You are on page 1of 7
ate KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Putt Praia KerjeanPesktan ay anon aa Faks : +603-8884 9315 MALAYS Laman Web : www.moe.gov.my Ruj.Kami: KPM,100-1/7/1 Jid.2 ( 97) Tarikh : OP Mac 2024 ‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Dato'/Datu/Dr./Tuan, PEMAKLUMAN BERHUBUNG GARIS PANDUAN PEMBELIAN AKHBAR DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (PM) komited dalam menyediakan pelbagai sumber pendidikan yang berkualiti dan relevan untuk menyokong pengajaran guru serta menambahkan bahan dan minat murid bagi mengukuhkan pembelajaran mereka Komitmen ini juga adalah sebagai usaha KPM dalam mendokong aspirasi dan suara rakyat selaras dengan 6 Nilai Teras Malaysia MADANI, iaitu kemampanan bagi meningkatkan mutu kehidupan yang seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan. 3. Susulan daripada Pemakluman Penarikan Semula Memo Pembatalan Langganan Akhbar Utusan Malaysia oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia pada 8 Januari 2024 serta Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PK 7.12) berhubung pindaan Perolehan Bekalan Surat Khabar dan Majalah Tempatan yang berkuat kuasa mulai 1 Mac 2024, KPM menyarankan supaya semua institusi pendidikan bawah KPM membuat langganan akhbar untuk memperkukuhkan budaya membaca bagi melestarikan kesedaran pentingnya membaca dalam kalangan murid. 4. Surat makluman ini bertujuan memaklumkan berkenaan Garis Panduan Pembelian Akhbar di Sekolah Kerajaan dan Sekolah bantuan Kerajaan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia . Garis panduan ini adalah sebagai panduan kepada sekolah di bawah KPM berhubung tatacara dan peraturan yang perlu dipatuhi dalam urusan pembelian akhbar. Garis panduan ini juga adalah sebagai makluman dan rujukan kepada semua pegawai di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD). Sila catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung 2 KPM.100-1/7/1 Jid.> @7 ) 5. Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datu/Dr./tuan adalah dimohon untuk mengambil tindakan dan memastikan kandungan surat ini dilaksanakan oleh semua pegawai yang bertanggungjawab di JPN, PPD dan semua sekolah di bawah pentadbiran YBhg Datuk/Dato’/Datu/ Dr./tuan. Sekian, terima kasih “MALAYSIA MADANI” HIDMAT UNTUK NEGARA” 9 menjalankan amanah, (HAJI ABDUL Ml Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia IN NGAH A.M.T) sk. 1. YB Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2. YB Timbalan Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 3. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 4. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 5, Semua Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Semua Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia KEMENTERIAN PENDIDIKAN GARIS PANDUAN PEMBELIAN AKHBAR DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ISI KANDUNGAN Kandungan Halaman 1. Latar Belakang 3 2, Pendahuluan 3 3. Tyjuan 3 4. Punca Kuasa 34 5. Ketetapan Pembelian Akhbar 4 6. Tatacara Perolehan 45 7. Tatacara Pengurusan Akhbar 5 8 Pengecualian 5 9. Tarikh Kuat Kuasa 5 10. Penutup 5 1.0 20 3.0 40 Latar Belakang Selaras dengan satu (1) daripada enam (6) Nilai Teras Malaysia MADANI iaitu kemampanan - mutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan imu pengetahuan dan kearifan tempatan, semua institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ("KPM") disarankan ‘membuat langganan akhbar untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan murid bagi memperkukuhkan kesedaran pentingnya membaca dalam kalangan murid. Akhbar arus perdana sewajamya menjadi bahan bacaan dalam kalangan murid supaya mereka peka dengan perkembangan semasa yang berlaku di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa, Pendahuluan Garis Panduan Pembelian Akhbar Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan Di Bawah KPM (‘Garis Panduan’) ini disediakan sebagai panduan kepada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan Kerajaan di bawah