara tempat-tempat yang diguna tanah dalam daerah ini ialah di Jabi dan Apal
untuk kegiatan ekonomi seperti pertanian dan petempatan.

You might also like