You are on page 1of 20

PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

SEMESTER 11 / TAHUN 2022

HBSE4203

KEMAHIRAN HIDUP UNTUK PENDIDIKAN KHAS II

NAMA : SYLVIA BINTI TIMBAH


NO. MATRIKULASI : 800629125974001
NO. KAD PENGENALAN : 800629-12-5974
NO. TELEFON : 017-8692528
E-MEL : sylviat@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : UNIVERSITI TERBUKA


KOTA KINABALU MALAYSIA,
SABAH
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT
BAHAGIAN 1
SOALAN 1
1.0 PENGENALAN ..................……………….............….....… 1
1.1 PENYEDIAAN MAKANAN ………………………………. 2 - 3
1.2 TEMPAT TINGGAL …………………………………….…… 4
1.3 TIPS KESIHATAN …………………………………………….. 5 - 6
1.4 TIGA JENIS PENYAKIT YANG BOLEH MENJANGKITI
HAIWAN PELIHARAAN ARNAB …………………………. 6 - 7
1.5 CARA-CARA PENGESANAN PENYAKIT DAN RAWATAN …8 - 9
1.6 HUBUNGAN ANTARA HAIWAN PELIHARAAN DAN
PEMILIK …………………………………………………………. 10 - 11
1.7 KESIMPULAN …………………………………………………... 11
RUJUKAN ……………………………………………………….. 12

SOALAN 2
2.0 CARA-CARA PENJAGAAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI
KETIKA MENJAGA HAIWAN PELIHARAAN LANDAK MINI
AFRIKA …………………………………………………………. 13

BAHAGIAN 2
3.0 POSTING PERBINCANGAN ATAS TALIAN ……………. 14 - 16
BAHAGIAN 1
SOALAN 1
1.0 PENGENALAN
Haiwan peliharaan adalah haiwan domestik atau haiwan yang dijinakkan untuk
dijadikan teman, perlindungan atau hiburan. Haiwan yang sering dipelihara adalah seperti
anjing, kucing, arnab, burung, hamster, landak mini dan sebagainya. Ada juga yang
memelihara reptilia seperti jenis cicak atau ular sebagai haiwan peliharaan. Terdapat banyak
faedah memelihara haiwan peliharaan antaranya adalah haiwan peliharaan boleh menjadi
kawan serta teman yang baik yang mana, mereka boleh bercakap dengan haiwan peliharaan
jika mereka mempunyai masalah dan semua rahsia terjaga. Di samping itu, Perasan dan sikap
positif terhadap haiwan peliharaan juga boleh meningkatkan rasa harga diri dan keyakinan
diri. Menjaga haiwan peliharaan boleh membentuk sikap bertanggungjawab dalam diri
seseorang semasa menjalankan tugasan harian dalam menjaga haiwan peliharaan. Dalam
menjaga haiwan peliharaan seseorang akan mempunyai pengalaman disayangi serta
menyayangi, suka serta kesetiaan. Allen (2003) melakukan tinjauan literatur mengenai faedah
pemilikan haiwan kesayangan dan menyimpulkan bahawa Pemilik haiwan kesayangan sering
menggambarkan haiwan peliharaan mereka sebagai ahli keluarga yang penting dan disayangi
yang memberikan ketenangan pada masa tekanan. Haiwan peliharaan boleh memberikan
kesihatan dan kegembiraan serta memberikan sokongan sosial kepada pemiliknya. Tetapi
kesan dan faedahnya tidak bersifat global dan ia juga tidak berlaku untuk semua orang
sepanjang masa. Haiwan peliharaan memberi kesan sosial kepada pemiliknya dan membantu
pemiliknya menjalankan tugas dengan lebih baik yang berlaku secara semula jadi dan secara
rawak tetapi dihadkan oleh tumpuan mereka pada tindak balas kepada tekanan akut jangka
pendek. Contohnya, apabila seseorang memanggil haiwan peliharaannya iaitu anjing dan
anjing tersebut menurut kata-kata tuannya serta menyayangi tuannya dengan cara mereka.
Mempunyai haiwan peliharaan bukanlah sesuatu yang mudah kerana seseorang itu
bertanggungjawab ke atas kebajikan haiwan tersebut dari semua aspek dan ia bukan setakat
memiliki haiwan peliharaan tetapi juga kita bertanggungjawab dalam memastikan ia sihat,
kelihatan bersih dan kemas serta gembira. Sebelum memelihara haiwan peliharaan terdapat
beberapa perkara yang perlu diketahui untuk memiliki haiwan peliharaan. Masa adalah sangat
penting yang perlu diperhatikan yang mana, sebelum memeliharan haiwan peliharaan kita
harus meneliti jadual harian samada ia mempunyai masa yang cukup untuk membersihkan,
memberi makan serta menjaga haiwan tersebut.

