You are on page 1of 21

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 2023

TAHUN 5

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN DAN PENULISAN (Set 1)

1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI Untuk Kegunaan Pemeriksa

SEHINGGA DIBERITAHU
Nama Pemeriksa:

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian BAHAGIAN Markah Markah

utama: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C Nombor Soalan Penuh Diperoleh
dan Bahagian D. A 1-10 10
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan yang 1 (a) 1
disediakan dalam keempat-empat bahagian ini.
1 (b) 2
3. Bagi soalan objektif, setiap soalan diikuti oleh
empat pilihan jawaban, iaitu: A, B, C, D. Pilih B 1 (c) 1
satu jawapan sahaja. Hitamkan petak jawapan
kamu pada kertas soalan tersebut. 1 (d) 1

4. Bagi soalan subjektif pula, jawab semua soalan 2 5

dalam ruang jawapan yang telah disediakan.
C 1 soalan 10
5. Serahkan kertas ujian yang sudah kamu tanda
dan jawab itu kepada guru yang bertugas pada D 1 soalan 20
akhir ujian tersebut.
JUMLAH 50

Kertas peperiksaan ini mengandungi 14 halaman bercetak

SULIT 2

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 hingga 3

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1.

Adik pantas menekup mata dengan tangannya apabila terlihat ____________ petir yang
sabung-menyabung tanpa henti.

A letupan
B imbasan
C pantulan
D panahan

2. Pilih ayat yang betul dengan menggunakan perkataan yang bergaris.

I Konsert artis Korea Selatan itu sambutan hangat daripada para peminatnya.
II Sinaran matahari pagi ini sangat hangat.
III Hangat hati saya apabila melihat kejadian langar dan lari itu.
IV Air yang dimasak oleh kakak tadi masih hangat lagi.

A I dan III

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 3

3.

Irfan sedang ________ air dari sebuah perigi yang berhampiran dengan rumahnya untuk
membantu ayahnya menyiram tanaman di kebun.

A menadah
B mencedok
C mengambil
D mengangkat

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 4

Soalan 4 hingga 6

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Dalam usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membaca menjelang 2030,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyusun pelbagai program sepanjang 10 tahun dari
2021 sehingga 2030 dan menggelarkan ia sebagai Dekad Membaca Kebangsaan (DMK). DMK
bertujuan membentuk masyarakat ilmu bertaraf dunia dengan tumpuan membaca untuk
pengetahuan dan pembudayaan amalan membaca.

Pelaksanaan DMK merangkumi enam program utama iaitu kepelbagaian program

membaca, pembangunan prasarana dan aktiviti membaca, pesta buku sebagai destinasi
perbukuan masyarakat, pembangunan pembacaan dalam kalangan remaja dan kanak-kanak,
capaian buku digital atau E-Buku serta pendidikan sepanjang hayat.

Antara pendekatan yang diambil ialah dengan menjalankan program pembacaan dengan
aktiviti kreatif dan inovatif, selaras dengan kemajuan Revolusi Perindustrian 4.0 turut
dipertingkatkan selain meluaskan akses capaian kepada bahan bacaan dan sumber maklumat
melalui pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi di seluruh negara.

4 Objektif pelaksanaan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) ialah untuk

________________.

A memajukan Revolusi Perindustrian 4.0

B menaiktaraf pembangunan teknologi maklumat
C membangunkan prasarana membaca dengan lebih banyak lagi
D menjadikan rakyat Malaysia berilmu standing negara-negara dunia

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 5

5 Berikut ialah program utama yang dijalankan di bawah pelaksanaan Dekad Membaca
Kebangsaan (DMK) kecuali ___________________.

A pesta buku
B capaian buku digital
C pendidikan seumur hidup
D meningkatkan akses Internet

6 Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan revolusi diatas?

A tetap
B konsisten
C perubahan
D persamaan

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 6

Soalan 7 hingga 10

Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikut.

Stres boleh mempengaruhi tahap kesihatan individu dan membawa kepada pelbagai
permasalahan dan penyakit yang lebih kompleks membabitkan emosi dan fizikal. Ini
termasuklah risiko penyakit jantung, murung, cenderung mencederakan diri sendiri atau
membunuh diri.

Stres dari sudut psikiatri memberi definisi ketidakseimbangan dalaman dan luaran
seseorang yang mengganggu fisiologi dan psikologi. Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada
berlakunya stress. Antaranya, aspek biologi seperti gangguan hormon, bahan kimia dalam otak
serta penyakit-penyakit fizikal dan genetik.

Jumlah individu yang mengalami stres semakin hari semakin meningkat. Penularan
pandemik Covid-19 mengubah 360 darjah corak kehidupan majoriti masyarakat. Ramai yang
hilang pekerjaan serta sumber pendapatan dan lebih teruk lagi ia menjadi punca kepada
berlakunya penyakit jiwa atau mental.

