You are on page 1of 19

PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

NOTA KURSUS 2
SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI 2022

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL & PEMBUATAN

PROGRAM TEKNOLOGI PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA

KOD/KURSUS DMC4152 PENGURUSAN PERNIAGAAN ( BUSINESS MANAGEMENT )

STANDARD
TAJUK 2 PENGURUSAN PEROLEHAN DAN PERKHIDMATAN KONTRAK
KANDUNGAN

2.1 Mengenal pasti dan menerangkan


i. Aset , inventori dan stok
ii. Peralatan Asas perniagaan Penyamanan Udara
iii. Tatacara perolehan.
2.2 Mengenal pasti, menerangkan dan proses pelaksanaan
i. Pesanan Belian (Purchase Order)
ii. Sebut Harga (Quotation)
STANDARD iii. Nota Serahan (Delivery Order)
PEMBELAJARAN iv. Invois (Invoice)
v. Baucar Bayaran (Payment Voucher)
2.3 Mengenal pasti dan menerangkan
i. Kontrak dalam industri Penyamanan Udara
ii. Syarat-syarat Umum Kontrak
iii. Pengurusan Kontrak / Projek
2.4 Mengenal Pasti, menerangkan dan proses pembeliann kontrak.
i. Tawaran Tender / Sebut Harga
ii. Platform untuk mendapatkan tawaran- e-perolehan, lain-lain platform
CLO1 Mengkelaskan pengkhususan perniagaan dalam penyamanan udara (C3)
(PLO3)
HASIL
CLO2 Memaparkan perancangan perniagaan dan pengurusan perkhidmatan dalam
PEMBELAJARAN
penyaman udara (P3) (PLO2)
DMC 4152
CLO3 Melakukan perkhidmatan selepas penjualan dan pergurusan pelanggan dalam
perniagaan (A2) (PLO7)

DISUSUN OLEH: SHARIFAH SALMAH BINTI SYED NOH (KOLEJ VOKASIONAL IPOH)

1
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

TAJUK 2 PENGURUSAN PEROLEHAN DAN PERKHIDMATAN KONTRAK

2.1.1 MENGENAL PASTI DAN MENERANGKAN ASET , INVENTORI DAN STOK

PENGENALAN KEPADA ASET

Aset dapat didefinisikan sebagai harta yang dimiliki oleh sesebuah organisasi perniagaan dan
dimanfaatkan dalam menjalankan operasi perniagaan. Aset merupakan sumber ekonomi yang
dimiliki oleh seseorang individu atau sesebuah perniagaan. Sebelum dapat mengkategorikan sesuatu
sebagai aset, sesuatu itu mesti memenuhi tiga ciri utama, iaitu:

1. Merupakan sumber ekonomi pada masa hadapan. Maksudnya, aset ini berpotensi untuk
menyumbang tunai atau setara tunai kepada perniagaan. Sesuatu asset akan memiliki
manfaat ekonomi masa hadapan apabila aset itu ditukar dalam bentuk aset yang lain,
digunakan untuk menyelesaikan hutang serta digunakan secara individu atau bergabung
dengan aset lain bagi menghasilkan barangan atau perkhidmatan yang boleh dijual oleh
perniagaan.
2. Perniagaan mempunyai kawalan terhadap manfaat ekonomi masa hadapan aset tersebut.
Kawalan di sini bermaksud perniagaan boleh mencapai objektif perniagaan dan mempunyai
hak eksklusif terhadap aset tersebut.
3. Mesti terdapat dokumen atau urus niaga yang sahih, iaitu perniagaan mempunyai hak
terhadap aset tersebut atau hak terhadap manfaat ekonomi masa hadapan aset tersebut.

Secara mudah, aset merupakan harta yang boleh ditukarkan kepada bentuk tunai. Aset terdiri
daripada bentuk ketara dan tidak ketara. Aset ketara dapat dilihat secara fizikal, yang terdiri
daripada aset semasa dan harta tanah, loji dan peralatan (asset tetap), contohnya penghutang,
inventori, kenderaan, dan premis. Manakala asset tidak ketara merupakan aset yang tidak dapat
dilihat secara nyata, contohnya paten atau hak cipta. Aset perniagaan dapat dikelaskan kepada dua
kategori, iaitu asset semasa dan aset bukan semasa.

ASET

ASET ASET BUKAN


SEMASA SEMASA

Harta Tanah, Pelaburan


Aset tak
Loji, dan Jangka
ketara
Peralatan Panjang

Rajah 1: Pengkelasan Aset

2
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

ASET BUKAN SEMASA

Aset bukan semasa terdiri daripada asset tetap, asset tak ketara dan pelaburann jangka panjang .

Harta tanah, loji dan peralatan (asset tetap) merupakan aset yang mempunyai usia guna
melebihi satu tempoh perakaunan, serta dibeli bukan bagi tujuan untuk dijual semula. Contoh aset
yang dikelaskan sebagai harta tanah, loji, dan peralatan ialah tanah, premis, kenderaan, mesin,
jentera, lengkapan, dan alatan pejabat. Semua aset ini membantu perniagaan dalam menjanakan
pendapatan perniagaan.

