You are on page 1of 4

SK FELDA BUKIT KEPAYANG MUSOLLA AL-MARWAH

28320 TRIANG SK (F) BUKIT KEPAYANG


PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA
LAWATAN
PENANDA ARAS
MUSOLLA SK BINJAI,
KEMAMAN, TERENGGANU

TARIKH:
8JULAI 2018M
24 SYAWAL 1439H

HARI:
AHAD
“CEMERLANG AKADEMIK DAN SAHSIAH”

LAWATAN PENANDA ARAS

1
KE SK BINJAI, KEMAMAN
JOHAN ASISS TAHUN 2017

1.0 PENDAHULUAN
Surau merupakan tempat utama membentuk sahsiah peribadi murid yang soleh
dan solehah. Keperibadian muslim terbentuk apabila surau memainkan peranan menjadi
tempat untuk melakukan ibadat syariat yang dituntut mahu pun yang sunat.Surau yang
kondusif penting untuk membolehkan hati bersih terpaut kuat untuk mengingati Allah
dengan lebih tenang dan sempurna. Justeru visi sekolah iaitu ’cemerlang sahsiah ,
akademik, kokurikulum dan keceriaan’ menjadi agenda utama membangunkan sahsiah
islamiah dan biah solehah untuk semua warganya. Menjadikan surau medan utama
pembentukannya, maka kertas kerja ini dibuat untuk memberikan kesempurnaan surau
sekolah yang ada, menyempurnakan lagi kekurangan yang sedia ada. Lebih-lebih lagi
banyak program dinniah dilangsungkan di sini. SK (F) Bukit Kepayang telah dipilih
mewakili Daerah Bera ke Anugerah Surau al-Makmur Sekolah Negeri Pahang (ASAMP)
dan seterusnya in sha Allah ke Anugerah Surau Imarah Sekolah (ASIS) KPM 2018
kategori Musolla Sekolah Rendah. Untuk menimba pengalaman dan ilmu berkaitan
dengan anugerah ini, maka Jawatankuasa Musolla al-Marwah telah bersetuju memilih
SK Binjai, Kemaman, yang memperolehi Anugerah Khas ASIS Tahun 2017 sebagai
tempat lawatan penanda aras.

2.0 MATLAMAT

Lawatan sehari ke SK Binjai, menjadi tempat rujukan utama untuk memantapkan


persiapan sekolah ke ASAMP dan seterusnya ASIS. Memberikan pengalaman bermakna
bagi semua jawatankuasa, guru-guru, PIBG dan komuniti bagi merealisasikan semua
kelengkapan yang diperlukan mengikut piawaian yang dikehendaki.

3.0 RASIONAL

3.1 Membantu jawatankuasa kerja mencari idea bagi menjana musolla yang
kondusif
3.2 Memperlengkapkan pengurusan fail musolla yang dikehendaki.
3.3 Meluaskan lagi pengalaman dan pendedahan jawatankuasa tentang instrumen
musolla yang di pantau dan dinilai.
3.4 Memberi pendedahan mengenai ASIS yang telah dinobatkan kepada sekolah
tersebut.

4.0 OBJEKTIF

2
4.1 Mencari alternatif kepada Jawatankuasa Musolla al-Marwah untuk menjana
musolla yang kondusif, mencari model ikutan secara sistematik.
4.2 Memberikan pengalaman bermakna dan perkongsian ilmu bagi semua
jawatankuasa Musolla al-Marwah dan rakan komuniti serta sinergi bagi
membangunkan musolla sebagai ‘one stop center’.
4.3 Mencari idea untuk membina Musolla al-Marwah memenuhi spesifikasi
instrumen penilaian yang disediakan oleh Sektor Dakwah dan Kepimpinan,
Bahagian Pendidikan Islam KPM.
4.4 Menyatukan silaturrahim Jalinan Mesra Musolla SK Binjai bersama Musolla al-
Marwah SK (F) Bukit Kepayang.
4.5 Mengaplikasikan segala amalan terbaik dan inovasi yang diperolehi untuk
Musolla al-Marwah, penambahbaikan dan standing Musolla SK Binjai, yang
merupakan Johan ASISS KPM 2017.

5.0 PESERTA LAWATAN

5.1 Guru : 20 orang


5.2 PIBG : 3 orang
5.3 Group Unit Ukhwah : 7 orang

JUMLAH PESERTA : 30 ORANG

6.0 TARIKH DAN TEMPAT

6.1 Tarikh : 8 Julai 2018

6.2 Hari : Ahad

6.3 Tempat : SK Binjai, Kemaman, Terengganu

7.0 TENTATIF LAWATAN

8 Julai 2018 ( Ahad )

7.00 pagi : Bertolak dari SK Felda Bukit Kepayang

11.00 pagi : Tiba di SK Binjai


: Taklimat sekolah

3
: Lawatan ke Musolla dan kawasan sekitarnya

: Minum tengahari dan solat zohor

2.00 petang : Bersurai

8.0 JAWATANKUASA

Penasihat : Pn.Mazleyaton Bt Lias (Guru Besar)


Pengerusi : Pn.Norazilah Bt Sulaiman (GPK HEM)
Naib Pengerusi : En.Abd.RahmanB.Jelani (GPK Pentadbiran)
En.SafriB.Mohamed ( GPKKokurikulum)

Penyelaras / Setiausaha
: Pn.Hastini Hj Awang

Naib Setiausaha : En.NoorAzrul B.Ahmad


Bendahari : Pn.Siti Mariam Bt.Hasan
AJK : En. Ahmad Shahrin B. Ab.Samat

9.0 PENUTUP

Adalah diharapkan lawatan ini mendapat sokongan dari pelbagai pihak bagi memberi
inspirasai dan pengalaman bermakna kepada Jawatankuasa Musolla al-Marwah SK (F)
Bukit Kepayang untuk bergerak ke ASAMP.

Disediakan oleh,

………………………………………………
( HASTINI HJ AWANG )
Setiausaha Lawatan Penanda Aras Musolla,
SK Felda Bukit Kepayang,
Triang, Pahang.

Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………………… ………………………………

( EN SAFRI BIN MUHAMED ) ( PN MAZLEYATON BT LIAS )


GPK KOKURIKULUM, Guru Besar,
SK Felda Bukit Kepayang SK Felda Bukit Kepayang.

You might also like