You are on page 1of 14

Research in Management of Technology and Business Vol. 4 No.

1 (2023) 919-932
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Publisher’s Office

RMTB
Homepage: http://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb
e-ISSN : 2773-5044

Teknologi 3D Printed Wall Bagi Rumah


Sesebuah Mampu Milik
Siti Nurathirah Nabihah Samsudin1, Rozlin Zainal1,2,*,
Hamidun Mohd Noh1,2 & Narimah Kasim1,2
1
Jabatan Pengurusan Pembinaan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, 86400 Johor, MALAYSIA
2
Centre of Project, Property and Facilities Management (ProFMs), Fakulti
Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu
Pahat, 86400 Johor, MALAYSIA

*Corresponding Author

DOI: https://doi.org/10.30880/rmtb.2023.04.01.065
Received 31 March 2023; Accepted 30 April 2023; Available online 1 June 2023

Abstract: 3D Printed Wall technology is a new technology that is increasingly being


debated because it provides benefits in saving construction project time, especially in
the housing sector. This technology is able to deal with the issue of affordable housing
of a certain type due to the ever-increasing demand and need. The issue with the
widespread use of 3D Printed Wall technology on construction sites is that the cost
of expensive 3D printing equipment and materials makes the initial expense of using
this technology very high, especially to provide more affordable housing stock.
Therefore, the objective of this study is to identify the main challenges of
implementing a 3D Printed Wall for an affordable home and identify the main strategy
of implementing a 3D Printed Wall for an affordable home. This study involved 73
housing developers in Selangor using a quantitative approach through the distribution
of questionnaires online and physical meetings. The percentage of respondents'
responses was 71.2%. Frequency and descriptive analysis were used to analyze the
data for all objectives. The findings of the analysis for the first objective which is the
main challenge of implementing 3D Printed Wall for an affordable house is
transportation. While the second objective findings found that the main strategy for
the implementation of 3D Printed Wall for an affordable house is worker safety.
Therefore, this study can help developers by emphasizing the main challenge and
main strategy in improving the implementation of 3D Printed Wall for an affordable
house.

Keywords: 3D Printed Wall, Affordable, Developer, Single house.

Abstrak: Teknologi 3D Printed Wall merupakan teknologi baharu yang semakin


hangat diperdebatkan kerana memberi faedah dalam penjimatan masa projek
pembinaan terutamanya dalam sektor perumahan. Teknologi ini mampu menangani
isu rumah mampu milik jenis sesebuah kerana permintaan dan keperluan yang
*Corresponding author: rozlin@uthm.edu.my
2023 UTHM Publisher. All rights reserved.
publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb
Samsudin et al., Research in Management of Technology and Business Vol.40 No.10 (2023) p. 919-932

sentiasa meningkat. Isu penggunaan meluas teknologi 3D Printed Wall di tapak


pembinaan ialah kos peralatan dan bahan percetakan 3D yang mahal menjadikan
perbelanjaan awal menggunakan teknologi ini adalah sangat tinggi terutamanya untuk
menyediakan lebih banyak stok rumah mampu milik. Oleh itu, objektif kajian ini
adalah untuk mengenal pasti cabaran utama pelaksanaan 3D Printed Wall bagi rumah
sesebuah mampu milik dan mengenal pasti strategi utama pelaksanaan 3D Printed
Wall bagi rumah sesebuah mampu milik. Kajian ini melibatkan 73 orang pemaju
perumahan di Selangor dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui
pengedaran borang soal selidik secara atas talian dan pertemuan fizikal. Peratusan
maklum balas responden adalah sebanyak 71.2%. Analisis frekuensi dan deskriptif
digunakan untuk menganalisis data bagi semua objektif. Dapatan analisis bagi
objektif pertama iaitu cabaran utama pelaksanaan 3D Printed Wall bagi rumah
sesebuah mampu milik ialah pengangkutan. Manakala dapatan objektif kedua
mendapati strategi utama pelaksanaan 3D Printed Wall bagi rumah sesebuah mampu
milik ialah keselamatan pekerja. Oleh itu, kajian ini dapat membantu pihak pemaju
dengan menitikberatkan cabaran utama dan strategi utama dalam meningkatkan
pelaksanaan 3D Printed Wall bagi pembinaan rumah sesebuah mampu milik.

Kata kunci: 3D Printed Wall, Mampu milik, Pemaju, Rumah sesebuah.

1. Pengenalan
Seiring dengan perkembangan zaman, potensi 3D Printed Wall telah diiktiraf dengan jelas dalam
industri pembinaan bangunan yang menggunakan teknik ini bertujuan untuk mengubah reka bentuk
bangunan yang kompleks (konvensional) menjadi realiti dalam tempoh yang singkat (Cards, 2019).
Teknologi 3D Printed Wall telah memberi kesan kepada industri pembinaan di seluruh dunia. Teknologi
ini adalah terhad disebabkan oleh bilangan kecil pasukan yang melaksanakan reka bentuk dan
pembinaan infrastruktur berskala penuh. Kebanyakan kajian hanya membuat spekulasi mengenai
teknologi 3D Printed Wall supaya menjadi teknologi yang lebih mantap termasuk dalam pembinaan
perumahan mampu milik (Dulebenets, 2021).
3D Printed Wall masih kurang mendapat sambutan dalam kalangan pemaju perumahan di Malaysia.
Namun, penggunaan teknologi ini diperlukan untuk mengurangkan tempoh pembinaan rumah sesebuah
mampu milik disiapkan dalam tempoh yang lebih singkat dan meningkatkan kecekapan serta
produktiviti industri pembinaan Malaysia (New Straits Times, 2021). Jika teknologi 3D Printed Wall
ini diperluaskan penggunaanya, ia dapat memberi penjimatan harga sesebuah rumah sehingga 40
peratus daripada harga pasaran (Amri, 2021).

