You are on page 1of 8

Sila sertakan Muka Depan pada setiap tugasan untuk diserahkan kepada pensyarah.

Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan lengkap dan betul dan membubuh tandatangan
di ruang yang disediakan di bawah.

Anda diingatkan untuk


membuat salinan setiap tugasan
yang telah anda hasilkan.

NAMA SUBJEK:

E C D 1 3 2 3
KOD SUBJEK:

TAJUK TUGASAN:

DIHASILKAN OLEH
NAMA PELAJAR:
NOMBOR MATRIK: S C 2 2 0 3 1 0 0 9
1 NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI

UNTUK PERHATIAN (NAMA PENSYARAH):

TARIKH SERAHAN: 1 6 / 0 8 / 2 0 2 2

Saya mengaku bahawa tugasan ini dihasilkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan
ciplakan atau peniruan.
……………………………………
( NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI )
PENGENALAN

Tadika adalah singkatan bagi Taman Didikan Kanak-kanak. Pendidikan kanak-kanak di


tadika berasaskan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Program pendidikan pra-sekolah di Malaysia telah mula
diperkenalkan pada era 1950-an dan mula berkembang dengan pesat pada tahun 1960.
Konsep utama penubuhan tadika atau prasekolah adalah bagi menyediakan pengalaman
pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur lingkungan 4 hingga 6 tahun untuk tujuan
pendidikan dan menerima upah bagi mengasah dan menyuburkan potensi mereka dalam
semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan memasuki ke alam persekolahan di peringkat rendah. Program ini juga dirancang
sebagai pendidikan untuk pertumbuhan dan perkembangan jasmani dan rohani kanak-kanak
bagi melatih mereka sebelum memasuki pendidikan dasar. Maklamat utama pendidikan di
tadika ialah sebagai persediaan awal untuk ke alam persekolahan formal apabila kanak-kanak
berumur tujuh tahun.

Selain itu, pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas yang penting bagi kanak-
kanak dalam perkembangan hidup mereka selepas menerima pendidikan di rumah.
Pendidikan prasekolah juga merupakan pendidikan awal yang dapat menarik minat dan
memberi gambaran awal pendidikan bagi kanak-kanak sebelum ke peringkat sekolah rendah.

Bagi menubuhkan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak seseorang pengurus haruslah


mengetahui peraturan dan syarat-syarat bagi penubuhan sebuah tadika. Setiap tadika
ditubuhkan tertakluk kepada undang-undang yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996.
Penubuhan tadika boleh didakwa di sisi undang-undang sekiranya tidak mengikut syarat-
syarat yang telah ditetapkan. Penubuhan tadika ini dapat memastikan perkembangan emosi
dan kognitif kanak-kanak lebih optimum dan dapat mengasaskan pendidikan sepanjang
hayat. Pengusaha perlulah memahami konsep tadika sebelum menubuhkannya. Tadika adalah
singkatan bagi Taman Didikan kanak-kanak yang dibina berdasarkan Kurikulum Standard
Prasekolah (KSPK). Jumlah kanak-kanak disesebuah kelas tidak melebihi 25 orang dan
beroperasi selama tidak kurang dari 3 jam.

1
Kekangan pengusaha tadika yang menyebabkan mereka tidak dapat kelulusan untuk
mendapatkan lesen untuk beroperasi ialah kerana faktor pemilihan lokasi yang salah atau
tidak sesuai bagi menubuhkan sebuah tadika. Pengusaha, pemaju, PBT dan agensi teknikal
hendaklah mengenalpasti atau merancang tapak tadika dan taska yang strategik berasaskan
dengan cadangan pembangunan dalam rancangan pemajuan, bilangan penduduk, nisbah
pengasuh, lokasi dan keadaan tapak. Perancangan tapak kemudahan tadika hendaklah selaras
dengan cadangan dan strategi pembangunan dalam rancangan pemajuan iaitu RT dan RKK
yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa nergeri.

Tapak kemudahan tadika dan taska tidak dibenarkan di kawasan berpaya, berbukit dan
bercerun curam serta kawasan berisiko bencana seperti hakisan, tanah runtuh, banjir,
berdekatan laluan talian rentis elektrik dan kawasan industri atau kilang berisiko tinggi.
Lokasi tadika perlulah dibina di tempat yang jauh daripada pusat hiburan, tidak diganggu
oleh pencemaran bunyi dan mendapat kebenaran jiran terdekat jika premis di kawasan
perumahan. Tadika juga tidak dibenarkan di sepanjang jalan atau berhampiran jalan utama
untuk penjagaan keselamatan kanak-kanak. Semua cadangan tapak tadika hendaklah dibuat
dengan cekap, teliti, selamat dan efisien dari aspek sistem sirkulasi lalu lintas serta
mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi bagi memudahkan urusan menghantar dan
mengambil kanak-kanak untuk menekankan aspek keselamatan.

Selain itu, reka bentuk bangunan juga adalah salah satu syarat utama bagi menubuh
sebuah tadika. Reka bentuk bangunan perlulah ditekankan bagi keperluan semua golongan
sama ada kanak-kanak, dewasa, tua dan golongan OKU untuk memberi kemudahan akses di
dalam dan di luar bangunan. Contohnya, ramp dan handrail. Bangunan tadika hendaklah di
dalam keadaan baik, bersih, cantik, ceria dan dicat di luar dan di dalam supaya kelihatan
menarik dan sesuai bagi perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Reka bentuk
bangunan perlu diambil kira bagi keperluan tadika dan taska yang terletak di aras pertama di
bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih termasuk bangunan perniagaan di mana
jalan keluar, pintu dan tangga kecemasan mestilah disediakan.

