You are on page 1of 12

07 ShlR 2010_Iss 3 Case2.

fm Page 136 Tuesday, September 7, 2010 5:20 PM

136 Shariah Law Reports [2010] 3 ShLR

Syarie Prosecutor of Selangor v Mohd Asri bin Zainul A


Abidin @ Abdul Talib
SHARIAH HIGH COURT (SHAH ALAM) — CRIMINAL CASE NO 10400–
103–0009 OF 2009
MOHAMMAD ADIB HUSSAIN ShHCJ B
25 JANUARY 2010

Islamic Law — Freedom of expression — Religious teaching — Whether encouraged in


Islam — Whether s 119(1) of the Administration of Religion of Islam (Selangor)
Enactment 2003 ultra vires arts 10(1)(a) & 11(1) of the Federal Constitution — Aims
of s 119(1) C
Islamic Law — Shariah Court — Jurisdiction — Shariah High Court — Syariah criminal
offence — Religious teaching without tauliah — Whether within jurisdiction of court

Islamic Law — Shariah criminal offence — Religion of Islam — Administration of —


Religious teaching without tauliah — Preliminary objection — Whether offence against D
religion of Islam

In this case, the respondent was charged for teaching the religion of Islamic
without a tauliah from the Selangor Islamic Religious Council, an offence
under s 119(1) of the Administration of the Religion of Islam (Selangor)
Enactment 2003. The respondent, in his preliminary objection, contended E
that this court does not have the jurisdiction to hear the case for the
following reasons: (i) the offence stated in s 119(1) above was contrary to
Islamic law (hukum Syarak) as the offence committed was not against the
fundamentals of the religion of Islam, and (ii) s 119(1) ultra vires
arts 10(1)(a) and 11(1) of the Federal Constitution, that deals with
fundamental rights. In his submission, the respondent further contended F
that the said offence was not a crime under the Criminal Enactment of
Selangor 1995.

Held, dismissing the respondent’s preliminary objection:


(1) The provision requiring tauliah from the Islamic Religious Council G
before teaching any matter relating to the religion of Islam was not
contrary to Islamic law (hukum Syarak). In fact, the said provision was
enacted by the authority and is consistent with Shariah based on
siyasah al-Syariyyah. The siyasah al-Syariyyah encompasses every
aspect which the ruler or the administrator deems necessary to
H
regulate the country for the needs and welfare of the people.
Section 119(1) of the Administration of the Religion of Islam
(Selangor) Enactment 2003 was enacted to curb religious doctrines
contrary to Shariah from being spread in the community that may
cause rift among the Muslims (see para 20).
(2) Teaching of the religion of Islam without a tauliah as contained in I
s 119(1) above is related to Muslims. Those who teach are Muslims
and their listeners are mostly Muslims and the authority that issues a
07 ShlR 2010_Iss 3 Case2.fm Page 137 Tuesday, September 7, 2010 5:20 PM

Syarie Prosecutor of Selangor v Mohd Asri bin Zainul


[2010] 3 ShLR Abidin @ Abdul Talib (Mohammad Adib Hussain ShHCJ) 137

A tauliah is the Selangor Islamic Religious Council. Therefore, any issue


relating to the tauliah by the Selangor Islamic Religious Council must
be determined by a forum established specifically to administer the
affairs of the Muslims namely, the Shariah Court (see para 22).
(3) In Islam, freedom includes the freedom of expression or opinion. In
B upholding the truth, a person is free to voice out an opinion. Such
freedom is reflective of the maturity of Muslims in upholding truth
which is for the betterment of the Muslim community. However, such
freedom should not be abused to the extent of causing harm to others.
Islam does not condone this as it would only bring about rift among
Muslims (see para 29).
C (4) The right of a Muslim to preach Islam to others is acknowledged by
this court as there are many verses of the Quran and also the tradition
of the Prophet SAW that encourages the above, more so, amongst
persons who have acquired adequate knowledge through their years of
study. However, the existence of s 119(1) is not intended to curb the
D above freedom but is to prevent the spread of negative ideology.
Hence, the above s 119(1) did not ultra vires art 4(1) of the Federal
Constitution (see para 33).

[Bahasa Malaysia summary


E Responden di dalam kes ini telah dipertuduhkan dengan pertuduhan di
bawah s 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 iaitu
mengajar perkara yang berkaitan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan
oleh Majlis Agama Islam Selangor. Berdasarkan notis bantahan awal,
responden menyatakan bahawa mahkamah ini tidak berbidang kuasa untuk
mendengar dan membicarakan pertuduhan terhadap responden dengan
F alasan bahawa; (i) kesalahan yang dinyatakan di dalam s 119(1) tersebut
bukan kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam dan tidak konsisten
dengan hukum Syarak, dan (ii) s 119(1) tersebut adalah ultra vires
Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 10(1)(a) dan 11(1) berkaitan
dengan hak asasi manusia. Responden di dalam hujahnya menyatakan
G bahawa kesalahan yang dipertuduhkan terhadapnya bukanlah merupakan
kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Selangor 1995 dan juga bukan
kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam.

