You are on page 1of 1

Ruj Tuan :

Ruj Kami : Bil ( ) Mtaq (SRAT) /01/08/01


Tarikh : 24 September 2018/14 Muharam 1440H

Kepada

Ibu/bapa/penjaga

Murid-murid SRI At-Tanwiriah (Tahfiz),

Parit Jawa, Muar, Johor

Assalamualaikum w.b.t

Tuan / Puan,

TEMPAHAN BUKU TEKS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2019

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan membuat tempahan buku teks bagi sesi
persekolahan 2019.

3. Sehubungan itu, ibubapa/penjaga yang berminat untuk membuat tempahan buku teks boleh
mengisi borang seperti di Lampiran.

4. Borang beserta bayaran buku hendaklah diserahkan kepada guru kelas masing-masing selewat-
lewatnya pada 5 Oktober 2018 (Khamis). Borang tempahan yang lewat dihantar daripada tarikh yang
telah ditetapkan tidak akan diproses.

Kerjasama yang baik daripada pihak tuan / puan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

“MEMBINA GENERASI AL-QURAN RABBANI”

Yang benar,

_____________________________
(USTAZ MOHD RAHMAN BIN MARDI)
Guru Besar
Sekolah Rendah Islam At-Tanwiriah (Tahfiz)

You might also like