You are on page 1of 22

BMMB1074

Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu

DR. NOOR HAYATI CHE MAT


JABATAN PENGAJIAN MELAYU
M4: KULIAH (2) + TUTORIAL (2)
HPK/ CLO2: Menilai…
Perkembangan Tulisan dalam BM
- Sistem Tulisan Pallawa -

• Tulisan yang berasal dari India.


• Dipengaruhi sistem tulisan India lama yang dikenali tulisan Jawa Kuno dan tulisan
Kawi.
• Terbukti melalui jumpaan banyak prasasti yang dikaitkan dengan kebudayaan India
lama dan agama Hindu.
• Tiada pengaruh tulisan Arab (juga dalam aspek kosa kata).
• Sistem tulisan Pallawa menepati ciri-ciri yang terdapat dalam Bahasa Melayu Kuno.
• Sistem tulisan ini dijumpai pada zaman beberapa kerajaan lama (Campa, Funan di
Vietnam, Thailand Tengah dan Selatan, Sailendra di Pulau Jawa dan Sriwijaya di
Sumatera Utara, Pulau Jawa,, dan Tanah Semenanjung hingga ke Segenting Kra.
Sambungan…
(Ciri-ciri dalam Bahasa Melayu Kuno)
• Banyak kata pinjaman Sanskrit.
• Susunan ayat (laras bahasa) bersifat Melayu (Melayu kuno).
• Bunyi b ialah w dalam bahasa Melayu kuno.
• Bunyi e pepet tidak wujud (contoh kata: dngan atau dangan)
• Awalan ber- ialah mar- dalam bahasa Melayu kuno (contoh kata:
berlepas – marlapas)
Sambungan…
• Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (contoh kata: diperbuat –
niparwuat).
• Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (contoh kata:
sukhatshitta).
• Huruf h hilang dalam bahasa Melayu moden (contoh kata: semua – samuha dan
saya – sahaya).
Contoh Sistem Palava

Aksara Pallava di Kuil Kailasanatha


abad ke-8 di Kanchipuram, Tamil Nadu
Contoh Tulisan Palava

Salah satu naskhah tertua


yang ditemui di Indonesia,
naskhah Yūpa mengenai
Raja Mulavarman, raja di
Kutai Martadipura ditulis
pada abad ke-4 M

Naskhah Ciaruteunbatu naskhah Pallava


abad ke-5 ditemui di Indonesia
Perkembangan Tulisan dalam BM
- Sistem Tulisan Kawi -

• Huruf dalam sistem tulisan Kawi (bahasa Sanskrit: कवि kavi, "pujangga")[1] atau aksara
Jawa Kuno ialah susur galur aksara/ huruf Brahmi Pallava.
• Digunakan di wilayah lautan Asia Tenggara termasuk di Kepulauan Melayu sekitar abad
ke-8 hingga abad ke-16.
• Sistem dan huruf dalam tulisan Kawi digunakan untuk menulis bahasa Sanskrit serta
bentuk bahasa Jawa, Sunda, dan Melayu kuno.
• Sistem tulisan Kawi diketahui terawal di Nusantara mendahului aksara-aksara yang lebih
moden seperti aksara Jawa (Hanacaraka), aksara Bali, aksara Rencong, dan aksara
Sunda (baik kuno mahupun standard).
• Sistem tulisan Kawi dikesan tertulis atas kulit kayu, daun lontar, kepingan logam, dan
pada batu-batu bersurat di sekitar Asia Tenggara.
Sambungan…
• Aksara Kawi dalam sistem tulisan Kawi terdapat pada contoh prasasti di Jawa, Bali, dan
Sumatera.
• Aksara Kawi juga ditemukan pada prasasti tembaga di Filipina pada tahun 2010.
• Sistem tulisan Kawi wujud hingga pada akhir abad ke-15 selepas kemunduran
kuasa Majapahit yang akhirnya ditawan oleh Kesultanan Demak yang menerapkan
penggunaan huruf/ aksara Jawa.
• Setiap huruf/ aksara Kawi mewakili atau melambangkan sebutan bunyi satu suku kata
yang mempunyai vokal.
• Dalam sistem tulisan Kawi, huruf Kawi ditulis tanpa jarak antara sesebuah kata.
• Sistem tulisan Kawi terdiri daripada 47 huruf.
• Terdapat juga sejumlah huruf Kawi yang bentuk dan penggunaannya tidak dapat dikenal
pasti.
Sambungan…
• Penggunaan tanda baca mengubah vokal (panjang pendek dalam huruf Arab) dan
membunyikan konsonan pada huruf akhir.
• Terdapat tanda baca yang digunakan bersama-sama namun tidak semua keadaan
dibenarkan.
• Tanda baca teks seperti koma, titik, serta tanda untuk permulaan dan pengakhiran
bahagian teks.
• Aksara Kawi memiliki huruf yang berperanan untuk menulis kelompok konsonan iaitu
setara dengan perbandingan dalam huruf Jawa dan huruf Bali.
• Contoh prastasi dalam tulisan Kawi terdapat di Sumatera dan Pagaruyung.
Huruf Kawi
• Tabel aksara Jawa Kuno di bawah merupakan tabel dengan bentuk
huruf berdasarkan bentuk huruf standar dari abad ke-8 hingga 10.
• Perbandingan bentuk huruf selama perkembangan aksara Jawa
Kuno dapat dilihat di Tabel van Oud en Nieuw Indische Alphabetten
(Holle, 1882).
Contoh Tulisan Kawi
Batu bertulis Adityawarman di Pagaruyung