Diputuskan, menolak bantahan awal responden:


H (1) Peraturan yang menghendaki setiap orang Islam yang hendak
mengajar agama Islam perlu mendapatkan tauliah daripada Majlis
Agama Islam bukanlah satu peraturan yang bertentangan dengan
hukum Syarak tetapi ia adalah satu peraturan yang digubal oleh
pemerintah dan dibenarkan oleh Syariah berdasarkan siyasah al-
Syariyyah. Siyasah al-Syariyyah mencakupi ke atas semua urusan
I umat iaitu perkara yang dikehendaki oleh pemerintah atau penguasa
untuk mentadbir urusan umat dan mengendalikan urusan negara
untuk kemaslahatan dan manfaat masyarakat. Seksyen 119(1)
07 ShlR 2010_Iss 3 Case2.fm Page 138 Tuesday, September 7, 2010 5:20 PM

138 Shariah Law Reports [2010] 3 ShLR

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 digubal A


bertujuan untuk mengawal dan membendung ajaran-ajaran yang
bertentangan dengan Syariah daripada memasuki dan tersebar di
kalangan masyarakat, seterusnya boleh membawa kepada perpecahan
masyarakat Islam itu sendiri (lihat perenggan 20).
(2) Mengajar agama Islam tanpa tauliah yang dinyatakan di dalam B
s 119(1) tersebut adalah berkaitan dengan orang Islam. Mereka yang
mengajar adalah orang Islam, yang menjadi pelajar atau pendengar
juga lazimnya adalah orang Islam dan yang mengeluarkan tauliah
adalah Majlis Agama Islam Selangor. Justeru sebarang pertikaian
berkaitan isu tauliah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam
Selangor adalah wajar diselesaikan di forum yang dikhaskan untuk C
mengendalikan urusan-urusan hal ehwal orang Islam. Dan
Mahkamah Syariah ditubuhkan adalah untuk tujuan tersebut (lihat
perenggan 22).
(3) Kebebasan dalam Islam termasuklah kebebasan mengeluarkan
pendapat atau suara. Seseorang bebas menyatakan dan menegakkan
kebenaran. Kebebasan seumpama ini mencerminkan pemikiran yang D
sempurna di kalangan umat Islam dalam menuju jalan kebenaran dan
kemajuan umat manusia. Tetapi jaminan ini tidak boleh disalah
gunakan sehingga menyebabkan kemudharatan kepada orang lain dan
masyarakat. Perbuatan seumpama ini jelas dilarang oleh Islam kerana
boleh merenggangkan perhubungan persaudaraan sesama Islam (lihat E
perenggan 29).
(4) Hak kebebasan seseorang Muslim untuk menyampaikan ilmu-ilmu
Islam kepada orang lain adalah diakui oleh mahkamah kerana
terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang
menggalakkan perkara tersebut, lebih-lebih lagi kepada mereka yang
layak setelah melalui proses pendidikan Islam secara formal sehingga F
mencapai tahap yang tinggi. Walau bagaimanapun mahkamah
berpendapat kewujudan s 119(1) tersebut bukanlah untuk menyekat
kebebasan tersebut, tetapi peruntukan ini perlu diwujudkan untuk
mengelakkan berlakunya perkara-perkara negatif. Oleh itu s 119(1)
tidak berlawanan ataupun ultra vires dengan perkara 4(1) G
Perlembagaan Persekutuan yang boleh menyebabkan seksyen ini
terbatal (lihat perenggan 33).]

Notes
For cases on Islamic Law generally, see 8 Mallal’s Digest (4th Ed, 2009 H
Reissue) paras 490–742.
For cases on Shariah Court generally, see 8 Mallal’s Digest (4th Ed, 2009
Reissue) paras 687–700.