2. Kajian Literatur
Sebagaimana ketetapan dalam objektif kajian, penerangan terperinci berkenaan teknologi 3D Printed
Wall bagi rumah sesebuah mampu milik dengan merujuk kajian lepas.
2.1 Definisi 3D Printed Wall

3D Printed Wall ialah kaedah struktur moden di mana objek material dicipta dengan mengagihkan
bahan dalam lapisan berdasarkan skema digital untuk mencipta model 3D saiz sebenar. Mesin ini terdiri
daripada lengan robot yang bergerak masuk dan keluar untuk mengedarkan bahan binaan, dan
menghasilkan bahan seperti pes ubat gigi, lapisan demi lapisan (rujuk Rajah 1). Konkrit konvensional
tidak boleh digunakan dalam 3D Printed Wall kerana setiap lapisan memerlukan pengerasan yang
mencukupi sebelum lapisan seterusnya digunakan untuk menyokong beratnya sendiri. Oleh itu, konkrit
digunakan dengan bahan tambahan yang mendakan pengerasan konkrit dan agregat kasar juga tidak
digunakan di dalamnya. Ketebalan dinding adalah kira-kira 24 cm, ia diperbuat daripada lapisan dalam

920
Samsudin et al., Research in Management of Technology and Business Vol. 4 No. 1 (2023) p. 919-932

dan luar bahan serta disambungkan oleh permukaan penggulungan bahan cetakan yang sama (Shakir,
2019).

Rajah 1: Pancutan dakwat pencetak (Shakir, 2019)

2.2 Definisi Rumah Sesebuah


Rumah sesebuah merujuk kepada sebuah rumah bersifat tunggal, satu tingkat atau rumah berasingan
yang tidak berkongsi dinding dengan rumah lain. Ia berfungsi sebagai tempat tinggal untuk satu atau
beberapa keluarga serta tempat perlindungan dari kerpasan, angin, kepanasan, kesejukan dan
pencerobohan (Webster, 2022).

2.3 Definisi Rumah Mampu Milik


Rumah mampu milik merupakan rumah yang mampu dimiliki oleh kebanyakan orang dan
merupakan isu utama dalam pembangunan sesebuah negara. Kemampuan dari segi aspek harga rumah
adalah jumlah yang mampu dibayar oleh pembeli. Pihak kerajaan dan institusi swasta berganding bahu
dalam penyediaan rumah kepada rakyat. Selain itu, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan
perbelanjaan dan bilangan unit kepada Kerajaan Tempatan untuk melaksanakan program-program yang
khusus. Rumah mampu milik adalah pembangunan perumahan yang disediakan juga oleh pihak
kerajaan dimana ianya melibatkan golongan disasarkan sahaja iaitu golongan berpendapatan rendah,
sederhana rendah, sederhana (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, 2017).

2.4 Cabaran utama pelaksanaan 3D Printed Wall bagi rumah sesebuah mampu milik
a) Kos yang Tinggi
Kos yang tinggi untuk membeli atau menyewa peralatan tersebut dan logistik yang terlibat dalam
membawa 3D Printed Wall yang besar ini ke tapak pembinaan. Kos peralatan dan bahan percetakan
3D menjadikan teknologi ini mahal dan menjadikan perbelanjaan awal menggunakan teknologi ini
juga sangat tinggi (Pearson, 2018).
b) Kekurangan Tenaga Kerja
3D Printed Wall memerlukan pakar kemahiran yang lebih khusus yang perlu diambil daripada
kumpulan tenaga kerja yang lebih tipis dan khusus. Kekurangan buruh pembinaan sudah menjadi
masalah serta mencari pekerja yang berkelayakan untuk diambil bekerja dalam persekitaran
pembinaan 3D Printed Wall mungkin menjadi lebih mencabar pada masa hadapan (Hossan et al.,
2020).
c) Kawalan Kualiti

921
Samsudin et al., Research in Management of Technology and Business Vol.40 No.10 (2023) p. 919-932

Cuaca, faktor persekitaran adalah semua keadaan yang boleh menjadikan 3D Printed Wall dalam
pembinaan komersial lebih hebat daripada ledakan (Vihaan, 2022). Jika tidak sentiasa dipantau dan
diawasi oleh manusia, kualiti dalam pembinaan rumah 3D Printed Wall boleh menjadi satu masalah
yang sangat besar dan menyebabkan kerugian.
d) Bahan Terhad
Bahan yang digunakan dalam pembinaan tradisional tidak sama dengan bahan yang digunakan
dalam 3D Printed Wall. Terdapat sangat sedikit bahan pada hari ini yang boleh digunakan dalam
3D Printed Wall kerana kebanyakan pencetak memerlukan bahan khusus. Ini bermakna ia mungkin
tidak boleh menggunakan bahan mentah satu pencetak pada pencetak yang lain (Williamson, 2019).
e) Peraturan
Terdapat liabiliti yang mungkin datang dengan menggunakan pencetak berbanding manusia untuk
melaksanakan tugas pembinaan tertentu. Undang-undang belum didokumenkan untuk menangani
isu yang mungkin timbul dengan struktur 3D Printed. Pemeriksa dalam sektor pembinaan akan
menghadapi halangan yang sama kerana undang-undang dan peraturan tidak ditakrifkan dengan
jelas (Kroes, 2022).
f) Ketidaktepatan Reka Bentuk
Risiko semasa pembinaan akan meningkat kerana 3D Printed mencetak segala-galanya pada rumah
atau reka bentuk sekaligus. Ini kerana sukar untuk membetulkan sebarang ralat setelah ia dicetak.
Jenis mesin atau proses yang digunakan, dengan sesetengah pencetak mempunyai toleransi yang
lebih rendah, bermakna bahagian akhir mungkin berbeza daripada reka bentuk asal (Scott, 2016).
g) Saiz Binaan Terhad
3D Printed pada masa ini mempunyai ruang cetakan kecil yang mengehadkan saiz bahagian yang
boleh dicetak. Sesuatu yang lebih besar perlu dicetak dalam bahagian yang berasingan dan
dicantumkan selepas pengeluaran. Ini boleh meningkatkan kos dan masa untuk bahagian yang lebih
besar kerana pencetak perlu mencetak lebih banyak bahagian sebelum kerja manual digunakan
untuk menyambung bahagian tersebut (Yossef & Chen, 2015).
h) Pengangkutan
Memindahkan 3D Printed dari satu tempat ke tempat lain boleh menjadi cabaran yang hebat.
Pengendalian alat dengan selamat di tapak boleh menjadi sukar serta mendapatkan alat pencetak
komponen in situ yang besar bergerak ke tapak pembinaan. Komponen pembinaan bersaiz ketara
adalah berat, biasanya sehingga 5 tan. Peralatan yang sesuai perlu dibangunkan untuk mengangkat
dan menggerakkan komponen berat (Peterson et al., 2014).
i) Struktur Batu Tanpa Acuan
Proses pembinaan struktur batu tanpa acuan untuk menganalisis kebolehlaksanaan dan kestabilan
setara menggunakan pembinaan 3D Printed. Kesukaran akan timbul yang berkaitan dengan masa
penetapan sebelumnya lapisan, dan kestabilan lapisan akhir juga akan terjejas (Bos et al, 2016).

