You are on page 1of 2

PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA

1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN


Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)
1993/1994. Peraturan-peraturan Am MSSM dan Peraturan-peraturan Pertandingan Kejohanan
Olahraga MSS Sabah 2009.

2.0 ACARA - ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT - ALAT PERTANDINGAN
BIL PRA TAHUN 1 &
TAHUN 3 TAHUN 4-5 TAHUN 6
ACARA ACARA SEKOLAH TAHUN 2
01 50 M (Lelaki) X - - - -
02 50 M (Perempuan) X - - - -
03 100 M (Lelaki) - - X X X
04 100 M (Perempuan) - - X X X
05 200 M (Lelaki) - - - X X
06 200 M (Perempuan) - - - X X
07 - X
80 M Lari Berpagar (Lelaki) - - -
0.762 M
- X
08 80 M Lari Berpagar (Perempuan) - - -
0.762 M
Lompat Tinggi (Lelaki) - - - X X
09
1.00 m 1.00 m
Lompat Tinggi (Perempuan - - - X X
10
0.8 m 0.8 m
11 Lompat Jauh (Lelaki) - - X X X
12 Lompat Jauh (Perempuan) - - X X X
- - - X X
13 Lontar peluru (Lelaki)
2.72 kg 2.72 kg
- - - X X
14 Lontar peluru (Perempuan)
2.72 kg 2.72 kg
15 4 x 50 M (Lelaki) X - - - -

16 4 x 50 M (Perempuan) X - - - -

17 4 X 100 M (Lelaki) - - X X X

18 4 X 100 M (Perempuan) - - X X X

19 4 x 200 M (Lelaki) - - - X X

20 4 x 200 M (Perempuan) - - - X X

21 Sukaneka (Lelaki) - X - - -

22 Sukaneka (Perempuan) - X - - -

JUMLAH 6 16 14
4 2
2.1 Acara 4 X 200 M
2.1.1 Pelari Pertama akan gunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan 1 ½ stagger (garisan biru).
2.1.2 Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang akan disediakan
2.1.3 Pelari Ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger ( seperti pelari kedua dalam acara 4 X 400m. Selepas menerima
baton daripada pelari kedua, pelari ketiga mestilah berlari di lorong masing – masing sehingga ke selekoh pertama dan
kemudiannya, beliau boleh memotong masuk ke lorong pertama.
2.1.4 Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut “start list”(mengikut kedudukan pelari yang
dating), dan menerima baton dengan syarat dia tidak menghalang atau menolak peserta lain.

3.0 CARA PERTANDINGAN

3.1 Setiap Rumah Sukan adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada dua (2) orang peserta bagi setiap
acara individu dan satu (1) pasukan Sahaja bagi setiap acara Lari Berganti-ganti.

3.2 BIlangan maksimum penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut :

Kumpulan Tahun Individu Lari Berganti-ganti


Pra sekolah 1 1
Tahun 3 2 1
Tahun 4 -5 2 2
Tahun 6 2 2

4.0 PENDAFTARAN PESERTA

4.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat selewatnya pada 23 November 2023 dengan menggunakan BORANG
PENYERTAAN RASMI yang dihantar oleh AJK Urusetia. Butir-butir tentang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan
oleh Ketua Rumah Sukan masing-masing.

4.2 Peserta yang hanya mengambil acara berganti ganti juga dikehendaki mendaftar.

5.0 PENGESAHAN PESERTA

5.1 Mesyuarat Pengundian

5.1.1 Mesyuarat pengesahan dan undian lorong akan diadakan pada 23 November 2023. Penolong Kanan
Kokurikulum, Setiausaha Sukan dan Pengurus Rumah Sukan atau wakilnya dikehendaki hadir dalam proses pengundian
tersebut.

5.1.2 Nama-nama yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan selewat-lewatnya
pada mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

5.1.3 Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah DISAHKAN selewat-
lewatnya dalam mesyuarat tersebut.

5.1.4 Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan selewat-
lewatnya dalam mesyuarat tersebut. SELEPAS DARIPADA TARIKH TERSEBUT, SEBARANG PERTUKARAN ATAU
PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN.

5.2 Taklimat Pengurus-pengurus pasukan

5.2.1 Semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan hanya perkara berikut tentang senarai peserta boleh
dilakukan :

5.2.2 Penarikan diri peserta TANPA pengganti.

5.2.3 Pengesahan peserta-peserta bagi setiap acara Berganti-ganti.

You might also like