You are on page 1of 6

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

English Language Teaching Centre


Kompleks Pendidikan Nilai, Lebuh Enstek No. Tel. : 06-7979 000
71760 Bandar Enstek No. Faks : 06-7979 113/114
Negeri Sembilan Darul Khusus Portal Rasmi : www.eltc.edu.my

Ruj. Kami: KPM.600- 2/2/56 JLD 12 ( 69


Tarikh: 16 Oktober 2023
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johar
Wisma Pendidikan, Jalan Tun Abdul Razak
80604 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM
(u.p.: PN. ROKIAH BINTI AHMAD)

Tuan,

PENGUTIPAN DATA PASCA DIAGNOSTIK UNTUK MENGENALPASTI TAHAP


PENGUASAAN CEFR MURID TAHUN 4 YANG TELAH MENJALANI INTERVENSI REMEDIAL
INSTRUCTION DI BAWAH HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa English Language Teaching Centre (ELTC) Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai peneraju inisiatif PPPM Bahasa lnggeris iaitu Highly
lmmersive Programme (HIP) telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan projek Remedial
Instruction (RI) yang telah diluluskan di dalam MPKPM Bil.7/2021 pada 23 Februari 2021 . Projek
RI yang telah berjalan bermula dari November 2021 sehingga kini ini adalah usahasama antara
ELTC, KPM dan pihak Financial Industry Collective Outreach (FINCO).

3. Pengutipan data ujian pasca diagnostik RI bertujuan mengenalpasti pencapaian murid


yang telah mengikuti intervensi pemulihan RI dalam kelas Bahasa lnggeris tahun 4 selepas atau
sekurang-kurangnya 6 bulan. Data ini akan digunakan oleh pihak ELTC untuk menyediakan
laporan impak pelaksanaan RI dalam kelas Bahasa lnggeris tahun 4 bagi tahun 2023 serta
merancang keperluan latihan guru dan sumber PdP bagi tahun 2024.

4. Guru RI telah pun dimohon untuk melaksanakan ujian pra pada bulan April 2023 untuk
mengenalpasti murid Remedial Instruction bagi perancangan aktiviti RI dalam kelas Bahasa
lnggeris menggunakan Toolkit RI yang telah dibekalkan kepada guru-guru RI semasa latihan RI.
Selepas intervensi RI selama sekurang-kurangnya 6 bulan, guru RI yang terlibat di bawah seliaan
pihak tuan dimohon melaksanakan ujian pasca diagnostik RI. Sehubungan pelaksanaan pasca
diagnostik RI, guru RI dimohon untuk mengisi portal HIP - Remedial Instruction (rujuk lampiran
1 ). Sila pastikan, guru RI mengisikan kedua-dua data ujian pra dan pasca diagnostik RI.

..2/-
69

You might also like