You are on page 1of 3

TAJUK : MATRIKS

FORMULA :
Persamaan linear serentak
ax + by = p
cx + dy = q

CONTOH :

1. Menggunakan kaedah matriks, selesaikan persamaan linear serentak berikut

2. Siti membeli 6 buku roti dan 4 potong kek dengan harga RM28. Harga
sepotong kek ialah RM3.50 lebih murah daripada harga 2 buku roti. Cari
harga bagi sebuku roti dan sepotong kek.

3. Encik Daniel merupakan seorang pemilik bengkel membaiki kenderaan. Pada


suatu hari bengkel tersebut mempunyai sejumlah 35 buah kereta dan
motosikal untuk dibaiki. Jumlah tayar bagi semua kenderaan yang akan
dibaiki ialah 108. Hitung bilangan kereta dan motosikal akan dibaiki di
bengkel Encik Daniel.

Program IM Makmur 1
4. Airina telah menyertai satu pertandingan kuiz. Terdapat dua jenis soalan
yang ditanya iaitu soalan 2 markah dan soalan 3 markah. Jumlah soalan
telah dijawab oleh Airina ialah sebanyak 35 soalan. Beliau telah menjawab
semua soalan dengan betul mendapat jumlah markah sebanyak 85.
Menggunakan kaedah matriks, hitung bilangan soalan 2 markah dan soalan
3 markah yang telah dijawab oleh Airina.

5. Amsyar telah mendapat tawaran kerja di sebuah kilang mentol. Sebagai


persediaan untuk bekerja di kilang tersebut, Amsyar telah membeli 2 pasang
kasut yang selesa untuk dipakai semasa bekerja. Jumlah harga sebenar
kasut jenama A dan harga kasut jenama B adalah RM720. Namun begitu,
Amsyar mendapat diskaun sebanyak 30% untuk kasut jenama A dan 20%
untuk kasut jenama B. Jumlah wang yang dibayar oleh amsyar ialah RM531.
Hitung harga sebenar kasut jenama A dan kasut jenama B.

6. Salmah pergi ke kedai membeli coklat dan biskut untuk jamuan sekolah.
Diberi bilangan paket biskut yang dibeli melebihi bilangan paket coklat
sebanyak 4 paket. Diberi harga sepaket biskut ialah RM5 dan harga sepaket
coklat ialah RM7. Semasa membuat pembayaran, Salmah telah menbayar
sebanyak RM100 dan mendapat baki sebanyak RM8. Menggunakan kaedah
matriks hitung bilangan paket biskut dan coklat yang dibeli.

Program IM Makmur 2
Program IM Makmur 3

You might also like