You are on page 1of 15

KERTAS 1

(30 Markah)
Terdapat tiga puluh soalan dalam kertas ini.Tiap - tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan.
Jawab semua soalan.
Soalan-soalan 1 hingga 5 berdasarkan petikan di bawah ini.

Krisis ekonomi ekoran peningkatan mendadak harga minyak mentah di pasaran dunia
membelenggu negara kuasa ekonomi dunia, Amerika Syarikat ( AS ). Kejatuhan beberapa
institusi pembiayaan utama pasaran kredit AS, di samping tekanan daripada beberapa bahagian
lain dalam sektor kewangan, membawa ekonomi AS menyamai kemelut yang pernah dialaminya
pada tahun 1929.

Krisis kredit AS secara teorinya berpunca daripada “subprima”. Disebabkan keghairahan


bank pembiayaan kredit mencari keuntungan berlipat kali ganda daripada caj faedah yang
sebenarnya merupakan satu pulangan yang “tidak nyata”, maka pinjaman perumahan diluluskan
tanpa mengambil kira kredibiliti peminjam.

Kongres AS mengumumkan pakej rangsangan berjumlah AS$700 bilion tetapi tidak


menunjukkan pemulihan yang memberangsangkan.Krisis kredit AS turut mengheret ekonomi
dunia kepada kelembapan, memperlihatkan kegagalan urus tadbir yang berasaskan transaksi
dan perdagangan dalam sektor yang tidak nyata. Transaksi sektor niaga tidak nyata yang tumbuh
pesat sekitar 1980-an melibatkan urus niaga spekulatif. Urus niaga berbentuk ini pernah
menunjukkan sekitar AS$ 1.2 trilion ( RM 3.5 – RM 7 trilion ) dana spekulatif tidak nyata berlegar-
legar sama ada dalam bursa saham atau pasaran wang bagi mencari pelaburan yang paling
menguntungkan.

Disebabkan persekitaran ekonomi AS menjadi penentu utama kepada iklim ekonomi


dunia, maka krisis kredit negara itu turut di eksport ke negara lain. Dana Kewangan Antarabangsa
( IMF ) meramalkan pertumbuhan ekonomi dunia untuk beberapa suku tahun ini tumbuh pada
tahap yang sangat perlahan dan berkekalan sehingga 2010.

Keruntuhan sistem ekonomi kapitalisme AS telah mendorong seluruh dunia ketika ini
mencari sistem ekonomi baharu yang lebih sistematik, kompetitif, adil, terjamin, serta berasaskan
pasaran yang nyata.Kebergantungan pada mata wang tunggal dalam urusan perdagangan
antarabangsa seperti dolar AS juga memperlihatkan bukti yang jelas bahawa krisis ekonomi
merebak dengan mudah ke seluruh dunia meskipun tidak dicetuskan oleh faktor domestik.

Pakar ekonomi dunia ketika ini lebih teruja mengkaji dan mengimplementasikan sistem
kewangan Islam yang berasaskan syariah yang kekal kukuh di sebalik kerugian berjumlah AS$
400 bilion ( RM 1400 bilion ) sektor kredit perbankan konvensional. Malah, Bank Pembangunan
Asia ( ADB ) juga pernah menyebut, aset kewangan Islam mencatat pertumbuhan tahunan sekitar
10 -15 peratus atau lebih tinggi berikutan perkembangan pesat industri kewangan Islam yang
menarik perusahaan dari luar negara Islam.

Turut dicadangkan untuk mengatasi krisis kewangan global sekarang ialah penggunaan
emas sebagai perantara urus niaga yang juga menepati sistem kewangan Islam yang
bersandarkan kepada dua jenis logam iaitu emas dan perak.Penggunaan emas diyakini mampu
mengimbangi masalah yang sering dihadapi dalam urus niaga yang terkesan apabila nilai mata
wang yang digunakan mengalami kejatuhan.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat, Januari 2009 )

2
1 Apakah yang dimaksudkan “subprima”?