Cases referred to I
Soon Singh a/l Bikar Singh v Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(PERKIM) Kedah & Anor [1999] 1 MLJ 489, FC (folld)
07 ShlR 2010_Iss 3 Case2.fm Page 139 Tuesday, September 7, 2010 5:20 PM

Syarie Prosecutor of Selangor v Mohd Asri bin Zainul


[2010] 3 ShLR Abidin @ Abdul Talib (Mohammad Adib Hussain ShHCJ) 139

A Sulaiman bin Takrib v Kerajaan Negeri Terengganu (Kerajaan Malaysia,


intervener) and other applications [2009] 6 MLJ 354; [2009] 1 AMR 644,
FC (folld)

Legislation referred to
B Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 ss 61, 61(3)(a),
66(1), 119, 119(1)
Enakmen Tatacara Jenayah (Selangor) 2003 s 230
Perlembagaan Persekutuan perkara-perkara 4(1), 10(1)(a), 11(1), Jadual
Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri)
C

Quranic verses referred to


Surah al-Nisa (4):59
Surah al-Anfal (8):46
D Surah al-Nur (24):27
Surah Yasin (36):40

Books referred to
al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh by Dr Wahbah al-Zuhayli
E Apa Ertinya Saya Menganut Islam by Sheikh Dr Fathi Yakan
Hak Asasi Manusia Menurut Islam Sejarah dan Konsepnya by Dr Abdul
Monir Yaacob

Abdul Shukor Abd Hamid (Chief Syarie Prosecutor, Selangor Religious


Department) for the applicant.
F Kamar Ainiah Kamaruzaman (Jamal Mohd Lokman Sulaiman with her)
(Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi) for the respondent.

Mohammad Adib Hussain HMTSy:


[1] Responden di dalam kes ini telah dipertuduhkan dengan pertuduhan
G di bawah s 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.
Pertuduhan terhadap responden telah dibuat di Mahkamah Rendah
Syariah, Gombak Timur, Selangor. Pertuduhan seperti berikut:
Bahawa kamu pada 1 November 2009 jam antara 8.10 malam sehingga 9.45
malam, di dalam sebuah rumah premis kediaman beralamat di No.2, Lorong 2C,
H Taman Sri Ukay, Ampang; dalam Daerah Gombak dalam Negeri Selangor
didapati telah mengajar perkara yang berkaitan Agama Islam tanpa tauliah yang
diberikan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Maka dengan itu kamu telah
melakukan kesalahan di bawah sek 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) 2003 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan denda
tidak melebihi RM3000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya mengikut seksyen dan enakmen yang sama.
I
[2] Pada 12 November 2009 pihak pemohon telah memasukkan satu
permohonan untuk memindahkan kes dari Mahkamah Rendah Syariah,
07 ShlR 2010_Iss 3 Case2.fm Page 140 Tuesday, September 7, 2010 5:20 PM

140 Shariah Law Reports [2010] 3 ShLR

Gombak Timur ke Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor. A


Sebutan pertama kes ini pada 18 November 2009 di hadapan hakim
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Pemohon telah
mengemukakan permohonan tersebut tetapi telah dibantah oleh peguam
pihak responden. Pada tarikh yang sama hakim bicara telah mengarahkan
pihak pemohon dan responden untuk berhujah mengenai permohonan
pemohon tersebut, sama ada wajar kes ini dipindahkan ke Mahkamah B
Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor ataupun tidak. Di akhir sebutan
tersebut hakim bicara telah menolak permohonan pemohon untuk
memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.
[3] Berikutan daripada penghakiman tersebut, pada 1 Disember 2009
pemohon telah memasukkan permohonan semakan terhadap perintah C
hakim bicara itu di Mahkamah Tinggi Syariah, Selangor di Shah Alam.
Mahkamah telah menetapkan pada 10 Disember 2009 untuk permohonan
tersebut didengar. Pada 10 Disember 2009 pihak responden telah
memasukkan notis bantahan awal terhadap permohonan semakan tersebut
dengan menimbulkan isu bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri Selangor
D
untuk mendengar dan membicarakan permohonan semakan dan kes
jenayah tersebut dengan alasan-alasan berikut:
(a) bahawa Mahkamah Syariah Negeri Selangor di dalam bidang kuasa
jenayahnya di bawah s 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Selangor) 2003 hanya mempunyai kuasa untuk membicarakan apa-
apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum E
di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995 atau di bawah mana-mana
undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang
menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam
sahaja;
(b) bahawa Enakmen Pentadbiran adalah suatu undang-undang bertulis F
oleh itu apa jua kesalahan yang ditetap di bawahnya hendaklah
merupakan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam;
(c) bahawa pertuduhan yang dihadapkan kepada responden adalah
mengenai ‘mengajar perkara yang berkaitan agama Islam tanpa tauliah
yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Selangor’ dan ianya bukanlah G
merupakan satu kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam maka
dengan itu responden tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah
kerana ianya bertentangan dengan s 61 Enakmen Pentadbiran.
(d) bahawa undang-undang berkenaan mengajar agama Islam atau
perkara tentang agama Islam tanpa tauliah diwujudkan hasil daripada H
siyasah syariyyah sahaja oleh itu undang-undang tersebut terkeluar
daripada golongan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama
Islam.
(e) bahawa peruntukan s 119(1) Enakmen Pentadbiran adalah bercanggah
dengan prinsip dan ruh Islam dengan demikian peruntukan tersebut I
tidak konsisten dengan hukum Syarak dan hendaklah terbatal mengikut
s 230 Enakmen Tatacara Jenayah (Selangor) Tahun 2003;
07 ShlR 2010_Iss 3 Case2.fm Page 141 Tuesday, September 7, 2010 5:20 PM

