Faculty - Law - 2022 - Session 1 - Degree - Law683

You might also like

You are on page 1of 2

SOALAN 1

“Dalam perwarisan harta pusaka Islam datuk (bapa kepada bapa) mengambil tempat bapa. Dia akan
mendapat 1/6 daripada harta pusaka tinggalan cucunya jika cucunya yang mati itu tiada anak, baik lelaki
mahupun perempuan, sama seperti bapa. Bapa akan menyingkir adik beradik daripada mendapat hak
perwarisan pusaka. Tetapi datuk dalam perwarisannya bersama adik beradik si mati, dia tidak pula
mempunyai hak sedemikian. Dia tidak berhak menyingkirkan mereka daripada mewarisi pusaka. Dia
dianggap setara dengan adik beradik si mati. Dia adalah ayah kepada ayah si mati. Manakala adik beradik
si mati adalah anak kepada ayah si mati. Kedua-duanya terhubung dengan si mati melalui ayah”.

Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki menyelesaikan pembahagian pusaka dalam dua
masalah pusaka berikut:

i) Seorang perempuan mati meninggalkan beberapa orang waris yang terdiri dariapada abang, adik
lelaki seibu sebapa, ibu dan datuk.
(5 markah)

ii) Seorang lelaki mati meninggalkan datuk, dua (2) orang kakak seibu sebapa dan seorang abang
kandung.
(5 markah)

SOALAN 2

Selesaikan pengiraan harta pusaka dengan menjelaskan bahagian waris-waris dalam dua (2) kes kematian
berikut:

i) Seorang lelaki mati meninggalkan dua (2) orang isteri, ibu dan ayah.
(5 markah)

ii) Seorang perempuan mati meninggalkan suami, ibu, dua orang abang seibu dan seorang adik lelaki
seibu sebapa. Harta pusaka tinggalannya ialah harta-harta alih yang bernilai RM 180,000.00.
(5 markah)

SOALAN 3

Apakah perbezaan antara wasiat dan wisayah. Pada pandangan anda mengapakah wisayah tidak di sentuh
dalam Enakmen Wasiat Selangor 2017, sedangkan wisayah adalah juga satu jenis wasiat?

(10 markah)
SOALAN 4

Mengapa wasiat yang dibuat oleh orang Islam ke atas harta pusaka tinggalannya tidak ditadbir dengan
menggunakan surat kuasa wasiat (geran probet) walaupun harta iaitu amaunnya melebihi dua (2) juta
ringgit.

(10 markah)

SOALAN 5

“Harta Pusaka Kecil milik orang Islam diurus penyelesaiannya tanpa memerlukan Surat Kuasa Pentadbiran
daripada Mahkamah Tinggi. Yang perlu diperolehi daripada Mahkamah Tinggi untuk tujuan berkenaan
ialah kepastian bahawa harta pusaka itu belum pernah dituntut penyelesaiannya. Sebaliknya dalam
menyelesaikan urusan pembahagian harta pusaka yang bukan Pusaka Kecil, khususnya harta pusaka besar
atau pusaka biasa. Untuk menyelesaiannya perlu mendapatkan Surat Kuasa Pentadbiran atau Surat Kuasa
Wasiat (Geran Probet) daripada Mahkamah Tinggi”.

Berpandukan pernyataan di atas, beri penjelasan anda mengapa berlaku demikian.

(10 markah)

You might also like