You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA JUMAAT

71007 PORT DICKSON


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
No. Tel : 06-6512022
No. Faks : 06-6517067
E-mel :nea2052@moe.edu.my

Ruj.Kami : SMKRJ. 300-2/2/2( )


Tarikh : 15 September 2023

SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT,


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN,
JALAN DATO' HAMZAH,
70990 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
(u/p ENCIK RAHIMI BIN RAHIM)

Tuan,

PERMOHONAN PENUKARAN LOKASI ROUTER MODEM MAXIS FIBER DARI


BILIK GURU KE PUSAT AKSES SEKOLAH.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, pihak sekolah telah dibekalkan dengan talian internet Maxis
Fiber di tiga lokasi iaitu Pejabat, Bilik Guru dan Makmal Komputer. Pejabat dan Bilik Guru
terletak di bangunan yang sama dan bangunan itu mempunyai sistem rangkaian ke 3 Access
Point yang dapat meliputi seluruh bangunan. Maka sebuah Router Modem sahaja sudah
mencukupi di bangunan tersebut.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin membuat permohonan penukaran Router Modem
dari Bilik Guru ke Pusat Akses Sekolah yang terletak di bangunan hujung sekolah bagi meluaskan
capaian liputan internet ke seluruh sekolah. Pusat Akses Sekolah juga mempunyai sistem
rangkaian yang menghubungkan ke 4 Acces Point di 2 buah bangunan.

5. Segala tindakan dan kerjasama pihak tuan amat kami hargai

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

YUSNIZAM BIN AHMAD


Pengetua
Sek. Men. Keb. Raja Jumaat

You might also like