You are on page 1of 1

JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK

NOTIS SEBUT HARGA


Sebut harga adalah dipelawa dan terbuka kepada Syarikat yang berdaftar dengan Perbendaharaan Malaysia
Sarawak atau Kementerian Kewangan Malaysia untuk membuat tawaran masa ini bagi membekal kepada
Kerajaan Perkhidmatan seperti berikut :-

NO.SEBUTHARGA JKNSWK/14/2023
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAFETERIA SIHAT DI
TAJUK SEBUT HARGA JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK UNTUK TEMPOH TIGA (3)
TAHUN
040103 MAKANAN BERMASAK (ISLAM)
KOD BIDANG BERDAFTAR
221506 MENYEWA RUANGAN NIAGA
LAWATAN Lawatan tapak adalah WAJIB dan akan diadakan pada:-
TAPAK/TAKLIMAT
Tarikh : 15 SEPTEMBER 2023 (JUMAAT)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Mulu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

*Kehadiran untuk sesi taklimat dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN


kepada PENAMA seperti di dokumen Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat.

Syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini hendaklah berdaftar dengan Perbendaharaan Malaysia
Sarawak atau Kementerian Kewangan Malaysia serta memastikan yang pendaftaran syarikat mereka masih
lagi sah. Sila sertakan sesalinan Sijil Pendaftaran berkenaan bersama-sama permohonan (Lampiran Q)
bila mengemukakan permohonan ke Pejabat ini kelak.

Borang Sebutharga (Lampiran Q) boleh didapati dari Cawangan Perolehan dan Aset, JKNS secara
percuma pada waktu pejabat dengan membawa sijil pendaftaran yang ASAL untuk pengesahan pendaftaran.

*Untuk makluman penyebutharga, notis sebutharga ini juga dipamerkan di laman sesawang jabatan
iaitu http:/jknsarawak.moh.gov.my.

Sebut Harga hendaklah diserahkan ke alamat di bawah sebelum atau pada: -


Tarikh : 22 September (Jumaat), Jam 12.00 tengahari.
Tempat : Cawangan Perolehan dan Aset, JKNS Sarawak

Borang Sebut Harga MESTILAH DITAIP. Kegagalan mengisi borang Sebut Harga dengan bertaip akan
menyebabkan Sebut Harga tidak dipertimbangkan.

Kerajaan tidak akan terikat untuk memilih tawaran yang terendah dari mana-mana Syarikat yang menyertai
Sebutharga ini. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan Sebutharga pejabat ini adalah Muktamad. Sebarang
rayuan atau bantahan tidak akan dipertimbangkan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak

Tarikh: 8 September 2023

You might also like