A Bentuk pelaburan dalam bursa saham, bon, pasaran wang dan nota janji B Bentuk
pinjaman pembelian rumah oleh peminjam yang tidak layak

C Pelaburan dalam sektor yang “tidak nyata” D


Bank memberikan kredit kepada pengguna

2 Berikut adalah urus niaga spekulatif kecuali


A bursa saham

B pasaran wang
C hartanah
D bon

3 Negara manakah yang menerima impak buruk ketidakstabilan ekonomi Amerika Syarikat (
AS )?
A Negara-negara yang miskin di Afrika dan Asia
B Negara-negara Eropah yang bergantung kepada perindustrian

C Negara-negara yang bergantung kepada AS menggerakan ekonomi domestiknya


C D Negara-negara Islam dan negara Amerika Latin

4 Apakah tindakan negara Malaysia untuk tidak kebergantungan pada mata wang AS?

A Menggunakan pelbagai mata wang terutama menggunakan mata wang Yen dan Euro

B Mengenakan syarat perdagangan yang ketat kepada negara-negara luar supaya tidak
menggunakan mata wang AS

C Perdagangan dengan AS dikurangkan supaya dapat mengurangkan risiko kerugian dan


lebih banyak berdagang dengan negara sedang membangun

D Transaksi perdagangan menggunakan mata wang Ringgit Malaysia dengan negara


yang sama berada dalam ekonomi yang kukuh

3
5 Mengapakah dikatakan penggunaan mata wang emas dan perak lebih baik daripada
menggunakan mata wang biasa?

A kerana nilai logam perak dan emas lebih stabil di pasaran

B kerana wang perak dan emas tidak mudah luntur dan mudah digunakan
C kerana banyak negara yang menggunakan mata wang perak dan emas
D kerana bahan logam ini mudah diperoleh

Soalan-soalan 6 hingga 10 berdasarkan carta alir di bawah ini.

Nilai dan sikap


Pengalaman negatif - Budaya
-Status -X
kewarganegaraan - Rakan sekerja
- Diberhentikan kerja D U S - Agama
- Tiada pilihan lain
O S I
R A T
Tempoh peralihan
Kebolehlaksanaan
- Latihan prapersaraan O H U
- Sokongan bantuan
- Pusat latihan kemahiran
N A A - Rakan kongsi
- Teknologi
G W S
Pengaruh luaran
- Rakan kongsi A A I
- Pelabur modal
N N
- Sokongan pelanggan Aktiviti
- Perancangan
Pengaruh dalaman - Penggabungan sumber
- Keluarga - Pengurusan organisasi
- Pendidikan
- Pengalaman

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia, Kertas


Kerja – Asas keusahawanan 1992 )

4
6 X dalam carta alir merujuk kepada

A keluarga

B kepercayaan
C sosioekonomi
D gaya hidup

7 Status kewarganegaraan pekerja dalam carta alir merujuk pada

A Pekerja warganegara yang berhenti kerja


B Pendatang asing yang berhenti kerja secara sengaja
C Pekerja tempatan yang sukar mencari pekerjaan dengan kerajaan atau swasta
D Pekerja bukan warganegara yang dipecat atau tamat kontrak bekerja dengan kerajaan
atau swasta.

8 Semua penyataan berikut betul tentang carta alir kecuali

Faktor dorongan Faktor sosial

A Seseorang yang hampir bersara Pengurusan organisasi yang baik


berusaha untuk mengusahakan sesuatu
Sebagai sumber pendapatan tambahan

B Kegawatan ekonomi mendorong majikan Sesetengah masyarakat lebih


mengurangkan jumlah kakitangan menghormati seseorang yang makan
gaji berbanding dengan berusaha
sendiri

C Terdapat pelabur yang sanggup Penggabungan dana atau tenaga yang


menyediakan mencukupi dapat melahirkan
usahawan

D Keluarga memberi dorongan moral dan Fahaman yang dianuti menggalakkan


kewangan seseorang berdikari

9 Tajuk yang sesuai bagi carta alir tersebut ialah

A Model keusahawanan

B Model kelahiran usahawan


C Faktor pendorong usahawan
D Faktor luaran dan dalaman usahawan jaya

5
10 Peribahasa berikut dapat mendorong seseorang menjadi usahawan yang

berjaya kecuali

A Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang

B Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya


C Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
D Genggam bara api biar sampai menjadi arang.