1
1.1PENYEDIAAN MAKANAN
Haiwan peliharaan arnab adalah haiwan yang sangat manja dan unik bagaimanapun,
teknik penjagaan arnab dengan haiwan lain seperti kucing dan anjing adalah berbeza dan ia
mempunyai keperluan dan kehendak berlainan. Antara kaedah untuk memelihara arnab agar
ia dapat membesar dengan baik adalah penyediaan makanan, sangkar, tempat pembuangan
najis, mainan dan perilakunya yang perlu difahami.
Tidak seperti banyak haiwan peliharaan, menjaga dan memberi makan arnab
bukanlah perkara yang paling mudah dan memerlukan makanan yang seimbang, jika tidak,
arnab akan mendapat penyakit berbahaya dan bagi mendapatkan bulu yang sentiasa sihat dan
aktif, makanannya mesti kaya dengan vitamin, mineral, karbohidrat dan protein. Bekas
makanan arnab seharusnya bersesuaian iaitu sederhana besar dan berat seperti ceramik agar
sukar untuk arnab tersebut terbalikkan kerana arnab mempunyai habit yang akan
menterbalikkan bekas makanan atau minumannya. Terdapat pelbagai jenis makanan yang di
jual untuk memenuhi keperluan pemakanan arnab di kedai haiwan ternakan namun, ramai
juga orang yang membuat keputusan untuk menambah makanan arnab dengan bahan semula
jadi yang bersesuaian dengan diet arnab. Makanan pellet mengandungi segala zat untuk
pertumbuhan arnab pada kuantiti yang minimum namun, bagi menambah zat makanan
kepada arnab kita boleh memberikan arnab sayuran dan dedaun seperti kangkung, sawi,
lobak, ubi kayu, kacang panjang, daun keledek, daun kacang tanah, daun dan batang jagung,
daun betik dan sebagainya. Makanan tersebut tidak boleh diberikan dalam bentuk segar
(selepas dipetik daripada pokok), sebaliknya perlu dilayukan terlebih dahulu untuk
mengurangkan kandungan air di dalamnya. Proses melayukan ini bukan sahaja dapat
meningkatkan kandungan serat malah dapat menghilangkan getah atau racun yang boleh
menyebabkan arnab mengalami kekejangan atau cirit-birit. Seekor arnab memerlukan 1kg
sumber makanan hijau yang diperolehi daripada sisa sayuran atau dedaun. Arnab pedaging
secara genetiknya mempunyai saiz yang besar dan mampu menghabiskan sehingga 1.5kg
makanan setiap hari. Ini berikutan dengan kandungan air yang terkandung adalah 90% dan ia
terlalu besar berbanding dengan sumber nutrien yang amat diperlukan oleh arnab.

