You are on page 1of 1

Tugasan 1: Huraikan secara ringkas asal-usul kata Melayu dalam

konteks sejarah perkembangan bahasa Melayu.

Bahasa dikaitkan dengan salasilah bangsa. Asal-usul orang Melayu, iaitu


penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara
masih belum diselidik secara mendalam oleh mereka. Walau bagaimanapun,
kita dapat mengetahui tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat
Melayu Kuno.

Austronesia merupakan penutur bahasa Melayu yang berasal daripada


golongan manusia. Mereka datang dari daerah Yunan dan menjelajah ke
Selatan. Sejak tahun 2500 sebelum Masihi, kedatangan golongan pertama iaitu
Melayu Proto. Seterusnya, kira-kira tahun 1500 sebelum Masihi pula,
datangnya golongan kedua iaitu Melayu Deutro. Mereka menduduki daerah
pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara.

Ada juga teori lain yang menyatakan tempat asal orang Melayu ialah
Pulau Borneo dan mereka telah merebak melalui tiga arah iaitu ke Barat, Timur
Laut dan Barat Daya. Disebabkan Austronesia tersebar luas di seluruh
Kepulauan Melayu dan lautan Pasifik. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun
bahasa yang tergolong dalam satu keluarga bahasa besar iaitu Austris.
Terdapat dua rumpun yang lain dalam keluarga ini iaitu rumpun bahasa
Austroasia dan rumpun bahasa Tibet-China.

Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat iaitu kumpulan


bahasa di Kepulauan Melayu (Nusantara), kumpulan bahasa Polinesia,
kumpulan bahasa Melanesia dan kumpulan bahasa Mikronesia.

You might also like