7. Stres boleh menyebabkan berlakunya yang berikut kecuali ___________________.

A sakit jantung

B membunuh diri

C mencederakan diri

D kegembiraan melampau

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 7

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 8

Ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan dan lebih teruk lagi ia menjadi punca
kepada berlakunya penyakit jiwa atau mental.

8. Peribahasa yang sesuai dengan ayat di atas ialah _______________.

A mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

B marahkan nyamuk, kelambu dibakar
C sudah terhantuk baru mengadah
D sudah jatuh ditimpa tangga

9. Maksud perkataan murung dalam petikan membawa maksud berikut kecuali __________.

A pilu
B sedih
C suram
D menangis

10 Kenyataan yang berikut adalah benar tentang stres kecuali ____________________.

.

A kemelesetan ekonomi mempengaruhi kesihatan mental

B stres boleh mengganggu fisiologi dan psikologi seseorang
C stres boleh menyebabkan seseorang mencederakan dirinya
D pengaruh penyakit baka keturunan tidak menyumbang kepada stres

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 9

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

MEMUPUK TABIAT MEMBACA

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk tabiat membaca dalam kalangan
anak-anak mereka. Dalam memainkan peranan ini, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke
perpustakaan awam. Di perpustakaan, anak-anak mereka bebas memilih sendiri buku-buku yang
disukai mereka.

Ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dimana ibu bapa
sendiri perlu meluangkan masa untuk membaca buku, majalah atau suratkhabar. Melalui
pemerhatian terhadap tabiat ibu bapa mereka yang suka membaca, lama-kelamaan anak-anak
juga akan mula menunjukkan minat terhadap tabiat membaca. Selain itu, ibu bapa juga boleh
menyedia satu ruang khas di rumah berupa perpustakaan mini untuk memancing minat anak-
anak mereka membaca.

Disamping itu juga, ibu bapa juga boleh memberi ganjaran atau rangsangan kepada anak-
anak mereka supaya tabiat membaca ini berterusan. Ganjaran yang diberikan boleh menjadikan
anak-anak suka membaca tanpa perlu disuruh. Lama-kelamaan tabiat membaca ini akan sebati
dalam kehidupan seharian mereka. Ganjaran yang diberi oleh ibu bapa boleh dalam pelbagai
bentuk seperti permainan, hadiah, wang saku tambahan dan makanan yang disukai anak-anak
mereka.

1 (a) Ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dimana ___________

_______________________________________________________________________

[1 markah]

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 10

(b) Mengapakah ibu bapa perlu memberi ganjaran kepada anak-anak untuk menggalakkan
tabiat membaca?
_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[2 markah]

(c) Tuliskan peribahasa yang sesuai dengan situasi ayat di bawah.

Melalui pemerhatian terhadap tabiat ibu bapa mereka yang suka membaca, lama-
kelamaan anak-anak juga akan mula menunjukkan minat terhadap tabiat membaca.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[1 markah]

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 11

Soalan (d) adalah berdasarkan ayat di bawah.

Ganjaran yang diberi oleh ibu bapa boleh dalam pelbagai bentuk seperti permainan,
hadiah, wang saku tambahan dan makanan yang disukai anak-anak mereka.

(d) Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

Ibu bapa boleh memberikan ganjaran dalam pelbagai bentuk seperti

permainan, hadiah dalam bentuk wang saku dan makanan yang disukai
anak-anak mereka.

Ganjaran dalam pelbagai bentuk seperti permainan, hadiah, wang saku

tambahan dan makanan yang disukai ibu bapa boleh diberi oleh anak-
anak.

Permainan, hadiah, wang saku tambahan dan makanan ialah pelbagai

bentuk ganjaran yang disukai ibu bapa dan diberi oleh anak-anak.

[1 markah]

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 12

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi dan
maklumat tersebut.
Jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

2. Kamu sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah apabila tiba-tiba kamu
ternampak seorang lelaki buta cuba melintas jalan raya yang sibuk, tidak jauh
daripada tempat kamu menunggu bas.

Sebagai seorang individu yang prihatin, apakah tindakan yang harus kamu lakukan?

_____________________________________________________________________

_____

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 13

[5 markah]

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 14

Bahagian C
[10 markah]

Gambar di bawah menunjukkan fenomena permainan video yang digilai oleh kebanyakan murid
sekolah. Kecanggihan teknologi yang digunakan menjadikan murid-murid menjadi ketagih akan
permainan video.

Tuliskan pendapat kamu tentang kesan buruk permainan video kepada murid-murid
sekolah.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

_____________________________________________________________________________

SULIT 15

[10 markah]

Bahagian D
[20 markah]

Tulis karangan berdasarkan bahan grafik di bawah samada dalam bentuk berformat atau
tidak berformat.