2
Selain itu, arnab memerlukan rumput kering atau rami (hay) yang merupakan rumput
awet yang dipotong menjelang musim berbunga. Rumput ini dikeringkan secara berperingkat
sehingga kandungan gizinya tidak rosak, sekaligus dapat meningkatkan jumlah kandungan
seratnya. Antara rumput kering ini adalah rumput gajah, pucuk tebu atau rumput di padang
yang dipotong semasa menjelang musim berbunga. Arnab mengemari makanan ini kerana ia
mempunyai rasa yang manis serta kandungan serat yang tinggi dan makanan ini amat sesuai
ketika musim panas dan kering berpanjangan. Dalam pada itu, arnab juga memerlukan biji-
bijian yang mana ia berfungsi sebagai sumber makanan yang boleh meningkatkan daya
ketahanan arnab. Lebih-lebih lagi ketika arnab bunting dan yang sedang menyusukan
anaknya. Jagung, padi, gandum, bijan, kacang soya, kacang tanah dan kacang hijau adalah
antara biji-bijian yang diperlukan oleh arnab. Namun demikian, biji-bijian ini tidak boleh
diberikan secara terus kepada arnab, ia perlu ditumbuk atau digiling terlebih dahulu. Arnab
memerlukan umbi-umbian dalam pemakanan mereka antaranya adalah keledek, ubi kayu, ubi
kentang dan makanan umbi yang lain. Bagi umbi ubi kayu, ianya perlu direbus terlebih
dahulu atau dikeringkan sebelum diberikan untuk menghilangkan getahnya. Ubi kayu yang
telah dikering perlu ditumbuk sebelum diberikan kepada arnab. Konserat juga diperlukan
oleh arnab kerana makanan dapat meningkatkan sumber nutrien makanan dan ia juga dapat
mempermudahkan penyediaan makanan dani ia berfungsi sebagai makanan tambahan serta
dapat meningkatkan daya ketahanan haiwan ternakan arnab. Antara makanan konsentrat
tersebut adalah bran, hampas kelapa, hampas kacang tanah, hampas tauhu, hampas ubi kayu
dan sebagainya. Sebagai pengetahuan pemelihara arnab buah buahan hanya boleh diberi
seminggu sekali untuk memberikan zat tambahan dan ia tidak sesuai dijadikan sebagai diet
harian kerana boleh menyebabkan arnab sakit cirit serta menyebabkan arnab kurang aktif dan
bulu gugur.
Selain makanan arnab mesti mempunyai bekalan air segar dan bersih yang berterusan
samaada dari botol air atau mangkuk air mengikut kesesuaian tempat tinggal arnab tersebut.
Sekiranya arnab minum air yang tidak bersih ia boleh menyebabkan arnab tersebut terhidrasi.

3
Gambarajah 1 : Contoh makanan arnab

1.2TEMPAT TINGGAL
Seperti yang kita ketahui arnab tinggal di kawasan padang rumput, hutan, gurun, dan
tanah lembap mengikut kesesuaian dengan spesiesnya. Arnab adalah salah satu haiwan yang
terkenal sebagai haiwan belaan yang boleh tinggal dalam rumah dan biasanya arnab yang
dipelihara di rumah akan dikurung dalam petak atau kandang. Arnab yang tidak tinggal
dalam rumah pula biasanya ditempatkan dalam sangkar di luar rumah. Arnab boleh dilatih
untuk menggunakan kotak jerami untuk membuang air dan menyambut panggilan orang.
Arnab semestinya boleh dipelihara didalam rumah dengan baik dan selamat yang
mana mereka boleh bergerak dengan bebas didalam rumah dan selamat untuk arnab. Namun
demikian, kandang masih dianggap sebagai sarang atau tempat selamat baginya dimana ia
boleh berasa selesa dan selamat. Terdapat berbagai jenis dan saiz sangkar dipasaran samada
kecil atau besar dan kebanyakannya berlantai jaring agar mudah dibersihkan dan selesa untuk
arnab. Saiz dan ukuran sesuatu sangkar juga memainkan peranan yang penting bagi
keselesaan arnab, sangkar yang lebih besar adalah lebih baik kerana kebanyakan masanya di
dalam sangkar.
Arnab juga mudah untuk di “litter trained”, jadi lantai solid tidak menjadi masalah
dan mudah untuk dibersihkan. Kebanyakan kandang dipasaran menggunakan jaring dawai
atau besi sebagai lantai bagi tujuan untuk memudahkan pembersihannya. Bagaimanapun ini
amat kurang selesa kepada arnab dan boleh menyebabkan masalah seperti “sores hocks”.
Sekiranya mengunakan kandang jenis ini maka, kita perlu meletakan sekeping papan atau
jubin ceramic ataupun bahan lain yang boleh dijadikan lantai solid bagi arnab berpijak. Bagi
memudahkan sisa pembuangan jatuh terus ke bawah adalah dicadangkan agar meletakan
jaring plastik atau plastik anti gelincir yang sering digunakan di bilik mandi sebagai lantai
kandang. Pintu kandang di sisi adalah yang terbaik dan hendaklah cukup luas dan lebar bagi
memudahkan proses pembersihan dan arnab keluar masuk sangkar.