2.5 Strategi utama pelaksanaan 3D Printed Wall bagi rumah sesebuah mampu milik
a) Ciri-ciri Campuran 3D Printed Wall
Dengan melakukan gantian yang meningkatkan prestasi dan bahan alternatif berasaskan polimer
atau tanah liat. Peralatan dan sistem pengurusan yang digunakan dalam pembinaan 3D Printed Wall
menunjukkan pelbagai teknik dan gabungan pelbagai ciri serta fungsi (Rivera et al., 2022).

b) Kebebasan Reka Bentuk

922
Samsudin et al., Research in Management of Technology and Business Vol. 4 No. 1 (2023) p. 919-932

Arkitek mampu membina reka bentuk kompleks yang sebaliknya tidak boleh dicapai, terlalu mahal
atau intensif buruh untuk dibuat dengan cara pembinaan konvensional. Ini boleh membolehkan
lebih banyak inovasi dan kreativiti dalam ruang pembinaan komersial. Keupayaan untuk melakukan
reka bentuk bentuk bebas atau bentuk organik serta menyediakan peningkatan besar-besaran dalam
kecekapan untuk memaksimumkan nilai tenaga buruh sedia ada untuk membantu menyelesaikan
krisis kemampuan rumah mamp milik (Beyda, 2021).
c) Tenaga Kerja Berpengetahuan
Menurut Hossan et al. (2020) potensi untuk menarik generasi baharu pekerja ke dalam industri
dengan memberi mereka peluang untuk bekerja dengan teknologi terkini dalam persekitaran yang
lebih selamat. Penggunaan teknologi ini boleh memberi manfaat kepada industri pembinaan dengan
adanya tenaga kerja berpengetahuan.
d) Keselamatan Pekerja
Teknologi 3D Printed wujud untuk meningkatkan keselamatan dalam pembinaan. Penggunaan
teknologi akan meminimumkan pergantungan kepada sumber manusia yang berpotensi untuk
meningkatkan produktiviti dan meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan pekerja dengan
mengurangkan kerja berisiko perlu dilakukan dengan teknologi 3D Printed Wall (Schuldt et al.,
2021).
e) Peningkatan Produktiviti
Pembinaan pada masa ini mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kelajuan penyiapan ke masa
yang tidak dapat dibayangkan. Pemaju perlu mengoptimumkan kelajuan pembinaan rumah dengan
menggunakan teknologi baharu untuk menghasilkan pada kadar tertinggi yang mungkin serta
meningkatkan produktiviti (Ariyan et al., 2021).
f) Kecekapan Proses
Teknologi ini mempersembahkan pendekatan untuk mengukur masa dalam 3D Printed Wall dengan
mengukur tiga ukuran berbeza iaitu masa cetakan, masa berlalu, dan masa pembinaan. Mengira
tahap kelajuan dan ketepatan dalam kedudukan 3D Printed Wall yang digantung kabel untuk
percetakan 3D berskala besar dengan menggunakan pengoptimuman dalam analisis kinematik dan
dinamik (Wu et al., 2016).
g) Pengoptimunan Penggunaan Bahan
Teknologi ini boleh membenarkan pengoptimuman penggunaan bahan, walaupun pemilihan bahan
harus pertimbangkan keseimbangan antara pengurangan tenaga dalam fasa penggunaan bangunan
dan penjanaan sisa dalam fasa akhir hayat. Konsep seperti pengoptimuman penggunaan bahan perlu
diukur sebagai faktor penyumbang kepada kesan alam sekitar daripada teknologi ini supaya dapat
mengatasinya (Hager, 2016).
h) Pegurangan Kos
Harga yang lebih membantu untuk menurunkan adalah campuran konkrit baharu yang inovatif.
Secara amnya teknologi ini bersaing dengan rumah yang dibina secara konvensional kerana telah
dapat mengurangkan kos pembinaan dan dapat menyediakan lebih banyak perumahan mampu milik
dan ia terbukti lebih murah untuk dibina berbanding rumah konvensional (Karslioglu, 2022).
i) Binaan Disesuaikan
Dalam kaedah pembinaan tradisional yang menggunakan acuan dan pemotongan, penyesuaian
adalah proses yang sangat memakan masa dan intensif buruh tetapi 3D Printed Wall memastikan
integriti struktur dipertingkatkan. Ia juga membenarkan pengubahan bahagian tertentu untuk
memenuhi keperluan tertentu (Pessoa, 2020).
3. Metodologi

923
Samsudin et al., Research in Management of Technology and Business Vol.40 No.10 (2023) p. 919-932

Bahagian ini menerangkan mengenai kaedah kajian yang digunakan oleh penyelidik bagi mereka
bentuk, mengumpul data dan menganalisis data untuk mendapatkan bukti bagi menyokong kajian ini.
Ianya bertujuan mengenal pasti cabaran utama pelaksanaan 3D Printed Wall bagi rumah sesebuah
mampu milik, mengenal pasti strategi utama pelaksanaan 3D Printed Wall bagi rumah sesebuah mampu
milik dan seterusnya menganalisis hubungan antara cabaran utama dan strategi utama pelaksanaan 3D
Printed Wall bagi rumah sesebuah mampu milik.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Bagi memenuhi objektif dan matlamat kajian, kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu data primer
dan data sekunder untuk memperolehi maklumat. Data primer yang digunakan dalam kajian ini adalah
kaedah kuantitatif yang melibatkan pihak pemaju perumahan di Selangor. Data-data ini diambil melalui
kaedah borang soal selidik dan rujukan sumber ilmiah.
(a) Borang Soal Selidik
Set borang soal selidik digunakan dalam mengumpul data kajian dan dibuat berdasarkan kajian
literatur. Setiap satu set borang soal selidik diedarkan kepada pihak pemaju secara atas talian dan
pertemuan fizikal. Populasi kajian ialah pemaju bagi projek perumahan di Selangor. Jadual 1
menunjukkan bilangan unit rumah yang diluluskan mengikut kategori jenis rumah tahun 2022 di
Selangor yang sedang menjalankan projek rumah sesebuah adalah sebanyak 88 projek (Jabatan
Perumahan Negara, 2022). Maka, berdasarkan penentuan saiz sampel Jadual Krejcie & Morgan (1970),
saiz sampel pemaju berlandaskan bilangan unit rumah yang diluluskan adalah sebanyak 73 projek.
Borang soal selidik yang diedarkan mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C. Bahagian
A mengenai latar belakang dan bahagian B pula terdiri daripada soalan berkaitan cabaran utama
pelaksanaan 3D Printed Wall bagi rumah sesebuah mampu milik. Bahagian C adalah berkaitan dengan
strategi utama pelaksanaan 3D Printed Wall bagi rumah sesebuah mampu milik. Tinjauan soal selidik
digunakan dengan skala penilaian iaitu skala Likert 5 mata yang terdiri daripada lima pilihan jawapan
yang merangkumi “Sangat Tidak Setuju”, “Tidak Setuju”, “Tidak Pasti”, “Setuju” dan “Sangat Setuju”.