Aset tak ketara merupakan sumber atau hak bukan fizikal. Aset tak ketara mempunyai nilai kepada
perniagaan kerana aset ini memberikan perniagaan kelebihan dalam pasaran. Aset tak ketara juga
dikenali sebagai aset tak nyata yang merupakan hak atau keistimewaan yang menguntungkan
sesebuah perniagaan. Aset ini menyumbang kepada keupayaan memperoleh pendapatan yang
dihasilkan daripada hak dan keistimewaan yang berkaitan dengannya. Contoh aset tidak ketara ialah
nama baik(muhibah), paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, dan hak cipta.

Pelaburan jangka panjang merupakan pelaburan yang dibuat atau sejumlah dana yang dilaburkan
oleh sesebuah perniagaan untuk jangka masa yang panjang, biasanya melebihi satu tempoh
perakaunan. Pelaburan ini bertujuan untuk mendapatkan keuntungan, iaitu keuntungan hasil dan
bukan keuntungan modal. Pelaburan jangka panjang bukan dibuat untuk dijual semula dalam masa
terdekat, tetapi untuk memperoleh keuntungan atau pulangan dalam setiap tempoh perakaunan.

ASET SEMASA

Aset semasa ialah harta yang dapat ditukarkan kepada bentuk tunai dalam satu tempoh perniagaan,
iaitu jangka masa pendek.

Antara aset yang dikelaskan sebagai aset semasa ialah


i. inventori barang niaga,
ii. penghutang,
iii. item belum terima,
iv. tunai ditangan,
v. tunai di bank,
vi. belanja prabayar, dan
vii. hasil belum terima.

Aset semasa mempunyai usia guna satu tempoh perakaunan sahaja, yang bermaksud aset semasa
mempunyai tahap kecairan yang sangat tinggi berbanding dengan asset lain seperti harta tanah, loji,
dan peralatan. Kecairan aset semasa mengikut urutanyang paling cair bermula dengan tunai dan
setara tunai, bank, Akaun Belum Terima dan inventori.

INVENTORI

Inventori ialah aset yang dimiliki atau dibeli oleh sesebuah perniagaan bagi tujuan untuk dijual
semula.

3
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

Inventori dikategorikan sebagai aset semasa perniagaan. Pada akhir tempoh perakaunan, inventori
dinilai bagi menentukan kos barang dijual dan untung atau rugi perniagaan. Inventori boleh terdiri
daripada bahan mentah, kerja dalam proses, dan barang siap bagi perniagaan pembuatan atau
perkilangan.

Manakala bagi perniagaan pembarangan, inventorinya terdiri daripada barang siap yang dibeli bagi
tujuan untuk dijual semula.

Inventori merupakan aset semasa perniagaan yang perlu diambil kira dalam penentuan untung kasar
perniagaan. Apabila inventori terlebih atau terkurang nilai, maka ini akan memberikan kesan kepada
ketepatan menghitung untung kasar perniagaan. Selain itu, kos inventori perlu dihitung dengan
mengambil kira semua kos yang terlibat dalam urus niaga perolehan inventori. Sekiranya kos-kos
yang terlibat dalam pembelian inventori tidak diambil kira, maka kemungkinan perniagaan akan
menghitung margin untung kasar atau tokokan yang kurang tepat.

Oleh itu, kos inventori perlu dihitung dengan mengambil kira kos-kos belian seperti kos angkutan,
kos insurans atas belian, serta cukai belian. Semua kos ini perlu ditambah kepada kos belian barang
niaga.

2.1.2 PERALATAN ASAS PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA

Contoh peralatan asas bagi penyamanan udara

1. Compressor Shut-Off Valve


2. Pemotong Wayar (Wire Cutter)
3. Pemutar Skru Philips ( Phillips Screw Driver)
4. Pemutar Skru Rata (Flat Screw Driver)
5. Pena Penguji (Test Pen)
6. Tolok Pancarongga (Manifold Gauge)
7. Meter Ampere (Amprobe Meter)
8. Meter Pelbagai (Multimeter)
9. Meter Mega (Insulation Tester)
10. Velocimeter @ Anemometer
11. Laser Thermometer
12. Playar gabung
13. Allen Key

4
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

2.1.3 TATACARA PEROLEHAN.

Rajah 2 : Tatacara perolehan

Pertimbangan pembelian

Pengusaha perniagaan perlu mempunyaiu hubungan baik dengan pembekal supaya produk ayng
dibekalkan berkualiti. Perngusaha perniagaan perlu mengenalpasti pembekal-pembekal yang
menawarkan produk dengan harga yang berpatutuan dengan kualiti yang terjamin.
Disamping spesifikasi pembelian yang sepatutnya dinyatakan dengan jelas dan realistic, ujiann
hendaklah dilakukan secara rawak keatas bahan-bahan yang diterima untuk memastikan kualiti
selari dengan spesifikasi yang ditetapkan.

5
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

2.2 Pengenalan kepada Dokumen Perniagaan

Terdapat 2 jenis dokumen perniagaan iaitu dokumen sumber dan dokumen bukan sumber.
Dokumen Sumber merupakan dokumen digunakan untuk merekod butiran dalam perakaunan.
Dokumen bukan sumber pula ialah dokumen digunakan untuk rujukan sesuatu urus niaga yang akan
dan telah direkodkan.