4
Gambarajah 2 : Contoh tempat tinggal
Arnab

1.3TIPS KESIHATAN
Bagi memelihara haiwan seperti arnab ini banyak yang perlu dipelajari agar haiwan
peliharaan kita dapat hidup selasa, selamat dan sihat. Antara tips untuk penjagaan kesihatan
arnab adalah sentiasa memberikan air minum yang bersih dan perlu ditukar sekurang-
kurangnya 2 kali sehari untuk mengelakkan jangkitan virus kerana arnab suka memasukkan
kakinya kedalam mangkuk minuman dan kemudian akan meminum balik air tersebut.
Sekiranya arnab meminum air kotor mereka akan mengalami cirit birit dan paling parah lagi,
ia boleh menyebabkan kematian kepada arnab. Ini dapat dibuktikan melalui satu artikel
dalam harian metro yang mana, banyak arnab mati disebabkankan ketiadaan air bersih untuk
minuman mereka. Sangkar arnab pula, perlu dibersihkan lebih kerap kerana sangkar yang
kotor akan mengundang bakteria, fungus, dan makhluk perosak yang boleh membahayakan
kesihatan arnab bukan itu sahaja, ia juga boleh membahayakan pemilik tersebut. Selain itu,
ruang kandang yang selesa bagi arnab kerana ruang yang kecil menyebabkan arnab ini begitu
tertekan atau stres. Lebih-lebih lagi jika terlalu banyak bilangan arnab dalam satu-satu
sangkar. Seharusnya arnab diletakkan secara berasing dan seekor sahaja dalam setiap sangkar
bagi memudahkan tugas memantau kesihatan dan proses mengawan arnab.

5
Bagi memastikan kesihatan arnab pemeriksaan kesihatan di klinik haiwan perlu
dilakukan dalam 6 bulan sekali. Hal ini bagi memastikan arnab diberi imunisasi merentang
penyakit bahaya seperti kurap dan cacing. Haiwan seperti arnab ini tidak perlu mandi seperti
kucing dan anjing kerana arnab akan membersihkan dirinya sendiri. Namun jika arnab
didapati terlalu kotor, kita hanya perlu menggunakan ‘dry shampoo’ iaitu shampoo arnab
tanpa bilas. Ini kerana ditakuti arnab tersebut akan mati secara tiba-tiba kerana terkejut
dengan perubahan suhu badan sekiranya kita memandikannya menggunakan air. Sekali
sekala, arnab memerlukan masa mereka untuk bebas ke mana sahaja yang mereka sukai
maka, kita perlu lepaskan arnab dihalaman yang bebas makhluk perosak seperti kutu
mahupun cacing dan haiwan pemangsa dengan pemantauan. Arnab juga memerlukan
perhatian daripada pemilik dengan bermain dan luangkan masa sekurang-kurangnya sekali
sehari agar arnab rasa disayangi serta lebih mengenali tuannya. Arnab juga perlu bermain
dengan seperti rol tisu yang sudah tidak digunakan, loceng, bola getah ringan, tikus kayu
dalam bentuk lobak merah atau bentuk lain, sebarang mainan kecil untuk anjing atau kucing.
Kita harus tahu cara memegang arnab dengan cara yang betul agar tidak
membahayakan dan mengelakkan arnab kita berasa sakit. Jangan pegang arnab dengan
mengangkat kedua-dua telinganya sahaja kerana dibahagian telinga arnab terdapat jutaan
saraf yang dikhuatiri jika tersalah pegang akan membahayakan arnab tetapi genggamlah kulit
belakang badan arnab dan tampung badan arnab dengan sebelah tangan lagi atau peluk arnab
macam peluk kucing. Seminggu sekali arnab perlu groom terutama yang berbulu gebu dan
tebal seperti anggora, English anggora, lion head, teddy bear, woody toy, jersey wooley dan
turkish anggora. Caranya adalah dengan membeli sikat arnab dan bedak baby johnson. Bulu
arnab perlu disikat dahulu untuk mengelakkan rambut bergumpal. Kemudian sapukan bedak
keseluruh badan arnab.

