You are on page 1of 8

Kamariah bt Ahmad v Nur Asmira bte Abdullah (Ibrahim

[2015] 3 ShLR Lembut ShCAJ) 21

A Kamariah bt Ahmad v Nur Asmira bte Abdullah

SHARIAH SUBORDINATE COURT (MELAKA) — CIVIL CASE NO


04005-050-0669 OF 2012
B
AMIRRUDIN ABDUL LATIP SH SUBC J
12 DECEMBER 2012

C Islamic Law — Marriage — Age of majority — Minimum age of marriage —


Second applicant under age of sixteen — Permission of Syariah judge — Whether
circumstances justifies granting permission — Islamic Family Law (Malacca)
Enactment 2002 ss 8, 12

D
Islamic Law — Shariah Court — Jurisdiction — Jurisdiction of Shariah
Subordinate Court — Permission of Syariah judge to solemnise marriage —
Second applicant under age of sixteen — Whether within jurisdiction of the
Shariah Subordinate Court — Islamic Family Law (Malacca) Enactment 2002 s
E 4

The first and second applicants, the mother and daughter, respectively, are
seeking the permission of this court to solemnise an underage marriage
pursuant to s 8 of the Islamic Family Law (Malacca) Enactment 2002. The
F reasons for the said application is because the second applicant had not reached
the prescribed minimum age of marriage as she was only 15 years and two
months at the material time and could only marry with prior written
permission from the Syariah judge. Although the first applicant is not keen on
the said marriage as her daughter is still schooling, nevertheless she had to allow
G the proposed marriage as the prospective groom and second applicant were
often together.

Held, allowing the application:

H (1) The evidence of the parties and their identification cards proved that
the parties herein were residing in Kg Bertam Malim, Malacca namely,
within the jurisdiction of this court. Hence, pursuant to s 4 of the
Islamic Family Law (Malacca) Enactment 2002, this court has the
jurisdiction to hear and determine the application (see para 16).
I (2) Considering the evidence of the parties herein and of the prospective
groom and further, the authorities from Islamic law, this court allows
the application for the second applicant’s marriage to one Mohd
Ijjmudin bin Razak pursuant to s 8 of the Islamic Family Law
(Malacca) Enactment 2002 (see para 28).
22 Shariah Law Reports [2015] 3 ShLR

[Bahasa Malaysia summary A


Pemohon pertama dalam tindakan ini ialah ibu kepada pemohon kedua.
Permohonan pemohon pertama dan pemohon kedua adalah untuk
mendapatkan kebenaran berkahwin di bawah umur berdasarkan peruntukan s
8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Melaka 2002. Alasan pemohon B
pertama dan pemohon kedua adalah bahawa pemohon kedua masih lagi tidak
mencapai umur untuk dibenarkan kahwin kerana umurnya berusia 15 tahun
dua bulan melainkan dengan kebenaran hakim Syarie. Sebenarnya pemohon
pertama tidak berapa setuju untuk mengahwinkan anaknya kerana anaknya
masih bersekolah lagi tetapi bakal menantu terlalu mendesak untuk berkahwin C
dengan pemohon kedua atas alasan kerap bersama.

Diputuskan, meluluskan permohonan pemohon pertama untuk


mengahwinkan pemohon kedua:
D
(1) Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan
memutuskan permohonan pemohon pertama dan kedua yang telah
membuktikan melalui keterangan (bayyinnah) saksi pemohon dan
dokumen kad pengenalan yang menyatakan pemohon-pemohon
tinggal di Kg Bertam Malim, Melaka, iaitu di bawah bidang kuasa E
tempatan mahkamah ini berdasarkan kepada peruntukan s 4 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam Melaka 2002 (lihat perenggan 16).
(2) Setelah mendengar keterangan permohon pertama, kedua dan bakal
suami dan seterusnya hujah-hujah hukum syarak, mahkamah ini F
meluluskan permohonan pemohon pertama untuk mengahwinkan
pemohon kedua dengan Mohd Ijjmudin bin Razak mengikut
peruntukan s 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Melaka
2002 (lihat perenggan 28).]
G
Notes
For a case on age of majority see 8 Mallal’s Digest (5th Ed, 2015 Reissue) para
786.
For cases on jurisdiction see 8 Mallal’s Digest (5th Ed, 2015 Reissue) paras
849–857. H

Legislation referred to
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 ss 2(1), 4, 8

I
Kamariah bt Ahmad v Nur Asmira bte Abdullah (Ibrahim
[2015] 3 ShLR Lembut ShCAJ) 23

A
:

KETERANGAN PEMOHON 1

B Pemohon 1 ikrar di mahkamah

[1] Pemohon 1 dalam tindakan ini ialah Kamariah bt Ahmad beralamat di


Rumah Awam Bertam Malim, Melaka. Pemohon 2 merupakan anak
C
perempuan pemohon 1. Tujuan datang mahkamah ini adalah untuk meminta
kebenaran bernikah di bawah umur bagi pemohon 2. Pemohon 2 ialah Nur
Asmira bte Abdullah. Dilahirkan pada 11 November 1997. Sekarang pemohon
2 berumur 15 tahun dua bulan dan masih belajar di Sek Men Malim Melaka.