11. Bahasa Melayu mengalami perubahan pertama ke arah bahasa ilmu dengan penerimaan
A. bahasa Jawa
B. bahasa Sanskrit
C. bahasa Arab
D. bahasa lnggeris

12 Mengapakah bahasa Melayu kuno berkembang pesat dan mengatasi


perkembangan bahasa Jawa kuno?

A kerana mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa kuno
B kerana bahasa Melayu kuno merupakan bahasa utama di Asia Tenggara

C kerana bahasa Melayu kuno mempunyai sistem tulisan yang sama dengan tulisan
Palava
D kerana bahasa Melayu kuno digunakan oleh golongan istana pada zaman kerajaan
Sriwijaya

6
13 Pilih penyataan yang benar tentang bahasa Melayu klasik
I Dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit
II Digunakan sebagai lingua franca di kepulauan Melayu
III Bahasa Melayu klasik berkembang antara abad ke-7 hingga ke-13

IV Tulisan jawi merupakan sistem tulisan yang terpenting pada zaman bahasa Melayu
klasik

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

14 Berikut ialah matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) kecuali


A memaju dan memperkaya bahasa kebangsaan

B memajukan bakat kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan


C menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa kebangsaan
D menganjurkan pertandingan berbalas pantun dan pidato dalam bahasa kebangsaan

15 Antara yang berikut, yang manakah perbezaan antara bahasa Melayu moden dengan
bahasa Melayu klasik?

I Bahasa Melayu klasik banyak dipengaruhi bahasa Arab dan panjang-panjang,


manakala bahasa Melayu moden ringkas, padat, dan tepat.

II Bahasa Melayu moden menggunakan bahasa Melayu biasa dan pelbagai


laras manakala bahasa Melayu klasik lebih bersifat bahasa istana

III Bahasa Melayu moden hanya menerima pengaruh bahasa Arab dan Inggeris, manakala
bahasa Melayu klasik dipengaruhi bahasa Sanskrit

IV Bahasa Melayu moden banyak menggunakan ayat pasif, manakala bahasa Melayu
klasik banyak menggunakan ayat aktif

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

7
16 Apakah kesan pengekodan tatabahasa yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka ( DBP )?
A Aktiviti DBP seperti Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa dilaksanakan setiap tahun

B Sistem ejaan yang digunakan mengikut bahasa Za’aba telah ditukarkan kepada sistem
ejaan baru

C Bidang morfologi dan sintaksis berkembang pesat serta bertambahnya kosa kata,
pengimbuhan, dan struktur kata

D Tertubuhnya Jawatankuasa Istilah Kerajaan dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah


Bahasa Melayu ( PUPIBM )

17 Pilih padanan jenis pinjaman bahasa asing yang tepat.


Jenis pinjaman Contoh kata pinjaman
I Pinjaman tulen Matematik
II Pinjaman pemerian Kasut but
III Pinjaman berpindah Dialek Pulau Pinang
IV Pinjaman kuno Purnama

A I dan II B
I dan III
C II dan IV
D III dan IV

18 Yang manakah benar tentang bahasa formal?


I Contoh bahasa formal ialah bahasa baku dan bahasa istana
II Menggunakan ragam bahasa bebas yang tidak mementingkan peraturan bahasa

III Mementingkan peraturan bahasa antaranya sebutan dan intonasi, ayat gramatis,dan
tatabahasa

IV Tidak wujud sekatan sosial dalam kalangan penutur dan menggunakan ragam bahasa
bebas

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

8
19

Perkembangan ekonomi dunia yang amat negatif ini telah mula


menampakkan impaknya ke atas ekonomi negara dalam suku
keempat tahun 2008.Eksport dan pengeluaran industri negara mula
merosot dan pelaburan berkurangan.Sentimen pengguna juga telah
turut terjejas. Berikutan ini, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
telah mencatatkan penurunan kadar yang ketara rendah sebanyak 0.1
peratus.

