Professional Documents
Culture Documents
HTTPSWWW - Jpapencen.gov - Mycat289562publishedperkara43 Ma - HTML
HTTPSWWW - Jpapencen.gov - Mycat289562publishedperkara43 Ma - HTML
BAHAGIAN IV - PERSEKUTUAN
Bab 3 - Badan Eksekutif
(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-
Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen,
tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli
Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas
permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan, jika dia telah dilantik menjadi
Perdana Menteri, dia ialah ahli Dewan Rakyat yang baru itu, dan dalam apa-apa hal lain, dia
ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka
Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas
permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
(5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang
jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-
mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri,
tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.
(6) Sebelum seseorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat
dan menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia
dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.
(7) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara ini, seseorang yang menjadi warganegara
melalui penaturalisasian atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 tidak boleh dilantik
menjadi Perdana Menteri.
(8) (Dimansuhkan).
(9) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan anggota-
anggota Jemaah Menteri.
_____________________________________
CATATAN
Per.43
Lihat Per.57(1A).
Fasal (5):
1.
Perkataan "melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-
Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri," dimasukkan oleh Akta 10/1960, seksyen 5,
berkuat kuasa dari 31-5-1960.
2.
Lihat Per. 43A(3).
Fasal (8) dimansuhkan oleh Akta A857, seksyen 2, berkuat kuasa dari 20-8-1993.
Fasal (9): Lihat Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237].