1.4TIGA JENIS PENYAKIT YANG BOLEH MENJANGKITI HAIWAN


PELIHARAAN ARNAB

6
Arnab adalah haiwan peliharaan yang mempunyai imuniti kuat dan musuh utama
kesihatan mereka adalah parasit dan virus. Haiwan berbulu ini jarang sekali jatuh sakit,
namun mereka juga seperti haiwan yang lain yang boleh jatuh sakit sekiranya kita tidak
menjaga kebersihan dan kesihatannya terutama dari sudut makanan serta air minumannya.
Terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh menjangkiti haiwan peliharaan arnab iaitu
penyakit kurap dan kutu yang merupakan antara penyakit yang paling popular menyerang
arnab. Penyakit kulit ini disebabkan oleh kulat yang mana, spora terdapat di tempat tidur,
makanan atau bulu haiwan. Arnab berasa gatal pada bahagian yang terdapatnya kurap dan
kerap menggaru sehingga luka yang kemudiannya akan membentuk kerak yang berkuping
pada bahagian badan atau telinga arnab. Penyakit kurap ini perlu di rawat dengan sesegera
yang mungkin agar tidak berjangkit pada bahagian lain badan arnab bukan itu sahaja, ia juga
berjangkit pada arnab yang lain serta boleh menyebabkan kematian. Kutu adalah serangga
yang kecil seperti semut yang menghisap darah dan mengigit kulit arnab. Kutu yang
menghisap amat membimbangkan kerana penyebaran penyakit dan kehilangan darah yang
banyak sehingga menyebabkan susutnya berat badan arnab malah, lebih parah lagi ia boleh
menjangkiti pemilik arnab.

Gambarajah 3 : Penyakit Kurap dan Kutu

7
Penyakit cirit-birit sering terjadi kepada haiwan jenis herbivor seperti arnab dan
penyakit ini sangat merbahaya bagi arnab dan sekiranya ia lambat dirawat ia boleh
menyebabkan kematian pada haiwan kesayangan kita. Terdapat banyak kemungkinan arnab
mengalami cirit-birit antaranya adalah kesalahan pemilik dalam penyediaan komposisi diet
yang mana, pemilik memberi arnab makan makanan yang tinggi gula seperti roti, biskut dan
buah-buahan serta kekurangan rumput kering yang menyebabkan pencernaan tidak sempurna,
berat badan yang berlebihan atau obesiti, penyakit sendi yang menyukarkan kebersihan arnab
dan sebagainya. Seharusnya makanan arnab perlulah berkualiti, makanan seperti sayuran
basah atau rosak mengandungi acuan yang boleh menyebabkan arnab cirit-birit dan
seterusnya membawa kepada kematian haiwan tersebut. Selain itu, tekanan juga boleh
menyebabkan arnab mendapat penyakit cirit yang mana, arnab sangat sensitif terhadap
perubahan persekitaran dan diet dan apabila pemiliknya bertukar, ia akan berasa tertekan.
Cirit-birit juga berlaku apabila terdapat pelanggaran standard kebersihan dan pembersihan
sangkar pada waktunya dan potongan makanan kering atau masam yang boleh menyebabkan
gangguan pencernaan mereka.

Gambarajah 4 : Penyakit Cirit-Birit

8
Penyakit pododermatitis atau lebih dikenali sebagai sore hock sering dialami oleh
haiwan peliharaan arnab dan ia merujuk kepada penyakit berbahaya yang pada peringkat
terakhir perkembangannya boleh menyebabkan kematian haiwan tersebut. Biasanya penyakit
ini sering terdedah kepada arnab muda yang berumur 3-4 bulan. Penyakit ini tidak berjangkit
dan menjangkiti pada arnab yang sihat kerana ia tidak tergolong dalam penyakit berjangkit.
Pada peringkat awal perkembangan penyakit ini, tapak kaki arnab akan melecet dan dapat
dilihat kapalan serta retakan pada kaki arnab tersebut setelah itu, pengelupasan kulit yang
ketara dapat diperhatikan. Kemudian luka tersebut akan menjadi ulser dan berdarah pada
tapak kakinya, melalui luka tersebut pelbagai jangkitan memasuki aliran darah. Terdapat
beberapa peringkat dalam penyakit pododermatitis terhadap arnab ini iaitu ia dimulakan
dengan luka dan bernanah pada tapak kaki arnab, penembusan ke dalam tisu hidup yang
biasanya memerlukan pembedahan dan kemudian penembusan yang mendalam disertai
dengan kerosakan pada tulang dan semua tendon. Penyebab bagi penyakit ini adalah
kegemukkan, jaring sangkar yang halus dan tajam atau berkarat, perpeluhan dari tapak kaki
arnab yang akan menghasilkan tindak balas kimia, tabiat arnab yang selalu menghentak-
hentak kaki dan kuku yang terlalu panjang.

