You are on page 1of 1

3.

0 KAWASAN KAJIAN

Daerah Besut di Terengganu telah dipilih sebagai kawasan kajian. Besut ialah sebuah
daerah di utara Terengganu, Malaysia. Daerah Besut bersempadan dengan daerah Setiu dan
daerah Pasir Putih yang berada Kelantan. Daerah Besut menjadi sempadan antara Terengganu
dan Kelantan. Ibu daerah Besut ialah Jerteh sementara pusat pentadbiran ialah di Kampung
Raja dan pusat pelabuhan ikan adalah di Kuala Besut. Daerah ini mempunyai keluasan
123,367.8 hektar. Kawasan kajian bagi pencerapan hujan ini meliputi tiga kawasan iaitu
Kampung Apal, Kampung Alor Lintang dan Kampung Cabang Tiga. Jarak antara Kampung
Apal dengan Kampung Cabang Tiga ialah 8 KM manakala jarak antara Kampung Alor
Lintang ialah 9 KM. Jarak antara Kampung Cabang Tiga dan Kampung Alor Lintang ialah
6.7 KM

Ketiga-tiga kawasan kajiian memiliki bentuk muka bumi yang rata dan kawasan tanah
yang pamah. Kawasan kajian ini mempunyai kawasan yang bertanah pamah dan liat yang
sesuai untuk aktiviti penanaman padi. Selain itu, terdapat ciri hidupan liar yang ada
dikawasan kajian seperti kucing, lembu,burung dan anjing. Antara tumbuhan semulajadi yang
ada ialah pokok sena, pokok kelapa dan pokok meranti. Ketiga tiga kawasan kajian
mempunyai sungai dan parit yang banyak kegunaannya.

Ciri budaya di ketiga-tiga kawasan kajian pula ialah semua kawasan ini mempunyai
masjid dan surau. Semua kawasan kajian juga mempunyai kemudahan awam seperti dewan
serbaguna, gelanggang futsal dan gelanggang badminton. Selain itu, terdapat banyak kedai
runcit yang menjual barangan untuk kegunaan seharian. Ketiga-tiga kawasan kajiian
mempunyai penduduk yang majoritinya beragama islam. Ketiga-tiga kawasan kajiian
mempunyai infrastruktur seperti jalan raya, pondok teksi, stesen bas dan pelabuhan.

You might also like