You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL.

1/2021
TARIKH: 18 JANUARI 2021
HARI: ISNIN
MASA: 10.30 PAGI
TEMPAT: KEDIAMAN MASING-MASING (SIDANG GOOGLE MEET)

Kehadiran:
1. En Ahmad Zakaria bin Mazlan – Ketua Panitia
2. En Syarafuddin bin Sazali - Setiausaha
3. Cik Analia Jasmine binti Muhammad Azian
4. Cik Nur Fadilah binti Mohammed Noor
5. En Mohd Hisham bin Haris
6. En Mohd Khair Naim bin Mohd Rozlan
7. En Muhamad Rosleezan bin Arisan
8. En Muhammad Hazwan bin Othman
9. Pn Fatimatul Zahara binti Ghazali
10. Pn Kavitha A/P Ramachandran
11. Pn Khairunnisha’ binti Bais
12. Pn Santhini A/P Sivaguru

1.0 KATA- KATA ALUAN KETUA PANITIA


1.1 Ketua Panitia merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru Bahasa
Inggeris pada mesyuarat kali pertama ini walaupun melalui sidang Google Meet.

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2021


2.1 RPT bagi tahun 2021 akan disusun berdasarkan Minggu Kalendar Akademik SK Kg
Maju Jaya 2021 iaitu;
2.1.1 Tahap 1 : 38 Minggu
2.1.2 Tahap 2 : 38 Minggu
Makluman : semua guru
2.2 RPT akan dibina mengikut aliran berdasarkan Dokumen Penjajaran Kurikulum Edisi
2.0.
Makluman : semua guru

3.0 PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)


3.1 Sisipan kurikulum 2020 akan diadakan bagi kelas yang tidak sempat menghabiskan
sukatan pelajaran tahun 2020. Perkara ini meliputi beberapa aspek iaitu;
3.1.1 Topik yang belum selesai.
3.1.2 Kemahiran yang belum dikuasai.
3.1.3 Rujuk kepada data PBD Akhir Tahun 2020.
Makluman : guru yang tidak sempat menghabiskan silabus kelas 2020.

4.0 PENILAIAN BILIK DARJAH


4.1 Guru perlu merancang kaedah lain untuk mentaksir murid jika Perintah Kawalan
Pergerakan berterusan.
Makluman : semua guru
4.2 Ketua aliran subjek Bahasa Inggeris perlu berbincang bersama guru aliran untuk
menyelaraskan tahap penguasaan PBD yang bersesuaian dengan murid sebelum
melengkapkan PBD.
Makluman : semua guru
4.3 Pelaporan PBD diadakan sebanyak 2 kali setahun (Jun dan November). Borang transit
akan disediakan sebagai evidens setiap kali selesai kelas PdPR.
Makluman : semua guru
4.4 Cadangan aktiviti sepanjang bulan Januari ialah carta kosa kata (vocabulary chart)
jika bersesuaian.
Makluman : semua guru

5.0 PENGGUNAAN BUKU TULIS DAN BUKU KERJA


5.1 Bilangan buku tulis untuk semua tahun ialah;
5.1.1 Tahap 1 : 2 buah buku garis satu (comprehension & grammar)
5.1.2 Tahap 2 : 1 buah buku berita (writing) & 2 buah buku garis satu
( comprehension & grammar)
Makluman : semua guru
5.2 Pengunaan buku kerja adalah seperti berikut;
5.2.1 Tahun 1 dan 2 : Buku Kerja mengikut format CEFR terkini.
5.2.2 Tahun 3 : Akan dibincangkan kemudian.
5.2.3 Tahun 4 dan 5 : Buku Aktiviti Get Smart (dibekalkan oleh KPM).
Makluman : semua guru
5.3 Pemantauan buku tulis dan buku kerja akan dimulakan pada Februari 2021.
Makluman : semua guru
5.4 Berkenaan penghantaran tugasan sewaktu tempoh PdPr, guru subjek perlu
menyertakan tangkap layar (screenshot) muka surat buku teks digital yang terlibat
untuk rujukan ibubapa dan murid. Penghantaran boleh dilakukan melalui medium
Google Classroom (Delima), Google Forms dan Whatsapp group kelas.
Makluman : semua guru

6.0 PENYELARASAN E-RPH


6.1 Semua guru subjek akan menggunakan templat yang sama mengikut silabus CEFR.
Makluman : semua guru
6.2 Penataran Pendidikan Sivik akan diteruskan untuk setiap minggu keempat setiap
bulan.
Makluman : semua guru

7.0 PROGRAM KECEMERLANGAN PANITIA


7.1 Cadangan aktiviti untuk Program Kecemerlangan Bahasa Inggeris;
Semasa PdPr berkuatkuasa  Story telling (murid menghantar
rakaman mereka membaca cerita dalam
Bahasa Inggeris)
Selepas murid kembali ke sekolah  Program pagi sebanyak dua kali sebulan.
 Singing nursery rhymes.
Makluman : semua guru

8.0 HAL-HAL LAIN


8.1 Ketua Panitia mencadangkan untuk mengadakan sesi LDP khusus untuk guru-guru
Bahasa Inggeris berkenaan penggunaan Google Classroom dengan lebih efisyen yang
akan dikendalikan oleh Cik Noor Fadilah.
Makluman : semua guru
8.2 Mesyuarat ditangguhkan.

Disediakan Oleh,

………………………………………………….
(SYARAFUDDIN BIN SAZALI)
Setiausaha
Panitia Bahasa Inggeris
SK Kg Maju Jaya

You might also like