You are on page 1of 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KANGKAR PULAI Kod Sekolah: JBA 1134

1. Nama Guru
TOMO HARDJO BIN ZAKARIA

2. Judul BIOGRAFI TOKOH PILIHAN 3. Bidang: AKADEMIK


MALAYSIA
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-
-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis :-
Buku ini ditulis sebagai satu usaha untuk mengemaskinikan tokoh-tokoh dalam sejarah Malaysia.
Buku ini mengandungi 237 muka surat yang menggabungkan 13 tokoh tanah air agar masyarakat
dapat mengenal pasti sumbangan mereka pada sejarah di Malaysia yang kadang kala secara
lisan tidak dibukukan. Buku ini ditulis oleh Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Haji Awang telah
diterbitkan oleh penerbitan Universiti Malaya pada tahun 1997. Riwayat hidup mereka boleh kita
jadikan satu iktibar, semangat anak bangsa agar lebih bermotivasi dalam kehidupan.
Sungguhpun berlainan latar belakang, apa yang pasti mereka ada satu perkara yang wajar
diingat iaitu jasa dan sumbangan. Segala cerita mereka digarap dengan begitu menarik dan
dipersembahkan dengan teliti agar pembaca dapat menyelami kepedihan dan kegigihan mereka
untuk mencapai kejayaan. Antaranya dato’ Onn Jaafar dan p. Ramlee. Semoga ia menjadi
teladan kepada pewaris bangsa.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Bukan mudah untuk menggapai kejayaan kerana onak dan duri itu sentiasa ada. Matlamat dan
keinginan dapat dicapai tanpa menghalalkan semua cara. Banyak yang perlu dikorbankan sama
ada wang ringgit ataupun kasih sayang untuk mengecapi kemanisan sebuah kejayaan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Tokoh-tokoh yang terlibat boleh diselitkan dalam pengajaran Sejarah kerana mereka layak untuk
dikenang. Semangat jitu yang ada pada tokoh-tokoh boleh mendorong guru sebagai pendidik
agar tidak rasa jemu untuk terus berbakti.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

....................................... . ................................................
( TOMO HARDJO BIN ZAKARIA ) ( )

You might also like