You are on page 1of 1

QIT KEDAI BULOH

D/A Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh


Jalan Pantai Cahaya Bulan
15350 Kota Bharu, Kelantan Tel :- 7741028
Ruj kami : QIT/KBH/SU/06/( 7 )
Tarikh : 10 MAC 2020

Kepada
Tuan Guru Besar QIT Kedai Buloh
Kota Bharu, Kelantan

Tuan,

SESI PEMILIHAN PASUKAN BOLASEPAK B12 QIT KEDAI BULOH 2020.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Satu sesi pemilihan umtuk membentuk kontinjen pasukan bolasepak QIT Kedai
Buloh 2020 sebagai persiapan ke kejohanan peringkat MSSD Kota Bharu Utara akan
diadakan di padang SK Kedai Buloh 2 sebagaimana ketetapan berikut.

1. 12 Mac (Khamis) 4.30 – 7.00 petang


2. 15 dan 16 MAC 2020 (Isnin dan Ahad) 7.30 – 10.00 pagi

3. Panel pemilihan QIT telah mengenal pasti dan memilih sejumlah pemain untuk
sesi pemilihan sebagaimana Lampiran hasil daripada kejohanan peringkat QIT yang
telah dilangsungkan pada 4,5 dan 8 Ma 2020 yang lalu. Pihak tuan dipohon untuk
menghantar para pemain dari sekolah tuan pada masa yang telah dinyatakan di
atas.

4. Kerjasama dari pihak tuan bagi melancarkan program ini amatlah dihargai
demi kejayaan dab kecemerlangan QIT Kedai Buloh.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas

(HUSIN BIN HAJI DERAMAN)


Pengerusi QIT Kedai Buloh
QIT Kedai Buloh

You might also like