Latihan Pengiraan

You might also like

You are on page 1of 9

LATIHAN LDK

KUMPULAN 1

Selseaikan kes-kes pusaka berikut:

Soalan 1
Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan:
(i) 2 orang isteri
(ii) Ibu
(iii) Seorang anak lelaki
(iv) 3 orang anak perempuan
(v) 2 orang saudara lelaki seibu sebapa
(vi) 3 orang saudara perempuan seibu sebapa

Harta peninggalan si mati bernilai RM600,000.00.

Soalan 2
Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan:
(i) 2 orang nenek (ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa)
(ii) 2 orang saudara perempuan seibu sebapa
(iii) seorang saudara perempuan sebapa
(iv) 2 orang saudara lelaki seibu
(v) seorang saudara perempuan seibu

Harta peninggalan si mati bernilai RM120,000.00.

Soalan 3

Kamal telah berkahwin dengan Kamisah sejak 25 tahun yang lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka
telah dikurniakan 5 orang cahayamata iaitu Alwi (23 tahun), Azizah (20 tahun), Aziah (18 tahun),
Amin (15 tahun) dan Amalina (10 tahun). Kedua-dua ibu bapa Kamal iaitu Abdul Rahman dan
Khadijah masih hidup dan tinggal di kampung. Di samping itu, Kamal masih mempunyai dua orang
abang kandung iaitu Kasim dan Mustaffa serta dua orang adik perempuan kandung iaitu Rosliza dan
Rosmah.

Kamal merupakan seorang kontraktor kelas F, sedangkan isterinya (Kamisah) hanya seorang suri
rumahtangga sepenuh masa. Sepanjang kerjayanya sebagai seorang kontraktor, beliau berjaya
mengumpul beberapa jenis harta seperti berikut:

(i) Sebuah rumah yang bernilai RM350,000.00.


(ii) Dua ekar tanah bernilai RM250,000.00.
(iii) Dua buah kereta bernilai RM120,000.00.
(iv) Wang simpanan sebanyak RM140,000.00.
(v) Harta-harta lain bernilai RM80,000.00.

Sebelum meninggal dunia, beliau telah mewasiatkan satu ekar tanahnya yang bernilai RM105,000.00
kepada abangnya (Mustaffa) sebagai membalas jasa baik abangnya yang menjaga dan menguruskan
tanah tersebut. Setelah beliau meninggal dunia, sebahagian hartanya iaitu sebanyak RM3,000.00 telah
digunakan untuk menguruskan jenazahnya dan sebahagian lagi telah digunakan untuk melangsaikan
semua hutangnya yang berjumlah RM70,000.00. Di samping itu, isterinya (Kamisah) telah membuat
tuntutan di Mahkamah Syariah terhadap sebahagian daripada hartanya sebagai harta sepencarian dan
mahkamah memutuskan bahawa beliau (Kamisah) berhak ke atas harta-harta tersebut sebanyak
RM90,000.00.

Waris-waris Kamal telah datang berjumpa dengan anda untuk mendapatkan nasihat dan pandangan
dari segi hukum syarak mengenai perkara-perkara berikut:

(a) Hukum wasiat yang dibuat oleh Kamal kepada abangnya (Mustaffa) sama ada sah atau tidak
dan kenapa?
(b) Jumlah sebenar harta pusaka Kamal.
(c) Waris-waris yang berhak ke atas harta pusaka Kamal dan bahagian masing-masing.

LATIHAN LDK

KUMPULAN 2

Selseaikan kes-kes pusaka berikut:

Soalan 1

Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan:


(i) Ibu
(ii) Bapa kepada bapa (datuk)
(iii) Ibu kepada bapa (nenek sebelah bapa)
(iv) seorang saudara lelaki seibu sebapa
(v) 4 orang saudara perempuan seibu sebapa

Harta peninggalan si mati bernilai RM540,000.00.

Soalan 2

Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan:


(i) Seorang isteri
(ii) Seorang anak perempuan
(iii) Seorang anak perempuan kepada anak lelaki
(iv) 2 orang saudara perempuan seibu sebapa
(v) 3 orang saudara lelaki seibu
(vi) 2 orang saudara perempuan seibu

Harta peninggalan si mati bernilai RM720,000.00.

Soalan 3

Shamsul dan Shima telah mendirikan rumahtangga sejak 10 tahun yang lalu. Malangnya, mereka
tidak mempunyai anak kerana Shima menghidapi penyakit kelamin yang tidak mengizinkannya untuk
mendapat anak. Oleh kerana Shamsul amat berkeinginan untuk mempunyai anak sendiri, maka beliau
memberanikan diri meminta izin daripada Shima untuk berkahwin lain. Permintaan beliau telah
dipersetujui dan akhirnya beliau berkahwin dengan Shamsina, seorang janda yang mempunyai
seorang anak lelaki iaitu Zulfadli. Hasil perkahwinan keduanya dengan Shamsina selama empat
tahun, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Zurina.

