You are on page 1of 9

MANUAL PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2024-25 PAKEJ MATAPELAJARAN DAN

DASAR SEKOLAH

42
MANUAL PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2024-25 PAKEJ MATAPELAJARAN DAN
DASAR SEKOLAH

PENSIJILAN TERBUKA SPM 2024/2025


PAKEJ MATA PELAJARAN TINGKATAN 4 TAHUN 2024

BIL
PAKEJ KELAS MP TERAS MP ELEKTIF SYARAT/MIN
MP
A STEM AGAMA 401 BAHASA MELAYU MATEMATIK TAMBAHAN 11 ALIRAN AGAMA
BAHASA INGGERIS BIOLOGI 1.MATE/SAINS -
SEJARAH FIZIK A/C
MATEMATIK KIMIA B/B
PJK P. AL-QURAN & SUNNAH B/C
P.SYARIAH ISLAMIAH C/C
BAHASA ARAB 2. B. ARAB – C
3. TP 4
4. BERMINAT
(PSIKOMETRIK)
B STEM DLP 402 BAHASA MELAYU MATEMATIK TAMBAHAN 10 1.MATE/SAINS -
BAHASA INGGERIS BIOLOGI A/B
SEJARAH FIZIK A/C
MATEMATIK KIMIA B/A
PENDIDIKAN BAHASA JERMAN B/B
ISLAM B/C
PJK C/C
2. TP 4
3. BERMINAT
(PSIKOMETRIK)
C STEM 403 BAHASA MELAYU MATEMATIK TAMBAHAN 9 1.MATE/SAINS -
SAINS SUKAN BAHASA INGGERIS BIOLOGI A/B
SEJARAH FIZIK / SAINS SUKAN A/C
MATEMATIK KIMIA B/B
PENDIDIKAN B/C
ISLAM C/C
PJK 2. TP 4
3. BERMINAT
(PSIKOMETRIK)
D SASTERA 404 BAHASA MELAYU MATEMATIK TAMBAHAN 9 1.MATE/SAINS -
AKAUN BAHASA INGGERIS PERAKAUNAN A/C
EKONOMI SEJARAH EKONOMI /PERNIAGAAN A/D
MATEMATIK B/B
PENDIDIKAN B/C
ISLAM B/D
SAINS C/B
PJK C/C
C/D
2. TP 4
3. BERMINAT
(PSIKOMETRIK)

43
MANUAL PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2024-25 PAKEJ MATAPELAJARAN DAN
DASAR SEKOLAH

PAKEJ MATA PELAJARAN TINGKATAN 1,2 DAN 3


TAHUN 2024/2025

MATA PELAJARAN
BIL TING 1 TING 2 TING 3
TERAS

1. BAHASA MELAYU / / /

2. BAHASA INGGERIS / / /

3. SEJARAH / / /

4. MATEMATIK / / /

5. PEND. ISLAM / / /

6. PEND MORAL / / /

7. SAINS / / /

8. PJK / / /

9 GEOGRAFI / / /

10 PEND SENI VISUAL / / /

11 RBT 103 - 107 203 - 207 303 - 308

12 BAHASA ARAB 101, 102 201, 202 301, 302

13 ASAS SAINS KOMPUTER 101, 102 201,202 301, 302

14 BAHASA JERMAN 103, 104 203, 204 303, 304

44
MANUAL PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2024-25 PAKEJ MATAPELAJARAN DAN
DASAR SEKOLAH

PAKEJ MATA PELAJARAN TINGKATAN 4 DAN 5


TAHUN 2024/2025

BIL MATA PELAJARAN 401 402 403 404 405 406 407 408 409
1. BIOLOGI / / / - - - - - -
2. FIZIK / / / - - - - - -
3. KIMIA / / / - - - - - -
4. MATEMATIK TAMBAHAN / / / / - - - - -
5. SAINS SUKAN - - /
6. PRINSIP PERAKAUNAN - - - / / - - - -
7. EKONOMI - - - / / - - - -
8. PERNIAGAAN - - - / / - - - -
9 SAINS RUMAH TANGGA - - - - / / - -
10. PEND. SENI VISUAL - - - - - - / / /
11. TASAWWUR - - - - - - - / /
12. PEND. SYARIAH ISLAMIAH /
13 PEND AL-QURAN & ASSUNNAH /
14. BAHASA ARAB /
15 KESUSASTERAAN MELAYU - - - - - / - - -
16 ASAS KELESTARIAN - - - - - / / - -
17 BAHASA JERMAN - / - - - - - - -