Panjang karangan kamu itu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 16

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 17

JAWAPAN

BAHAGIAN A
(10 markah)

Nombo Jawapan Topik soalan Markah

r
Soalan
1 D Kata nama am 1
2 D Pilih ayat yang betul 1

II. Sinaran matahari pagi ini sangat hangat. X

Sinaran matahari pagi ini sangat silau.√
III. Hangat hati saya apabila melihat kejadian
langar dan lari itu. X
Panas hati saya apabila melihat kejadian langar
dan lari itu. √

3 B Kata kerja 1
4 D Petikan 1
5 D Petikan 1
6 C Petikan 1
7 D Petikan 1
8 D Petikan 1
9 D Petikan 1
10 D Petikan 1

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 18

BAHAGIAN B
(10 markah)

1. (a) Ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka 1
dimana ibu bapa sendiri perlu meluangkan masa untuk membaca buku,
majalah atau suratkhabar.

(b) Ibu bapa perlu memberi ganjaran kepada anak-anak untuk 2

menggalakkan tabiat membaca anak-anak berterusan dan akhirnya
mereka suka membaca tanpa perlu disuruh.

(c) Peribahasa: *Salah satu daripada pilihan berikut boleh diterima. 1

 Bapa borek, anak rintik

 Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
 Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

(d) Ibu bapa boleh memberikan ganjaran dalam pelbagai bentuk seperti 1
permainan, hadiah dalam bentuk wang saku dan makanan yang disukai
anak-anak mereka. √

2. Sebagai seorang individu yang prihatin, Salin ayat soalan 1 markah

saya akan membantunya melintas jalan raya Tindakan pertama 1 markah

dengan memimpin tangannya. Bagaimana? 1 markah

5
Saya juga akan menasihatinya untuk Tindakan kedua 1 markah
menggunakan jejambat

agar keselamatan lebih terjamin. Mengapa? 1 markah

Sebagai seorang individu yang prihatin, saya akan membantunya

melintas jalan raya dengan memimpin tangannya. Saya juga akan
5 markah
menasihatinya untuk menggunakan jejambat agar keselamatan lebih
terjamin.

[Bilangan perkataan: 25 patah]

 Tulis dalam satu perenggan sahaja.

 Lihat cara bagaimana untuk mendapatkan 5 markah penuh di
atas.
 Jawapan lain yang munasabah diterima.
 Bilangan perkataan antara 30 hingga 35 patah adalah diterima.

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 19

BAHAGIAN C
(10 markah)

Terdapat banyak kesan buruk permainan video kepada murid-murid sekolah. Antaranya,
murid-murid mudah leka apabila bermain permainan video hingga tidak mengendahkan
pelajaran mereka. Selain itu, sesetengah permainan video juga menunjukkan banyak elemen
keganasan yang boleh merosakkan pemikiran murid-murid. Seterusnya, ketagihan bermain
video menyebabkan murid-murid tidur lewat sehingga menjejaskan kualiti tidur mereka.

[50 patah perkataan]

Pendahuluan
Isi tersurat
Isi tersirat

*Nota:
o Pastikan jawapan anda mempunyai yang berikut:
o Pendahuluan
o 3 isi tersurat
o 3 isi tersirat
o Penggunaan penanda wacana (seperti yang dihitamkan di atas)

o Bilangan perkataan antara 50 hingga 55 patah adalah diterima.

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 20

BAHAGIAN D
(20 markah)

Tema 1: Tema karangan penceritaan (karangan tidak berformat)

Pada hari Jumaat yang lalu, saya telah mendengar sebuah ceramah keselamatan yang dianjurkan
oleh pihak sekolah. Ceramah yang disampaikan oleh Inspektor Tuan Ismail Sabri, dari Balai
Polis PPD Kota Damansara menekankan tentang keselamatan diri ketika berada di luar rumah.

Inspektor Tuan Ismail Sabri memberitahu tentang pentingnya untuk kita sentiasa
peka akan situasi sekeliling. Penggunaan telefon bimbit tidak digalakkan terutamanya ketika
berjalan bersendirian. Selain itu, beliau juga mengesyorkan agar membawa wang dalam jumlah
yang minimum setiap kali keluar rumah.

Ceramah selama satu jam setengah itu banyak mengajar kami perihal keselamatan
diri. Benarlah bak kata pepatah “nahas tidak berbau”.

[85 patah perkataan]

**Bilangan perkataan antara 80 hingga 85 patah adalah diterima.

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023
SULIT 21

Tema 2: Tema fakta (Karangan tidak berformat)

Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menjaga keselamatan diri semasa berada
di luar rumah. Antaranya, kita perlu sentiasa peka akan situasi sekeliling. Sebagai contoh,
penggunaan telefon bimbit tidak digalakkan terutamanya ketika berjalan bersendirian.

Selain itu, kita juga perlulah membawa jumlah wang pada kadar yang minimum untuk
mengurangkan risiko kehilangan wang sekiranya diragut. Seterusnya, kita perlu mengelakkan
diri berjalan di lorong yang sunyi kerana mudah menjadi sasaran ragut.

Tuntasnya, keselamatan diri di luar rumah perlu diberikan perhatian kerana benarlah bak
kata pepatah “malang tidak berbau”.

[83 patah perkataan]

**Bilangan perkataan antara 80 hingga 85 patah adalah diterima.

Pendahuluan
Isi tersurat
Isi tersirat
Kesimpulan

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023

You might also like