Oleh kerana perhatian Shamsul lebih tertumpu kepada Shamsina dan anaknya (Zurina) telah
menyebabkan Shima merasa tersisih dan akhirnya berlaku krisis rumah tangga. Keadaan ini
menyebabkan Shamsul merasa tertekan dan akhirnya beliau telah menceraikan Shima dengan talak
satu. Lebih kurang dua bulan selepas perceraian itu berlaku, Shamsul telah ditimpa kemalangan
jalanraya dan meninggal di tempat kejadian.
Semasa hayatnya, Shamsul bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan dan meninggalkan harta-harta
berikut:

(i) Sebuah rumah bernilai RM230,000.00.


(ii) Sebuah kereta bernilai RM55,000.00.
(iii) Sebidang tanah yang dipusakai daripada bapanya bernilai RM60,000.00.
(iv) Wang simpanan KWSP berjumlah RM120,000.00.
(v) Wang simpanan Tabung Haji berjumlah RM25,000.00.
(vi) Harta-harta lain bernilai RM35,000.00.

Sebahagian daripada harta-harta tersebut telah digunakan untuk pengurusan jenazah sebanyak
RM2,000.00 dan pelunasan hutang si mati sebanyak RM43,000.00.

Di samping waris-waris yang dinyatakan di atas, Shamsul masih mempunyai ibu (Kalsom), seorang
kakak sekandung (Zakiah) dan dua orang bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (Abdullah dan
Abdul Ghani).

Kalsom (ibu Shamsul) dan Zakiah (kakak Shamsul) telah datang berjumpa dengan anda untuk
mendapatkan nasihat dan pandangan dari segi hukum syarak mengenai perkara-perkara berikut:
(a) Kedudukan Shima dalam pembahagian harta pusaka Shamsul.
(b) Jumlah sebenar harta pusaka Shamsul.
(c) Waris-waris yang berhak ke atas harta pusaka Shamsul dan bahagian masing-masing.

LATIHAN LDK

KUMPULAN 3

Selseaikan kes-kes pusaka berikut:

Soalan 1

Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan:


(i) Suami
(ii) Bapa kepada bapa (datuk)
(iii) 2 orang anak perempuan
(iv) 3 orang anak lelaki
(v) Ibu
(vi) 4 orang saudara perempuan seibu sebapa
(vii) 2 orang saudara lelaki seibu sebapa

Harta peninggalan si mati bernilai RM960,000.00.

Soalan 2

Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan:


(i) Suami
(ii) Ibu
(iii) 2 orang nenek (ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa)
(iv) Seorang saudara lelaki seibu sebapa
(v) 3 orang saudara perempuan seibu sebapa
(vi) Seorang saudara lelaki seibu
(vii) Seorang saudara perempuan seibu

Harta peninggalan si mati bernilai RM900,000.00.

Soalan 3

Saddiq Sigaraga (63 tahun) seorang ahli perniagaan yang terkemuka dan berjaya di Daerah Pasir Dua
Butir. Beliau mempunyai seorang isteri bernama Rafidah dan 5 orang anak iaitu 3 orang lelaki dan 2
perempuan. Anak pertama bernama Abdul Wahab, anak kedua bernama Qasidah, anak ketiga
bernama Abdul Wahib, anak keempat bernama Abdul Wahub dan anak kelima bernama Hamidah.

Dalam kesibukan menguruskan perniagaannya di mana beliau sentiasa berulang alik ke Selatan
Thailand, Saddiq Sigaraga sempat berkahwin dengan seorang perempuan Thailand bernama Siti
Songkla. Perkahwinan beliau dengan Siti Songkla tidak diketahui oleh isterinya, Rafidah.

Perkahwinannya dengan Siti Songkla selama 4 tahun tidak membuahkan sebarang hasil, lalu mereka
mengambil seorang anak angkat lelaki dan diberi nama Abdul Qayyum.
Suatu hari Saddiq Sigaraga jatuh pengsan dan terus meninggal dunia (mati mengejut – sakit jantung
agaknya) dan meninggalkan waris-waris sepertimana yang dinyatakan di atas.

Pada masa hayatnya, Saddiq Sigaraga ada membuat wasiat melalui peguamnya iaitu Sulayman
Akhlakan seperti berikut:

(i) Rumah kediamannya yang bernilai RM320,000.00 hendaklah diberikan kepada isterinya iaitu
Rafidah.
(ii) Tanah dusun seluas 2 ekar yang bernilai RM50,000.00 hendaklah diberikan kepada anak
sulongnya iaitu Abdul Wahab.
(iii) Tanah bendang seluas 6 ekar yang bernilai RM150,000.00 hendaklah diberikan kepada anak
angkatnya iaitu Abdul Qayyum.
(iv) Rumah kediamannya yang terletak di Yala, Thailand yang bernilai RM100,000.00 hendaklah
diberikan kepada isteri keduanya iaitu Siti Songkla.