Jadual 1: Bilangan Unit Rumah Yang Diluluskan Mengikut Kategori Jenis Rumah
Tahun 2022 (Jabatan Perumahan Negara, 2022)
Negeri Rumah Sesebuah
Johor 23
Kedah 85
Kelantan 91
Melaka 121
Negeri Sembilan 17
Pahang 48
Perak 43
Perlis 20
Pulau Pinang 87
Selangor 88
Terengganu 52
W.P. Kuala Lumpur 0
W.P. Putrajaya 0
Jumlah 675

3.2 Analisis Data


Analisis data melibatkan kaedah kuantitatif. Analisis kandungan digunakan untuk mengenal pasti
tema, konsep dan makna.
(a) Analisis Frekuensi
Analisis ini adalah untuk mengukur kekerapan data dalam bahagian A (demografi), B (cabaran utama
pelaksanaan 3D Printed Wall bagi rumah sesebuah mampu milik) dan C (strategi utama pelaksanaan

924
Samsudin et al., Research in Management of Technology and Business Vol. 4 No. 1 (2023) p. 919-932

3D Printed Wall bagi rumah sesebuah mampu milik). Perisian SPSS digunakan bagi membantu
menganalisis frekuensi, min dan peratusan. Hasil analisis ini dapat membantu mencapai objektif kajian
pertama dan kedua.
(b) Analisis Deskriptif
Analisis deskriptif bermaksud mengubah data ke dalam bentuk yang mudah difahami dan dijelaskan,
menyusun semula dan memanipulasi data untuk menghasilkan maklumat deskriptif. Kajian ini
menggunakan skala Likert yang sama di bahagian B dan C. Pada bahagian ini menggunakan Skala
Likert 5 mata untuk menilai tahap persetujuan pemaju. Hasil analisis ini juga membantu mencapai
objektif kajian pertama dan kedua.
3.3 Kajian Rintis
Kajian rintis dilakukan sebelum melaksanakan kajian penuh dan mengedarkan borang soal selidik
atas talian kepada responden. Kajian rintis ini dilakukan kepada 10 orang responden yang terdiri
daripada pihak pemaju rumah mampu milik di negeri Selangor. Hal ini kerana, menurut Johnson &
Christensen (2000) jumlah fleksibel bilangan responden adalah dalam lingkungan 5 hingga 10 orang.
Kajian rintis sangat penting untuk memastikan bahawa responden memahami setiap soalan yang
diberikan oleh penyelidik. Hasil analisis ujian kebolehpercayaan set borang soal selidik mempunyai
nilai alpha lebih 0.7 iaitu 0.989 (rujuk Jadual 2). Oleh itu, soal selidik boleh dipercayai dan item
mempunyai ketekalan dalaman yang agak tinggi (Gliem & Gliem, 2021).

Jadual 2: Ujian Kebolehpercayaan


Soalan Responden Nilai Alpha Cronbach
109 10 0.989

4. Dapatan dan Perbincangan


Perbincangan hasil analisis pengumpulan data daripada soal selidik. Sebanyak 73 set borang soal selidik
telah diedarkan kepada pemaju perumahan dan hanya 52 set soalan selidik sahaja dikembalikan bersama
jawapan dan digunakan bagi tujuan analisis data. Peratusan maklum balas responden adalah sebanyak
71.2% daripada jumlah soal selidik yang diedarkan.
4.1 Bahagian A: Maklumat Responden
Jadual 3 menunjukkan rumusan analisis data dalam bahagian A. Peratusan responden majoriti umur
adalah responden yang berumur antara 20 hingga 30 tahun iaitu 67.30% yang mewakili 35 orang
responden. Seterusnya, majoriti kelayakan tertinggi responden untuk kaji selidik ini ialah peringkat
ijazah iaitu 65.40% dengan 34 orang responden. Diikuti oleh Jurutera Awam sebagai jawatan yang
tertinggi responden dengan peratusan 46.20% iaitu seramai 24 responden. Di samping itu, majoriti
mempunyai tahun perkhidmatan dalam industri pembinaan antara 1 hingga 5 tahun dengan peratusan
53.8%, mewakili 28 orang responden.

Jadual 3: Maklumat Responden


Bil Maklumat Responden Frekuensi Peratus (%)
01 Umur
20-30 tahun 35 67.3
31-40 tahun 9 17.3
41-50 tahun 4 7.69
51 ke atas 4 7.69
02 Tahap- tahap Pendidikan
Sijil 1 1.92
Diploma 4 7.69
Ijazah 34 65.4
Master 7 13.5

925
Samsudin et al., Research in Management of Technology and Business Vol.40 No.10 (2023) p. 919-932

Lain-lain 6 11.5
03 Jawatan
Pengarah 1 1.92
Pengurus Projek 3 5.76
Arkitek 3 5.76
Jurutera Awam 24 46.2
Juruukur Bahan 2 3.84
Lain-lain 19 36.5
04 Tahun perkhidmatan dalam industri pembinaan
Antara 1 hingga 5 tahun 28 53.8
Antara 6 hingga 10 tahun 13 25.0
Antara 11 hingga 20 tahun 3 5.76
21 tahun dan ke atas 8 15.4

4.2 Bahagian B: Mengenal pasti cabaran utama pelaksanaan 3D Printed Wall bagi rumah sesebuah
mampu milik
Analisis deskriptif adalah berlandaskan skor min julat persetujuan seperti ditunjukkan Jadual 4.
Hasil analisis menunjukkan rumusan analisis data dalam bahagian B. Purata paling tertinggi
menunjukkan pengangkutan berada pada tahap persetujuan “tinggi” dengan nilai min sebanyak 4.2600.
Selain itu, nilai terendah merupakan saiz binaan terhad dimana nilai min sebanyak 3.9519 dengan tahap
persetujuan “tinggi” dan berada pada tahap kedudukan 9. Manakala, item kawalan kualiti nilai purata
kedua tertinggi ialah 4.1268 dengan tahap persetujuan “tinggi”. Diikuti dengan bahan terhad, peraturan,
ketidaktepatan reka bentuk, kekurangan tenaga kerja, kos yang tinggi, struktur batu tanpa acuan
sebanyak 4.0960, 4.0240, 4.0129, 4.0128, 4.0000, 3.9780 dengan tahap persetujuan “tinggi” (rujuk
Jadual 5).