Fungsi Dokumen Perniagaan

i. sebagai sumber maklumat perakaunan


ii. memberi maklumat tentang sesuatu urus niaga
iii. dijadikan bukti bagi sesuatu urus niaga
iv. mengingatkan peniaga tentang hutang dalam urus niaga
v. sebagai rujukan pada masa hadapan

Dokumen bukan sumber :


Digunakan untuk rujukan dan tidak perlu dicatat dalam buku perakaunan. Contoh dokumen bukan
sumber ialah:
i. Surat tanya
ii. Sebut harga
iii. Katalog
iv. Nota pesanan / Pesanan belian
v. Nota serahan
vi. Penyata akaun

Dokumen Sumber
Digunakan sebagai sumber maklumat dan perlu dicatat dalam buku perakaunan. Contoh dokumen
sumber ialah
i. Invois
ii. Nota kredit
iii. Nota debit
iv. Resit
v. Cek atau keratan cek
vi. Baucar
vii. Bil tunai
viii. Makluman debit
ix. Makluman kredit
x. Memo
xi. Borang wang masuk

6
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

2.2.1 Pesanan Belian (Purchase Order)

Apabila sesebuah perniagaan memerlukan iventori barang niaga, maka perlulah peniaga memesan
daripada pembekal dengan beberapa cara seperti menulis surat,menelefon dan cara terkini melalui
internet. Biasanya sesuatu urusniaga dimulakan dengan surat tanya yang dihantar oleh sesebuah
perniagaan kepada pembekal. Kemudian pembekal membalasnya dengan memberikan katalog atau
sebut harga. Apabila pembeli (perniagaan)sudah mendapatkan maklumat tentang barang yang
dikehendaki, maka dia biasanya akan membuat pesanan. Di sinilah wujudnya dokumen pesanan
belian

PESANAN BELIAN
Nama Perniagaan ASAL/SALINAN
Alamat
No: PB0001
Tarikh:

Kepada:
Nama Pembekal
Alamat

Tempahan perbekalan barang berikut:

Harga Jumlah
Bil Butir Kuantiti
Seunit (RM) (RM)
1.
2.

Jumlah
Ringgit: Dalam perkataan
Serahan: Angkutan dibayar
Syarat Pembayaran: Taipkan syarat diskaun di sini
...........................
Pengurus

Rajah 3 : Contoh Tamplate Dokumen Pesanan Belian / purchase Order

2.2.2 Sebut Harga (Quotation)

Dokumen sebut harga (quotation) adalah dokumen rasmi janji, yang diberikan oleh pembekal, untuk
membekalkan barangan atau perkhidmatan yang dinyatakan oleh pembeli pada harga yang
dinyatakan di bawah syarat-syarat tertentu. Ia terdiri daripada syarat jualan, pembayaran dan
jaminan, termasuk harga yang diputuskan untuk mengenakan bayaran untuk produk atau
perkhidmatan, tarikh, masa dan tempat penghantaran, tempoh sah sebut harga.

7
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

Sebut harga membantu pembeli mengetahui kos barangan atau perkhidmatan sebelum membuat
pembelian. Untuk mendapatkan sebut harga (iaitu harga untuk bahan yang diperlukan).

Rajah 4: Contoh Sebut Harga

2.2.3 Nota Serahan (Delivery Order)

Setelah Pembekal menerima pesanan, pembekal akan menyediakan barang-barang yang dipesan
dan dihantar kepada pembeli dengan disertakan dengan dua dokumen perniagaan, iaitu nota
serahan dan invois jualan.

Nota serahan ialah satu dokumen perniagaan yang dikirimkan oleh penjual kepada pembeli bersama
barangan yang dipesan. Tujuannya adalah supaya pembeli dapat membuat semakan barangan yang
dihantar juga sebgai bukti penerimaan barang.

8
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

NOTA SERAHAN ASAL


No: NS0001
Nama Pembekal Tarikh:
Alamat

Kepada:
Nama Perniagaan
Alamat

Sila akui penerimaan barang seperti berikut:


Bil Butir Kuantiti
1.
2.
3.
4.

Diterima oleh: Penghantaran oleh: Disahkan oleh:

........................................ ........................................ ........................................


Penerima Penghantar Pengurus

Rajah 5: Contoh Tamplate Nota Serahan

2.2.4 Invois (Invoice)

Biasanya invois dihantar bersama-sama dengan barang yang dipesan atas belian secara kredit (belian
tanpa tunai) oleh perniagaan yang membuat pesanan. Di dalam invois, terkandung maklumat
tentang barang yang dihantar, spesifikasi, kuantiti, dan harga yang dikenakan serta syarat-syarat
jualan.

Biasanya invois disediakan dalam tiga salinan. Salinan asal dan salinan kedua dihantar kepada
pembeli dengan pembeli perlu menghantar kembali salinan kedua itu bersama-sama dengan salinan
nota serahan (setelah kedua-dua dokumen itu ditandatangani) sebagai bukti barang telah diterima
oleh pembeli. Manakala salinan ketiga pula disimpan oleh pembekal untuk rujukan dan membuat
rekod perakaunan atas jualan kredit.

 Invois asal salinan 1 disimpan oleh pembeli dan direkod dalam Jurnal belian
 Invois salinan atau salinan 2&3 disimpan oleh penjual dan direkodkan dalam Jurnal jualan.

9
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

INVOIS ASAL/SALINAN
No: In0001
Nama Pembekal / Perniagaan Tarikh:
Alamat

Kepada:
Nama Perniagaan / Pelanggan
Alamat

Harga
Jumlah
Bil Butir Kuantiti Seunit
(RM)
(RM)
1.
2.
3.
4.