Selepas sebulan Saddiq Sigaraga meninggal dunia, wasiat tersebut telah dibacakan oleh Sulayman
Akhlakan di hadapan semua waris yang terlibat. Anak-anak dan isteri beliau tidak bersetuju dengan
wasiat yang dibuat oleh Saddiq Sigaraga terutamanya wasiat kepada Siti Songkla dan Abdul Qayyum.
Orang yang paling kuat menentang wasiat tersebut ialah Abdul Wahib dan Qasidah.

Selain dari harta-harta yang dinyatakan dalam bentuk wasiat di atas, Saddiq Sigaraga ada
meninggalkan beberapa jenis harta lagi iaitu:

(i) 3 ekar tanah yang bernilai RM200,000.00.


(ii) 2 ekar tanah kebun yang bernilai RM60,000.00.
(iii) Wang simpanan sebanyak RM230,000.00.
(iv) Wang tunai sebanyak RM6,000.00.
(v) Beberapa harta lain yang bernilai RM110,000.00.

Sebahagian daripada harta yang ditinggalkan oleh Saddiq Sigaraga telah digunakan untuk pengurusan
jenazahnya sebanyak RM2,000.00 dan menjelaskan segala hutangnya yang berjumlah RM58,000.00.
Siti Songkla telah pergi ke Mahkamah Syariah Daerah Pasir Dua Butir untuk mendapatkan
pengesahan perkahwinannya dengan Saddiq Sigaraga. Malangnya, mahkamah memutuskan bahawa
perkahwinannya tidak sah mengikut hukum syarak kerana mereka telah dikahwinkan oleh wali
am/wali hakim yang tidak bertauliah.

Isteri Saddiq Sigaraga, Rafidah telah berjumpa dengan anda bagi mendapat nasihat dan kepastian
berkaitan dengan perkara-perkara berikut menurut hukum syarak, iaitu:

(a) Hukum wasiat yang dibuat oleh suaminya dan alasannya.


(b) Jumlah sebenar harta pusaka yang ditinggalkan oleh suaminya.
(c) Waris-waris yang berhak ke atas harta pusaka suaminya dan habuan masing-masing.

LATIHAN LDK

KUMPULAN 4

Selseaikan kes-kes pusaka berikut:

Soalan 1

Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan:


(i) Seorang isteri yang sedang hamil
(ii) Ibu
(iii) Seorang anak perempuan
(iv) 2 orang anak perempuan kepada anak lelaki (cucu perempuan)
(v) 3 orang saudara perempuan seibu sebapa

Harta peninggalan si mati bernilai RM720,000.00.

Soalan 2

Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan:


(i) Suami
(ii) 2 orang anak perempuan
(iii) Datuk (bapa kepada bapa)
(iv) Ibu kepada ibu
(v) 2 orang saudara lelaki seibu

Harta peninggalan si mati bernilai RM300,000.00.

Soalan 3

Musa dan Maimunah telah mendirikan rumahtangga sejak 20 tahun yang lalu. Hasil perkongsian
hidup, mereka dikurniakan 3 orang cahayamata iaitu Abdul Aziz (18 tahun), Azizah (15 tahun) dan
Azimah (10 tahun). Kedua-dua ibu bapa Musa iaitu Kadir dan Kesuma masih ada. Di samping itu,
Musa juga mempunyai seorang abang iaitu Yusoff, seorang kakak iaitu Rosmah dan dua orang adik
iaitu Rosli dan Salasiah.

Musa bekerja sebagai seorang doktor pakar di salah sebuah hospital kerajaan di Selangor, sedangkan
isterinya menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Beliau meninggal dunia dalam satu kemalangan
jalanraya ketika menaiki kereta rakannya. Sepanjang kerjaya beliau sebagai seorang doktor pakar,
beliau berjaya memiliki beberapa harta dan aset iaitu:

(i) 2 hektar tanah di Pasir Puteh bernilai RM400,000.00 (masih berhutang dengan pinjaman bank
sebanyak RM50,000.00).
(ii) sebuah rumah terletak di Bangi bernilai RM300,000.00.
(iii) 2 buah kereta bernilai RM125,000.00 (salah sebuah kereta masih berhutang dengan pinjaman
bank sebanyak RM15,000.00).
(iv) wang simpanan dalam bank tempatan sebanyak RM110,000.00.
(v) wang KWSP sebanyak RM255,000.00 atas nama isterinya, Maimunah.
(vi) wang tunai sebanyak RM7,000.00.
(vii) beberapa harta lain bernilai RM59,000.00.