2
Keluasan lantai dan komponen kemudahan hendaklah disediakan dengan tepat dan
sesuai. Keperluan keluasan ruang lantai minimum bagi tadika yang beroperasi perlulah
mempunyai kawasan kering dan basah yang bersesuaian seperti kelas, bilik guru, tandas, stor
dan lain-lain. Keperluan keluasan minimum adalah 1.4mp (15kp) bagi setiap kanak-kanak.
Anggaran maksimum 25 orang kanak-kanak per kelas dan mempunyai 1 tandas bagi 10 orang
kanak-kanak.

Seterusnya, faktor pencahayaan dan pengudaraan semula jadi perlulah ditekankan dan
mengambil kira bagi setiap penubuhan tadika. Pencahayaan dan pengudaraan semula jadi
merupakan faktor utama bagi keselamatan dan keselesaan kanak-kanak khususnya pada
bangunan baru yang hendak dibina. Setiap bilik kelas yang akan direkabentuk hendaklah
dilengkapkan dengan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi untuk memastikan
pengudaraan yang selamat . Di dalam bilik kelas haruslah mempunyai satu atau lebih tingkap
yang berjumlah keluasan tidak kurang daripada 20% daripada keluasan lega lantai bilik.
Dalam bilik kelas juga mempunyai ruang buka yang boleh membenarkan laluan udara masuk
secara bebas dan tidak terganggu yang tidak kurang daripada 10% keluasan lega lantai bilik
kelas.

Oleh itu, faktor kemasan dalaman yang terkandung dalam penjagaan keselamatan
perlulah diambil berat terutamanya di dalam bilik kelas. Material dan kemasan dalaman
bangunan hendaklah dari bahan yang tidak membahayakan, tidak memudaratkan dan selamat
bagi kanak-kanak. Contohnya, bilik air hendaklah dibina dengan lantai yang tidak menakung
air dan material yang tidak licin. Pengusaha perlu memastikan semua soket elektrik yang
terdapat di dinding premis ditutup dengan rapi. Pengusaha juga perlu memastikan alat-alat
permainan bersih dan selamat digunakan untuk kanak-kanak bermain. Selain itu, pagar
premis hendaklah diperbuat daripada bahan yang tidak berkarat untuk menggelakkan kanak-
kanak daripada menyentuhnya. Premis hendaklah mempunyai bilik tandas lelaki dan
perempuan yang berasingan serta kemudahan-kemudahan mencuci tangan seperti besin dan
sinki yang mencukupi bagi setiap kanak-kanak.
3

Akhir Sekali, faktor kekemasan stor penyimpanan perlulah bersih dan dibina di tempat
yang sesuai. Semua barang-barang dan peralatan keperluan hendaklah berkeadaan baik,
tersusun dan bersih serta diletakkan atau di simpan di atas rak, kabinet atau meja yang sesuai
agar menjaga keselamatan semua individu. Bagi pengendali makanan juga hendaklah
membuat pemeriksaan perubatan dan mendapatkan suntikan TY2. Keseluruhan premis
hendaklah bebas daripada serangga dan haiwan rodensia serta haiwan peliharaan. Setiap
tadika mestilah mempunyai satu kawasan yang khas bagi kanak-kanak bermain di luar iaitu
kawasan permainan di luar bangunan.
4

PENUTUP

Kesimpulannya, syarat-syarat utama yang harus pengusaha ada bagi setiap penubuhan
tadika perlulah ditekankan dan dipandang serius bagi mempermudahkan dan
mempercepatkan proses pendaftaran dan pelesenan operasi pengusaha Tadika dan Taska, di
samping menjamin keselamatan kanak-kanak di dalam proses pengasuhan dan pembelajaran
prasekolah yang berkualiti. Dengan syarat-syarat ini dapat memberi penekanan terhadap
keperluan penyediaan Tadika dan Taska di tapak khas. Oleh itu, penyediaan bagi Tadika dan
Taska di kawasan kediaman adalah dibenarkan sekirannya perlu. Syarat-syarat ini juga telah
menetapkan supaya permohonan bagi penubuhan Tadika dan Taska hendaklah melalui
kaunter pusat setempat (OSC) di PBT yang mana proses kerja di OSC perlu diselaraskan dan
mengikut senarai semak yang telah diseragamkan. Namun begitu, agensi teknikal berkaitan
masih bertanggungjawab terhadap operasi dan pemantauan Tadika dan Taska mengikut
bidang kuasa masing-masing.

Pendidikan prasekolah juga bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak


yang berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat
dan memberi aktiviti yang menyeronokkan serta membentuk konsep kendiri yang positif
pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya menyesuaikan diri dalam persekitaran dan
bersedia untuk menangani cabaran di sekolah rendah. Bagi jangka masa yang Panjang,
Tadika dan Taska hendaklah dilihat sebagai entiti sosial dan bukannya perniagaan kerana ia
menawarkan pendidikan awal kanak-kanak sebagai persediaan ke alam persekolahan sebenar.
Oleh itu, aspek perundangan dan peraturan yang berkaitan khususnya perihal tanah hendaklah
diperkasakan semula.
5

RUJUKAN

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, 2012. Garis Panduan Penubuhan Tadika Dan Taska.
https://jpbd.johor.gov.my/images/jpbdj_garispanduan/59_GP_Penubuhan_Tadika_dan_TAS
KA.pdf.

Hayyu Mawaddah, 2015. Laman Informasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak.


https://cikguayuprasekolah.blogspot.com/2015/08/penubuhan-taska-dan-tadika.html.

Nora Liza, 2012. Tatacara Penubuhan Prasekolah Swasta (Tadika).


https://noralizacheidris.blogspot.com/2012/05/tatacara-penubuhan-prasekolah-swasta.html

You might also like