Petikan di atas menggunakan laras bahasa

A Undangundang
B media massa
C ekonomi
D biasa

20
Pak Ali ada menjual durian, manggis, rambutan, buah mata
kucing, dan langsat.Buah-buahan itu dibeli dari kampung
berhampiran secara borong.

Hubungan leksikal yang terdapat dalam wacana di atas ialah

A sinonim
B hiponim
C kolokasi
D pengulangan

21 Yang berikut adalah ciri-ciri wacana kecuali


A ada tujuan
B mempunyai urutan
C maklumat berlawanan
D hubungan dengan khalayak

9
22

Syampu Kudu yang diperbuat daripada buah mengkudu mampu


menghitamkan rambut yang telah beruban, menghilangkan
kelemumur, dan gatal-gatal kulit kepala.Harga syampu ini mampu
dibeli oleh semua orang.

Retorik petikan di atas berbentuk

A pemujukan
B penerangan
C pemerian
D pendedahan

23 Kata penguat yang betul penggunaannya

A Rumah Encik Muthu yang berharga sejuta ringgit merupakan rumah yang paling besar
sekali di daerah itu

B Suara penyanyi veteran itu sangat merdu sekali apabila mendendangkan lagu
keroncong

C Gunung Kinabalu yang tertinggi sekali terletak di Sabah

D Gelang zamrud pemberian ibu saya terlalu mahal sekali

24 Yang manakah rujukan kehormat yang salah ?


Gelaran Panggilan kehormat
Bergelar warisan seperti
A Tengku, Raja, Tunku, Yang Mulia
Engku, dan Ungku
B Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Berbahagia
C Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
D Mufti Sahibus-Samahah

10
25
 Letupan dua bibir tidak bersuara
 Vokal depan luas
 Geseran gigi-gusi
 Vokal belakang sempit

Perkataan yang menepati bunyi di atas ialah

A baku
B pasu
C batu
D catu

26 Bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji


A bahasa secara saintifik

B bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia


C fonem-fonem dalam sesuatu bahasa tersebut
D bunyi dalam sesuatu bahasa dan lambang kepada bunyi tersebut

27

Budak perempuan itu sangat baik benar

Buah mangga itu belum masak benar

Perkataan benar di atas berfungsi sebagai

A Kata penguat
B Kata adjektif
C Kata pembenar
D Kata pembenda

11
28. Berdasarkan jadual berikut, yang manakah padanan frasa adjektif dengan fungsinya yang betul.

Frasa adjektif Fungsi


Harimau itu garang sungguh Sebagai keterangan frasa
A
kerja
Atlet itu berenang sangat laju Sebagai keterangan
B
bandingan
Wajahnya masam seperti cuka Sebagai predikat
C
D Skim cepat kaya telah diharamkan Sebagai penerang frasa
nama

29. Ayat-ayat berikut ialah ayat tunggal kecuali

A Kebaya putih dibeli oleh pelancong itu?


B Xie Lee berada di Korea?
C Keluarlah dari bilik ini
D Usah dikenangkan lagi peristiwa itu

30 Pilih padanan yang betul

Jenis kiasan Contoh kiasan


A Kiasan melarat Kutu embun
B Kiasan berbunga Ruan menyambar meriak air tenang
C Kiasan sandar Orang rumah
D Kiasan pemanis Senyum kambing

12
KERTAS 2

BAHAGIAN A
(40 Markah)

Tulis sebuah karangan berdasarkan salah satu daripada tajuk-tajuk berikut.Panjang karangan
anda hendaklah tidak kurang daripada 500 patah kata.

1. Kebelakangan ini, produk tiruan semakin banyak dijual di negara kita dan hal ini membimbangkan semua
pihak. Apakah punca keadaan tersebut berlaku dan jelaskan kesan yang akan dialami oleh orang ramai
dan negara kita?

2. Dalam menempuh kehidupan yang penuh mencabar ini, kesihatan mental individu mudah terganggu.
Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gangguan mental.