TOLAK: Diskaun Niaga 10%


JUMLAH
Ringgit: Dalam perkataan
Serahan: Angkutan dibayar
Syarat Pembayaran: Taipkan syarat diskaun di sini

....................................... ........................................
. Pengurus
Penerima K&KdiK

Rajah 6: Contoh Tamplate Invois

2.2.5 Baucar Bayaran (Payment Voucher)

Bauccar bayaran digunakan sebagai pengakuan bagi penerimaan sejumlah wang oleh seseorang
sama ada dibuat melalui cek atau secara tunai. Contoh bayaran yang memerlukan baucar bayaran
ialah bayaran upah pekerja , bayaran sewa kedai, bayaran bil-bil (elektrik, air dan telefon.. Baucar
bayaran perlu dikepilkan dengan bil-bil sebagai bukti perbelanjaan. Selain itu baucar bayaran juga
amat berguna kepada perniagaan apabila pihak penerima wang tidak dapat menyediakan resit,
misalnya bayaran upah.

Bil bayaran
Dikeluarkan oleh pembekal perkhidmatan kepada peniaga setelah menggunakan perkhidmatan
contohnya bil air atau bil elektrik.
Bil bayaran akan dikepilkan dengan baucar bayaran sebagai dokumen sokongan dan dicatatkan
dalam buku tunai sebgai bukti pembayaran.

10
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

BAUCAR SALINAN
Ref No: BP0001
Nama Perniagaan
Alamat

Kepada:

Tarikh Keterangan Jumlah (RM)

Ringgit: Dalam Perkataan


Tunai / Cek No:

........................ .....................
(Penerima) (Pengurus)
Rajah 7: Contoh Tamplate Baucar Bayaran

2.3 Perkhidmatan kontrak


2.3.1 Kontrak dalam industri penyamanan udara

Perkataan “kontrak” didefinisikan sebagai “ sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh
undang-undang “. Secara ringkas kontrak adalah perjanjian bertulis yang mengikat kedua-dua belah
pihak yang terlibat.

OPERATION AND MAINTENANCE SERVICE CONTRACT(O&M)

Dalam bidang HVAC, perkhidmatan penyelenggaraan merupakan satu perkara yang penting. Building
Operation and Maintenance (O&M) adalah proses berterusan untuk mengekalkan prestasi sistem
bangunan mengikut reka bentuk asal, perubahan keperluan pemilik atau penghuni, dan tahap
kecekapan yang optimum. Proses O&M membantu mengekalkan nilai keseluruhan bangunan dari
segi keselesaan pengguna, kebolehpercayaan peralatan, dan kecekapan operasi.

Operasi yang cekap, dalam konteks O&M, merujuk kepada aktiviti seperti menjadualkan peralatan
dan mengoptimumkan tenaga, strategi kawalan keselesaan supaya peralatan beroperasi hanya pada
tahap yang diperlukan untuk memenuhi tujuan dan fungsinya.

Operasi penyelenggaraan adalah satu proses bagi menjaga jangka hayat sesuatu sistem yang
terdapat didalam bangunan tersebut mengikut rekabentuk yang telah dibuat. Aktiviti
penyelenggaraan melibatkan pemeriksaan dan penjagaan fizikal peralatan. Apabila O&M ini,
dilakukan secara sistematik, ia akan meningkat kebolehpercayaan, mengurangkan degradasi
peralatan, dan mengekalkan kecekapan tenaga.

11
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

Sesetengah pemilik bangunan dan pihak pengurusan tidak mempunyai sumber didalam servis
operasi dan penyelenggaraan terhadap bangunan dan unit mereka.Walaupun sesetengah syarikat-
syarikat besar yang mempunyai bahagian penyelenggaraan mereka sendiri masih memerlukan
kontraktor servis dari luar.

Dalam industri perkhidmatan penyelenggaraan, tidak ada standard atau set definisi untuk pelbagai
jenis kontrak perkhidmatan. Setiap kontraktor perkhidmatan mekanikal atau penyelenggaraan
mengumpulkan pakej kontrak yang unik yang selalunya terdiri daripada tiga atau empat jenis
kontrak.

JENIS KONTRAK SERVIS

Didalam industri, servis penyelenggaraan tiada kesetarafan atau mengikut spefikasi didalam
jenis kontrak servis.Setiap juruteknik atau kontraktor penyelenggaraan meletakkan didalam satu
pakej didalam kontrak. Didalam pakej tersebut terdapat 3 atau 4 jenis kontrak
penyelenggaraan,dimana setiap jenis mempunyai perbezaan tahap didalam perlaksanaan.

Terdapat 4 jenis kontrak servis yang menjadi kebiasaan iaitu


1. full coverage,
2. full-labor,
3. preventive-maintenance dan
4. inspection service contracts.

Terdapat 2 jenis kontrak servis terbaru iaitu end used atau end result contract masih lagi didalam
perbincangan.Nama-nama tersebut berdasarkan kepada industri dan dibincangkan oleh pakar
didalam bidang masing-masing.Terdapat pelbagai lagi jenis kontrak servis,ia bergantung kepada
pelanggan atau kesanggupan kontraktor untuk mengubah tawaran kontrak tersebut.

Keseluruhan kontrak boleh digunakan bersama didalam sistem mekanikal akan tetapi terdapat
sesetengah seperti chiller.Dengan itu,pelanggan mungkin memiliki lebih dari 1 kontrak servis
didalam 1 masa.

