You are on page 1of 2

PERKARA ASAS FARDU AIN

TAHUN 1

KOD : 01

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

SOALAN:

L1.1 Sebutkan lafaz dua kalimah syahadah dengan sempurna

JAWAPAN

SOALAN:

L1.2 Nyatakan erti dua kalimah syahadah

JAWAPAN: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh
Allah.

KOD: 02

RUKUN ISLAM

SOALAN:

L2.1 Sebutkan Rukun Islam satu persatu

JAWAPAN: Rukun Islam ada lima perkara:

1) Mengucap dua kalimah syahadah


2) Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
3) Berpuasa dalam bulan Ramadan
4) Mengeluarkan zakat
5) Menunaikan haji bagi yang berkemampuan

KOD: 03

RUKUN IMAN

SOALAN:

L3.1 Sebutkan Rukun Iman satu persatu

JAWAPAN: Rukun Iman ada enam perkara

1) Beriman kepada Allah


2) Beriman kepada Malaikat
3) Beriman kepada Kitab
4) Beriman kepada Rasul
5) Beriman kepada Hari Kiamat
6) Beriman kepada Qada’ dan Qadar

L3.2 Bagaimana anda beriman kepada Allah s.w.t?

JAWAPAN: Mengaku bahawa Allah s.w.t ada dan melaksanakan perintah-Nya dengan sempurna
KOD: 04

BERISTINJAK

SOALAN L4.1 Terangkan cara beristinjak dengan menggunakan air

JAWAPAN: Membasuh qubul dan dubur dengan menggunakan air mutlak sehingga diyakini bersih

SOALAN L4.2 Sebutkan benda-benda yang boleh digunakan untuk beristinjak selain air

JAWAPAN: benda-benda yang boleh digunakan untuk beristinjak selain air IALAH:

1) Batu
2) Benda kesat

L4.3 Terangkan cara beristinjak dengan menggunakan batu atau benda kesat

Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu atau benda yang
kesatsehingga diyakini bersih

You might also like