Adityawarman ialah seorang putera dari pembesar kerajaan


Majapahit dengan Dara Jingga putri Dharmasraya semasa abad ke-
14, dan saudara sepupu kepada Jayanegara raja kedua kerajaan
Majapahit, putera Raden Wijaya dari Dara Petak yang juga puteri
Dharmasraya.
Adityawarman telah menakluki kawasan negeri-negeri di Sumatera,
dan kemudiannya memindahkan pusat Kerajaan Melayu di
Dharmasraya ke kawasan Pagaruyung di Sumatera tengah bagi
mengawal perdagangan emas di sana dan telah menguasai rantau
Sumatera tengah antara tahun 1347 dan 1375.
Perkembangan Tulisan dalam BM
- Sistem Tulisan Jawi -

• Sistem tulisan jawi bermula melalui kewujudan prasasti Terengganu yang bertarikh 702H
(bersamaan 1303M).
• Tulisan Arab berbahasa Melayu (laras bahasa Melayu) pada abad ke-14 dikaitkan sebagai
kesan langsung kedatangan dan kebudayaan Islam.
• Bahasa Melayu Klasik yang menggunakan sistem tulisan jawi bermula pada abad ke-13 iaitu
ketika kerajaan Samudera-Pasai di Acheh dan berakhir pada abad ke-19.
• Prasasti bahasa Melayu klasik juga terdapat di Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, dan
Kedah.
• Prasasti bertulisan jawi juga ditemukan di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat,
Sumatera Utara, dan Acheh.
• Aksara Arab digunakan dalam sistem tulisan jawi Bahasa Melayu Klasik.
Sambungan…
• Pengaruh bahasa Arab lebih dominan berbanding pengaruh bahasa Sanskrit pada Zaman Bahasa
Melayu Klasik.
• Pinjam serap bahasa dan sistem tulisan Arab berlaku dalam zaman Bahasa Melayu Klasik disebabkan
keperluan penggunaan kata berkaitan bidang keagamaan, kepercayaan, dan kerohanian.
• Contoh kata:
− agama : mufti, hadis, doa, nabi, iman, wali, umrah
− perasaan : insaf, fakir, maksud, nasihat, yakin
− hukuman : tertib, mahkamah, wakaf, wilayah, zalim
− ilmu : tarikh, ilmu, falak, takwim, sejarah, kalam
− kejadian : wajah, insan, haiwan, salji, akhirat
• Aspek sintaksis dan leksikal/ kosa kata Arab juga mempengaruhi sistem tulisan Bahasa Melayu Klasik.
TUTORIAL MINGGU 4
Kumpulan 1 & 2
Soalan 1: Terangkan perkembangan tulisan bahasa Melayu dalam sistem tulisan
Pallawa
Kumpulan 3 & 4
Soalan 2: Huraikan perkembangan sistem tulisan bahasa Melayu dalam sistem
tulisan Kawi.
Kumpulan 5 & 6
Soalan 3: Jelaskan perkembangan sistem tulisan bahasa Melayu dalam sistem
tulisan.
“BAHASA TUNJANG BANGSA”

-serumpun bak serai, sesusun bak sirih-


TERIMA KASIH
Rujukan Asas & Bacaan Luas
Bacaan Luas

You might also like