You are on page 1of 1

Setiausaha,

Jawatankuasa Penaja Kelab Pencinta Alam / Alam Sekitar,


SK. Raja Perempuan Muzwin,
33000 Kuala Kangsar,
Perak.

Rujukan Tuan :
Rujukan Kami :
Tarikh : 06.04.2022

Tuan Guru Besar,


SK Raja Perempuan Muzwin,

Melalui:
Guru Penasihat,
Jawatankuasa Penaja Kelab Pencinta Alam / Alam Sekitar,
SK. Raja Perempuan Muzwin.

Tuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN KELAB PENCINTA ALAM / ALAM SEKITAR


SK RAJA PEREMPUAN MUZWIN

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, Diyana Amani Binti Ahmad Fakrur Razi
berdasarkan Peraturan (4) dalam warta Kerajaan bertarikh 21 hb Mei 1998 P.U. 196, yang berkait dengan
Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Kelab Pencinta Alam /
Alam Sekitar SK. Raja Perempuan Muzwin mulai 30.3.2022.

3. Bersama-sama ini disertakan :


3.1 Draf Perlembagaan
3.2 Draf Aktiviti Asas
3.3 Senarai nama Jawatankuasa Penaja

4. Kerjasama daripada pihak tuan untuk meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………….
( )
Setiausaha,
Jawatankuasa Penaja Kelab Pencinta Alam / Alam Sekitar,
SK. Raja Perempuan Muzwin.

You might also like