Jadual 4: Jadual Ukuran Persetujuan (Ibrahim, 2013)


Min Julat Skor Tahap Skor Min
1.00- Rendah (Tidak Setuju/ Tidak Membantu/ Tidak Puas Hati/ Tiada/ Kadangkala/
2.33 Tidak pasti)
2.34- Sederhana (Setuju/ Membantu/ Puas Hati)
3.66
3.67- Tinggi (Sangat Setuju/ Berpuas Hati Sepenuhnya/ Sangat Membantu)
5.00

Jadual 5: Analisis Deskriptif Cabaran Utama


No Item Purata Tahap Kedudukan
(min) Persetujuan
Kos yang Tinggi 4.0000 Tinggi 7
1 Kos pembelian peralatan tinggi 4.1154 Tinggi 1
2 Kos logistik tinggi 3.9038 Tinggi 5
3 Kos bahan percetakan 3D tinggi 4.1154 Tinggi 2
4 Kos pembelian tidak selaras dengan bahan binaan 3.9231 Tinggi 4
sebenar
5 Kos pembelian tidak selaras dengan penyelenggaraan 3.8462 Tinggi 6
sebenar
6 Pelaburan modal untuk mesin tunggal tinggi 4.0962 Tinggi 3
Kekurangan Tenaga Kerja 4.0128 Tinggi 6
7 Perlu pakar kemahiran yang lebih khusus 4.2500 Tinggi 1
8 Kekurangan buruh pembinaan untuk kendalikan 4.0384 Tinggi 3
9 Perlu pekerja yang berkelayakan sahaja 3.7884 Tinggi 6

926
Samsudin et al., Research in Management of Technology and Business Vol. 4 No. 1 (2023) p. 919-932

10 Sangat bergantung kepada mesin pencetak 3.9231 Tinggi 5


menjalankan kerja utama
11 Kebanyakan pengeluaran automatik oleh pencetak 4.0192 Tinggi 4
12 Sangat bergantung kepada pembekal untuk operasi kerja 4.0576 Tinggi 2
keseluruhan
Kawalan Kualiti 4.1268 Tinggi 2
13 Penggunaan bahan alam sekitar 4.2000 Tinggi 1
14 Cuaca memperlahankan proses pembinaan 4.0576 Tinggi 4
15 Perlu sentiasa dipantau oleh manusia 4.1730 Tinggi 2
16 Perlu sentiasa diawasi oleh manusia 4.0769 Tinggi 3
Bahan Terhad 4.0960 Tinggi 3
17 Perlu bahan binaan berkualiti tinggi 4.3269 Tinggi 1
18 Bahan mentah yang digunakan tidak sama dengan 4.2307 Tinggi 2
pembinaan tradisional
19 Pencetak memerlukan bahan khusus 4.1731 Tinggi 3
20 Tidak boleh menggunakan bahan mentah satu pencetak 4.0961 Tinggi 4
pada lain pencetak
21 Pilihan bahan mentah tersedia tidak menyeluruh 4.0000 Tinggi 6
22 Bahan tidak boleh dikitar semula 4.0192 Tinggi 5
23 Kurang selamat untuk makanan 3.8260 Tinggi 7
Peraturan 4.0240 Tinggi 4
24 Undang-undang belum didokumenkan 3.9615 Tinggi 3
25 Menjaga etika undang-undang hak cipta 3.9423 Tinggi 4
26 Menjaga etika keselamatan 4.1153 Tinggi 1
27 Undang-undang perlu ditakrifkan dengan jelas 4.0769 Tinggi 2
Ketidaktepatan Reka Bentuk 4.0129 Tinggi 5
28 Pencetak 3D mencetak segala-galanya pada model 3.8269 Tinggi 6
sekaligus
29 Kesilapan dalam reka bentuk 3.9038 Tinggi 5
30 Sukar membetulkan ralat setelah dicetak 4.1154 Tinggi 1
31 Tolenrasi pencetak yang rendah 4.0580 Tinggi 4
32 Peningkatan kos pengeluaran 4.0961 Tinggi 2
33 Peningkatan masa 4.0769 Tinggi 3
Saiz Binaan Terhad 3.9519 Tinggi 9
34 Ruang cetakan yang kecil 3.9615 Tinggi 2
35 Saiz bahagian boleh dicetak adalah terhad 3.9423 Tinggi 4
36 Bahagian yang lebih besar dicetak secara berasingan 4.0000 Tinggi 1
37 Mencetak lebih banyak bahagian sebelum kerja 3.9038 Tinggi 3
manual digunakan
Pengangkutan 4.2600 Tinggi 1
38 Perlu ruang simpanan yang besar 4.1538 Tinggi 2
39 Sukar memindahkan 3D Printed dari satu tempat ke 4.1346 Tinggi 3
tempat lain
40 Pengendalian alat dengan selamat sukar di tapak 4.9807 Tinggi 1
41 Perlu alat pencetak komponen in situ yang besar 4.0769 Tinggi 6
42 Peralatan mengangkat komponen berat 4.1154 Tinggi 4
43 Peralatan mengerakkan komponen berat 4.0961 Tinggi 5
Struktur Batu Tanpa Acuan 3.9780 Tinggi 8
44 Keperluan meneroka geometri 4.1346 Tinggi 1
45 Menganalisis keboleksanaan bahan binaan 3.8461 Tinggi 7
46 Menganalisis kestabilan setiap lapisan 4.0577 Tinggi 2
47 Pengubahsuaian proses pembinaan 3.9230 Tinggi 5
48 Struktur secara beransur-ansur mengurangkan 4.0000 Tinggi 3
panjang lapisan

