You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PELAKSANAAN

KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN TENTERA


BENGKEL ASAS SKETCHUP (3D BASIC- FASA 1)
NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

OLEH:

ASTEC DEVELOPMENT CENTRE SDN. BHD.

DENGAN KERJASAMA:

PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN


KEM MAHKOTA, KLUANG

KERTAS KERJA BAGI MENGADAKAN

1/5
PERMOHONAN PERUNDINGAN BENGKEL ASAS SKETCHUP (3D BASIC-FASA 1)
KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN TENTERA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mencadangkan kerjasama di antara ASTEC


DEVELOPMENT CENTRE SDN. BHD. bersama KEM MAHKOTA, KLUANG untuk
melaksanakan kursus-kursus asas kemahiran untuk program PENINGKATAN
KEMAHIRAN TENTERA .

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 ASTEC DEVELOPMENT CENTRE SDN. BHD merupakan sebuah syarikat


Bumiputera yang menjalankan perniagaan penyediaan kursus-kursus latihan
kemahiran dan akademik. Ianya merupakan sebuah Pusat Latihan Bertauliah di
bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Di
bawah tauliahan itu, pusat ini mengendalikan program Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) untuk kursus-kursus Architectural Draughting bagi Tahap 3 dan 4. (Rujuk
Profil Syarikat untuk Sijil Pentauliahan JPK)

Di samping mengendalikan program SKM tersebut, ASTEC DEVELOPMENT


CENTRE SDN. BHD. juga aktif menjalankan kursus-kursus pendek berkaitan
kemahiran yang meliputi kursus-kursus perniagaan, kursus komputer untuk
kemahiran perisian CADD, Photoshop, Flash dan Sketch Up 3D.

2.2 Dengan Latar belakang syarikat yang dinaungi oleh Ahli Lembaga Pengarah yang
juga merupakan ahli perniagaan yang berpengalaman dalam sektor industri,
ASTEC DEVELOPMENT CENTRE SDN. BHD. berkeyakinan tinggi untuk
bersama-sama PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN KEM MAHKOTA
mengendalikan kursus-kursus di bawah program PENINGKATAN KEMAHIRAN
TENTERA.

2.3 Program yang dilaksanakan ini diharapkan dapat menepati aspirasi pihak PUSAT
LATIHAN KEM MAHKOTA khususnya dalam membangunkan kompetensi
kemahiran lukisan dan teknikal.

2/5
3.0 OBJEKTIF

3.1 Berkongsi ilmu dan pengalaman asas lukisan 3D kepada belia .


3.2 Bekerja sama dengan pihak PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN KEM MAHKOTA untuk
memantapkan program dalam melahirkan tentera yang berkemahiran dan
berwibawa .
3.3 Meningkatkan peluang-peluang pembelajaran kepada tentera melalui
Pusat Latihan Kemahiran Bertauliah ASTEC ACADEMY

4.0 TENTATIF INTIPATI DAN MODUL KURSUS KEUSAHAWANAN

Hari 9.00pagi – 09.30pag-1.00tghri 1.00ptg – 2.00ptg 2.00ptg-3.00ptg


09.30pagi
09/05 Introduction Of Workshop1 : Theory Lunch ,Break, Workshop 2 :
Software Sketch Up and Understanding Prayer Practical in (simple
exercise)
10/05 Workshop 3 : Workshop 3 : Lunch ,Break, Workshop 4 :
Distrubution of Practical Prayer Practical
exercise

5.0 CADANGAN BILANGAN PESERTA SETIAP SESSI DAN YURAN KURSUS

No Perkara Kos (RM)


1 Sewaan Bilik Kursus , Komputer dan Perisian (2 hari) 3600.00
2 Yuran Kursus 2 hari termasuk jamuan ringan (setiap peserta 1600.00
kursus) (RM 800.00 x 20 pax)
3 Sewaan homestay 2 hari 300.00
3 Jumlah 5500.00

3/5
5.0 TENAGA PENGAJAR

Sila rujuk Lampiran CV tenaga pengajar yang terlibat.


En Muhammad Fuad bin Abd Ghafar

6.0 KESIMPULAN

Dengan segala hormatnya pihak kami berharap agar pihak PUSAT LATIHAN
KEMAHIRAN KEM MAHKOTA dapat memberi peluang kepada pihak
ASTEC DEVELOPMENT CENTRE SDN BHD untuk melaksanakan program ini bagi
membantu pihak PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN KEM MAHKOTA untuk mencapai
sasaran melahirkan lebih ramai tentera yang berkemahiran .

4/5
Disediakan oleh :

…………………………………. Tarikh : …………………...


Pn. Anizah binti Masini
Pengurus ASTEC Development Centre Sdn Bhd
__________________________________________________________________________

Dengan Kerjasama :

………………………………… Tarikh : ………………….

__________________________________________________________________________

5/5

You might also like