You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

CADANGAN PEMBELIAN TELEVISYEN PINTAR


(4K SMART TV)
UNTUK PUSAT SUMBER
SK LUTONG

DISEDIAKAN OLEH
UNIT PRASEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN LUTONG.
KERTAS CADANGAN PEMBELIAN (SMART TV)

1.0 PENDAHULUAN

Prasekolah Sekolah Kebangsaan Lutong, Miri merupakan tempat para pelajar menimba
pelbagai ilmu pengetahuan dari umur 4 tahun hingga 6 tahun. Melalui pendidikan Prasekolah,
Pendekatan ICT merupakan salah satu pendekatan yang boleh menarik minat kanak-kanak dalam
pembelajaran dan dapat memperkembankan minda dan pengetahuan mereka apabila melayari
internet melalui penggunaan Ict secara menyeluruh. Bagi memastikan segala ilmu yang dicurahkan
oleh guru kepada pelajar dapat diolahkan maka penggunaan teknologi yang baru serta terkini boleh
menarik minat pelajar. Salah satunya penggunaan smart TV dalam bilik darjah. Selain itu, ia merupakan
satu medium yang boleh menarik minat murid belajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru
di dalam kelas.
Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah pembelajaran Abad 21 dan misi
Sk Lutong pada tahun ini iaitu membudayakan ICT, pembelian Televisyen Pintar (Smart TV) ini amat
diperlukan bagi menyampaikan maklumat kepada murid-murid secara visual disamping memudahkan
guru prasekolah menjalankan aktiviti pembelajaran interaktif dan menarik dengan lebih mudah dan
efisyen . Ianyan mampu memberi peluang kepada guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran
kepada murid selain dapat menarik minat murid. Ini adalah sebagai satu usaha pihak sekolah bagi
memastikan penggunaan IT seiring dengan keadaan semasa selain dapat membantu guru dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

2.0 RASIONAL

2.1 Rasional penggunaan smart tv adalah seperti berikut


A. Penggantian penggunaan projektor LCD sedia ada
- televisyen smart tv sebagai ganti penggunaan projector LCD yang kebanyakannya
sudah rosak
- Penyediaan projector LCD yang memakan masa dan juga sering menimbulkan
masalah
2
- Sart TV sesuai unutuk melayari youtube, google classroom
B. Penggunaan Pendrive USB
- Penggunaan pendrive usb yang mudah dimana hanya perlu dicucuk pada smart tv
dan guru boleh terus mengajar
- Tidak perlu membawa laptop kerana guru hanya perlu simpan maklumat untuk
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam pendrive sahaja
- Selain itu , penggunaan Phone atau table phone boleh disambung terus ke smart TV

C. Penjagaan Smart TV
- 2 buah smart tv akan ditempatkan didalam kelas prasekolah seoja dan melati
- Setiap guru akan bertanggungjawab menjaga smart tv bersama alat kawalan tv yang
mengajar kelas terbabit.
- Guru kelas bertanggungjawab mengeluar dan menyimpan alat kawalan tv. Hanya
guru yang mengajar kelas terbabit akan memasang smart tv ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran .
D. Keperluan Pelajar
- Disebabkan kekurangan projector LCD maka dengan adanya smart tv ini dapat
menampung kekurangan yang sedia ada.
- Sebagai satu alat bantu mengajar guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

3.0 MATLAMAT

i. Membudayakan penggunaan ICT ke arah matlamat pembelajaran abad 21 di SK Lutong


ii. Menarik minat dan memudahkan murid-murid untuk mendapatkan maklumat terkini secara
audio visual

4.0 MATLAMAT
i. Penggunaan ICT dalam sesi PdPc banyak memberi kesan yang baik kepada murid dan juga guru.
Ia membantu warga pendidik menjalankan sesi PdPc dengan lebih cekap, praktikal dan mampu
menarik minat murid, sekaligus memaksimumkan keberkesanan hasil pembelajaran.

3
ii. Penggunaan gajet dan teknologi ICT kini dilihat sangat relevan dalam proses PdPc. Kita perlu
sedar bahawa anak-anak zaman ini tidak sama dengan zaman dahulu. Anak-anak yang lahir
dalam era digital kini (native digital) lebih terdedah dengan kepesatan dan kepantasan tekno-
logi maklumat.
iii. Mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdPc) guru, agar PdPc lebih menarik,
berkesan dan menyeronokan selain dapat menarik minat MBK untuk terus berasa teruja dalam
mencari ilmu.
iv. Meningkatkan penggabungjalinan matapelajaran dalam PdPc. Ini akan memberikan impak yang
lebih memberangsangkan dalam penerimaan pembelajaran.
v. Meningkatkan penglibatan MBK dalam setiap aktiviti PdPc yang dirancang oleh guru.
vi. Mendedahkan MBK kepada perkembangan teknologi dan multimedia dari segi pengamatan
MBK.

5.0 SASARAN

5.1 Murid-murid Prasekolah SK Lutong

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN MENGURUS


Bil Peralatan Bil Unit Anggaran Seunit Anggaran Kos

1 Smart Tv 55’inchi 4K termasuk 2 RM 2,500.00 RM 5,000.00


pemasang

2 Kos pemasangan 2 RM 450.00 RM 1800.00

Jumlah RM 6,800.00

4
7.0 PUNCA KEWANGAN

7.1 Sumber kewangan adalah daripada Peruntukan Khas Geran Tahunan Khas Kerajaan Sarawak
Untuk IPAKK BAG TAHUN 2021 .

8.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan pihak unit prasekolah merealisasikan impian untuk mendapatkan
Smart TV dengan jayanya dan dengan adanya Penggunaan Smart TV , guru dapat mempelbagaikan
proses PdP dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja. Kemahiran menggunakan
aplikasi ICT membolehkan guru dan murid mendapatkan maklumat dan pengetahuan terkini dengan
lebih cepat serta efisien bagi digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Dengan pesatnya pertumbuhan
aplikasi dan web tools bermain dan belajar (play and learning), tumpuan dan perhatian murid dalam
pembelajaran menjadi semakin baik. Murid lebih bermotivasi dan bersemangat. Trend ini akan
menjadikan lebih banyak pembangun aplikasi gamifikasi pembelajaran dalam mahupun luar talian
untuk disuai padankan dengan platform pembelajaran sedia ada. Melalui cara ini kualiti pengajaran
dan pembelajaran akan lebih baik dan berkesan selain memberi impak yang lebih bermakna.

Disediakan Oleh; Disahkan Oleh;

________________________ ____________________________
Moziana binti Abdul Rahman (En. Saufie Bin Hj Sa’ait)
Penyelaras Unit Prasekolah Guru Besar
SK Lutong SK Lutong

You might also like