You are on page 1of 4
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Pahang, Bandar Indera Mahkota Telefon 09-5715700 25604 Kuantan Faks 09-5734857 Pahang Darul Makmur Laman Web: jpnpahang.moe,gov,my Rujukan Kami : JPNP.SPMd.500-7/1/7Jld.3(67) Tarikh 31 Disember 2023 Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Seluruh Pahang Pengetua dan Guru Besar Seluruh Negeri Pahang Tuan, TAKLIMAT PENYELARASAN INTERVENSI SALAH LAKU BULI DAN SEKSUAL KEPADA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat KPM.600-17/1/22 JLD.8( ) bertarikh 28 Disember 2023 adalah berkaitan. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama pegawai Unit Hal Ehwal Murid (Kaunseling dan Kerjaya) Jabatan Pendidikan Negeri telah menyediakan panduan Intervensi Salah Laku Buli dan Seksual selaras dengan SPI yang telah dikeluarkan 3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah dimohon untuk membuat hebahan dan memaklumkan kepada semua Guru Bimbingan dan Kaunseling dibawah pentadbiran tuan untuk mengikuti taklimat yang akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh = 4 Januari 2024 (Khamis) Masa : 10:00 pagi - 1:00 tengah hari Tempat : Saluran Youtube UKKM. 4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, pihak tuan boleh menghubungi pegawai yang berurusan Encik Muhamad Nazarul Hazwan bin Abd Razak, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang di talian 09-571 5700 sambungan 5915.Kerjasama dan perhatian tuan dalam hal ini amat dinargai 2I- JPNP.SPMd.500-7/1/7Jld.3(67) Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid b.p Pengarah Pendidikan Pahang sk. 1. Pengarah Pendidikan Pahang 7. Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid 3. Fail BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA CES Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Lt eS MALAYSIA Laman Web : wwmoegovmy Ruj. Tuan: Ruj. Kami: KPM.600-17/1/22 JLD. 8( ) Tarikh UW Disember 2023 Pengarah Pendidikan Semua Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan, TAKLIMAT PENYELARASAN INTERVENS! SALAH LAKU BULI DAN SEKSUAL KEPADA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling ikhtisas (SPI) KPM Bilangan 12 Tahun 2023 — Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli Di Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan SPI KPM Bilangan 13 Tahun 2023 — Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual Di Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 3 November 2023. 3. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dengan kerjasama pegawai Unit Hal Ehwal Murid (Kaunseling dan Kerjaya Murid) Jabatan Pendidikan Negeri telah menyediakan panduan Intervensi Salah Laku Buli dan Seksual selaras dengan SPI yang telah dikeluarkan. Tujuan taklimat ini adalah untuk menyelaras tatacara pengurusan intervensi bersesuaian yang boleh digunakan dalam melaksanakan intervensi salah laku buli dan seksual di peringkat sekolah. 4, Justeru, kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan dimohon untuk membuat hebahan kepada semua sekolah dibawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan untuk membenarkan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling mengikuti taklimat yang akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 4 Januari 2024 (Khamis) Masa : 10:00 pagi — 1:00 tengah hari Tempat ‘Saluran Youtube UKKM Sila catatkan rujuken Bahagian ini apabila berhubung KPM.600-17/1/22 JLD.8( ) 5, Sebarang pertanyaan berkaitan sesi taklimat ini boleh diajukan kepada Encik Ahmad Fauzi bin Mohammad menerusi talian 03 8884 9449/019 936 4279 atau e-mel ahmad.fauzi@moe.gov.my. Kerjasama dan keprihatinan pihak YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan berkaitan perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. ‘Sekian “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ‘Sayalyang menjalankan amanah, (HAJI ABDUL MUI Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia NGAH Am) ‘auzVukkm/intervensibuli&-seksual/Disember/2023 Sie cattkan ryjukan Bahagien ni apabila bertubung ~2~

You might also like