You are on page 1of 2

INPUT PERUTUSAN PENGERUSI

MESYUARAT SEMAKAN BORANG PENILAIAN PINGAT


PERKHIDMATAN CEMERLANG (PPC), CAWANGAN OPERASI
PERKHIDMATAN (COP) TAHUN 2023

CADANGAN PEMILIHAN PENERIMA PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG


TAHUN 2023

1. Tujuan Pra Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pingat Perkhidmatan Cemerlang


(JKIPPC) ini adalah untuk;
a) Memastikan proses kerja PPC di peringkat JPA dapat dilaksanakan
dengan lancar.
b) Pegawai dapat mengenal pasti dokumen dan maklumat berkaitan
seperti yang ditetapkan oleh Pekeliling yang berkuatkuasa.
c) Saringan pencalonan PPC dapat dinilai dengan permarkahan yang
tepat dan saksama.
d) Kefahaman pegawai COP mengenai tatacara PPC dapat disampaikan
melalui khidmat nasihat kepada Agensi agar ianya disampaikan dengan
jelas.
e) Keseragaman proses kerja pegawai COP akan melancarkan
pelaksanaan PPC tahunan dengan tempoh masa yang strategik. Ia
penting bagi membolehkan pertimbangan bagi pencalonan PPC dapat
dilaksanakan dengan adil melalui kerjasama sesama pegawai COP dan
berupaya menyumbang kepada objektif penyampaian perkhidmatan
jabatan.

2. mendapatkan pertimbangan berkaitan pemilihan penerima Pingat


Perkhidmatan Cemerlang (PPC) bagi Tahun 2023.

3. PPC ini telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui Statut Pingat
Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2011. Bagi tujuan menjelaskan dasar
dan pelaksanaan PPC, JPA telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 13 Tahun 2012 – Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang
dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 14 Disember 2012,
melalui MyPPSM adalah Ceraian UP5.1.1 Penganugerahan PPC mula
dilaksanakan pada tahun 2014.

4. Tujuan penganugerahan PPC adalah ianya merupakan pingat bagi pegawai


perkhidmatan awam yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam tugas
yang diamanahkan serta aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas
rasmi termasuk aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan
sebagainya yang boleh mengharumkan nama organisasi dan negara.

5. Dasar penganugerahan PPC dan pemberian APC adalah bilangan keseluruhan


penerima PPC dan APC bagi setiap agensi tidak boleh melebihi 8 peratus
daripada jumlah pegawai yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun
penilaian dan had maksimum penerima PPC tidak boleh melebihi 3/8
daripada jumlah keseluruhan penerima PPC dan APC. Sekiranya pada
tahun berkenaan tiada pegawai perkhidmatan awam yang layak menerima
PPC, maka kementerian tidak perlu melaksanakan penganugerahan PPC bagi
tahun berkenaan dan kuota tersebut boleh digunakan untuk pemberian APC.

6. Bermula 2014 sehingga 2022, seramai 361 pegawai telah diberikan


penganugerahan PPC.

7. Bagi tahun 2023, JPA telah menerima sebanyak 59 pencalonan daripada 13


Kementerian dan 6 Negeri.

8. Seterusnya, selepas Mesyuarat ini, perakuan akan dibentangkan kepada PBK


sebelum dibawa ke Jawatankuasa Induk Pingat Perkhidmatan Cemerlang
(JKIPPC) yang dipengerusikan oleh KPPA untuk kelulusan PPC Tahun 2023.

You might also like