You are on page 1of 13

LAMPIRAN B

GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2023

1
1.0 TUJUAN

Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pegawai di


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), jabatan pendidikan
negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD), pentadbir dan
guru.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 YAB Perdana Menteri telah membentangkan Belanjawan


2023: Membangun Malaysia MADANI pada 24 Februari
2023. Berdasarkan pembentangan tersebut, peruntukan
sebanyak RM20 juta telah diumumkan bagi pelaksanaan
program gotong-royong di sekolah KPM seluruh Malaysia.

2.2 Program gotong-royong MADANI 2023 bertujuan memupuk


perpaduan dalam kalangan warga pendidikan dan
mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat, komuniti,
agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam
membangunkan kemenjadian murid.

2.3 Jawatankuasa Induk Kebersihan, Kesihatan dan


Keselamatan (3K) telah diwujudkan sejak tahun 2008 bagi
memantau dan menambah baik aspek kebersihan,
kesihatan dan keselamatan institusi pendidikan KPM.
Peranan ini direalisasikan di sekolah melalui Jawatankuasa
Pengurusan 3K Peringkat Sekolah. Program gotong-royong
merupakan satu aktiviti bawah Program 3K.

2.4 Program gotong-royong merupakan aktiviti luar bilik darjah


selaras dengan kurikulum Pendidikan Moral dan Pendidikan
Sivik.

3.0 TAFSIRAN

3.1 Gotong-royong bermaksud suatu kegiatan yang dilakukan


secara bersama-sama, tolong-menolong dan bersifat
sukarela.

2
3.2 Program 3K bermaksud aktiviti berkaitan kebersihan,
kesihatan dan keselamatan dalam sesebuah organisasi.

3.3 Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS)


merupakan kumpulan penggerak yang menyokong
pendidikan di institusi pendidikan bawah KPM.

4.0 OBJEKTIF

Objektif gotong-royong ini adalah seperti berikut :

4.1 meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan


sekolah;

4.2 mengeratkan kerjasama antara sekolah dengan komuniti


melalui pelibatan agensi awam, swasta dan badan bukan
kerajaan (NGO);

4.3 memupuk perpaduan dalam kalangan ibu bapa dan


komuniti setempat;

4.4 membudayakan amalan gotong-royong dalam kalangan


warga sekolah (murid, guru dan anggota khidmat
pengurusan); dan

4.5 memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti


kerjasama, bertanggungjawab, bertolak ansur dan rajin.

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tempoh

Julai hingga September 2023


(Sabtu yang dibenarkan atau hari lain mengikut budi bicara
pengetua/guru besar)

5.2 Kumpulan sasaran

Semua warga sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan


(semua guru, murid tahap 2 bagi sekolah rendah dan

3
semua murid bagi sekolah menengah/kolej vokasional/kolej
tingkatan enam)

5.3 Pelibatan Pihak Luar

5.3.1 Pelibatan komuniti

i. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Pelibatan


Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS)
dan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).

ii. Agensi awam, badan berkanun dan swasta yang


bersesuaian seperti KKM, KPKT, KDN dan
badan bukan kerajaan (NGO).

iii. Alumni.

iv. Masyarakat setempat.

5.3.2 Pekerja Kontrak Perkhidmatan Kebersihan Bangunan


dan Kawasan (KBK) di sekolah dilibatkan dalam
program ini berdasarkan skop kerja perkhidmatan
sedia ada.

5.4 Keselamatan

5.4.1 Semua pihak perlu mengutamakan aspek keselamatan


bagi mengelakkan kecederaan atau kemalangan
semasa program gotong-royong.

5.4.2 Sekiranya kawasan sekolah menghadapi cuaca panas


dan kering berpanjangan yang boleh memudaratkan
kesihatan, pihak sekolah boleh merancang jenis aktiviti
gotong-royong mengikut kesesuaian dengan mematuhi
Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2023: Garis
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan
Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa
Cuaca Panas.

4
5.4.3 Memakai pakaian dan menggunakan peralatan yang
bersesuaian.

6.0 SUMBER

6.1 Kewangan KPM

6.1.1 Peruntukan disalurkan ke sekolah melalui


JPN/PPD.

6.1.2 Peruntukan hendaklah dibelanjakan mengikut


tatacara dan peraturan kewangan yang sedang
berkuat kuasa.

6.1.3 JPN/PPD perlu menyelaras peruntukan dengan


mengambil kira enrolmen murid dan bilangan
sekolah.

6.1.4 Peruntukan boleh dibelanjakan bagi tujuan berikut:

i. peralatan dan bahan pembersihan;


ii. peralatan pembaikan kecil;
iii. bahan dan peralatan mengecat;
iv. makan dan minum (maksimum 20% daripada
peruntukan); dan
v. keperluan lain yang berkaitan.

6.2 Sumber lain

6.2.1 Pihak sekolah digalakkan mendapatkan sumbangan


atau tajaan bawah tanggungjawab sosial korporat dari
aspek kepakaran, kemudahan, peralatan dan
makanan yang diperlukan untuk menjayakan
pelaksanaan program ini daripada pihak luar.

6.2.2 Tatacara penerimaan sumbangan perlu mematuhi


Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3 Tahun 2018:

5
Panduan Penyaluran dan Penerimaan Sumbangan
daripada Sektor Swasta dan Bukan Swasta kepada
Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
Kementerian Pendidikan Malaysia.

7.0 SKOP AKTIVITI

Program gotong-royong berfokuskan kepada aktiviti berikut:

7.1 kebersihan dan keceriaan sekolah; dan

7.2 pembaikan kecil di sekolah.

