You are on page 1of 2

TERHAD

Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat


Markas Tentera Darat 2 No. Kawalan
Cawangan Sumber Manusia #E - 85
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

Tel : 03-40140465

19 Jun 2023

MK TD/G1/SP.500-2/2/2/6-(E - 85)

Saudara: MOHAMAD SUHAIMI BIN NORDIN

No.Kad Pengenalan : 030305-01-0777

TAWARAN UNTUK MENGHADIRI PROSES TADBIR SUMPAH DAN PENYERAHAN BAGI LATIHAN
PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT LELAKI SIRI 198 TAHUN 2023

1. Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah layak menghadiri Proses Tadbir Sumpah dan Penyerahan Perajurit Muda
Tentera Darat bagi menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di PUSASDA, Port Dickson, Negeri Sembilan, Darul
Khusus. Butiran melapor diri seperti berikut:

a. Tempat : STESEN KERETAPI SEREMBAN/TERMINAL BAS SEREMBAN /PUSASDA,


PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

b. Tarikh dan Masa : 12 Jul 2023 Jam 1700

c. Pakaian Lelaki. Baju kemeja lengan panjang berwarna putih, seluar slack warna gelap, kasut hitam bertumit dan
bersarung kaki warna hitam.

2. Calon dikehendaki mengemukakan dokumen asal dan salinan fotostat seperti berikut:

a. Sijil Akademik (SPM/SVM/STPM/STAM/SKM/Diploma) – asal dan 2 salinan fotostat.

b. Transkrip (Diploma/SKM/SVM) – asal dan 2 salinan fotostat.

c. Kad Pengenalan (My Kad) – asal dan 2 salinan fotostat.

d. Sijil Daftar Kelahiran – asal dan 2 salinan fotostat.

e. Sijil Berhenti Sekolah – asal dan 2 salinan fotostat.

f. Surat tawaran ini (MK TD/G1/SP.500 – 2/2/2/6). – asal.

g. Bagi yang telah berkahwin – surat/sijil nikah (asal dan salinan)/salinan kad pengenalan isteri/salinan sijil daftar
kelahiran anak dan salinan buku akaun isteri – Bank Simpanan Nasional (BSN) – 2 salinan fotostat.

h. Filem x-ray ukuran dada beserta laporan radiologi (x-ray yang sama semasa pemilihan akhir).

i. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa atau Sijil Kematian bagi ibu dan bapa yang telah meninggal dunia. Bagi
ibu dan bapa yang telah meninggal dunia sertakan bersama salinan kad pengenalan ahli keluarga yang berumur
18 tahun keatas untuk dijadikan waris – 2 salinan fotostat.

j. Sijil Vaksin (lengkap vaksin dose 1, dose 2 dan booster) - 2 salinan fotostat.

* Calon yang gagal mengemukakan dokumen asal di perenggan 2.a. hingga 2.j. dan filem X-ray serta
laporan radiologi tidak akan diterima.

3. Pakaian dan peralatan yang perlu dibawa semasa melapor diri adalah seperti berikut:

a. Pakaian awam yang bersesuaian.

b. Pakaian sukan iaitu seluar track/bottom warna hitam, 'T' shirt berkolar warna putih lengan pendek, kasut
sukan dan sarung kaki warna putih (2 pasang).

1
TERHAD
TERHAD

c. Cadar dan sarung bantal bersaiz katil bujang, peralatan mandi dan ubat gigi bagi jangkamasa 3 minggu dan
lain-lain keperluan jika perlu.

d. Alat tulis (ball pen hitam, pensil, pembaris dan pemadam) serta buku catatan.

e. Topeng penutup muka (mask) kegunaan calon bagi jangkamasa 3 minggu.

f. Sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer) kegunaan calon bagi jangkamasa 3 minggu.

g. Pakaian sembahyang (baju melayu dan sejadah).

4. Sebagai peringatan anda dikehendaki memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

a. Rambut digunting kemas dengan potongan mata nombor 2 bahagian atas dan nombor 1 bahagian tepi bagi
calon lelaki semasa melapor diri.

b. Anda perlu lengkap vaksin dan booster serta akan menjalani pemeriksaan kesihatan (Ujian Saringan
Air Kencing dan Ujian Saringan Darah) sebelum menjalani latihan di PUSASDA. Sekiranya gagal dalam
pemeriksaan ini anda akan disingkirkan.

c. Anda boleh disingkirkan sekiranya didapati mencetuskan pergaduhan, mencuri atau membawa
barang-barang terlarang. Sebarang bentuk perjudian, penyalahgunaan dadah, merokok dan membawa atau
meminum minuman keras adalah dilarang sama sekali.

d. Tidak dibenarkan membawa sebarang peralatan seperti lilin/bahan pembakar, rantai besi, mangga bersaiz
besar, pisau cukur jenis bilah, gunting, pembaris besi, tali pinggang berkepala besar, seterika serta
barang-barang yang boleh mendatangkan kecederaan kepada individu lain. Sebarang jenis ubat-ubatan juga
tidak dibenarkan dibawa bersama.

e. Tidak digalakkan membawa wang saku yang banyak, telefon bimbit yang berharga atau lain-lain barang
berharga. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan.

f. Pengangkutan. Perkhidmatan Bas akan disediakan di perhentian bas Seremban dan stesyen KTM Seremban
bagi pergerakan ke PUSASDA . Calon dikehendaki mengunakan perkhidmatan yang telah disediakan dan
dilarang sama sekali menaiki lain-lain kenderaan sewaan.

5. Anda juga boleh disingkir dan diberhentikan sekiranya:

a. Mempunyai rekod jenayah lampau serta pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah (memiliki, mengambil
atau membawa) setelah mendapat pengesahan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah
Kebangsaan Malaysia (AADK).

b. Mengemukakan dokumen palsu seperti yang disenaraikan di Perenggan 2 serta didapati memberi perakuan
palsu dan tidak benar dalam Kertas Penyaksian (BAT D 87), Borang Kelayakan (BAT D 1) dan Dokumen
Perubatan.

6. Pertanyaan berkaitan dengan arahan atau persiapan yang perlu anda laksanakan sila hubungi talian 03-40140470
. Sekian, terima kasih.

"GAGAH SETIA"

MOHD DHANY BIN MOHD NOR


Mej
bp Panglima Tentera Darat

2
TERHAD

You might also like