BIL MATA PELAJARAN 501 502 503 504 505 506 507 508 509
1. BIOLOGI / / / - - - - - -
2. FIZIK / / / - - - - - -
3. KIMIA / / / - - - - - -
4. MATEMATIK TAMBAHAN / / / / / - - - -
5. SAINS SUKAN - - / - - - - - -
6. PRINSIP PERAKAUNAN - - - / / - - - -
7. EKONOMI - - - / / - - - -
8. PERNIAGAAN - - - - / - / - -
9 SAINS RUMAH TANGGA - - - - / / - -
10. PEND. SENI VISUAL - - - - - - / / /
11. TASAWWUR - - - - - - - / /
12. PEND. SYARIAH ISLAMIAH /
13 PEND AL-QURAN & ASSUNNAH /
14. BAHASA ARAB /
15. BAHASA CINA - - - - - - / - -
16. KESUSASTERAAN MELAYU - - - - - / - - -
17. ASAS KELESTARIAN - - - - - / - - -
18. BAHASA JERMAN - / - - - - - - -

45
MANUAL PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2024-25 PAKEJ MATAPELAJARAN DAN
DASAR SEKOLAH

DASAR-DASAR SEKOLAH
(SELARAS DENGAN DASAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA )

1.0 DASAR PENGURUSAN

1.1 Semua Dasar KPM, JPN dan PPD merupakan dasar sekolah.
1.2 Mematuhi semua pekeliling, Arahan Perkhidmatan dan Perbendaharaan dan Perintah Am
yang berkaitan dengan perkhidmatan dan kewangan.
1.3 Semua guru bertanggungjawab tentang keselamatan murid pada waktu persekolahan
dan menyertai aktiviti luar kawasan sekolah.
1.4 Semua guru dan anggota pelaksana perlu menepati masa : kehadiran waktu bertugas,
waktu PdPc,mesyuarat ( peringkat sekolah PPD, JPN dan KPM ), program dan
penghantaran maklumat dan bahan sama ada secara kiriman pos, on line atau
penghantaran tangan.
1.5 Semua guru dan anggota pelaksana tidak dibenarkan keluar kawasan sekolah semasa waktu
bertugas kecuali perkara kecemasan (peribadi) dengan kebenaran pengetua dan Penolong-
Penolong Kanan ( sekiranya tiada Pengetua).
1.6 Semua guru dan AKP mesti mempamerkan penampilan diri berwibawa
1.7 Semua guru dan AKP mesti berusaha melaksanakan tugas dengan berkualiti secara
bersungguh-sungguh
1.8 Semua guru dan AKP haruslah mengikut saluran yang betul jika berhadapan dengan
sesuatu isu
1.9 Semua guru dan AKP berhak diberi pengiktirafan sesuai dengan prestasi kerja yang
ditunjukkan
1.10 Semua guru dan AKP mesti dapat menyelesaikan 7 kali Kursus Dalam Perkhidmatan dalam
tahun semasa