3. Terdapat berbagai-bagai jenis permainan tradisional yang diwarisi sejak turun-temurun di negara ini.
Namun demikian permainan tradisional ini semakin dilupakan, terutamanya dalam kalangan generasi
muda. Pada pendapat anda, apakah langkah yang wajar diambil untuk mempopularkan permainan
tradisional di negara ini?

4. Kejadian jenayah di negara ini, khususnya di kawasan yang berisiko tinggi dari segi kekerapan
berlakunya jenayah masih membimbangkan. Jelaskan langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan
tahap keselamatan awam di negara ini.

5. Kemiskinan hidup bukanlah satu alasan untuk seseorang itu tidak berjaya dalam kehidupan. Tulis
sebuah cerpen berdasarkan pernyataan di atas.

13
BAHAGIAN B
RUMUSAN
(15 Markah)

Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkaskan
tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih
daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 170 hingga 180 patah perkataan. Jumlah perkataan
dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan.

Dahulu,sampah sarap dibuang di dalam tong sampah atau di merata-rata tempat dan dianggap
tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada manusia. Kini dengan adanya kemajuan sains dan
teknologi,sampah sarap masih boleh digunakan kerana bahan tersebut dapat dikitar semula. Proses ini
melibatkan proses mengumpul, memproses dan menggunakan semula bahan-bahan yang terbuang.
Walaupun begitu,bahan-bahan yang tertentu sahaja dapat dikitar semula. Antaranya surat khabar lama,
majalah lama, botol, kaca, aluminium dan plastik. Bahan-bahan yang terbuang ini merupakan punca
berlakunya pencemaran alam sekitar.
Berbagai-bagai bentuk kempen telah dilakukan oleh pihak kerajaan sama ada kempen secara
bergerak di seluruh negara atau melalui iklan-iklan di televisyen, akhbar dan majalah. Kempen ini diadakan
untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya kitar semula. Melalui program
kempen secara intensif, masyarakat kini mula memperlihatkan tanda positif tentang usaha yang dijalankan
itu. Orang ramai mula peka akan kepentingan kitar semula ini walaupun terpaksa memakan masa yang
agak lama untuk membina sikap yang positif terhadap perkara tersebut.
Sampah merupakan bahan yang berharga dan bernilai selain bahan-bahan yang kita buang setiap
hari. Bahan bernilai yang kita buang ini jika dikitar semula akan lebih meningkatkan lagi nilainya dengan
penghasilan barangan baharu yang diperlukan dalam kehidupan manusia. Langkah ini juga secara tidak
langsung akan mengurangkan pengimportan bahan-bahan kitar semula dari luar negara, khususnya dari
negara Australia, Amerika Utara dan Singapura. Pengurangan import tersebut juga sekali gus
mengurangkan pengaliran wang ke luar negara.
Warganegara yang bertanggungjawab harus mengambil tahu tentang kepentingan penjagaan
kebersihan alam sekitar. Mereka juga seharusnya menyedari bahawa pembuangan sampah-sarap yang
sewenang-wenangnya akan mencemarkan dan mengotorkan alam sekitar yang seterusnya memberikan
gambaran buruk kepada pelancong asing yang melawat ke negara kita. Dengan situasi yang demikian,
industri pelancongan di negara kita ini akan terjejas dan negara kita akan hilang sumber pendapatan.
Dari aspek lain pula,program kitar semula dapat menjimatkan kos penyelenggaraan yang meliputi
kos kawasan pelupusan sampah, kerja-kerja pengutipan sampah dan mengurangkan kos pertambahan lori
sampah. Kos tersebut penting untuk dimanfaatkan kepada aktiviti yang lain untuk kepentingan orang ramai.
Melalui program kitar semula juga,masalah kekurangan ruang dapat diatasi. Hal ini demikian kerana
program ini dapat menyelamatkan ruang pelupusan sampah dan kawasan berkenaan boleh digunakan
untuk pelbagai tujuan. Kitar semula kertas dapat mengurangkan bilangan pokok yang ditebang.Sebelum
ini kita perlu menebang sebanyak 17 batang pokok untuk menghasilkan satu tan kertas. Bayangkan kalau
proses penebangan untuk pembuatan kertas berterusan selama-lamanya.
Kepentingan hutan hendaklah difahami. Kita seharusnya memelihara hutan untuk tatapan generasi
masa akan datang. Selain itu, hutan merupakan salah satu sumber yang istimewa dan merupakan
pembekal oksigen kepada manusia dan semua makhluk yang hidup di muka bumi ini. Sampah ialah bahan
yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai dan mencacatkan persekitaran. Kawasan yang bersih akan
menjadi kotor. Jika sampah dibiarkan begitu sahaja dan dikumpulkan sebelum dilupuskan, tempat tersebut
akan menarik minat haiwan pembawa kuman dan penyakit, terutama burung gagak dan tikus.Oleh sebab
itu, melalui program kitar semula kita dapat mengelakkan pengumpulan sampah dan bawaan penyakit dan
sekali gus dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Kosmik, Januari 2002)