D [2] Sebenarnya pemohon 1 tidak berapa setuju untuk mengahwinkan


anaknya kerana anaknya masih bersekolah lagi tetapi bakal menantu terlalu
mendesak untuk berkahwin dengan pemohon 2 atas alasan kerap bersama.

[3] Oleh sebab itu, pemohon 1 merasakan perkahwinan merupakan jalan


E
terbaik bagi mengelakkan terjadinya perkara-perkara yang tidak elok antara
pemohon 2 dan bakal menantu. Pemohon 1 juga pada dasarnya tiada halangan
untuk membenarkan pemohon 2 berkahwin di bawah umur. Pemohon 2 juga
menyatakan bahawa pemohon 2 dan bakal menantu telah mengenali lebih
F rapat ketika pemohon 2 berada di tingkatan 1 dan kedua-dua kelurga telah
mencapai kata sepakat untuk melangsungkan perkahwinan pemohon 2 dan
bakal suami pada 28 Disember 2012. Segala persiapan perkahwinan telahpun
diaturkan dan memohon mahkamah untuk membenarkan pernikahan di
bawah umur ini.
G
KETERANGAN PEMOHON 2
Pemohon 2 ikrar di mahkamah.

H [4] Pemohon 2 dalam tindakan ini ialah Nur Asmirab bt Abdullah.


Pemohon 2 kini berusia 15 tahun dua bulan yang mana pemohon 2 lahir pada
11 November 1997. Sekarang pemohon 2 masih lagi bersekolah dalam
tingkatan 3 di Sek Men Malim Melaka dan berjanji dengan mahkamah akan
meneruskan persekolahan hingga tamat walaupun telah bergelar seorang isteri.
I
[5] Pemohon 2 menyatakan kepada mahkamah yang mulia ini tujuan hadir
hari ini adalah untuk permohonan nikah di bawah umur. Pemohon 2
memberitahu mahkamah beliau akan bercadang berkahwin dengan Mohamad
Ijjmudin bin Razak No KP 940112-04-5511. Kedua-dua keluarga telah
24 Shariah Law Reports [2015] 3 ShLR

mencapai persetujuan untuk mengahwinkan pemohon 2 dan bakal suami pada A


28 Disember 2012 dan dijangka dilangsungkan majlis perkahwinan di rumah
bakal suami sahaja.

[6] Apabila ditanya oleh mahkamah alasan untuk berkahwin di bawah umur,
B
pemohon 2 menyatakan adalah untuk menjaga maruah keluarga pihak-pihak
kerana pemohon 2 dan bakal suami kerap keluar bersama hingga boleh
mendatangkan fitnah pada pihak-pihak dan kelurga masing-masing.

[7] Pemohon 2 menyatakan beliau telah mengenali bakal suami lebih kurang C
dua tahun sejak pemohon 2 masih di tingkatan 1. Pemohon 2 juga
memberitahu mahkamah bakal suaminya bekerja di Carrefour dan sepanjang
perkenalannya bakal suami menunaikan solat serta baik.

[8] Pemohon 2 juga menyatakan kepada mahkamah bakal suaminya hadir D


hari ini dan sedia memberi keterangan kepada mahkamah sekiranya perlu pada
hemat mahkamah. Pemohon 2 merasakan beliau telah bersedia menamatkan
zaman bujangnya dan bersetuju untuk teruskan permohonan nikah di bawah
umur. E
KETERANGAN SAKSI PERTAMA PEMOHON-PEMOHON (SIPP)

[9] SIPP dalam tindakan ini ialah Mohd Ijjmudin bin Razak No K/P
940112-04-5511 beralamat di No 30, Batu 4 Bertam Malim Melaka. SIPP F
kini berusia 18 tahun dan hadir ke mahkamah ini bagi menjadi saksi bagi kes
nikah di bawah umur antara beliau dan pemohon 2 sekiranya mahkamah
merasakan perlu berbuat demikian.

