You are on page 1of 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENGHARGAAN MBPK PPD HULU SELANGOR TAHUN 2022

PERKARA TINDAKAN QUE


Pengumuman Mohon perhatian.
Bagi memastikan majlis kita berjalan dengan lancar, para hadirin
diingatkan agar tidak membuat bising serta mematikan telefon
bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.
Ketika pengumuman ketibaan tetamu kehormat, diminta semua
hadirin untuk berdiri.
Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan yang berusaha En. Mahmud Pa’aid b. VIP
Yusoff Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor menghampiri
Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor diiringi perkarangan
oleh dif-dif kehormat masuk ke perkarangan majlis. Hadirin diminta majlis
berdiri.

Nyanyian lagu Para hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan Selesai VIP
 Lagu Negaraku mengambil
 Lagu Negeri Selangor tempat.

........................Nyanyian Lagu...........................

Para hadirin dipersilakan duduk.

Salutasi Sirih berlipat sirih pinang, VIP dan semua


Sirih dari Pulau Mutiara, hadirin duduk.
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam sehati
menggungguli prestasi.
Yang berusaha,
Encik Mahmud Pa’aid b. Yusoff,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor

Puan Faranina binti Saleh,


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran

Encik Saipul Azhar bin Idris


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran

Encik Azhar bin Hassan


Pengetua SMK Ampang Pecah
dan
Puan Nor Azlina binti Ahmad
Guru Besar SK Ampang Pecah

Selaku sekolah pengelola bersama program Majlis Penghargaan


Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) PPD Hulu Selangor
tahun 2022.

Pengetua-pengetua dan Guru-guru Besar,

Barisan Penolong Kanan dan Penyelaras Pendidikan Khas


sekolah-sekolah Daerah Hulu Selangor,

Ahli Jawatankuasa Pelaksana, guru-guru Program Pendidikan Khas


Daerah Hulu Selangor seterusnya murid-murid yang dikasihi
sekalian.
Aluan pengerusi Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
majlis dan izin-Nya dapat kita berkumpul dalam Majlis Penghargaan Murid
Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) PPD Hulu Selangor tahun
2022.

Untuk makluman para hadirin, majlis ini merupakan satu program


yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas PPD Hulu Selangor
untuk memberikan pengiktirafan kepada Murid Bekeperluan
Pendidikan Khas (MBPK) sekolah rendah dan sekolah menengah
yang cemerlang dalam program-program yang telah dianjurkan di
peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan bagi tahun 2022. Ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri kepada
MBPK agar dapat berusaha dengan gigih untuk mengejar kejayaan
setanding dengan murid-murid di aliran perdana.

Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara,
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.

Hadirin yang dihormati,


Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan ini
mempersilakan
Encik Nik Khairul Azman bin Nik Husin,
Dari SK Kuala Kubu Bharu
Untuk memimpin bacaan doa. Falya tafaddhal masykura.

...........................(Bacaan Doa)............................
Selesai baca
Aamiin, aamiin Ya Rabbal A’lamiin. doa
Terima kasih diucapkan kepada Encik Nik Khairul Azman atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.
Ucapan alu- Hadirin sekalian,
aluan
penyelaras Bukan rumput sebarang rumput,
program Rumput penghias tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang berusaha,


Encik Azhar bin Hassan
Pengetua SMK Ampang Pecah
Selaku sekolah pengelola bersama program Majlis Penghargaan
Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) PPD Hulu Selangor
tahun 2022 untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

......................Ucapan Penyelaras Program...................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Azhar bin


Hassan, atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan
perasmian Pahlawan Iban gagah perkasa,
KPPD Musuh datang habis dibasmi,
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, mohon merasmi.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang


Berusaha, En. Mahmud Pa’aid bin Yusoff,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran,
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor untuk menyampaikan
ucapan seterusnya, merasmikan Majlis Penghargaan Murid
Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) PPD Hulu Selangor tahun
2022.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
......................Ucapan Perasmi...................

Kalungan apresiasi buat yang berusaha, En. Mahmud Pa’aid b.


Yusoff atas ucapan dan perasmian majlis sebentar tadi.
Penyampaian
anugerah Terbang tinggi si burung helang,
Sekolah rendah Berkicau kenari sambil berterbangan,
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Melati kuntum cantik rupanya,


Tumbuh melata di tepi kali,
Majlis Penghargaan MBPK tahun 2022
Hari insan cemerlang untuk dihargai.

Sidang hadirin sekalian,


Kini, tibalah majlis yang ditunggu-tunggu. Penyampaian hadiah dan
sijil kepada Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) sekolah
rendah dan sekolah menengah yang cemerlang dalam program-
program yang telah dianjurkan di peringkat Daerah, Negeri dan
Kebangsaan sepanjang tahun 2022.

Bagi menyempurnakan majlis, dipersilakan Yang Berusaha, En.


Mahmud Pa’aid bin Yusoff, Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu
Selangor diiringi oleh En. Saipul Azhar b. Idris, Penolong
Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Khas, Sektor
Pembelajaran untuk menyampaikan hadiah dan sijil.

Dimulakan dengan penerima hadiah bagi sekolah rendah.


Dipersilakan........

......................penyampaian hadiah...................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha,
En. Mahmud Pa’aid b. Yusoff, Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah, Sektor Pembelajaran, PPD Hulu Selangor dan En.
Saipul Azhar b. Idris, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran atas kesudian
menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Majlis akan berehat seketika. Dijemput dif-dif kehormat untuk


menjamu selera.

Penyampaian Mohon perhatian,


anugerah Majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Para hadirin diminta
Sekolah rendah untuk mengambil tempat masing-masing.

Hadirin sekalian,
Majlis kini diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan sijil bagi
sekolah menengah. Dengan ini dipersilakan, En. Mahmud Pa’aid
b. Yusoff, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor
Pembelajaran, PPD Hulu Selangor dan Pn. Faranina binti Saleh
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Khas,
Sektor Pembelajaran untuk menyampaikan hadiah.

Dengan ini dipersilakan......

......................penyampaian hadiah...................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha,


En. Mahmud Pa’aid b. Yusoff, Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah, Sektor Pembelajaran, PPD Hulu Selangor dan Pn.
Faranina binti Saleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran atas kesudian
menyampaikan hadiah sebentar tadi.
Penutup Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian para puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Sayang selasih bunganya wangi,


Ia cantik tapi berduri,
Terima kasih sekalung budi,
Moga berjumpa di lain hari.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua penerima


hadiah yang telah berjaya mengharumkan nama Hulu Selangor.
Semoga dengan pengiktirafan ini akan memberi suntikan dan
semangat yang lebih membara kepada semua untuk terus
berusaha dengan lebih cemerlang di masa akan datang.

Para hadirin sekalian,


Kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam memastikan Majlis Penghargaan Murid
Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) PPD Hulu Selangor tahun
2022 dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih juga diucapkan
kepada semua yang hadir atas kerjasama yang diberikan bagi
mengharmonikan majlis.
Sekian sahaja daripada saya, andai ada terkasar dan tersalah
bahasa harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik datangnya
daripada ALLAH s.w.t dan sebarang kekurangan itu datangnya dari
kekhilafan diri kami sendiri.
Sekian sahaja daripada saya, saya Nur Atiqah Binti Adni, mohon
mengundurkan diri.
Wabillahitaufiq walhidayah Assalamualaikum w.b.t dan semoga
bertemu lagi.

You might also like