You are on page 1of 1

SK JALAN HANG TUAH (1),

JALAN HANG TUAH


55200 KUALA LUMPUR

Rujukan Kami : SKJHT (1) 700-3/1/1 (01)


Tarikh : 27 Februari 2023

Ibu Bapa / Penjaga Murid,


SK Jalan Hang Tuah 1,
Jalan Hang Tuah,
55200 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

MAKLUMAN HARI ORIENTASI MURID TAHUN 1 BAGI SESI 2023/2024


SK JALAN HANG TUAH (1)
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir bagi sesi taklimat Hari
Orientasi Murid Tahun 1 yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Nama Program : Hari Orientasi Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024


Tarikh/Hari : 17 Mac 2023 / Jumaat
Tempat : Dewan Tun Perak, SK Jalan Hang Tuah 1
Masa : 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari

3. Sehubungan dengan itu, murid Tahun 1 diminta menghadirkan diri dengan memakai
uniform sekolah yang lengkap atau pakaian sukan (baju putih dan seluar sukan).

4. Semoga dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan dapat membantu
bagi melancarkan lagi perjalanan program ini. Jasa baik pihak tuan, kami dahului dengan
ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Guru Penyelaras
Tahun 1 iaitu Cik Nur Asyikin Najihah Binti Halimin di talian 013-4916765.

Sekian terima kasih

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………...................
(AZMI B HJ KUSNIN)
Guru Besar
SK Jalan Hang Tuah 1
Kuala Lumpur

You might also like