Syarie Prosecutor of Selangor v Mohd Asri bin Zainul


[2010] 3 ShLR Abidin @ Abdul Talib (Mohammad Adib Hussain ShHCJ) 141

A (f) bahawa peruntukan s 119(1) Enakmen Pentadbiran adalah


bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Jadual Kesembilan,
Senarai II (Senarai Negeri) kerana kesalahan yang didakwa terhadap
responden bukan suatu kesalahan terhadap rukan-rukun Islam.
(g) Bahawa peruntukan s 119(1) Enakmen Pentadbiran melampaui kuasa
B Perlembagaan Persekutuan khususnya perkara 11(1) yang menjamin
setiap orang berhak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya
serta mengembangkan agamanya.
(h) bahawa peruntukan s 119(1) Enakmen Pentadbiran melampaui kuasa
Perlembagaan Persekutuan perkara 10(1)(a) yang menjamin setiap
C warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran.
[4] Oleh yang demikian s 119(1) Enakmen Pentadbiran adalah terbatal di
bawah perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan
Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama persekutuan dan
apa-apa undang-undang yang berlawanan dengannya hendaklah terbatal.
D [5] Pemohon dalam afidavit jawapan terhadap notis bantahan awal
memohon kepada mahkamah untuk mengetepikan dan menolak notis
bantahan awal tersebut dengan alasan:
(a) bahawa perenggan 1–9 notis tersebut tidak harus didengar di
mahkamah yang mulia ini dan responden hendaklah mengemukakan
E perkara-perkara tersebut di mahkamah yang sepatutnya;
(b) fakta bahawa perkara yang perlu diputuskan oleh mahkamah ini adalah
pada takat isu permohonan semakan terhadap keputusan tuan hakim
bicara yang menolak permohonan pemindahan kes dan bukannya
bantahan terhadap kes induk. Sebarang bantahan terhadap kesalahan
F yang dipertuduhkan sepatutnya difailkan di mahkamah di mana
pendengaran kes tersebut;
(c) fakta bahawa Mahkamah Tinggi Syariah berbidang kuasa mendengar
dan memutuskan permohonan semakan atas kuasa yang diberi
mengikut undang-undang di bawah s 66(1) Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Selangor) 2003.
G
[6] Berdasarkan notis bantahan awal, responden menyatakan
mahkamah ini tidak berbidang kuasa untuk mendengar dan membicarakan
pertuduhan terhadap responden di bawah kesalahan s 119(1) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 dengan alasan:

H (a) kesalahan yang dinyatakan di dalam seksyen tersebut bukan kesalahan


terhadap rukun-rukun agama Islam dan tidak konsisten dengan
hukum Syarak;
(b) seksyen tersebut adalah melampaui kuasa (ultra vires) Perlembagaan
Persekutuan di bawah perkara-perkara 10(1)(a) dan 11(1) berkaitan
dengan hak asasi manusia.
I
[7] Responden di dalam hujahnya menyatakan s 61(3)(a) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 memperuntukkan bidang kuasa
07 ShlR 2010_Iss 3 Case2.fm Page 142 Tuesday, September 7, 2010 5:20 PM