Gambarajah 5 : Penyakit Pododermatitis

1.5CARA-CARA PENGESANAN PENYAKIT DAN RAWATAN

9
Setiap penyakit arnab mempunyai petanda terhadap penyakit dan rawatannya.
Penyakit kurap dan kutu yang sering di alami arnab mempunyai tanda-tanda arnab kita
dijangkiti penyakit tersebut iaitu terrdapat perubahan bau yang agak berbeza dari kebiasaan.
Sebagai contoh kita akan berasa bau yang tidak menyenangkan semasa kita memberi makan
pada arnab. Pada bahagian telinga mereka juga kita akan dapat merasa biji-biji pasir halus
atau kasar dan ia dapat dirasa semasa kita mengusap kepala atau telinga arnab kita. Jangkitan
akan merebak ke sekitar kepala, leher dan kadang-kadang di badan arnab yang akan
menyebabkan arnab mengaru dengan kuat. Jangkitan ini mnyebabkan bulu jatuh dan kulit
kelihatan berair dan menjadi kerak apabila kering dan kerak tersebut mudah merekah dan
berair dan menyebabkan jangkitan yang lebih serius. Selain itu, arnab yang dijangkiti
penyakit kurap dan kutu ini akan hilang selera makan mereka dan kita akan sering melihat
arnab menggaru telinga dan mengoyang-goyangkan kepala dengan kerap dan mungkin tanpa
henti serta boleh menyebabkan pendarahan dan kesakitan kepada arnab.
Cara rawatan bagi penyakit kurap dan kutu ini adalah dengan mendapatkan rawatan
Veterinar dengan segera dan biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan kepada arnab
serta diberikan 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Kandang arnab perlu dibersihkan dengan
penyah kuman dan biarkan selama beberapa hari sebelum digunakan semula agar parasit
dapat dilenyapkan sebelum arnab tinggal di kandang tersebut. Arnab yang terkena jangkitan
juga perlu diasingkan daripada arnab yang sihat serta haiwan yang lain seperti kucing atau
anjing bagi mengelakan daripada wabak berjangkit.
Penyakit cirit-birit pula, dapat dilihat melalui keadaan arnab yang hilang selera makan
dan kurang aktif. Biasanya arnab akan memberikan respon bila diusap kepala tetapi bagi
arnab yang mempunyai penyakit cirit-birit arnab akan banyak berdiam dan tidak memberikan
respon, begitu juga dengan makanan yang diberikan arnab tidak akan menjamah makanan
tersebut. Arnab juga berasa tekanan atau stres yang mana, dia berada pada satu tempat sahaja
dan tidak berganjak. Penyakit cirit-birit pada arnab ini juga dapat dilihat melalui najis mereka
yang menjadi cair, berwarna gelap dan berbau busuk.
Rawatan yang harus diberikan kepada arnab yang mempunyai sakit ini adalah dengan
mencuci bahagian punggung yang kotor dengan air bersih dan mengelapnya sehingga kering.
Ia juga perlu diberikan ubat cirit dengan segera dan meletakkan disangkar yang berasingan
daripada arnab yang sihat untuk sementara waktu. Arnab tidak perlu diberikan pellet tetapi
menggantikannya dengan makananan timoty hay atau rami. Selain itu, kita boleh
memberikan daun jambu batu dan daun pisang kerana ia boleh membantu pemakanan arnab
tersebut.