46
MANUAL PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2024-25 PAKEJ MATAPELAJARAN DAN
DASAR SEKOLAH

2.0 DASAR KURIKULUM

2.1 Panitia Mata Pelajaran bertanggungjawab meningkatkan kualiti PdPc guru untuk peningkatan
kemenjadian pelajar.
2.2 Guru mengajar mengikut Sukatan Pendidikan Pelajaran terkini dengan menyediakan.Rancangan
Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian.
2.3 Guru mengajar dan murid belajar sepanjang waktu PdPc mengikut jadual waktu guru.
2.4 Guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menyatupadukan penggunaan
teknologi maklumat mengikut tahap keupayaan murid.
2.5 Bilangan latihan, buku latihan dan modul mestilah selari dengan kontrak latihan minimum yang
telah diputuskan oleh panitia.
2.6 Peruntukan PCG Matapelajaran mestilah digunakan untuk pembangunan matapelajaran berpotensi
dan haruslah dirancang dengan teliti.
2.7 Guru mesti menyemak buku latihan murid secara berkala dengan kaedah penyemakan yang betul.
2.8 Guru relief mestilah melaksanakan PdPc.
2.9 Guru mestilah mengaplikasikan PAK 21 dalam PdPc.
2.10 Pentaksiran PBD mesti mencapai tidak kurang daripada Tahap Penguasaan 4
2.11 Bagi melindungi MMI, Konsep Jual Beli Masa hendaklah dipraktikkan bagi guru-guru yang akan
meninggalkan sekolah untuk berkursus, Cuti Rehat Khas dan terlibat dengan Program luar.
2.12 Guru-guru yang terlibat dengan kes-kes kecemasan haruslah memastikan ada tugasan ditinggalkan
kepada para pelajar.
2.13 Semua pelajar wajib menduduki peperiksaan. Pengecualian hanya diberi kepada pelajar yang
mewakili sekolah sahaja (pelajar yang mewakili sekolah dibenarkan menduduki peperiksaan dan
markah diambil kira).
2.14 Pelajar yang sengaja tidak hadir peperiksaan dianggap ingkar arahan sekolah dan boleh dikenakan
tindakan.

47
MANUAL PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2024-25 PAKEJ MATAPELAJARAN DAN
DASAR SEKOLAH

3.0 DASAR HAL EHWAL MURID

3.1 Semua guru adalah Guru Disiplin dan semua guru mestilah memiliki Buku Peraturan Disiplin agar
tindakan dapat diselaraskan.
3.2 Semua guru bertanggungjawab atas keselamatan pelajar sepanjang pelajar berada di sekolah dan
sepanjang pelajar terlibat dalam aktiviti /program.
3.3 Pelajar dan guru berhak menerima perkhidmatan / bekalan makanan yang bekhasiat dan
seimbang dengan harga yang berpatutan.
3.4 Persekitaran sekolah dan Bilik Darjah harus dalam suasana yang kondusif bagi memboleh PdPc
berjalan dengan lancar.
3.5 Maklumat-maklumat berkaitan kesihatan, keselamatan harus dapat disebarkan kepada warga
sekolah dalam pelbagai wahana dari semasa kesemasa mengikut situasi.
3.6 Semua murid yang berkelayakan harus mendapat bantuan pelajaran mengikut kemudahan-
kemudahan bantuan pelajar yang ada di sekolah.
3.7 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling harus diberi kepada pelajar-pelajar sebelum sesuatu
tindakan yang lebih keras diberi kepada pelajar.
3.8 Semua warga sekolah yang menunjukkan sahsiah terpuji, berketerampilan dan berwibawa
berhak diberi penghargaan selaras dengan pencapaian yang ditunjukkan.
3.9 Semua murid mesti mendapat Buku Teks di bawah Skim Bantuan Buku Teks KPM pada awal
persekolahan kecuali pelajar Pra-U
3.10 Semua murid mesti mematuhi peraturan sekolah yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia
3.11 Guru mesti merekod kehadiran murid dalam sistem pada setiap hari
3.12 Murid yang melakukan salah laku disiplin hanya boleh dirotan oleh Pengetua di telapak tangan
atau punggung yang berlapik.
3.13 Murid perempuan TIDAK BOLEH dirotan.
3.14 Pengetua boleh menurunkan kuasa merotan kepada guru lain melalui Surat Turun Kuasa Merotan.
3.15 Hukuman berbentuk deraan tidak dibenarkan sama sekali. Hukuman atau denda mesti berbentuk
memberikan pengajaran.
3.16 Seseorang murid hanya boleh DIBUANG SEKOLAH melalui surat buang sekolah yang hanya boleh
ditandatangani oleh Pengetua sahaja.
3.17 Pelajar WAJIB HADIR ke sekolah setiap hari dan sekiranya pelajar TIDAK HADIR Sijil Cuti Sakit atau
Surat Ibu bapa perlu dibawa oleh ibu bapa ke sekolah.