FULL COVERAGE SERVIS CONTRACT

1. Kontrak servis yang 100% meliputi keseluruhan termasuk buruh,alat ganti dan bahan
untuk servis kecemasan.Pelanggan mungkin mengambil kontrak servis jenis ini jika
mereka terdapat peralatan yang penting bergantung kepada kemahuan pelanggan.
2. Didalam kontrak ini juga termasuk comprehensive preventive maintenance untuk
melindungi peralatan dan sistem mereka.
3. Jika tidak termasuk didalam kontrak tersebut,pelanggan akan dikenakan bayaran
didalam kerja-kerja membaikpulih dan alat ganti (polisi insuran ‘’breakdown’’) untuk
melindungi peralatan tersebut.Dengan ini pihak kontraktor sepenuhnya bertanggung
jawab terhadap unit tersebut.
4. Apabila membuat kerja-kerja membaikpulih dan menganti ia meliputi didalam perjanjian
polisi tersebut.Dengan ini,kontraktor berpeluang untuk melakukan penyelenggaraan
berjadual,dimana kontraktor perlu bertanggungjawab melakukan kerja-kerja
membaikpulih dan alatan ganti terhadap unit tersebut jika ia gagal berfungsi.

12
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

5. Kontrak yang meliputi keseluruhan penyelenggaraan yang paling berkesan dan diantara
kontrak servis jangka pendek yang termahal.Bagaimana pun,didalam untuk jangka masa
panjang,kontrak tersebut terbukti boleh menjimatkan dari segi kos bergantung kepada
arahan pemilik terhadap objektif kontrak tersebut.Kelebihan utama kontrak ini adalah
penjimatan dari segi belanjawan dan keseluruhan risiko dari kotrak tersebut sebenarnya
tidak dipertanggungjawab sepenuh kepada kontraktor.
6. Bagaimana pun jika kontraktor mengambil ringan akan kerja-kerja yang dinyatakan
didalam arahan kontrak terhadap alatan yang diselenggarakan,kemungkinan pihak
kontraktor hanya melakukan kerja-kerja setakat penyelenggaraan jenis preventive
maintenance bagi menjaga unit yang diselenggara berfungsi sehingga kontrak tamat.
7. Dengan itu jika sesebuah syarikat kontraktor membida untuk memenangi sesebuah
kontrak servis tersebut,kemungkinan pemilik kontrak/pelanggan akan menamatkan
kontrak itu lebih awal jika pemilik beranggapan kerja-kerja yang dilakukan oleh kontrak
awal boleh menyebabkan kerosakan terhadap unit yang diselenggara sebelum kontrak
tamat.

FULL-LABOUR SERVICE KONTRAK

1. Kontrak yang 100% meliputi penglibatan tenaga kerja (buruh) terhadap kerja-kerja
membaikpulih,menganti dan menyelenggara kebanyakan peralatan mekanikal.Pemilik
perlu membuat membuat permintaan bagi pembelian segala peralatan dan alat ganti
unit.Walaupun penyelenggaraan jenis preventive maintenance sebahagian dari arahan
kontrak.akan tetap,pemasangan adalah arahan kerja ialah bagi peralatan loji seperti
centrifugal chiller,boiler dan air compressors
2. Risiko dan jaminan adalah termasuk kecuali pemasangan peralatan dari kilang.Kaedah-
kaedah jika berlakunya panggilan kecemasan (breakdown) juga berbeza dimana kos
pembayaran termaktub didalam perjanjian kontrak atau pihak kontraktor bersetuju
bertindak jika berlakunya (breakdown) dimana pembayaran oleh pemilik berasingan
dimana ia dikira mengikut jam.Sesetengah servis penyelenggaraan jenis preventive telah
dimasukan bersama perjanjian kontrak bersama kebiasaan alatan ganti seperti tali
sawat,minyak grease dan penapis.
3. Kontrak jenis ini adalah yang kedua mahal untuk kontrak berdasarkan jangka masa
pendek kepada pemilik bangunan besar atau pelbagai lagi pihak yang membeli secara
pukal (tunai) untuk mendapatkan peralatan,alat ganti, dan bahan dengan harga yang
berpatutan.
4. Bagi pemilik banguna yang lebih kuran besar ke kecil,kawalan dari segi kos dan
belanjawan menjadi lebih rumit jika menggunakan kontrak jenis ini,hal ini kerana
dimana penggunaan buruh secara berterusan.Hal ini kerana mereka (pemilik)
dipertanggungjawab untuk menyediakan buruh,dengan ini risiko pihak kontraktor
adalah kurang berbanding dengan kontrak servis jenis full-coverage.

PREVENTIVE-MAINTENANCE SERVIS KONTRAK (PENCEGAHAN)

1. Preventive maintenance (PM) adalah satu kontrak yang kursusnya pembayaran dalam
kerja-kerja membaikpulih dan terdapat perjadualan yang ketat bagi setiap-setiap kerja
penyelenggaraan termasuk seperti menukar ganti tali sawat dan penapis,mencuci indoor
dan outdoor coils,lubricating (melancarkan) motor dan bearing,mencuci dan
menyelenggara menara penyejuk (cooling tower),menguji fungsi kawalan dan calibration
(penentu ukuran),dan mengecat bahan kawalan hakisan.

