You are on page 1of 5

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU

TAJUK : DUKA ANAK NELAYAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada tuan/puan pengacara majlis,

barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru pendidik bangsa

seterusnya warga dewan yang saya hormati.

Riang gembira dua saudara,


Leka bermain di tepi paya,
Awal Bismillah pembuka bicara,
Duka Anak Nelayan, cerita saya.

Angin laut bertiup nyaman. Pasir pantainya putih. Ombak bergulung-

gulung perlahan lalu hilang apabila menghempas pantai. Buih-buih putih

meresap ke dalam pasir. Sani leka memerhatikan keindahan alam ciptaan

tuhan. Dia duduk di atas batang pokok yang telah tumbang. Kakinya berjuntai

dan mulutnya terkumat-kamit, menyanyikan lagu yang entah apa-apa. Di

situlah dunia Sani sejak dari kecil. Keindahan pantai itu tidak pernah

menjemukannya. Setiap hari sani pasti berada di situ menanti kepulangan

ayahnya, seorang nelayan. Dia tidak pernah jemu menanti dan terus menanti.

Ayah Sani, Pak Mat turun ke laut awal pagi. Ketika Sani bangun

ayahnya sudah pun tiada di rumah. Yang tinggal hanyalah ibu dan adik-

adiknya seramai tiga orang. Keperitan hidup memaksa Sani tidak lagi

bersekolah. Puas guru-guru dan rakan-rakannya memujuk. Tetapi Sani

bertekad untuk membantu ayahnya. Cikgu Fairuz tidak gembira dengan


keputusan yang dibuat oleh Sani kerana Cikgu Fairuz tahu Sani merupakan

pelajar yang baik dan bijak. Sani tersengih. Dia sedar bahawa kata-kata

Cikgu Fairuz hanyalah untuk memujuknya, agar tidak berhenti sekolah. Sani

sedar kehidupan mereka sekeluarga ibarat kais pagi makan pagi kais petang

makan petang. Dia perlu lakukan sesuatu untuk meringankan beban yang

ditanggung oleh ayahnya. Tekad Sani untuk menjadi nelayan dan berkorban

demi adik-adiknya.

Sani kasihan melihat ayahnya. Tetap turun ke laut tanpa mengira apa

halangan demi mencari sesuap nasi buat mereka sekeluarga. Sani turut

bangun pagi untuk bersama-sama ayahnya ke laut. Sani dan ayahnya

meredah laut luas dengan sampan kecil milik ayahnya. Memang perit menjadi

nelayan. Kerjanya tidak mudah, berat dan mencabar. Namun begitu ayahnya

tetap memberikan semangat kepadanya.

Sani sedar kehidupan mereka sekeluarga tidak seperti keluarga yang

lain, yang memiliki kehidupan yang lebih sempurna. Namun bagi Sani apa

yang lebih penting adalah Sani mempunyai sebuah keluarga yang penuh

dengan kasih sayang. Sani amat berbangga kerana memiliki seorang ayah

yang amat bertanggung jawab. Setiap pagi pasti ayah akan mengejutkan Sani

dan adik-adiknya untuk solat berjemaah bersama-sama. Sekiranya ayah telah

pergi awal Sanilah menjdi imamnya. Sani tidak mungkin dapat melupakan

segala-galanya.
Bagi Sani , ayah telah meninggalkan harta yang amat berharga.

Walaupun bukan kemewahan yang diwasiatkan namun ilmu. Ilmu dunia dan

akhirat yang tidak mungkin dapat Sani beli di mana-mana. Ayah sangat

menitik beratkan soal pelajaran. Sering ayah mengajar Sani dan adik2nya

untuk membaca dan mengira. Kata ayah ,sekiranya Sani ditakdirkan mewarisi

pekerjaannya ,biarlah Sani menjadi seorang nelayan yang moden, yang

mempunyai pelajaran. Tetapi kini kata-kata azimat ayah hanya mampu

tersimpan di dalam hati Sani.

Sani masih bingung, tidak tahu bagaimana nasibnya , kehilangan

seorang ayah yang selama ini menjadi teman, guru, mata dan telinganya.

Kesedihan yang tidak mampu Sani tunjukkan dengan air mata. Sudah kering

air mata Sani menangisi kehilangan ayahnya. Pemergian ayahnya mungkin

telah ditakdirkan, dan mungkin jua Allah lebih menyayangi ayahnya. Sani

masih mengelamun, kata-kata ayah , kerja menangkap ikan ni pada mulanya

memang nampak sukar, tetapi lama-lama nanti, mudahlah. Alah bisa tegal

biasa. Kepenatan sepanjang hari akan bertukar menjadi ceria apabila melihat

hasilnya.

Pesan ayah sering bermain di ingatan Sani. Sani tidak boleh mengeluh

kerana miskin. Susah macamana pun kita mesti tabah dan sabar. Ayah juga

ada berpesan rezeki tidak akan datang bergolek. Hanya dengan berusaha

kita dapat melipat gandakannya.

Sani masih berbuai di atas tali kapal yang tergantung pada pokok.

Matanya tak lepas-lepas memandang ke arah laut. Dari jauh kelihatan

beberapa buah sampan menuju ke pantai. Setiap hari Sani akan bertanya
kepada Pak Samad di manakah ayahnya. Kasihan Pak Samad melihat

keadaan Sani . Sani masih belum dapat menerima kenyataan bahawa

ayahnya telah hilang di lautan. Kehilangan Pak Mat telah menjadi bualan

orang kampung. Sani sangat menyesal kerana tidak mengikut ayahnya pada

hari kejadian akibat demam.

Setiap hari setiap masa Sani berdoa kepada allah agar ayahnya akan

pulang di sisi sani dan keluarga. Rasa rindu Sani terhadap ayahnya tidak

tertahan lagi. Selagi tidak berjumpa dengan jasad ayahnya Sani percaya dan

yakin ayahnya masih hidup. Sebagai anak sulung Sani tidak boleh

mengabaikan tanggung jawab nya. Dia tahu bahawa ibu dan adik-adiknya

amat bergantung harap padanya. Dia berjanji tidak akan mengecewakan

mereka. Tidak dapat dipastikan sampai bila Sani akan terus menanti

kepulangan ayahnya di tepi pantai. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku

kepada Pak Mat dan bila dia akan kembali atau tidak…hanya kepada Allah

Sani dan keluarganya mampu berharap dan terus berdoa.

Seiring bersama alunan bunyi,


Seruling di lembah sunyi,
Di sana ku duduk seorang diri,
Menjelang di malam hari,

Teringat ku akan seorang kasihku,


Yang telah pergi entah ke mana,
Oh angin sampaikanlah salamku,
Ku nanti dia di lembah sunyi….
Kawan-kawan, pengajaran yang dapat diperolehi daripada cerita ini

adalah kita mestilah menyayangi kedua ibubapa kita selagi hayat mereka

masih ada. Selain itu , sebagai seorang anak, kita mestilah mentaati suruhan

ibubapa kerana tanpa mereka, kita tidak mungkin lahir di dunia ini.

Seterusnya, kita mestilah berusaha tanpa jemu dan tidak boleh berputus asa

sekiranya ditimpa kesusahan.

Sekian sahaja, terima kasih.

You might also like