You are on page 1of 1

Ruj.

kami : SRITI/N/01/03B/(11)
Tarikh : 11 Oktober 2023 / 25 Rabiulawwal 1445H

Kepada:
Pengerusi dan Guru Besar SRITI Negeri Johor.

Assalamualaikum.

Tuan/Puan,

MAKLUMAN CUTI PERISTIWA SEMPENA KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA SRITI


(KeSuGa) NEGERI JOHOR 2023

Merujuk perkara di atas,

2. Seperti makluman semua, SRITI Negeri Johor akan mengadakan program seperti
berikut:
Program : Kejohanan Sukan Dan Olahraga SRITI (KeSuGa) Negeri Johor
Tarikh / Hari : 4 – 5 November 2023 (Sabtu – Ahad)
Tempat : Stadium Bandar Tenggara

3. Sehubungan dengan itu, SRITI Johor memberikan cuti peristiwa kepada semua
SRITI Cawangan Negeri Johor pada hari Ahad, 5 November 2023 memandangkan pada
hari tersebut masih berlangsung KeSuGa.

4. Pemberian cuti peristiwa tersebut adalah bagi memberi laluan dan peluang kepada
semua yang terlibat samaada guru atau murid menyertai dan menyokong rakan-rakan mereka
yang bertanding.

5. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat kami harapkan. Sebarang
pertanyaan boleh diajukan kepada Ustaz Muiz: 016-4581655 (Setiausaha SRITI Negeri
Johor).

Sekian, terima kasih.

“MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI”

Yang menjalankan amanah,

_____________________________
(ABDUL MUIZ BIN MOHAMAD ZALI)
Setiausaha,
Jabatan SRITI Negeri Johor.

SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) JOHOR


ALAMAT: NO 62, JLN SETIA 2, PUSAT PERDAGANGAN SETIA,
86200 SIMPANG RENGGAM, JOHOR. NO TEL: 010-5292123
EMAIL: sritinegerijohor@gmail.com

You might also like