142 Shariah Law Reports [2010] 3 ShLR

jenayah Mahkamah Tinggi Syariah hanya tertentu dalam membicarakan A


kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam yang boleh dihukum di bawah
Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atau di bawah mana-mana
undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap
rukun-rukun agama Islam. Manakala kesalahan yang dipertuduhkan
terhadap responden di bawah s 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Selangor) iaitu kesalahan mengajar agama Islam tanpa tauliah bukanlah B
merupakan kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Selangor 1995 dan juga
bukan kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam.
[8] Di dalam menghuraikan maksud rukun-rukun agama Islam, pihak
responden telah merujuk kepada beberapa autoriti antara lain apa yang
ditulis oleh Dr Wahbah al-Zuhayli di dalam kitab al-Fiqh al-Islami Wa C
Adillatuh yang menyatakan rukun ialah sesuatu yang kewujudan sesuatu
yang lain adalah terhenti di atas kewujudannya, sedang ia menjadi
sebahagian dan hakikat sesuatu dan rukun tidak tergugur sama ada dengan
sengaja, lupa atau jahil. Peraturan yang menghendaki seseorang yang
hendak mengajar agama Islam hendaklah mempunyai tauliah bukanlah D
merupakan rukun-rukun Islam, justeru itu orang Islam yang mengajar
agama Islam tanpa tauliah tidak boleh dikatakan telah melakukan kesalahan
yang bertentangan dengan rukun-rukun Islam.
[9] Responden juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan
di dalam kes Sulaiman bin Takrib v Kerajaan Negeri Terengganu (Kerajaan E
Malaysia, intervener) and other applications [2009] 6 MLJ 354; [2009] 1
AMR 644 pada perenggan 4 mahkamah memutuskan tiada definisi bagi
perkataan precept of Islam yang terdapat dalam Senarai II Jadual Kesembilan
Perlembagaan Persekutuan. YAA hakim merujuk kepada maksud precept
yang diterangkan di dalam Oxford English Dictionary, iaitu a general
command, or injunction; an instruction, direction or rule for action and conduct; F
esp, an injunction as to moral conduct; a maxim.
[10] Saya bersetuju bahawa tidak ada definisi yang tepat terhadap
perkataan precepts, begitu juga saya bersetuju dengan takrifan yang
diberikan oleh ulama tadi. Akan tetapi dalam konteks perundangan di
Malaysia, kita perlu merujuk kepada tafsiran yang sedia ada yang telah G
diputuskan oleh mahkamah. Saya merujuk kepada kes yang sama iaitu
Sulaiman bin Taqrib bahawa Mahkamah Persekutuan dalam membuat
penghakiman telah mendapatkan pendapat tiga orang pakar perundangan
Islam yang tidak boleh dipertikai kredibiliti mereka untuk membantu dalam
pentafsiran perkataan precepts of Islam. Mereka ialah Tan Sri Sheikh Ghazali
bin Hj Abdul Rahman yang berpengalaman luas dalam pentadbiran H
kehakiman Islam di Malaysia, sebelum ini sebagai KHS/KP JKSM dan kini
sebagai Penasihat Syariah, Jabatan Peguam Negara Malaysia dan dua tokoh
akademik iaitu Prof Dr Mohd Kamal bin Hassan dan Prof Muhammad
Hashim Kamali.
[11] Saya bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Tan Sri Sheikh I
Ghazali bin Hj Abdul Rahman ini yang telah diterima oleh YAA Ketua
Hakim Negara dalam kes tersebut dengan katanya:
07 ShlR 2010_Iss 3 Case2.fm Page 143 Tuesday, September 7, 2010 5:20 PM

Syarie Prosecutor of Selangor v Mohd Asri bin Zainul


[2010] 3 ShLR Abidin @ Abdul Talib (Mohammad Adib Hussain ShHCJ) 143

A [64] However, if I have to choose between the opinion of Tan Sri Sheikh Ghazali
and Prof Dr Kamal Hassan and the apparently more restrictive view of Prof Dr
Hashim Kamali, in Malaysian context and bearing in mind the English word
precepts used in the Constitution, I would prefer to broader views of Tan Sri
Sheikh Ghazali and Prof Dr Kamal Hassan.
[12] Tan Sri Sheikh Ghazali bin Hj Abdul Rahman menyatakan precepts
B
of Islam bermaksud ajaran-ajaran atau perintah-perintah agama Islam
sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan sunnah. Ia bukan
hanya terhad kepada rukun Islam yang lima. Ajaran Islam meliputi aqidah,
Syariah dan akhlak.
[13] Berdasarkan pendapat Tan Sri Sheikh Ghazali itu, saya berpendapat
C peruntukan s 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003
adalah berkaitan dengan perkara akhlak. Islam sebagai agama yang syumul,
komprehensif dan sempurna, menjadikan akhlak sebagai satu cabang yang
asasi dalam program hidup individu, malah ia merupakan tuntutan wajib
bagi setiap orang. Sheikh Dr Fathi Yakan dalam bukunya bertajuk Apa
D Ertinya Saya Menganut Islam, meletakkan ‘akhlak yang mulia itu adalah
objektif paling utama Islam’ sejajar dengan apa yang diungkapkan oleh
baginda Rasulullah SAW melalui sabdanya yang bermaksud:
Sesungguhnya aku diutuskan oleh Allah SWT untuk menyempurnakan akhlak
yang mulia.
E [14] Perjalanan hidup seorang Muslim, belum sampai ke matlamat jika
gagal menjadi seorang yang berakhlak. Biarpun dia berakidah dengan
akidah Islam, beribadah dengan ibadah Islam namun ianya masih belum
sempurna tanpa satu lagi aspek iaitu akhlak Islam itu sendiri.
[15] Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak terpisah dengan semua
F bidang kehidupan manusia. Sebab itulah Allah mengajar peradaban yang
tinggi kepada orang-orang Islam. Sebagai contoh firman Allah berkaitan
dengan akhlak seseorang muslim apabila ingin memasuki rumah seorang
muslim yang lain. Allah berfirman:
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan
G rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam
kepada penduduknya (ahlinya); yang demikian adalah lebih baik bagi kamu,
supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan).
Surah al-Nur (24):27
[16] Islam merupakan satu peraturan hidup (way of life). Oleh sebab itu ia
H memberi perhatian yang sewajarnya walaupun dalam perkara yang
dianggap kecil oleh sebahagian kita seperti yang dinyatakan dalam ayat di
atas yang ada hubungan dengan kehidupan kemasyarakatan.
[17] Begitu juga firman Allah:

I Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada
Ulil-Amri dari kalangan kamu.
Surah an-Nisa (4):59
07 ShlR 2010_Iss 3 Case2.fm Page 144 Tuesday, September 7, 2010 5:20 PM

144 Shariah Law Reports [2010] 3 ShLR

[18] Seterusnya Rasulullah SAW telah bersabda: A


(669): Daripada Abu Hurairah ra, katanya, ‘Rasulullah SAW bersabda: Barang
siapa yang taat kepadaku, maka ia telah mentaati Allah dan barang siapa yang
ingkar kepadaku, maka ia telah berlaku ingkar kepada Allah dan barang siapa
yang mentaati amir — pemegang pemerintahan, maka ia benar-benar mentaatiku
dan barang siapa yang ingkar kepada pemerintah (amir), maka ia benar-benar
telah berlaku ingkar kepadaku’.
B

[19] Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda:


(661): Daripada Ibnu Umar ra daripada Nabi SAW, sabdanya: Wajib ke atas
seseorang Muslim untuk mendengar dengan patuh serta mentaati, baik dalam hal
yang ia senangi dan yang ia benci, melainkan jikalau ia diarah untuk sesuatu C
kemaksiatan. Maka apabila ia diarah oleh pemerintah dengan sesuatu
kemaksiatan, maka tidak boleh ia mendengar arahan tersebut dan tidak boleh
mentaatinya.

[20] Saya berpendapat peraturan yang menghendaki setiap orang Islam


yang hendak mengajar agama Islam perlu mendapatkan tauliah daripada
Majlis Agama Islam bukanlah satu peraturan yang bertentangan dengan D
hukum Syarak tetapi ia adalah satu peraturan yang digubal oleh pemerintah
dan dibenarkan oleh Syariah berdasarkan siyasah al-Syariyyah seperti yang
diakui sendiri oleh responden. Siyasah al-Syariyyah mencakupi ke atas semua
urusan umat iaitu perkara yang dikehendaki oleh pemerintah atau penguasa
untuk mentadbir urusan umat dan mengendalikan urusan negara untuk E
kemaslahatan dan manfaat masyarakat. Seksyen 119(1) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 digubal bertujuan untuk
mengawal dan membendung ajaran-ajaran yang bertentangan dengan
Syariah daripada memasuki dan tersebar di kalangan masyarakat, seterusnya
boleh membawa kepada perpecahan masyarakat Islam itu sendiri.
F
[21] Dalam menyatakan bahawa Mahkamah Syariah Negeri Selangor
berbidang kuasa mendengar dan memutuskan kes di bawah s 119(1)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 saya mengambil
pandangan hakim dalam kes Soon Singh a/l Bikar Singh v Pertubuhan
Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah & Anor [1999] 1 MLJ 489.
Mohamed Dzaidin, hakim Mahkamah Persekutuan di dalam keputusannya G
menyatakan adalah suatu kelaziman pentafsiran bahawa jika maksud
sesuatu statut adalah tidak jelas, adalah dibolehkan untuk menggunakan
pentafsiran secara implikasi (construction by implication) dan mahkamah
boleh membuat kesimpulan atau membekalkan bahagian yang tertinggal
(supply the obvious ommisions). Kelaziman pentafsiran sedemikian adalah
terpakai dalam kes di sini, dan oleh itu, bidang kuasa Mahkamah Syariah H
untuk memutuskan persoalan meninggalkan agama Islam, walaupun tidak
diperuntukkan secara jelas di dalam Enakmen-Enakmen negeri boleh
diandaikan ke dalam Enakmen-Enakmen tersebut melalui implikasi yang
diperolehi daripada peruntukan-peruntukan yang berkenaan dengan
urusan pemelukan agama Islam.
I
[22] Di dalam kes di hadapan saya ini, isu mengajar agama Islam tanpa
tauliah yang dinyatakan di dalam s 119(1) tersebut adalah berkaitan dengan
07 ShlR 2010_Iss 3 Case2.fm Page 145 Tuesday, September 7, 2010 5:20 PM