10
Penyakit pododermatitis atau sore hock yang dideritai arnab boleh menyebabkan
kematian kepada haiwan kesayangan kita sekira ia tidak dirawat dan petanda penyakit ini kita
dapat lihat melalui haiwan yang hilang selera makan dan biasanya dia akan berbaring selalu
kerana berasa sakit apabila bergerak. Dalam kes ini, bulu arnab juga mulai rontok serta kulit
menjadi lebih kering dan mengelupas. Arnab akan mendiamkan diri di satu tempat dan dia
akan meregangkan cakarnya dalam kedudukan mendatar kerana sakit yang dialaminya. Bulu
pada kakinya juga akan gugur dan terlihat tompokon yang bernanah pada tapak kakinya. serta
terdapat kecederaan, retakan, dan cairan darah yang dijumpai pada tapak kaki arnab.
Cara merawat pododermatitis ini adalah dengan menggunakan kotak sebagai alas kaki
arnab kita dan menggunakan larutan disinfektan dan antiseptik untuk diletakkan pada luka
arnab yang mana ia boleh di beli di mana-mana kedai yang menjual barangan haiwan dan
luka ini harus dirawat setiap hari sehingga luka sembuh sepenuhnya. Sekiranya
keradangannya teruk, diperlukan pemberian ubat antibakteria (antibiotik) dengan berjumpa
doktor haiwan adalah lebih baik dan kaki arnab yang luka juga perlu dibalut dan pembalutnya
perlu ditukar setiap hari serta memakaikannya stoking. Kebersihan arnab harus dipantau
dengan lebih berhati-hati agar kandangnya tidak tercemar dan meletakkan tikar getah
bahagian bawah untuk mencegah kecederaan pada permukaan kakinya.

1.6HUBUNGAN ANTARA HAIWAN PELIHARAAN DAN PEMILIK


Pemilik haiwan menpunyai hubungan yang khusus dengan haiwan peliharaan mereka,
seperti yang kita tahu haiwan merupakan antara makhluk ciptaan Tuhan yang mempunyai
hubungan yang sangat rapat dengan manusia samada secara langsung ataupun tidak langsung.
Dalam satu artikel Profesor Lim Kim Hui menyatakan bahawa haiwan memainkan peranan
penting dalam kehidupan orang Melayu di mana haiwan boleh membantu manusia dalam
kehidupan seharian. Sebagai contoh, ayam yang berkokok setiap pagi dapat membangunkan
seisi keluarga.

11
Pemilik menjadikan haiwan kesayangan mereka sebagai ahli keluarga dan mereka
akan menikmati persahabatan mereka dengan berjalan-jalan di luar, bermain dan bercakap
dengan mereka seperti seorang sahabat. Ini membuktikan bahawa hubungan haiwan
peliharaan tidak kira samada arnab, anjing atau kucing sangat rapat sehingga mereka boleh
saling memahami. Sebagai contoh, apabila pemilik datang ke kandang arnab untuk
memberikan makanan, arnab akan datang mendekat dan minta dibelai. Dalam pada itu, ada
juga yang meraikan hari lahir haiwan kesayangan mereka dengan membelikan mereka
makanan atau “treat” kepada haiwan peliharaan mereka.
Hubungan rapat antara haiwan peliharaan ini akan terasa lagi apabila kehilangan
haiwan peliharaan mereka yang mana, apabila haiwan tersebut hilang atau mati, ia amat sukar
untuk menggantikannya dengan haiwan lain. Seseorang akan meratapi dengan cara yang
sangat mirip dengan perasaan kehilangan anggota keluarga yang lain dan begitu juga
sebaliknya. Contohnya, dalam satu filem yang bertajuk “Hachiko” yang mana, seekor anjing
yang setia menunggu tuannya di stesen Shibuya sehinggalah pemiliknya meninggal dunia.
Namun begitu Hachiko masih menjalankan rutin hariannya dengan menunngu pemiliknya di
stesen tersebut sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir di situ. Hubungan antara
pemilik dan haiwan bukan sekadar baik untuk kesihatan manusia, tetapi juga dapat membantu
membina masyarakat yang mana, terdapat peningkatan interaksi antara sesama manusia
dengan aktiviti yang melibatkan haiwan peliharaan. Sebagai contoh membuat satu “kelab
anjing” yang membawa anjing berjalan secara berkumpulan dan dapat berinteraksi dengan
jiran dan pejalan kaki lain.
Masyarakat mencipta undang-undang untuk melindungi haiwan kesayangan dari
kekejaman dan pengabaian. Dalam undang-undang kebajikan ada menyatakan bahawa
menjadi satu kesalahan sekiranya menganiaya, membunuh dan membuat urusniaga pelagaan
haiwan. Mohandas Ghandi memahami kepentingan ikatan haiwan manusia, dalam
autobiografi beliau berkata "kehebatan manusia atas haiwan yang lebih rendah tidak
bermakna bahawa bekas harus menjadi mangsa kepada yang terakhir, tetapi yang lebih tinggi
harus melindungi yang lebih rendah, dan harus ada bantuan antara kedua-duanya." Mengakui
cara-cara haiwan kesayangan memperkayakan kehidupan manusia, dan memahami
kedalaman kasih sayang antara banyak manusia dan haiwan, mungkin menjadi kunci untuk
tidak hanya kesihatan yang lebih baik, tetapi untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat
secara keseluruhan.