G
[10] S1PP masih lagi bujang dan telah bekerja di Pasar raya Carrefour
cawangan Wangsa Maju Kuala Lumpur. SIPP bercadang untuk
melangsungkan perkahwinan pada 28 Disember 2012 dan bercadang untuk
bernikah di Pejabat Agama Daerah Melaka Tengah, Melaka sahaja.
H
[11] SIPP menyatakan kepada mahkamah yang mulia ini, beliau mengenali
pemohon 2 sejak zaman persekolahan pihak-pihak yang mana ketika itu SIPP
berada di tingkatan 4 dan pemohon 2 dalam tingkatan 1 Sekolah Menengah
Malim Melaka dan perkenalan mereka hingga ke hari perbicaraan ini telah
menjangkau usia dua tahun. I

[12] SIPP juga memberitahu mahkamah, beliau tiada masalah menerima


pemohon 2 sebagai isteri walaupun tahu status pemohon 2 sebagai anak tak sah
Kamariah bt Ahmad v Nur Asmira bte Abdullah (Ibrahim
[2015] 3 ShLR Lembut ShCAJ) 25

A taraf dan beliau tahu juga selain dari permohonan nikah di bawah umur,
pemohon 2 juga ada membuat permohonan wali hakim kerana anak tak sah
taraf.

[13] SIPP juga menyatakan kepada mahkamah bahawa kedua-dua keluarga


B tiada halangan untuk membenarkan SIPP dan pemohon 2 untuk berkahwin.
SIPP menyatakan beliau berkata benar dalam mahkamah dan mohon
kedua-dua kes hari ini diluluskan oleh mahkamah yang mulia ini.

KEPUTUSAN
C
[14] Mahkamah berbidang kuasa mendengar dan memutuskan kes ini
berdasarkan s 4 Enakmen dan s 8 Enakmen yang sama iaitu:
ENAKMEN 12 TAHUN 2002 ENAKMEN UNDANG-UNDANG
D KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002 BAHAGIAN II -
PERKAHWINAN

[15] Mahkamah ini berpuas hati bahawa mahkamah ini mempunyai bidang
E kuasa untuk mendengar dan memutuskan, pemohon 1 dan 2 telah
membuktikan melalui keterangan (bayyinnah) saksi pemohon dan dokumen
kad pengenalan yang menyatakan pemohon-pemohon tinggal di Kg Bertam
Malim, Melaka, iaitu dibawah bidang kuasa tempatan mahkamah ini
berdasarkan kepada peruntukan s 4 EUUKIM 2002.
F
[16] Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka
2002
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkcm dengan nyata selainnya, Enakmen ini
hendaklah terpakai bagi semua orang Mam yang tinggal dalam Negeri Melaka dan
G bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam Negeri Melaka tetapi tinggal di
luar Negeri Melaka

[17] Permohonan pemohon 1 dan pemohon 2 adalah untuk mendapatkan


H kebenaran berkahwin dibawah umur berdasarkan peruntukkan s 8 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 iaitu umur minimum
untuk perkahwinan.

[18] Alasan pemohon 1 dan pemohon 2 adalah bahawa pemohon 2 adalah


I pemohon 2 masih lagi tidak mencapai umur untuk dibenarkan kahwin kerana
umurnya berusia 15 tahun dua bulan melainkan dengan kebenaran hakim
Syarie.

[19] Seksyen 8 umur minimum untuk perkahwinan


26 Shariah Law Reports [2015] 3 ShLR

Tiada perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu A
berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang
daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya
secara bertulis dalam hal keadaan tertentu

HUJAH HUKUM SYARAK B

[20] Dalam membuat keputusan, mahkamah berpandukan kepada alasan-


alasan berikut:

A. Al-Quran al-Karim C

Dalam surah Al-Nisa’, ayat 6


Maksudnya:
Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur
D
(dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang
menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya,
maka serahkanlah kepada mereka hartanya
Dalam surah Al-Nur (24) ayat 59:
Maksudnya: E
Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka
meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut
dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat Nya
(yang menjelaskan hukum-hukum Nya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana. F

B. Al-Sunnah
Nabi S.A.W. bersabda:
Maksudnya: ‘Diangkat kalam (tidak diambil kira sebagai kesalahan) dari tiga G
golongan iaitu: Orang yang tidur sehingga ia terjaga, kanak-kanak sehingga ia
bermimpi (baligh) dan orang yang gila sehingga ia beraqal’ (Riwayat Abi Daud)

C. Perbabasan Para Ulama


Dalam kitab ‘Dawabit al-BuIugh ‘inda al-Fuqaha’ karangan Mohamad H
Shamsuddin Amir Al-Khazaa’ie, Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, Beirut, Lubnan, cetakan
pertama 1422H/2002 ms 53–61 ada menyatakan bahawa pada asasnya terdapat
dua pendapat ulamak mengenai penetapan umur baligh iaitu:

(a) Al-Imam Daud Al-Zahiri, satu pendapat masing-masing dari I


Al-Imam AQhrnad dan Al-Imam Malik berpendapat bahawa tidak
ada penetapan had umur baligh.