13
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

2. Kebiasaan kontraktor menyediakan bahan dan alat ganti didalam kontrak.Ini merupakan
kontrak yang paling digemari dan terkenal kepada pemilik-pemilik.Didalam kontrak ini
juga adakalanya terdapat perkiraan mengenai kos pembaikan dan juga kejadian
kecemasan (breakdown)
3. Kelebihan kontrak jenis ini adalah ia lebih murah berbanding dengan kontrak jenis full-
service atau full-labor kerana ia menyediakan kepada pemilik(pelanggan) dengan satu
perjanjian yang member tumpuan terhadap kualiti didalam penyelenggaraan
(preventive maintenance).Bagaimana pun kawalan belanjawan dan kos mengenai
penyelenggaraan kecemasan (breakdown),membaikpulih dan menganti komponen
menjadi lebih sukar kerana penyelenggaran tersebut telah dibuat mengikut perjadualan
yang telah ditetapkan.
4. Dengan ini pemilik/pelanggan menghadapi risiko yang tinggi untuk ditanggung hal ini
kerana tiada arahan yang jelas dengan arahan dari penyelenggraan jenis preventive ini
dan pemilik boleh menamatkan kontrak ini jika pelanggan merasa arahan kontrak terlalu
banyak atapun sedikit contohnya jika bangunan tersebut berada didalam suasana yang
kotor,kerja-kerja mencuci unit luar (outdoor unit) dalam kekerapan 2 dan 3 kali semasa
penggunaan unit tersebut.Hal ini amat penting bagi memahami betapa pentingnya
penyelenggaraan jenis ini dilakukan.

INSPECTION SERVICE CONTRACT

1. Kontrak pemeriksaan atau juga dikenal dalam industri sebagai kontrak "fly-by", adalah
kontrak yang dibeli oleh pelanggan dengan bayaran tahunan tetap dan melibatkan
jumlah pemeriksaan berkala yang tetap.
2. Aktiviti pemeriksaan jauh lebih sukar daripada penyelenggaraan pencegahan. Kontraktor
perlu melihat kerosakan yang telah berlaku atau yang akan berlaku dan melaporkannya
kepada pelanggan.
3. Dalam kontrak ini, pelanggan boleh memilih samaada penyediaan alat ganti,
perkhidmatan sampingan dan panggilan kecemasan dimasukkan sekali didalam
perjanjian.
4. Dalam perspektif jangka pendek, ini adalah jenis kontrak yang paling murah. Ia mungkin
juga paling berkesan
5. Walaupun tidak selalu menghasilkan keuntungan untuk kontraktor tetapi kontrak ini
dipandang sebagai cara untuk mengekalkan hubungan dengan pelanggan.

2.3.2 Syarat-syarat umum kontrak

2.3.2.1 Undang-undang kontrak

Akta kontrak 1950 ialah suatu undang-undang yang mengandungi elemen -elemen asas kontrak yang
perlu dipatuhi oleh pihak yang terlibat dalam sesuatu kontrak di Malaysia

2.3.2.2 Elemen asas kontrak


1. Tawaran
a. Satu janji yang dibuat oleh pembuat tawaran kepada penerima tawaran dengan niat
bahawa tawaran itu akan mewujudkan hubungan yang mengikat di sisi undang-
undang apabila janji itu diterima oleh penerima tawaran tersebut.

14
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

b. Elemen penting dalam tawaran


i. Jelas, lengkap dan muktamad
ii. Penerima tawaran harus ditentukan. Sekiranya pihak lain menerima tawaran
tersebut, maka penerimaan adalah tidak sah
iii. Tawaran mestilah dibezakan daripada pelawaan tawaran
2. Penerimaan
a. Penerimaan ialah apabila cadangan yang dikemukakan oleh pihak pencadang
dierima dan diperkenankan oleh penerima pencadang.
b. Penerimaan mesti dibuat sementara tawaran masih terbuka
c. Elemen penting dalam penerimaan
i. Jelas,mutlak dan tidak bersyarat.
ii. Penerimaan dibuat secara biasa dan munasabah melainkan jika tawaran itu
menetapkan cara penerimaan
iii. Pembuat tawaran mesti diberitahu sama ada tawaran tersebut diterima
atau tidak dan penerima tawaran mesti membuat sesuatu yang positif
(berdiam diri tidak mencukupi)
iv. Penerimaan dalam jangka masa munasabah
v. Penerimaan adalah lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui
dan menerimanya
3. Balasan
a. Balasan adalah tindakan yang dilakukan oleh pihak penerima yang menerima
tawaran sama ada secara lisan ataupun perbuatan
b. Dalam akta kontrak 1950 balasan adalah: menurut kehendak pembuat janji atau
siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu,
maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji
itu.
4. Niat
a. Jika sesuatu perjanjian itu dibentuk dengan niat untuk mengadakan hubungan
perniagaan atau perdagangan, maka perjanjian itu akan mengikat disisi undang-
undang
5. Ketentuan
a. Kontrak yang sah itu perlulah mengandungi peruntukan yang nyata dan tentu (tidak
samar-samar)
6. Keupayaan
a. Seseorang yang layak membuat kontrak mestilah dewasa, berakal sempurna. Tidak
hilang kelayakan untuk berkontrak

2.3.2.3 Pelepasan kontrak

Sesuatu kontrak itu dikatakan dilepaskan jika


1. Dengan perlaksanaan
a. Apabila kedua-dua pihak telah menunaikan tugas-tugas yang telah mereka
persetujui, maka hal ini bermakna perlaksanaan yang penun telah berlaku
2. Dengan persetujuan
a. Mana-mana pihak kepada suatu kontrak boleh dilepaskan daripada
tanggungjawabnya dengan persetujuaan
b. Terdiri daripada
i. Kontrak gantian: pihak berkontrak bersetuju untuk menggantikan suatu
kontrak baru dengan kontrak asal
ii. Pindaan terma: apabila satu atau lebih dari terma kontrak ditukar ganti
dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.