1.7KESIMPULAN

12
Haiwan kesayangan adalah haiwan yang dipelihara di rumah kediaman dengan penuh
kasih sayang. Terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memelihara
haiwan kesayangan iaitu tempat tinggal, makanannya, penjagaan kesihatan, perbelanjaan
yang diperlukan dalam penjagaan. semua persoalan ini perlu dipenuhi agar haiwan peliharaan
tidak akan derita sekiranya kita masih ingin memeliharannya. Pembacaan yang banyak
tentang haiwan peliharaan juga diperlukan bagi lebih memahami karekter dan habit haiwan
peliharaan kita serta hubungan yang baik dengannya. Sifat tanggungjawab dan penyayang
amatlah diperlukan dalam penjagaan haiwan peliharaan. Oleh itu, sebelum memelihara
haiwan peliharaan kita perlu memastikan haiwan yang kita inginkan dan banyak belajar
tentang kehidupan haiwan tersebut.

(Patah Perkataan 3359)

13
RUJUKAN

Allen, K. (2003). Are Pets a Healthy Pleasure? The Influence of Pets on Blood
Pressure. Current Directions in Psychological Science, 12, 236 - 239.

Cunha, T. J., & Cheeke, P. R. (2012). Rabbit feeding and nutrition. Elsevier.

Gidenne, T. (2003). Fibres in rabbit feeding for digestive troubles prevention:


respective role of low-digested and digestible fibre. Livestock Production
Science, 81(2-3), 105-117.

A'syif Ja'afar.(2015). Rabbit Online. Dicapai dari:https://rabbitonlinepets.weebly.com/

M Anem.(2021, Februari 08). Cara Ternak Arnab Di Rumah. Dicapai dari:


http://animhosnan.blogspot.com/2021/03/cara-ternak-arnab-dirumah.html

Ahmad Rabiul Zulkifli.(2021, Ogos 06). Harian Metro. Arnab baka mati kerana
masalah bekalan air. Di capai dari :
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/739225/arnab-baka-mati-kerana-
masalah-bekalan-air

PetMD Editorial. (2020, May 19). Ulcerative Pododermatitis in Rabbits. Retrived from
:https://www.petmd.com/rabbit/conditions/skin/c_rb_ulcerative_pododermatitis

Prof Madya Dr Arif Fahmi Md Yusof. (2020,Oktober 04). Menghargai Haiwan


Sebagai Makhluk Tuhan. Di capai dari :
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1885854

Gandhi, M. (1983). Autobiography: The story of my experiments with truth. Courier


Corporation.

SOALAN 2

14
2.0 CARA-CARA MENJAGA DAN CABARAN YANG DIHADAPI KETIKA
MENJAGA HAIWAN PELIHARAAN

- Dihantar secara berasingan dalam file penghantaran assignment.

BAHAGIAN 2

15
PENYERTAAN DALAM KELAS ATAS TALIAN

1.

2.

16
3.

4.

17
5.

18

You might also like