(b) Jumhur ulamak berpendapat bahawa terdapat penetapan umur


Kamariah bt Ahmad v Nur Asmira bte Abdullah (Ibrahim
[2015] 3 ShLR Lembut ShCAJ) 27

A baligh. Bagaimanapun, terdapat perselisihan pendapat di kalangan


jumhur berkenaan had umur baligh yakni terbahagi kepada lima
pendapat seperti berikut:

(i) golongan al-Shafie, Al-Hanabilah, Al-Zaidiah Al-Imamiah,


B sebahagian dari golongan Al-Hanafiah dan Al-Malikiah
berpendapat bahawa umur baligh bagi kanak-kanak lelaki
yang mencapai umur 15 tahun;

(ii) Al-Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa umur baligh bagi


C lelaki ialah 18 tahun manakala bagi wanita ialah 17 tahun;

(iii) pendapat yang mashyur dari golongan Al-Malikiah


mengatakan umur baligh bagi lelaki dan wanita ialah 18
tahun;
D
(iv) pendapat yang berlawanan dengan pendapat yang Mashyur
dalam golongan Al-Malikiah mengatakan umur baligh bagi
lelaki dan wanita ialah 16 tahun; dan
E
(v) pendapat Ibn Hazm yang berpendapat bahawa umur baligh
bagi lelaki dan wanita adalah 19 tahun. Pendapat ini juga
(umur baligh pada 19 tahun) dinyatakan dalam satu riwayat
dari Imam Abu Hanifah yang berpendapat hanya khusus bagi
lelaki sahaja
F

[21] Manakala Alwi Hj Abdul Rahman dalam bukunya ‘Jenayah


Kanak-Kanak Menurut Undang-Undang Islam’ terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, cetakan pertama 1989, ms 21–26 menyatakan
G bahawa para ulamak berselisih pendapat dalam menentukan had umur dewasa:
(a) Mazhab Shafie–ada tiga pendapat iaitu:
(i) Pendapat pertama–bila seorang kanak-kanak lelaki atau
perempuan mencapai umur genap 15 tahun qamariyah;
H
(ii) Pendapat kedua–apabila kanak-kanak tersebut mulai berumur
15 tahun; dan
(iii) Pendapat ketiga (Riwayat Al-Subki)–enam bulan selepas
kanak-kanak tersebut mencapai umur 15 tahun.
I
(b) Mazhab Hanbali –apabila kanak-kanak lelaki atau perempuan
mencapai umur 15 tahun;
(c) Mazhab Hanafi–umur dewasa akan bermula apabila genap 15 tahun
bagi kanak-kanak lelaki atau perempuan. Menurut Imam Abu
28 Shariah Law Reports [2015] 3 ShLR

Hanifah sendiri, kedewasaan akan berlaku apabila kanak-kanak lelaki A


genap 18 tahun manakala kanak-kanak perempuan genap 17 tahun;
dan
(d) Mazhab Maliki–apabila kanak-kanak lelaki atau perempuan genap 18
tahun.
B
D. Perbahasan Undang-Undang Bertulis Yang Sedang Berkuat kuasa

[22] Seksyen 2(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri


Melaka 2002 menyatakan tafsiran bagi dua perkataan yang berkaitan dengan C
topik ini iaitu:
Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
‘baligh’ ertinya umur baligh mengikut Hukum Syarak;
‘Hukum Syarak’ ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut D
mana-mana satu Mazhab Malila, Hanafi atau Hambali;

[23] Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka)


2002
E
memperuntukkan bahawa:
Tiada perkahwinan boleh diakad nikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu
berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang
daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya
secara bertulis dalam hal keadaan tertentu. F

[24] Menurut pandangan ulamak, mereka merujuk kepada Kitab al-Quran


ayat 6 Surah An-Nisa’ dalam menetapakan umur perkahwinan.
G
[25] Menurut Imam Abu Hanifah, seorang budak lelaki dianggap dewasa
apabila ia bermimpi dan keluar air mani. Umur paling rendah 12 tahun dan
jika tidak seorang budak lelaki dianggap dewasa apabila mencapai umur 18
tahun.
H
[26] Imam Abu Yusuf dan Imam Mohamad al-Shaybani berpendapat jika
seorang budak lelaki bermimpi dan keluar air mani mereka boleh dianggap
dewasa.

[27] Setelah mahkamah mendengar keterangan PI, P2 dan S1PP maka I


berikut adalah keputusan mahkamah ini:
Mahkamah meluluskan permohonan KAMARIAH BTE AHMAD No Kp
760617-04-5092 untuk mengahwinkan Pemohon ke 2 NURASMIRA BTE
ABDULLAH No Kp 971111-04-5378 untuk berkahwin dengan MOHD
IJJMUDIN BIN RAZAK No Kp 940112-04-5511 mengikut peruntukkan
Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Melaka 2002.

Reported by Ashgar Ali Ali Mohamed

You might also like