You are on page 1of 3

SMK PENDETA ZA’BA

TAMAN PROI JAYA


70400 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KERTAS KERJA PROGRAM “YOU CAN DO THIS DEAREST”

1.0 RASIONAL

Program “You Can Do This Dearest “ merupakan salah satu dari aktiviti Program
Kecemerlangan SPM 2023 yang dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian akademik
murid-murid Tingkatan 5. Program ini akan memastikan peningkatan pencapaian SPM.
Program ini diaturkan oleh pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan akademik dari
segi kualiti dan kuantitinya.

2.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk :
2.1 Mendapatkan persetujuan daripada pihak pentadbiran dan PIBG SMK Pendeta
Za’ba untuk melaksanakan Program “You Can Do This Dearest “SPM 2023.
2.2 Pihak sekolah juga berharap agar pihak PIBG dapat memberikan peruntukan
untuk menampung kos pelaksanaan program ini.

3.0 OBJEKTIF
Objektif Program Kecemerlangan SPM 2023 ini adalah untuk:
3.1 Meningkatkan pencapaian akademik murid-murid Tingkatan 5 SMK Pendeta
Za’ba terutamanya dalam mata Pelajaran Matematik Tambahan
3.2 Menaikkan nama dan imej sekolah kepada sebuah sekolah yang melahirkan
murid-murid yang cerdas akademik.
3.3 Menyediakan diri murid Tingkatan 5untuk menghadapi SPM awal tahun hadapan.
4.0 JAWATANKUASA KECEMERLANGAN SPM 2023
AJK INDUK
Pengerusi : Pn Suwana Binti Ibrahim Pengetua
Naib Pengerusi : Pn. Fauziah Binti Zulkifli Penolong Kanan
Pentadbiran
Setiausaha : Pn Noor Faezah Binti Noorzan Ketua Panitia
Matematik Tambahan
AJK ; Pn Rina Bt Rusli GKMP Matematik &
Sains
Kaunselor
AJK PELAKSANA
Semua guru Matematik Tambahan Tingkatan 5 SPM

5.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid Tingkatan 5 UM & UKM SMK Pendeta Za’ba seramai 52 orang yang akan
menduduki peperiksaan SPM 2023

6.0 MAKLUMAT PROGRAM


6.1 Program ”You Can Do This Dearest”
Hari : Rabu (13 Disember 2023)
Masa : 8:00 pagi – 12 :00 tengahari
Subjek : Matematik Tambahan

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA RM
1 Bayaran Penceramah RM 200.00
2 Sarapan pagi penceramah + pelajar (52 orang) RM 100.00
JUMLAH BESAR RM 300.00
8.0 PENUTUP
Program “You Can Do This Dearest” ini diharapkan dapat memberi manfaat dan
membantu murid meningkatkan serta memantapkan kecemerlangan akademik mereka
dan sebagai persediaan untuk menghadapi SPM pada awal tahun hadapan. Diharap usaha
murni dapat meningkatkan peratusan dan gred purata SPM kepada yang lebih baik.

Disediakan oleh

(NOOR FAEZAH BINTI NOORZAN


Ketua Panitia Matematik Tambahan
SMK Pendeta Za’ba

Disemak oleh

(FAUZIAH BINTI ZULKIFLI)


PK Pentadbiran
SMK Pendeta Za’ba

Disahkan oleh

(SUWANA BINTI IBRAHIM)


Pengetua
SMK Pendeta Za’ba

You might also like