927
Samsudin et al., Research in Management of Technology and Business Vol.40 No.10 (2023) p. 919-932

49 Perlu masa penetapan sebelum lapisan 3.8846 Tinggi 6


50 Penggunaan bahan yang lebih mampan 4.0000 Tinggi 3

Berdasarkan hasil analisis keseluruhan pada Jadual 5 menunjukkan rumusan analisis data responden
dalam bahagian B iaitu pengangkutan adalah tahap persetujuan “tinggi”. Hal ini demikian kerana
berlakunya kos mengangkut dan memasang rumah 3D Printed Wall yang kemudiannya menjadi kontra-
intuitif kepada prinsip teknologi ini. Keperluan mengangkut banyak tan konkrit pepejal atau bahan lain
yang diperlukan dalam pembinaan walaupun dilakukan dalam bahagian-bahagian penambahan
sehingga kos pengangkutan yang menjadi agak tinggi. Hal ini diburukkan lagi jika alat ganti itu perlu
dihantar ke luar negara atau rentas negara (Ankner, 2014). Pembinaan rumah 3D Printed Wall ini
mengambil masa untuk disiapkan dalam beberapa hari berbanding menunggu selama berbulan-bulan.
Akan tetapi, mengangkut dan memasang seluruh rumah ke lokasi pembinaan menyebabkan banyak
masa utama tambahan kepada projek. Disamping itu, risiko kerosakan di jalan raya juga boleh berlaku.
Penghantaran dan pengangkutan rumah atau bangunan 3D Printed semasa pemindahan mungkin boleh
berlaku kemalangan atau apabila sesuatu bahagian akan rosak dengan cara yang tidak dapat dilihat. Ini
membawa risiko rumah itu dibina hanya untuk struktur gagal di kemudian hari. Selain itu, tidak dapat
dielakkan akan ada had untuk cara berbilang tan konkrit yang boleh diangkut untuk tujuan pemasangan
di tapak (Vihaan, 2022).
4.3 Bahagian C: Mengenal pasti strategi utama pelaksanaan 3D Printed Wall bagi rumah sesebuah
mampu milik.
Jadual 6 menunjukkan rumusan analisis data dalam bahagian B. Purata paling tertinggi
menunjukkan item keselamatan pekerja berada pada tahap persetujuan “tinggi” dengan nilai min
sebanyak 4.2346. Selain itu, nilai terendah merupakan binaan disesuaikan dimana nilai min sebanyak
4.0577 dengan tahap persetujuan “tinggi” dan berada pada tahap kedudukan 9. Manakala, item
kecekapan proses nilai min ialah 4.1987 dengan tahap persetujuan “tinggi” pada kedudukan kedua
tertinggi.

Jadual 6: Analisis Deskriptif Strategi Utama


No Item Purata Tahap Kedudukan
(min) Persetujuan
Ciri-ciri Campuran 3D Printed Wall 4.1110 Tinggi 7
1 Mengurangkan penggunaan alam sekitar 4.0962 Tinggi 9
2 Meningkatkan kebolehbinaan 4.0769 Tinggi 10
3 Melakukan gantian untuk meningkatkan prestasi 4.1923 Tinggi 1
4 Penggunaan bahan alternative berasaskan polimer 4.1538 Tinggi 3
5 Penggunaan bahan alternatif berasaskan tanah liat 4.1346 Tinggi 4
6 Penggunaan lengan robot mudah alih boleh dikawal 4.0577 Tinggi 11
melalui reka bentuk CAD
7 Penggunaan lengan robot mudah alih boleh dikawal 4.1346 Tinggi 4
melalui reka bentuk BIM
8 Mentakrifkan prosedur proses kerja pembinaan 4.1730 Tinggi 2
9 Mentakrifkan hubungan yang tetap 4.1154 Tinggi 7
10 Memfokuskan kapasiti sifat 4.0577 Tinggi 11
11 Memfokuskan prestasi operasi 4.0000 Tinggi 13
12 Penilaian progresif sifat beberapa komponen 4.1346 Tinggi 6
13 Penyepaduan struktur 4.1153 Tinggi 8
Kebebasan Reka Bentuk 4.1167 Tinggi 6
14 Inovasi dalam ruang pembinaan komersial 4.2000 Tinggi 1
15 Kreativiti dalam ruang pembinaan komersial 4.1540 Tinggi 4
16 Membina sebarang reka bentuk yang diingini 4.1730 Tinggi 3
17 Menghasilkan visual yang menarik 4.1346 Tinggi 5
18 Sebarang saiz boleh dicetak 4.1923 Tinggi 2

928
Samsudin et al., Research in Management of Technology and Business Vol. 4 No. 1 (2023) p. 919-932

19 Sebarang bentuk boleh dicetak 4.0000 Tinggi 10


20 Melakukan reka bentuk bebas 4.0770 Tinggi 7
21 Melakukan reka bentuk organik 4.0192 Tinggi 9
22 Peningkatan kecekapan 4.1346 Tinggi 6
23 Memaksimumkan nilai tenaga buruh yang sedia ada 4.0770 Tinggi 7
Tenaga Kerja Berpengetahuan 4.1511 Tinggi 4
24 Menarik generasi baru pekerja ke dalam industri 4.2500 Tinggi 1
25 Memberi peluang bekerja dengan teknologi terkini 4.1730 Tinggi 4
26 Mengurangkan tekanan pada kesihatan fizikal pekerja 4.1730 Tinggi 4
tapak
27 Memaksimumkan sentuhan manusia 4.0000 Tinggi 7
28 Pekerjaan yang lebih mudah 4.0770 Tinggi 6
29 Meningkatkan pengeluaran rumah mampu milik 4.1730 Tinggi 3
30 Memerlukan pakar tenaga kerja 4.2120 Tinggi 2
Keselamatan Pekerja 4.2346 Tinggi 1
31 Meningkatkan keselamatan 4.3654 Tinggi 1
32 Melindungi pekerja 4.1730 Tinggi 5
33 Meminimumkan pergantungan kepada sumber 4.1923 Tinggi 3
manusia
34 Meningkatkan kesihatan pekerja 4.2500 Tinggi 2
35 Mengurangkan kerja berisiko 4.1923 Tinggi 3
Peningkatan Produktiviti 4.1412 Tinggi 5
36 Meningkatkan kelajuan pengeluaran 4.1350 Tinggi 3
37 Mengekalkan kualiti 4.0577 Tinggi 6
38 Meningkatkan kelajuan penyiapan 4.1154 Tinggi 5
39 Penggunaan bahan yang cekap 4.1540 Tinggi 2
40 Pengurangan sisa keseluruhan di tapak pembinaan 4.2500 Tinggi 1
41 Menjimatkan kos tambahan 4.1350 Tinggi 3
Kecekapan Proses 4.1987 Tinggi 2
42 Kelajuan cetakan yang tinggi 4.2884 Tinggi 1
43 Kekuatan ikatan tidak berkurangan dengan ketara 4.1730 Tinggi 4
44 Membina kelajuan cetakan maksimum 4.2692 Tinggi 2
45 Mengira ketepatan dalam kedudukan 3D Printed Wall 4.1154 Tinggi 6
46 Pengoptimuman dalam analisis pergerakan sesuatu 4.1540 Tinggi 5
objek
47 Pengoptimuman dinamik 4.1923 Tinggi 3
Pengoptimunan Penggunaan Bahan 4.1731 Tinggi 3
48 Membenarkan penyepaduan fungsi tambahan dalam 4.1731 Tinggi 2
struktur
49 Pengurangan tenaga dalam fasa penggunaan bangunan 4.2115 Tinggi 1
50 Penjanaan sisa dalam fasa akhir hayat maksimum 4.1346 Tinggi 4
51 Menilai kemampanan teknologi 4.1731 Tinggi 2
Pengurangan Kos 4.0626 Tinggi 8
52 Campuran konkrit baharu yang inovatif 4.2307 Tinggi 1
53 Mengurangkan kos pembinaan 3.9810 Tinggi 3
54 Penyediaan lebih banyak perumahan mampu milik 4.1154 Tinggi 2
55 Memudahkan proses pengoperasian di tapak 3.9231 Tinggi 4
Binaan Disesuaikan 4.0577 Tinggi 9
56 Penyesuaian insentif buruh 4.1154 Tinggi 1
57 Jaminan ketahanan pembinaan 4.0577 Tinggi 3
58 Integriti struktur dipertingkatkan 4.0961 Tinggi 2
59 Membenarkan pengubahan bahagian tertentu 3.9615 Tinggi 4