Syarie Prosecutor of Selangor v Mohd Asri bin Zainul


[2010] 3 ShLR Abidin @ Abdul Talib (Mohammad Adib Hussain ShHCJ) 145

A orang Islam. Mereka yang mengajar adalah orang Islam, yang menjadi
pelajar atau pendengar juga lazimnya adalah orang Islam dan yang
mengeluarkan tauliah adalah Majlis Agama Islam Selangor. Justeru
sebarang pertikaian berkaitan dengan isu tauliah yang dikeluarkan oleh
Majlis Agama Islam Selangor adalah wajar diselesaikan di forum yang
dikhaskan untuk mengendalikan urusan-urusan hal ehwal orang Islam. Dan
B Mahkamah Syariah ditubuhkan adalah untuk tujuan tersebut. Jika
mahkamah lain yang mendengar kes tersebut perlu didengar atau
menggubal undang-undang khas mengenai tauliah. Sebagai contoh, pihak
Badan Perundangan Negeri Selangor telah meluluskan Enakmen
Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988 yang menyatakan dalam
Enakmen tersebut mahkamah mana yang membicarakan kesalahan-
C
kesalahan yang terdapat di dalam Enakmen tersebut dengan peruntukan
yang berbunyi:
Pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan terhadap Enakmen ini atau
mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya hendaklah dibuat di dalam
Mahkamah Majistret.
D
[23] Saya berpendapat disebabkan tidak adanya peruntukan yang
menyatakan s 119(1) perlu didengar di mahkamah lain, maka mahkamah
ini berbidang kuasa untuk membicarakan dan memutuskan kesalahan di
bawah s 119(1) dan itulah hasrat sebenar penggubal undang-undang
memasukkan peruntukan tersebut ke dalam Enakmen Pentadbiran Agama
E Islam (Selangor) 2003 supaya ianya dibicarakan di Mahkamah Syariah.
[24] Mengenai s 119(1) adalah melampaui kuasa (ultra vires)
Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 10(1)(a) dan 11(1) berkaitan
dengan hak asasi manusia.
[25] Di antara nikmat tuhan yang diberikan kepada manusia ialah akal
F fikiran yang dengannya manusia membuat pertimbangan dan pilihan dan
dengannya juga manusia mempunyai kemahuan terhadap sesuatu.
Kemahuan manusia memerlukan kebebasan memilih. Sebaik-baik pilihan
ialah keimanan kepada Allah. Di dunia ini kebebasan mutlak tanpa
sebarang ikatan dan batasan adalah tidak wujud.
G [26] Alam ini juga diberi kebebasan yang sesuai baginya. Lihat saja
kepada putaran dan peredaran bulan dan bintang. Putaran dan peredaran
itu bukanlah tanpa ikatan dan sekatan tetapi adalah menurut garisannya
seperti firman Allah:
Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat
H mendahului siang; kerana masing-masing beredar di tempat edarannya.
Surah Yasin (36):40
[27] Begitu juga dengan konsep kebebasan untuk manusia. Mereka tidak
diberi dengan satu kebebasan mutlak tanpa batasan dan aturan seperti yang
difahamkan oleh segolongan masyarakat manusia kerana kebebasan begitu
I akan dikuasai hanya oleh hawa nafsu semata-mata. Sedangkan itu
bercanggah dengan syariat Islam. Umat Islam tidak dibenarkan bertindak
menurut hawa nafsu.
07 ShlR 2010_Iss 3 Case2.fm Page 146 Tuesday, September 7, 2010 5:20 PM