15
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

iii. Persetujuan pengenepian: apabila suatu kontrak diketepikan hak dan


tanggungjawabnya dengan persetujuan kedua-dua belah pihak sebelum
kontrak dilaksanakan
c. Pelepasan kontrak juga boleh berlaku apabila penerima janji mengurangkan
sebahagian atau semua tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh pembuat
tawaran.
3. Dengan tiada kemungkinan
a. Kontrak boleh dilepaskan atau ditamatkan apabila berlaku salah satu daripada
keadaan berikut:
i. Kemusnahan perkara atau barang yang dikontrakkan
ii. Kegagalan matlamat kontrak
iii. Kematian atau ketidakupayaan seseorang
iv. Timbulnya ketidaksahihan
4. Dengan kemungkiran
a. Salah satu pihak gagal memenuhi janji
b. Salah satu pihak melakukan tugasan yang berlainan daripada terma yang
dipersetujui
c. Salah satu pihak memberitahu atau menyatakan hasratnya untuk tidak
melaksanakan terma yang dikontrakkan terdahulu.

Apabila satu pihak kepada kontrak memungkiri janjinya dan menyebabkan kerugian kepada pihak
yang satu lagi, maka pihak yang mengalami kerugian boleh menuntut pemulihan, gantirugi atau
remedy.

2.3.3 Menyediakan pembelian kontrak/projek penyamanan udara


2.3.3.1 Tawaran sebut harga/tender

Sebut Harga/Tender kerajaan

(Sebut harga merupakan kaedah untuk melaksanakan sesuatu perolehan yang melibatkan
jumlah had nilai melebihi RM20,000 hingga RM500,000 setahun di kalangan pembekal yang
berdaftar dalam kod bidang berkaitan.

Tender merupakan kaedah untuk melaksanakan sesuatu perolehan yang melibatkan jumlah had
nilai melebihi RM500,000 setahun di kalangan pembekal yang berdaftar dalam kod bidang berkaitan.

Bagi item Kontrak Panel Berpusat, perolehan yang bernilai melebihi RM50,000 perlu dilaksanakan
secara sebut harga.

2.3.3.2 Platform untuk mendapatkan tawaran


2.3.3.2.1 e-perolehan

Kementerian Kewangan (MOF) telah membangunkan Sistem ePerolehan (eP) sebagai salah satu
inisiatif di bawah Kerajaan Elektronik dalam usaha memodenkan urusan perolehan bekalan dan
perkhidmatan bukan perunding. Sistem eP ini telah diguna pakai oleh semua Agensi Kerajaan
Persekutuan sejak tahun 2000.

Sistem ePerolehan membolehkan agensi Kerajaan membuat perolehan bekalan/ perkhidmatan


secara atas talian sepenuhnya (end-to-end) dengan pembekal

16
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

ePerolehan merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan


produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet.

Perkhidmatan yang ditawarkan di dalam Sistem ePerolehan adalah meliputi:


a. Menghantar cadangan Tender / Sebut Harga
b. Menghantar permohonan
c. Menerima Permohonan
d. Menyemak status permohonan
e. Menyerahkan tawaran tender
f. Membuat / menerima pembayaran secara atas talian
g. Katalog Elektronik (eCat)

Faedah penggunaan system E-perolehan

Modul Pendaftaran Pembekal

Modul ini membolehkan pembekal yang ingin berurus niaga dengan Kerajaan berdaftar dengan
MOF. Semua pembekal wajib berdaftar dengan MOF sama ada sebagai Akaun Asas atau Akaun
Pendaftaran MOF seperti mana yang digariskan dalam Panduan Pendaftaran Pembekal dan Firma
Perunding yang boleh dimuat turun di portal rasmi ePerolehan. Berikut merupakan takrifan akaun-
akaun tersebut:
1. Akaun Asas adalah khusus bagi pembekal yang berhasrat untuk berurus niaga dengan
perolehan Kerajaan bagi had nilai tidak melebihi RM20,000 setahun dan melalui
pendaftaran yang ringkas.
2. Akaun Pendaftaran MOF adalah bagi pembekal/perunding yang berhasrat untuk
berurus niaga dengan perolehan Kerajaan berdasarkan kod bidang pendaftaran tertentu
tanpa had nilai. Proses pendaftaran adalah melalui verifikasi ke atas permohonan bagi
pematuhan ke atas semua syarat untuk pertimbangan MOF.