8.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

8.1 KPM

8.1.1 Menyediakan perancangan pelaksanaan program.

8.1.2 Menyediakan garis panduan pelaksanaan


program.

8.1.3 Menetapkan dan menguruskan pengagihan


peruntukan.

8.1.4 Memberi taklimat pelaksanaan program kepada


JPN.

8.1.5 Mengumpul dan menyediakan laporan


pelaksanaan program.

8.2 JPN/PPD

8.2.1 Mengagihkan peruntukan kepada sekolah.

8.2.2 Memberi taklimat program kepada sekolah.

8.2.3 Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada


sekolah.

8.2.4 Memantau pelaksanaan program di sekolah.

6
8.2.5 Mengemukakan laporan program kepada KPM.

8.3 Sekolah

8.3.1 Menggerakkan Jawatankuasa Pengurusan 3K


peringkat sekolah untuk menjayakan program
gotong-royong.

8.3.2 Merancang dan melaksanakan program.

8.3.4 Menyelaras pengoperasian program bersama


PIBG/PIBKS dan agensi lain yang terlibat.

8.3.5 Mendapat maklumat dan nasihat daripada


JPN/PPD.

8.3.6 Menghantar laporan program kepada JPN/PPD.

8.4 PIBG/PIBKS/LPS
8.4.1 Bekerjasama dengan sekolah untuk melaksanakan
program gotong-royong dari aspek tenaga, sumber
kewangan, nasihat dan bantuan kepakaran.

8.4.2 Membantu sekolah mendapatkan dana tambahan,


kepakaran dan sumber tenaga daripada agensi
luar untuk menjayakan program ini.

8.5 Agensi Luar dan NGO


Membantu sekolah melalui sumbangan dana, kepakaran
dan sumber tenaga untuk menjayakan program.

9.0 PELAPORAN
9.1 Sekolah mengemukakan laporan menggunakan Lampiran
1 (i&ii) dengan menyertakan laporan bergambar sebelum
dan selepas pelaksanaan program kepada JPN/PPD dalam
tempoh tujuh (7) hari selepas selesai program.

9.2 JPN/PPD mengemukakan laporan peringkat negeri


menggunakan Lampiran 2 kepada Bahagian Pengurusan

7
Sekolah Harian (BPSH) selewat-lewatnya pada 15 Oktober
2023.

9.3 BPSH membentangkan laporan pelaksanaan kepada


pengurusan tertinggi KPM selewat-lewatnya pada 31
Oktober 2023.

10.0 PERTANYAAN
Sekolah hendaklah merujuk kepada Unit Hal Ehwal Murid (HEM)
di JPN/PPD masing-masing untuk sebarang pertanyaan lanjut.

11.0 PENUTUP

Program gotong-royong yang dilaksanakan secara bersepadu


antara sekolah dengan ibu bapa, komuniti, agensi kerajaan dan
NGO dapat mewujudkan perpaduan antara semua pihak selaras
dengan hasrat kerajaan ke arah melahirkan masyarakat madani.

8
Lampiran 1 (i)

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2023

Nama sekolah :_________________________


Kod sekolah :_________________________
PPD :_________________________
JPN :_________________________

Aktiviti Kawasan Jumlah Agensi Luar Perbelanjaan


Dilaksanakan Terlibat Peserta Terlibat terlibat (mengikut
(mengikut item)
kategori)
Contoh: Contoh: Contoh: Contoh: Contoh:
1. Mengecat 1. Bilik darjah 1.Guru- xx orang 1. Jabatan 1. Peralatan-
2. Kebersihan 2. Tandas 2.Murid- xx orang Bomba RMxx
3. Pembaikan 3. Dewan 3.Agensi luar-xx dan 2. Makan
kecil 4. Surau orang Penyelam minum- RMxx
at 3. Saguhati
2. Alumni
Sekolah
JUMLAH
KOS

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(Penolong Kanan HEM) (Pengetua/Guru Besar)

9
Lampiran 1 (ii)

LAPORAN BERGAMBAR

Situasi sebelum Situasi selepas

10
Lampiran 2

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2023

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI :...................................................................

Jumlah
Pejabat sekolah Jumlah Jumlah Peratus
Bil Pendidikan terlibat Peruntukan Perbelanjaan Perbelanjaan
Daerah
SM SR
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

(Sektor Pembangunan Murid) (Pengarah Pendidikan Negeri)

11
SENARAI SEMAK PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2023

Bil. Perkara Tindakan Tempoh Masa


Sekurang-
kurangnya
1. Perancangan program Sekolah sebulan sebelum
program
dilaksanakan
Pelaksanaan gotong- Julai-September
2. Sekolah
royong 2023
7 hari selepas
Laporan program kepada
3. Sekolah aktiviti gotong
JPN/PPD
royong
Rumusan laporan program selewat-lewatnya
peringkat negeri kepada pada 15 Oktober
4. Bahagian Pengurusan JPN 2023.
Sekolah Harian

Pembentang laporan selewat-lewatnya


5. program kepada BPSH pada 31 Oktober
pengurusan tertinggi KPM 2023.

12
CARTA ALIR PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2023

Mula

Penyediaan kertas kerja


Perancangan di peringkat (sekurang-kurangnya
sebulan sebelum program
sekolah dilaksanakan

Pelaksanaan program Julai-September 2023


gotong-royong di sekolah

Laporan program oleh


7 hari selepas program
sekolah kepada JPN/PPD

Laporan program oleh JPN 15 Oktober 2023


kepada BPSH

Laporan program kepada 31 Oktober 2023


Pengurusan tertinggi KPM
Pengurusan teringgi KPM

Tamat

13

You might also like