Semasa hayat, beliau telah mewasiatkan satu hektar tanahnya yang bernilai RM200,000.00 kepada
abangnya (Yusoff) sebagai membalas jasa baik abangnya yang menjaga dan menguruskan tanah
tersebut. Setelah beliau meninggal dunia, sebahagian daripada hartanya iaitu sebanyak RM3,000.00
telah digunakan untuk pengurusan jenazahnya dan sebahagian lagi telah digunakan untuk membayar
semua hutangnya yang berjumlah RM65,000.00.

Maimunah dan Kesuma telah datang menemui anda dan bertanyakan perkara-perkara berikut:

(a) Hukum wasiat yang dibuat oleh Musa dan alasannya.


(b) Kedudukan wang KWSP atas nama Maimunah.
(c) Hak-hak Maimunah ke atas harta pusaka Musa.
(d) Undang-undang yang terpakai dalam pembahagian dan pentadbiran harta peninggalan Musa.
(e) Waris-waris Musa yang berhak ke atas harta pusakanya.
(f) Sediakan sijil faraid bagi kes tersebut.
LATIHAN LDK

KUMPULAN 5

Selseaikan kes-kes pusaka berikut:

Soalan 1

Ahmad mati pada tahun 1990 dan meninggalkan waris-warisnya iaitu:


(i) Seorang isteri iaitu Zaiton
(ii) Ibu iaitu Lijah
(iii) 2 orang anak lelaki iaitu Rosman dan Rosli
(iv) Seorang anak perempuan iaitu Rohana

Sebelum sempat pembahagian harta pusaka Ahmad dilakukan kepada waris-warisnya, ibu beliau iaitu
Lijah pula mati pada tahun 1991 dan meninggalkan waris-warisnya iaitu:
(i) 2 orang anak lelaki iaitu Omar dan Bakar
(ii) 2 orang anak perempuan iaitu Hafsah dan Khadijah

Harta pusaka Ahmad bernilai RM360,000.00.

Soalan 2

Abdul Rahman telah berkahwin dengan Halimah pada tahun 1976 dan dikurniakan 5 orang anak iaitu
3 orang lelaki dan 2 orang perempuan yang masing-masing bernama Sahar, Shakir, Shahir, Nor Azma
dan Nor Alia. Abdul Rahman bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan di Jabatan Perkhidmatan
Awam, sementara Halimah pula bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Bandar Baru
Bangi. Bapa Abdul Rahman iaitu Abu Bakar masih hidup, sedangkan ibunya iaitu Fatimah telah lama
meninggal dunia. Di samping itu, Abdul Rahman masih mempunyai 2 orang abang iaitu Omar dan
Daud serta seorang adik perempuan iaitu Azizah.

Sepanjang kerjayanya sebagai pegawai kerajaan, Abdul Rahman berjaya memiliki beberapa jenis
harta iaitu:

(i) Sebuah kereta bernilai RM55,000.00.


(ii) 3 ekar tanah dusun yang terletak di kampungnya bernilai RM90,000.00 yang kini dijaga oleh
abangnya Omar.
(iii) Satu lot tanah pusaka yang diwarisi dari ibunya yang bernilai RM25,000.00.
(iv) Sebuah rumah teres dua tingkat yang bernilai RM200,000.00.
(v) Wang simpanan sebanyak RM20,000.00.
(vi) Wang KWSP sebanyak RM150,000.00 atas nama isterinya.
(vii) Lain-lain harta yang bernilai RM50,000.00.

Abdul Rahman telah diserang sakit jantung dan dimasukkan ke Hospital Putrajaya. Dua minggu
kemudian, beliau disahkan meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia, dia sempat menulis surat
wasiat yang antara lain berbunyi: “Saya wasiatkan satu ekar tanah dusun kepada Omar dan wang
KWSP kepada Halimah”. Selain itu, beliau sempat menyatakan kepada isteri dan anak-anaknya
bahawa beliau memberikan keretanya kepada Sahar kerana dia merupakan anak sulung dan
bertanggungjawab menguruskan keluarga sekiranya beliau meninggal dunia.

Sahar telah datang menemui anda untuk mendapatkan nasihat dan pandangan dari segi hukum syarak
dan undang-undang dalam masalah-masalah berikut:
(a) Apakah hukum pemberian kereta tersebut kepadanya berserta alasannya.
(b) Bagaimanakah kedudukan wasiat yang dibuat oleh bapanya?
(c) Apakah hak ibunya (Halimah) selain daripada haknya dalam harta pusaka?
(d) Dimanakah beliau harus menyelesaikan urusan pembahagian harta peninggalan bapanya?
(e) Siapakah waris-waris yang berhak ke atas harta peninggalan bapanya?
(f) Bagaimanakah bentuk sijil faraid bagi masalah yang dihadapinya?

You might also like