seliaan KPM (‘sekolah’) dalam pembelian akhbar seperti yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menter. Tujuan Garis Panduan ini disediakan untuk tujuan seperti yang berikut 3.1 menerangkan tatacara perolehan yang berkaitan kepada sekolah dalam membuat pembelian akhbar bagi kegunaan murid dan warga sekolah; 3.2 menyediakan panduan kepada sekolah dalam membuat pemilinan akhbar untuk dibeli 3.3 memastikan pihak sekolah mematuhi peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa dalam membuat pembelian akhbar; dan 3.4 menyediakan panduan kepada sekolah untuk menguruskan penggunaan akhbar di sekolah. Punca Kuasa Punca kuasa bagi pembelian akhbar oleh pihak sekolah adalah berdasarkan: 4.1 Keputusan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 3/2024; dan 5.0 6.0 42 Keputusan Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Bil 1/2024. Ketetapan Pembelian Akhbar Ketetapan bagi pembelian akhbar adalah seperti berikut: 5.1. Sekolah Rendah: tiga (3) naskah akhbar Bahasa Malaysia: i. satu (1) naskah Utusan Malaysia; ii, satu (1) naskah Berita Harian; dan ii, satu (1) naskah Sinar Harian. 5.2 Sekolah Menengah: 15 naskah akhbar Bahasa Malaysia: i. lima (6) naskah Utusan Malaysia; ji. lima (8) naskah Berita Harian; dan il, lima (6) naskah Sinar Harian. 5.3. Bagi sekolah yang berada di kategori Pedalaman 1 (P1), Pedalaman 2 (P2) dan Pedalaman 3 (P3), bekalan akhbar yang dibeli boleh dihantar ke pejabat pendidikan daerah (PPD) masing-masing dan diambil oleh pihak sekolah secara mingguan dengan mengambil kira dasar penjimatan. Tatacara Perolehan 6.1. Pihak sekolah hendaklah merujuk Bab A: Jenis, Maksud Belanja dan Kadar BP Umum (muka surat 8 hingga 39) dalam Surat Pekeliiing Kewangan Bil 1 Tahun 2021: Pengurusan Kewangan Bagi Peruntukan Bantuan Persekolahan Umum Kementerian Pendidikan Malaysia. 6.2 Pihak sekolah hendaklah menggunakan peruntukan Bantuan Geran Perkapita (PCG) Mata Pelajaran, PCG Bukan Mata Pelajaran (Pusat Sumber Sekolah atau Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun/Lain-lain Perbelanjaan Berulang Khas (‘LPBT/LPK’) Asrama) bagi pembelian akhbar. 6.3. Sekiranya perolehan dibuat untuk kegunaan pusat sumber, pihak sekolah hendaklah menggunakan peruntukan Bantuan PCG Bukan Mata Pelajaran - Pusat Sumber manakala pembelian surat khabar bagi kegunaan pejabat atau bilik guru dilaksanakan menggunakan peruntukan 4 7.0 8.0 9.0 10.0 PCG Bukan Mata Pelajaran - LPBT/LPK Sekolah 6.4 Pembelian akhbar tidak memerlukan proses sebut harga dan hendaklah dilaksanakan secara pembelian terus selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK7.12: Perolehan Bekalan Surat Khabar dan Majalah Tempatan. 6.5 Semua urusan perolehan adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dalam Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (TTPKWS) dan Pekeliling Perbendaharaan semasa dan yang sedang berkuat kuasa. Tatacara Pengurusan Akhbar 7.4 Pihak sekolah hendaklah meletakkan akhbar di Pusat Sumber Sekolah (‘?PSS"ykantin/bilk guru atau tempat tumpuan murid yang bersesuaian bagi membolehkan murid dan warga sekolah mengamalkan budaya membaca akhbar. 7.2 Akhbar lama yang terkumpul boleh digunakan oleh guru dan murid sebagai bahan bantu mengajar/alat bantu mengajar dalam sesi pembelajaran bagi menambah daya kreativiti murid, Pengecualian Garis Panduan ini HANYA terpakai bagi sekolah di Semenanjung Malaysia sahaja tidak termasuk negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tarikh Kuat Kuasa Garis panduan ini berkuat kuasa mulai 10 Mac 2024. Penutup Garis Panduan Pembelian Akhbar di Sekolah Kerajaan dan Sokolah Bantuan Kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ini diharap dapat memastikan pengurusan pembelian akhbar di sekolah berjalan dengan lancar. KPM komited dalam menyediakan pelbagai sumber pendidixan yang berkualiti dan relevan untuk menyokong pengajaran guru serta mempelbagaikan sumber pendidikan yang berkualiti bagi menarik minat murid dan mengukuhken pembelajaran mereka.

You might also like