929
Samsudin et al., Research in Management of Technology and Business Vol.40 No.10 (2023) p. 919-932

Secara keseluruhannya, strategi utama pelaksanaan 3D Printed Wall adalah keselamatan pekerja
berdasarkan Jadual 6. Peningkatan keselamatan pekerja di tapak bina sangat penting untuk
dititikberatkan. Keselamatan pekerja telah lama menjadi salah satu kebimbangan terbesar projek
pembinaan berskala besar. Pekerja buruh di tapak terdedah kepada pelbagai situasi berbahaya dan
selalunya tahap risiko berkaitan kerja yang mengancam nyawa (Hammon, 2022). Teknologi 3D Printed
yang dilakukan di luar tapak mengurangkan banyak risiko ini dan membolehkan kemudahan perubatan
yang diperlukan sedia ada. Disamping itu, mengurangkan risiko kesihatan dan keselamatan pekerja.
Hal ini demikian kerana pada projek pencetakan 3D pembinaan biasa di tapak, hanya satu atau dua
pengendali yang terlibat untuk memikirkan pencetak pembinaan 3D semasa ia melakukan perkaranya
sendiri dan membina struktur rumah. 3D Printed melakukan kebanyakan kerja dengan usaha manusia
yang minimum iaitu dengan menggantikan pekerjaan berbahaya di tapak dengan proses pencetakan
(Noel, 2015). Walau bagaimanapun, kebanyakan rumah 3D Printed direka supaya semua kerja elektrik
serta penebat perlu dilakukan bersama-sama proses pencetakan 3D. Ini boleh dilakukan untuk
mengurangkan masa pembinaan, tetapi juga untuk menyelaraskan proses pencetakan 3D pembinaan
apabila menggunakan bahan pengeringan cepat. Hal ini meletakkan pekerja secara langsung dalam
persekitaran kerja yang selamat terutamanya kerana dengan peralatan berkomputer yang dikawal
semasa pembinaan di tapak dilakukan (Druley, 2019).

5. Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kajian mendapati bahawa pengangkutan adalah cabaran paling tinggi dalam
pelaksanaan 3D Printed Wall bagi rumah sesebuah mampu milik oleh pemaju. Pengangkutan menjadi
cabaran utama pelaksanaan 3D Printed Wall bagi rumah sesebuah mampu milik kerana pengendalian
alat dengan selamat sukar di tapak pembinaan. Hal ini memberi permasalahan bagi membina rumah
sesebuah mampu milik menggunakan teknologi ini. Walau bagaimanapun, penyelidik mendapati
bahawa terdapat beberapa cabaran utama dalam 3D Printed Wall bagi rumah sesebuah mampu milik
iaitu merangkumi pelbagai aspek seperti kawalan kualiti, bahan terhad, peraturan dan ketidaktepatan
reka bentuk. Oleh itu, strategi utama yang perlu dimainkan dalam pelaksanaan 3D Printed Wall bagi
rumah sesebuah mampu milik telah dicapai ialah keselamatan pekerja dengan meningkatkan
keselamatan, kecekapan proses dengan meningkatkan kelajuan cetakan yang tinggi dan
pengoptimuman penggunaan bahan dalam mengurangkan tenaga dalam fasa penggunaan bangunan.
Kajian ini diharap dapat membantu pihak pemaju menitikberatkan cabaran utama dan strategi utama
yang dinyatakan dalam meningkatkan pelaksanaan 3D Printed Wall bagi pembinaan rumah sesebuah
mampu milik.

Penghargaan
Penulis ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Fakulti Pengurusan Teknologi dan
Perniagaan, UTHM dan pihak responden yang terlibat dalam kajian ini di atas segala sokongan dan
kerjasama yang telah diberikan.

Rujukan
Amri, S. A. (2021, August 20). Rumah siap 48 jam. Dicapai daripada Metro:
https://www.hmetro.com.my/amp/pks/2021/08/744603/rumah-siap-48-jam
Ankner, B. (2014, June 25). 3D Printers: Changing Transportation As We Know It. Principal, Transportation
Solutions. Dicapai daripada https://www.enotrans.org/article/3d-printers-changing-transportation-know/
Ariyan, L., Reynecke, N., Mahachi, J. (2021). 3D-Printed Houses Pilot Project. Republic of South Africa:
National Department of Science and Innovation.
Beyda, E. (28 April, 2021). Can 3D Printing Solve the Housing and Worker Shortage? Dicapai daripada Built
The BlueBeam: https://blog.bluebeam.com/3d-printing-housing-worker-shortage/