48
MANUAL PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2024-25 PAKEJ MATAPELAJARAN DAN
DASAR SEKOLAH

4.0 DASAR KOKURIKULUM


4.1 Sekolah mewajibkan semua murid terlibat dengan kokurikulum selaras dengan (Seksyen 18 Akta
Pendidikan 1996.
4.2 Kegiatan kokurikulum hendaklah tidak mengganggu waktu MMI. Kelonggaran diberi kepada guru-guru
dan murid yang terlibat untuk mengadakan latihan dan persiapan 3 hari sebelum pertandingan.
4.3 Penyertaan, Kehadiran dan Pencapaian murid dalam kokurikulum hendaklah direkod dan diberi
Penilaian ({Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
2/1986)}.
4.4 Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau perkhidmatan awam dalam mengurus, menyelia dan
mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. “ Penyertaan semua guru adalah dikehendaki
bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985)
4.5 Pelaksanan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai
tanpa unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan
integrasi dalam kalangan murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 Bth 16.11.2000)
4.6 Murid-murid berpakaian seragam pada hari Rabu setiap minggu (Uniform lengkap atau sebahagian
daripadanya seperti Baju –T berkolar).Sekiranya aktiviti sukan dan permainan (Pelajar berpakaian
sukan yang lengkap ) (Jadual minggu ke-2) Perhimpunan kokurikulum adalah pada hari pertama
minggu ketiga setiap bulan (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2007)
4.7 Guru-guru digalakkan berpakaian baju Unit Uniform pada hari rabu.
4.8 Semua permohonan dan penutupan unit kokurikulum mesti dimaklumkan secara Surat Rasmi kepada
pengetua sebagai pendaftaran baru
4.9 Semua unit yang melibatkan hubungan dengan NGO @ GO luar hendaklah dibuat secara rasmi.
4.10 Pelajar diwajbkan mendaftar dan terlibat dengan ketiga-tiga unit iaitu PBB, Kelab Sukan Permainan dan
Kelab Persatuan
4.11 Semua guru penasihat dan pelajar mesti mematuhi tarikh, tempat dan masa perjumpaan yang telah
ditetapkan
4.12 Semua guru penasihat dan pelajar yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengharumkan
nama sekolah di peringkat tertinggi layak diberi pengikhtirafan semasa Hari Anugerah Kokurikulum
4.13 Taklimat keselamatan haruslah diberi dengan teliti sebelum sesuatu program dilaksanakan
4.14 Guru dan pelajar harus mematuhi peraturan dan tatacara penggunaan padang.
4.15 Sebarang aktiviti yang melibatkan pelajar perempuan wajib diiringi oleh sekurang-kurangnya seorang
guru perempuan begitu juga dengan pelajar lelaki.

49
MANUAL PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2024-25 PAKEJ MATAPELAJARAN DAN
DASAR SEKOLAH

5.0 DASAR TINGKATAN 6

5.1 KURIKULUM
5.1.1 Semua pelajar TINGKATAN 6 mesti mendapat sekurang-kurangnya Band 2 dalam
MUET.
5.1.2 Semua pelajar TINGKATAN 6 wajib lulus dalam semua mata pelajaran yang diambil.
5.1.3 Semua pelajar wajib mengambil 4 mata pelajaran termasuk Pengajian AM.
5.1.4 Semua pelajar mesti mencapai sekurang-kurangnya Gred C dalam Pengajian AM.

5.2 HAL EHWAL MURID


5.2.1 Pelajar TINGKATAN 6dibenarkan memakai pakaian kasual atau tradisional ke Sekolah
5.2.2 Pelajar TINGKATAN 6 masih tertakluk kepada peraturan dan disiplin Sekolah
5.2.3 Disiplin pelajar TINGKATAN 6 perlu dilaksanakan secara berhemah sesuai dengan
kedewasaannya.
5.2.4 Pelajar TINGKATAN 6 dibenarkan membawa Komputer Riba / Tablet (Rujuk Surat
Siaran KPM Bil.11/2016 KPMSP.100-1/7/2(97)

5.3 KOKURIKULUM
5.3.1 Semua pelajar TINGKATAN 6 wajib mencapai sekurang-kurangnya Gred B dalam
kokurikulum
5.3.2 Masa pelaksanaan aktiviti kokurikulum TINGKATAN 6 berbeza daripada aliran
perdana iaitu pada hari Isnin dan Rabu
5.3.3 Pelajar TINGKATAN 6mempunyai pakaian kokurikulum tersendiri yang
melambangkan identiti pelajar TINGKATAN 6
5.3.4 Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan berbentuk khidmat Masyarakat
5.3.5 Semua pelajar TINGKATAN 6 merupakan Pelatih PISPA dan aktiviti dijalankan pada
hari Sabtu dan Ahad

50

You might also like