146 Shariah Law Reports [2010] 3 ShLR

[28] Islam memberi kebebasan yang luas kepada manusia. Kebebasan itu A
meliputi kebebasan diri, kebebasan beragama, kebebasan berfikir dan
bersuara, kebebasan beramal atau bekerja dan sebagainya. Kebebasan ini
meliputi segala aspek kehidupan selagi ia tidak bercanggah dengan syariat
Islam. Kebebasan yang tidak mempunyai sekatan hanya akan melahirkan
kazaliman dan ini akan memecah belahkan perpaduan umat.
B
[29] Kebebasan dalam Islam termasuklah kebebasan mengeluarkan
pendapat atau suara. Seseorang bebas menyatakan dan menegakkan
kebenaran. Kebebasan seumpama ini mencerminkan pemikiran yang
sempurna di kalangan umat Islam dalam menuju jalan kebenaran dan
kemajuan umat manusia. Tetapi jaminan ini tidak boleh disalah gunakan
sehingga menyebabkan kemudharatan kepada orang lain dan masyarakat. C
Perbuatan seumpama ini jelas dilarang oleh Islam kerana boleh
merenggangkan perhubungan persaudaraan sesama Islam.
[30] Dalam soal berfikir, Islam membenarkan perbezaan pendapat di
kalangan umat. Tetapi perbezaan pendapat yang dibenarkan ialah
perbezaan dalam perkara yang boleh dimanfaatkan oleh umat Islam bukan D
perbezaan pendapat yang boleh membawa kepada pertikaian yang
berpanjangan yang boleh memecah belahkan umat Islam. Pertikaian
seumpama ini akan melemahkan kedudukan umat Islam dalam
menghadapi musuh Islam. Ini dilarang oleh Islam seperti firman Allah:
… dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi E
lemah semangat dan hilang kekuatan kamu.
Surah al-Anfal (8):46
[31] Dr Abdul Monir Yaacob dalam bukunya Hak Asasi Manusia Menurut
Islam Sejarah dan Konsepnya menyatakan kebebasan seseorang itu tertakluk
kepada norma-norma yang terdapat dalam masyarakat itu sendiri. Oleh itu F
kebebasan memerlukan penguasaan ke atas diri, dan di samping itu perlu
ada perasaan menghormati ke atas hak orang lain. Seperkara yang tidak
dapat diasingkan dalam hubungan kemasyarakatan ialah kebebasan
mestilah dipandu oleh peraturan dan undang-undang.
[32] Kebebasan tidak boleh dilakukan mengikut selera dan kehendak G
setiap orang. Kalau tidak nescaya tatacara hidup manusia akan menjadi
kacau bilau dan akhirnya membawa kepada kehancuran sesebuah
masyarakat. Ketika itu terhapuslah kebebasan yang dikehendaki dalam
kehidupan masyarakat itu. Sebab itulah diadakan peraturan dan undang-
undang seperti undang-undang jenayah, undang-undang kekeluargaan,
undang-undang tort dan termasuklah Enakmen Pentadbiran Agama Islam H
(Selangor) 2003 yang di dalamnya terdapat peraturan perlunya seseorang
itu mempuayai tauliah sebelum mengajar agama Islam.
[33] Saya bersetuju akan hak kebebasan seseorang Muslim untuk
menyampaikan ilmu-ilmu Islam kepada orang lain kerana terdapat banyak
ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan perkara I
tersebut, lebih-lebih lagi kepada mereka yang layak setelah melalui proses
pendidikan Islam secara formal sehingga mencapai tahap yang tinggi.
07 ShlR 2010_Iss 3 Case2.fm Page 147 Tuesday, September 7, 2010 5:20 PM

Syarie Prosecutor of Selangor v Mohd Asri bin Zainul


[2010] 3 ShLR Abidin @ Abdul Talib (Mohammad Adib Hussain ShHCJ) 147

A Walau bagaimanapun saya berpendapat kewujudan s 119(1) tersebut


bukanlah untuk menyekat kebebasan tersebut, tetapi peruntukan ini perlu
diwujudkan untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara negatif yang
saya nyatakan tadi. Oleh itu s 110(1) tidak berlawanan ataupun ultra vires
dengan perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan yang boleh menyebabkan
seksyen ini terbatal.
B
KEPUTUSAN
[34] Berdasarkan alasan-alasan yang tersebut maka saya memerintahkan:
(a) Peruntukkan s 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor)
C 2003 adalah termasuk di dalam kesalahan-kesalahan terhadap rukun-
rukun agama Islam.
(b) Peruntukan s 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor)
2003 adalah tidak bercanggah dengan prinsip dan ruh Islam dan
konsisten dengan hukum Syarak.
D (c) Peruntukan s 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor)
2003 adalah tidak ultra vires dengan perkara 10(1)(a) dan perkara 11(1)
Perlembagaan Persekutuan.
(d) Mahkamah Syariah Negeri Selangor berbidang kuasa untuk
membicarakan dan memutuskan kes kesalahan di bawah s 119(1)
E Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.
(e) Bantahan awal pihak responden yang menyatakan Mahkamah Tinggi
Syariah Negeri Selangor tidak berbidang kuasa untuk mendengar kes
di bawah s 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor)
2003 adalah ditolak.
F
Respondent’s preliminary objection dismissed.

Reported by Ashgar Ali Ali Mohamed

You might also like