14
BAHAGIAN C
(15 Markah)

Jawab sama ada Soalan Satu ATAU Soalan Dua.

Soalan Satu
Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk
dialog ke dalam cakap pindah

“Menyusahkan kau saja, Fuad”


“Ana” Fuad mencelah. “ Kalau betul kau kawan aku, aku harap kau tak cakap lagi perkara-perkara macam
tu. Kau buat macamlah aku ni tak penting langsung bagi engkau, sedangkan pada pihak aku, kau sangat
penting.”
“Okey, maaf,maaf.”
Mereka sama-sama terdiam. Fuad tersenyum kepada Farhana. “Aku tak marah, Ana.” Dia membetulkan.
“Aku tahu. Kau memang takut nak marah aku.” Farhana tergelak kecil, lalu menekup mulutnya.
“Mak sakit pun kau boleh bising lagi.” Fuad menjegil mata. “Eh, adik-adik kau di rumah siapa jaga?.”
“Tak ada siapa. Mereka dah besar, pandai bawa diri. Lagipun mereka dah biasa macam ni. Mak memang
selalu masuk hospital. Aku pula jauh,” terang Farhana.
“Cuma kalau kau lapang, bolehlah kau jenguk mereka di rumah sekejap. Nak tidur di rumah pun tak apa.
Tapi, faham-faham sajalah. Empat orang hero, rumah mesti macam kapal karam.”
“Okey, nanti selepas maghrib aku pergi. Err…Ana, aku ingat nak tidur di sini saja, temankan engkau. Boleh
tak?”

15
Soalan Dua
Alih bentuk bahasa syair di bawah kepada bentuk prosa biasa.

Syair Singapura Terbakar


Serta terpandang api menjulang,
Rasa arwahku bagaikan hilang,
Dijilatnya rumah serta barang-barang,
Seperti anak ayam disambar helang.

Seberang-menyeberang rumah habis rata,


Apinya cemerlang tak dapat buka mata,
Bunyi gempar terlalu gempita,
Lemahlah tulang sendi anggota.

Pakaianku menyalahi seperti kertas,


Limau manis pun meletup seperti petas,
Orang menolong pun terlalu pantas,
Merebut barang-barang terlalu lekas.

Ringgitpun hancur seperti timah,


Habis meleleh ke bawah rumah,
Tiadalah tentu barang yang dijamah,
Pencuri pun mengangkut sama termengah-mengah.

Barang yang hendak kubawa pulang,


Beberapa pinggan mangkuk, cawan dan dulang,
Sekaliannya itu habislah pulang,
Harapnya hatiku bukan kepalang.

Abdullah MunsyiPuisi Melayu Klasik, 1996


Oscar Book International.

-KERTAS SOALAN TAMAT-

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_____________________ ________________________ ______________________


PN. DIASMA BINTI MOHD
PN.FARAH NAJWA BINTI PN. NURHANITA BINTI ABD ROZHI
MOKHTAR RASHID (Ketua Bidang Bahasa SMATD)
(Guru Bahasa Melayu Ting.6) (Ketua Panotia B.Melayu
SMATD)

16

You might also like