Modul Pembelian Terus dan Sebut Harga/Tender

17
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

Modul ini digunakan untuk melaksanakan kaedah perolehan iaitu pembelian terus, sebut harga dan
tender termasuklah bagi perolehan item yang mempunyai tatacara khusus di bawah 1PP/PK7. Modul
ini mengandungi dua sub modul iaituPembelian Terus dan Sebut Harga/Tender seperti berikut:
Pembelian Terus
(i) Pembelian terus merupakan kaedah bagi melaksanakan sesuatu perolehan yang melibatkan
jumlah perbelanjaan tahunan sehingga RM20,000 dan tertakluk kepada peraturan perolehan semasa
yang berkuat kuasa.
(ii) Bagi perolehan item Kontrak Panel Berpusat,perolehan boleh dilaksanakan secara pembelian
terus sehingga had nilai RM50,000 dan tertakluk kepada peraturan perolehan semasa yang berkuat
kuasa.
(iii) Kaedah pembelian terus boleh dibuat di kalangan pembekal yang berdaftar di bawah
pendaftaran Akaun Asas atau Akaun Pendaftaran MOF.
(iv) Kaedah pembelian terus hendaklah melalui proses seperti berikut :
(1) Carian Katalog
(a) Katalog di dalam Sistem eP hendaklah digunakan untuk mencari item dan pembekal bagi tujuan
kajian pasaran dengan membuat perbandingan harga item daripada sekurang-kurangnya tiga
(3) pembekal tempatan (mengikut negeri/daerah).
(b) Agensi dibenarkan membuat pertanyaan lanjut berkenaan sesuatu item (jika perlu) kepada
pembekal berkaitan di peringkat ini secara atas talian.
(c) Agensi hendaklah membuat carian pembekal atau penambahan item baharu melalui Pelawaan
Tawaran Harga(Simple Quote) sekiranya hasil carian item dan pembekal melalui katalogmendapati
bahawa:

2.3.3.2.2 lain-lain platform


1. artikel-artikel yang membantu dan memberikan panduan,
2. Media yang digunakan dapat menampilkan gambar-gambar yang diperlukan seperti ilustrasi
produk ataupun aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan
3. Media yang digunakan juga dapat memuatkan video yang mampu menggambarkan
perkhidmatan dan prestasi produk yang ditawarkan.
4. Mudah melampirkan dokumen-dokumen dalam pelbagai format pdf, doc, xls, ppt, atau yang
lain,
5. Mampu membantu pelanggan dalam berkomunikasi online dengan pengusaha.
6. Dapat berfungsi sebagai alat transaksi dan variasi media pembayaran (perbankan internet)
7. Dapat mencatat jumlah pengunjung,
8. Memudahkan pengguna dalam pencarian produk/perkhidmatan

Pemanfaatan media online menjadi pilihan tepat bagi pengusaha perniagaan untuk
mengembangkan perniagaan yang dijalankannya. Semakin mudah akses internet, semakin besar
manfaat yang diperolehi, serta semakin murah perbelanjaan yang diperlukan. Hal ini menjadi alasan
utama bagi pengusaha perniagaan untuk memilih media online sebagai satu jalan penyelesaian
untuk memperluas jangkauan perniagaan.

Pengusaha perniagaan perlu memilih media sosial yang sesuai dengan tujuan pemasarannya.
1. Facebook
a. didapati lebih sesuai untuk mendapatkan bilangan pelanggan yagn ramai kerana
penggunanya terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang.
b. Pengusaha perniagaan dapat menigkatkan hubungan dengan pelanggan degan
memanfaatkan fitur: events, update status, dan feedback.

18
PERNIAGAAN PENYAMANAN UDARA DMC 4152

c. Pengusaha pernigaan dapat memaksimakan penggunaan Facebook dengan


kekerapan membuat updates memuat naik gambar-gambar dan menambah link
laman web/WhatApps dan sebagainya bagi memudahkan perhubungan dengan
pelanggan.
2. Twitter
a. Sifatnya lebih terbuka dan untuk membangun awareness.
b. Dalam menggunakan Twitter, pengusaha perniagaan perlu menggunakan perkataan
yang sederhana dan mudah difahami dan disertai dengan link website untuk call-to-
action.
3. Instagram
a. Antara kelemahan Instagram adalah tidak dapat melampirkan link yang
menghubungkan ke laman web yang lain.

Media sosial dianggap sebagai satu nilai penggerak perniagaan di seluruh dunia. Malaysia juga
sebagai negara yang menekankan perniagaan digital menggalakkan usahawan menggunakan kaedah
media sosial sebagai pemangkin perniagaan.

Internet merupakan salah satu aspek penting dalam berhubungan dalam aplikasi sosial media,
internet telah merangkul dunia yang memegang peran manusia dalam kehidupan manusia. Internet
juga boleh di katakan menjadi rakan manusia untuk berkomunikasi dalam sosial media, melalui
internet manusia mendapat berbagai maklumat dan panduan untuk melakukan sesuatu yang baru.

Melalui internet manusia melakukan aktiviti perniagaan dan perusahaan tanpa mengira di mana
berada dan berapa jauh jarak antara peniaga dan pelanggan. Selain itu, melalui media masa atau
social manusia dapat menjalinkan hubungan social antara satu sama lain tanpa mengira tempat,
asal, dan keturunan.

Kebergantungan manusia terhadap media sosial menyebabkan mereka mencipta berbagai – bagai
laman sosial seperti facebook, myspace, blog dan seumpama dengannya. Melalui teknologi ini
semua golongan dapat menjalankan aktiviti perniagaan atau perusahaan samada di pejabat ataupun
di rumah khususnya untuk suri rumah yang mencari pendapatan tambahan dan mengisi masa lapang
mereka.

19

You might also like