930
Samsudin et al., Research in Management of Technology and Business Vol. 4 No. 1 (2023) p. 919-932

Bos, F. P., Wolfs, R. J. M., Ahmed, Z. Y., & Salet, T. A. M. (2016). Additive manufacturing of concrete in
construction: potentials and challenges of 3D concrete printing. Virtual and Physical Prototyping, 11(3),
209-225. doi:https://doi.org/10.1080/17452759.2016.1209867
Cards, T. (16 August, 2019). Technology Cards. Dicapai daripada Construction 3D Printing:
https://www.technologycards.net/the-technologies/construction-3d-printing
Druley, K. (2019, April 28). 3D printing and worker safety. Safety Health Nsc Publication. Dicapai daripada
https://www.safetyandhealthmagazine.com/articles/18295-d-printing-and-worker-safety
Dulebenets, M. A. (2021). Numerical Study of Fire and Energy Performance of Innovative Light-Weight 3D
Printed Concrete Wall Configurations in Modular Building System. Sustainability, 13(4), 1-20.
doi:https://doi.org/10.3390/su13042314
Gliem & Gliem. (2021, September 16). Midwest Research to Practice Conference in Adult, Continuing, and
Community Education. Dicapai daripada scholarwork:
https://scholarworks.iupui.edu/bitstream/handle/1805/344/gliem+&+gliem.pdf?s equence=1
Hager, I. (2016). 3D Printing of Buildings and Building Components as the Future of Sustainable Construction?
Procedia Engineering, 151(2), 292-299. doi:https://doi.org/10.1016/j.proeng.2016.07.357
Hammon, D. (2022, September 30). Inhabitat. Dicapai daripada Are 3D-printed homes a sustainable option for
the future?: https://inhabitat.com/are-3d-printed-homes-a-sustainable option-for-the-future/
Hossan, MD., Zhumabekova, A., Paul, S., Kim, J. (2020). A Review of 3D Printing in Construction and its Impact
on the Labor Market. sustainability, 12. doi:https://doi.org10.3390/su12208492
Ibrahim, M. (2013). bab empat: analisis dan dapatan kajian 4.0. UM Student's Repository, 95-154. Dicapai
daripada http://studentsrepo.um.edu.my/5421/2/BAB_EMPAT.pdf
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. (2017). Garis Panduan Perancangan. Dicapai daripada Portal Rasmi
PLAN MALAYSIA: https://www.planmalaysia.gov.my/index.php/agensi/penerbitan-
planmalaysia/penerbitan-garis-panduan-perancangan
Jabatan Perumahan Negara. (2022). Bilangan Unit Rumah Yang Diluluskan Mengikut Negeri Dan Kategori Jenis
Rumah Tahun 2022. Dicapai daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/bilangan-unit-rumah-yang-diluluskan-mengikut-negeri-
dan-kategori-jenis-rumah
Johnson, B., & Christensen, L. . (2000). Educational research: Quantitative and qualitative approaches. Dicapai
daripada American Psychological Association : https://psycnet.apa.org/record/1999-04454-000
Karslioglu, A., Alkayis, M, H., Onur, M, I. (2022). 3D Printing Technology in Construction Sector: A Short
Review. Conference: 2nd International Conference on Applied Engineering and Natural Sciences.
Krejcie, R.V., & Morgan, D.W., (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and
Psychological Measurement.
Kroes, B. T. (13 April, 2022). 3D Printing in Construction: The Intersection Between Law and Innovation. Dicapai
daripada hurtado zimmerman: https://www.hurtadozimmerman.com/3d-printing-construction-intersection-
between-law-and-innovation/
New Straits Times. (30 October, 2021). SCIB, CIDB to carry out R&D on building structures with new 3d
machine. Dicapai daripada NST Business: https://www.nst.com.my/business/2021/10/741313/scib-cidb-
carry-out-rd-building-structures-new-3d-machine
Noel, B. (2015, April 16). forconstructionpros. Dicapai daripada How 3D Printing is Affecting the Construction
Industry: https://www.forconstructionpros.com/blogs/construction-toolbox/blog/12059477/how-3d-
printing-is-affecting-the-construction-industry
Pearson, A. (24 January, 2018). 10 Disadvantages of 3D Printing Technology. Dicapai daripada 3dinsider:
https://3dinsider.com/3d-printing-disadvantages/
Pessoa, S., & Guimaraes, A, S. (2020). The 3D printing challenge in buildings. E3S Web of Conferences, 172, 1-
7. doi:https://doi.org/10.1051/e3sconf/202017219005
Peterson, S., Bedeman, M., Godunova, D. (2014). 3D printing in the transportation industry . Dicapai daripada
IBM Institute for Business Value: https://www.ibm.com/thought-leadership/institute-business-
value/report/3d-printing
Rivera, R., Rocamora, A., Alvarado, R., Sanguinetti, C., Gonzalez, L. (2022). Recent Developments and
Challenges of 3D-Printed Construction: A Review of Research Fronts. Buildings, 12(2). doi:
https://doi.org/10.3390/buildings12020229
Schuldt, S, Jagoda, J, A., Hoisington, A., Delorit, J, D. (2021). A systematic review and analysis of the viability
of 3D-printed construction in remote environments. Automation in Construction , 125, 1-10.
doi:https://doi.org/10.1016/j.autcon.2021.103642
Scott, C. (16 June, 2016). Chinese Construction Company 3D Prints an Entire Two-Story House On-Site in 45
Days. Dicapai daripada The Voice of 3D Printing: https://3dprint.com/138664/huashang-tengda-3d-print-
house/

931
Samsudin et al., Research in Management of Technology and Business Vol.40 No.10 (2023) p. 919-932

Shakir, Q. M. (2019). 3D-printing of Houses. Research Gate, 1-6.


doi:https://doi.org/10.13140/RG.2.2.29453.08168
Vihaan, Y. (14 May, 2022). How long do 3D printed houses last? Dicapai daripada 3DRIFIC:
https://3drific.com/how-long-do-3d-printed-houses-last/
Webster. (14 June, 2022). House. Dicapai daripada Merriam-Webster.com dictionary.: https://www.merriam-
webster.com/dictionary/house
Williamson, Z. (27 May, 2019). Pros And Cons Of 3D Printed Construction. Dicapai daripada Architect
outsourcing: https://architectoutsourcing.com/blogs/pros-and-cons-of-3d-printed-construction/
Wu, P., Jun, W., Xiangyu, W. (2016). A critical review of the use of 3-D printing in the construction industry.
Elsevier, 68, 21-31. doi:https://doi.org/10.1016/j.autcon.2016.04.005
Yossef, M., & Chen, A. (2015). Applicability and Limitations of 3D Printing for Civil Structures. The Proceedings
and Limatitations of the 2015 Conference on Autonomous and Robotic Construction of Infrastructure.

932

You might also like